Woih Like Lah!!!

Wednesday, December 2, 2015

Status Pilihan November

Aturan Freemason


JDT Juara Asia.

Selamat petang BANGSA JDT!!!

Mulakan petang anda dengan 7 kali balik kuang dari dapur rumah hingga ke balkoni sebagai tanda kejayaan menawan puncak ASIA.

Hiaaaaaaaaaaap!!!



Membaca Yassin Di Tepi Highway.

Benda yang dalam Al-Quran takde suruh buat, jangan buat.

Tapi golongan 'cerdik agama' ni kalau ditegur kang siaplah dia korek hadis sehabis celah yang boleh bagi menghalalkan cara mereka.


Tambang LRT Naik.
Aku dapat info Stesen LRT kL sentral sediakan penyambut tetamu. Hampir terkejut pengguna pengangkutan awam dekat situ. Mereka sangkakan termasuk Lapangan Terbang Dubai.

Punyalah 'try hard' sebab nak naikkan tambang LRT.

Kita mahukan keretapi laju. Bukan penyambut tetamu.


Elaun MP Kelantan Naik.

Sedara,

Takkan pakai duit poket sendiri kot. Duit cukai kerajaan negeri mane? Duit parti? Duit untung jual hasil bumi? Dia kira dia punya susah jek nak kena keluor duit. Susah rakyat nak terima bantuan siap kena isi borang 5,6 muka surat, berturun tangga pejabat Kebajikan Masyarakat. Ade depa ni kisah?
Lagik satu, rumah mangsa banjir tahun lepas dah siap keeeeeeeee?


Jelapang.

Dulu masa kecik-kecik aku biasa dengar frasa Negeri Jelapang Padi.

Bila aku dah tua senja ni tak sangka pula bekalan beras berkurangan akibat dimakan oleh peduduk warga asing sehingga subsidi beras ST15 itu terpaksa ditarik.

Dan Kementerian Beras tidak jumpa cara lain yang lebih bagus untuk selesaikan masalah ini. Ciaaaan engko, jadi menteri tapi bodo


Bangun Awal Pergi Kerja Untuk Elak Tol.

Engkau orang expect hape keluor dari mulot menteri?

Depa ada mesyuarat dekat Putrajaya jam 9.00 pagi. Keluor rumah dari Seremban jam 8.55 pagi siap dengan eskot polis rempuh semua trafik dan tol.

Ciaaan..jadi menteri tapi bodo.


Harga Rokok Naik.

Lepas Isyak tadi aku terus tido sebagai menyahut seruan menteri.

Seperti biasa dalam tidor aku didatangi seorang tua dari Gunung Ledang yang kuning rambutnya serta berjambang pula. Katanya di dalam mimpi aku dalam riak wajah yang manis:

"Bersabarlah wahai anak mude...barang baik memang selalu naik. Sebagai contoh, khotheh."

Aku terjaga dari tidor dan terus tersipu-sipu malu.


Ranking FIFA.

Ranking FIFA bagi tim kesayangan ramai iaitu Malaysia ialah pada kedudukan 171. Manakala kekal teratas ialah pasukan Belgium.

Rasa bersalah jugak bila kutuk-kutuk Hazard setiap minggu.


YAPEIM

Selain Mourinho, aku dapat info yang YAPEIM Kelantan pulak WAJIB bertaubat. Kita nak mula hentam dari mane ni?

Ini salah Yahudi jugak ke? Salah syiah ke? JAKIM bila bab rokok, vape bukan main laju keluar kenyataan. Ini kes penjaga amanah orang ramai buat silap ni takkan nak tidor jeeeeeee?

Cita cita Ahmad Maslan.

Sekurang kurangnya cita cita dia berjaya dicapai.

Engkau? Cita cita nak jadi peguam, doktor, jurutera. Sudahnya buat MLM.


Alvin Tan vs Jamil Khir

Alvin Tan ni elok bersahabat baik sahaja dengan Jamil Khir. Tak jauh beza pun aku nengok.

Live Streaming

Kalau yang tak kenal aku secara mendalam mungkin anggap aku sombong orangnya. Aku takisah puuuun..

Tapi untuk membuktikan aku tasombong, hari ini aku bagi link bola live streaming yang selalu aku refer buat masa ni. Kepada yang bertanya di wasap tapi aku tak reply, harap maaf ye. Ini pun aku baru lepas jawab satu mesej dekat FB yang tanyakan link live streaming. Nah amek dan save.

Nak live streaming Gegar Vaganza? Maaf tak ade. Itu semua hiburan level Azwan Ali.

1) http://www.ronaldo7.net/video/soccer-live.html

2) http://www.bptvstream.com/

Nota: Siapa yang ada link live streaming bola lagi boleh kongsikan dekat bawah. KKM banyak sangat nengok drama series ni.


Halusinasi Vape

Terpengaruh dengan tahyol AMC dalam Fear The Walking Dead + Breaking Bad.
UPSR 5 A
Setiap tahun pun statistik meningkat.

Yang bangun pagi jam 4 datang sekolah naik perahu redah sungai lalu hutan berlawan dengan babi pulak dapat A dalam semua subjek keeeee?

Undi Bajet.
Aku tak tahu sama ada undi bajet tu wajib hadir atau tidak. Cuma satu jek aku nak cakap. Rakyot dah pilih engkau, bagi mandat pada engkau, bayor gaji elaun engkau dengan harapan dapat melawan sedikit sebanyak mana mana kesilapan yang ada dalam pemerintahan kerajaan yang sedia ada.

Jika ini jawapan engkau dan penyokong engkau pun senyap membisu. Aku hanya mampu tumpang simpati. Macam gini ke contoh pemimpin Islam thorbaik yang di selalu di anangkan tu? Ciaaaaaan.


Monumen 9.7 Jota.

Kalau betol benda ni, ia adalah pembaziran tak guna otak.
Melainkan depa nak letak seluruh orang fakir miskin yang merempat duduk bawah monumen jahanam ni. Gitu ke?


AudioSlave

Dalam hujan ni sedap tarik Audioslave satu kali.
Nail in my haaaaaaaand, from my creator.
You gave me life, now show me how to live...
Show me how to liiiiiiiiiive, Show me how to liiiiiiiive!!!!
Tapi apehal bunyi Jamal Abdillah pulak ni, bukan Chris Cornell. Hah?


El - Bawahano.

Jangan lupa saksikan pertembungan pawer nak mampos antara dua pasokan bawahan Liga Perdana Inggeris yang menduduki tangga ke 15/16 iaitu antara Norwich dan Chelsea.

Adakah rekod 14 hari tanpa kalah Chelsea berjaya dikekalkan? Hah?

#MourinhoWajibBertaubatDanBayorZakat


Benitez cuba bermain taktikal sihir ketika melawan Barca dengan menggunakan formasi 6-0-4.



Rekod Pecah!!!

Hari ini heboh jugak pasal pemecahan rekod kebangsaan selama 17 tahun dalam acara 100m yang dipegang bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek.

Apabila sebut sahaja nama Watson Nyambek, terus teringat sukan komanwel. Bila sebut sukan komanwel terus teringat acara jimnastik.

Bila sebut jimnastik, terus terimbas pada lentikan dan lenturan tubuh Carolyn Au-Yong, Chee Kiat Thye, Sarina Sundara Rajah. Dan tidak lupa jugak El Regina Tajudin. Masa ni langsung takde orang suruh El Regina bertaubat dan pakai tudung. Juga tiada isu pasal pakaian nampak kemaluan.

Oh...El Regina. Beruntung betol hidup zaman Mahathir ni. Engkau orang lainlah nampak Farah Ann Hadi beraksi pun dah menggigil lutut. Heh!!!


Sampai Kiamat

Kita bagi ajelah Najib jadi Perdana Menteri sampai kiamat. Sebab menteri-menteri dia semua pandai berniaga.

1) Menteri Penjaga Tabung Haji.

Beli tanah di Tun Razak Exchange (TRX) pada harga RM188.5 juta dari 1MBD. Jangan taktau tanah yang dijual oleh kerajaan kepada 1MDB ialah pada harga RM60/kaki persegi. Engkau kiralah sendiri siapa yang untung, siapa yang rugi.

2) Menteri Penjaga Majlis Amanah Rakyat.

Pegawainya membida bangunan Dudley International House pada nilai yang lebih tinggi daripada A$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM65.3 juta). Ini bermakna mereka terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta). Kahkahkah..yang ini aku pun pening pikir cara berniaga depa. Gila ini semua. Gila.

3) Menteri Ketua Wanita Pejuang Melayu.

Perniagaan lembu (Pusat Fidlot Corporation - NFCorp) secara anak beranak ini mendapat pinjaman RM250 juta daripada kerajaan. NFC ialah projek Lembah Daging di Gemas, Negeri Sembilan untuk meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan penggantungan negara kepada pengimportan daging dari luar negara. NFC kini menjalankan peningkatan kapasiti pengeluaran fidlot dari 6,000 ekor lembu kepada 12,000 ekor lembu manakala kapasiti penyembelihan di pusat penyembelihan kepada 200 ekor lembu sehari dan pembangunan itu dijangka siap pada awal tahun 2012.

Sikiiiiiit lagik Malaysia akan menjadi 'Belanda Timur'.

Kau ape tahu? Kondo? RM49 juta dana awam yang diberikan kepada NFC disalah guna? Mane bukti? Maneeeeeeeeeeeeeeee?

4) Menteri Penjaga Agama

Dengan cabaran kos sara hidup yang mewah di Malaysia, makanya kursus kahwin telah dilakukan di Paris, Perancis. Bukannya dengan hanya menaiki LRT dari Gombak ke Wangsa Maju untuk menghadiri satu kursus kahwin. Kita yang tak tahu apa-apa pasal cara penjimtan kos ni baik diam ajek.

Hah lagik satu, masa sekolah tu belajorlah rajin-rajin kasik pandai masuk Universiti skor pointer tinggi-tinggi. Barulah senang dapat 26 jawatan dan pendaptan RM154,700 sebulan. Dahlah. Zip molot. Jumpa ajek di Mahkamah Dunia.

Sunday, November 1, 2015

Masjid Power

Masjid Power!!!

Aku sendiri pernah jumpa masjid yang kutip duit parking pada hari Jumaat sebab ada pasar malam dekat sebelah dia. Jadik sapa sapa nak pergi pasar malam tu dan parking di Masjid, silalah bayor dulu ye.

Aku jugak pernah kena marah sebab parking kereta dekat tempat regular jemaah dekat satu Masjid di TTDI. Tiada tertulis nama jawatan dekat parking tu sebagai contoh, noja barat, siak dan sebagainya. Dengan selamber aku disuruh alihkan kereta sebab tempat tu si polan si polan punya tempat selalu parking.

Pernah jugak aku kena sound masuk toilet masjid guna selipar aku sendiri. Aku disuruh pakai selipar yang masjid sediakan. Aku tak berapa kisah sangat yang ni. Cuma yang aku kisahkan toilet masjid ni memang tidak menggambarkan ia adalah sebuah toilet sebuah masjid. Dan selipar yang disediakan..ops..dan terompah yang disediakan pula....ermmmmms...paham-paham ajelah ye.

Itu belum termasuk Masjid yang menghalang kita daripada berehat melepas lelah ataupun jemaah regular yang memandang semacam pada kita.

Mungkin ini balasan kepada aku yang mana masa zaman sekolah dahulu bermain Fifa 98 di dalam perpustakaan di sebuah Masjid di Tangkak. Mungkin juga...


Posted via Blogaway

Saturday, October 31, 2015

Status Pilihan

Mimpi Sang Tua.

Senja nan merah tadi aku tertidur di atas sejadah. Elok comei duduk bersimpuh siap bagai.

Dalam mimpi yang permai itu aku didatangi Sang Tua dari Gunung Ledang. Berjambang dan kekuningan rambutnya.

Sekali imbas tak banyak beza dengan rupa beruk kuning. Dia menghampiri aku yang sedang leka melapah daging kerbau. Lalu dia berbisik ke telinga aku dan berkata dengan yakin.

"Anak mude...Pagi ini adalah pagi kebangkitan Chelsea di medan Eropah. Bersaksilah engkau wahai anak mude..."

Kaaaaapooof!!!

Aku pun terjaga dari lena dengan senyum lebar di wajah.

Jerebu Kesalahan Cikgu.

Aku takkan salahkan Cikgu dalam hal coti sekolah sebab jerebu ni. Sebabnya aku ni pawer. Darjah enam aku dah terima surat cinta dari makwe Cikgu Praktikal.

Aaaarggggh..engkau orang masih sibuk main teng teng masa tu.

Susu

Beberapa hari yang lepas seorang ibu terjun bunuh diri sebab kecewa tak dapat menyusukan badan anaknya yang berusia 10 hari.

Kenapa nak risau kalau dah takdir anak tersebut minum susu formula? Risau anak dah besor nanti berfikiran seperti lembu? Tidak cerdik seperti Steve Jobs?

Apa nak risau..Najib Razak, Ahmad Maslan, Isa Samad dan tak lupa jugak Hasan Malek. Semuanya ni aku yakin mereka minum susu badan semasa bayi.

Cuba engkau nengok apa jadi pada diorang ni semua? Hah?

Terngiang-ngiang.

Pada usia senja sebegini, lagu yang sering terngiang-ngiang ketika membasuh pinggan mahupun memandu bukanlah Enter Sandman.

Sebaliknya ialah Upin Ipin, Boboiboy, Robocar Poli, My Little Pony, Dora serta Wanda and the alien.

Kadang-kadang aku cuba selitkan lagu Pelamin Anganku Musnah. Tapi tak lepas jugak. Kuat betol mandrem lagu tema kartun ni.

Ringgit Jatuh.

Menitik perlahan-lahan air mata aku bila dengor MP dalam sidang parlimen cakap kejatuhan nilai ringgit baik untuk warga luar bandar.

Tulaaaa...aku bukan tau ape pun. Balik kampung pun guna Waze.


Posted via Blogaway

Wednesday, October 28, 2015

Belanjawan 2016

Belanjawan.

Sekejap lagi akan berlangsung Belanjawan 2016. Engkau orang semua diam. Biar aku sorang jek yang ulas pasal benda ni sebab aku terer.

Sejak bertahun-tahun lamanya kita disajikan dengan belanjawan. Aku berpendapat belanjawan yang kerajaan bentangkan ini kalau betol dia pawer sepatutnya:

1) Takkan ada umat miskin tegar sehinggakan rancangan bersamamu di TV3 terpaksa ditutup serta merta.

2) Tiada kanak-kanak yang kena merentasi sungai, masuk hutan berlawan dengan babi semata-mata untuk sampai ke sekolah yang berdindingkan habuk dan debu.

3) Taib Mahmud jatuh muflis dan hasil balak dikembalikan sama rata kepada penduduk asal di bumi Sarawak. (Aku dengan Sarawak ni ada spesial sikit. Engkau jangan tanya pasal apa).

4) Hospital Klang tak berupa seperti Hospital Klang yang ada sekarang ini. Dan juga Shah Alam mempunyai sebuah Hospital Kerajaan yang mana mencapai status bandar rayanya pada 10 Oktober 2000 semasa di bawah jajahan Khir Toyo, Menteri Besar Selangor yang ke –13. Yang dah terbina pun masih belum beroperasi.

5) Tiada isu kantoi audit setiap tahun dengan membeli sebuah laptop beharga berbelas ribu hanya untuk key-in data sahaja dan memberikan servis yang lembab kepada orang ramai.

Sudahlah. Malas aku mau sambung. Sebelum aku pergi panaskan enjin kepala lori aku. Mari aku petik kata-kata pujangga oleh seorang tua dari Gunong Ledang Yang Berjambang Serta Kuning Rambutnya.

"Belanjawan ni ibarat Fazura memakai make-up. Pagi ni bangun tidor pakai cantik-cantik tutup segala lobang di wajah. Sebelum masuk tidur basuh bersih-bersih buang make-up. Esok pagi bangun tidor pakai make-up semula. Begitulaaah."

#Belanjawan2016
#KekalNajibSampaiKiamat
#NajibPower


Posted via Blogaway

Wednesday, October 21, 2015

Status Pilihan

Beruk Kuning.

Apehal kutuk-kutuk TMJ kesayangan aku ni?

Bila engkau kena buat pasport semata-mata nak makan otak-otak Kempas nanti barulah menyesal tak sudah. Heh!

Selamat Pagi Jumaat Yang Barokah.

Teruskan perjuangan melawan 1MDB.

Sebab ape? Sebab tak nampak hasil puuuuuuun..itu pun tak paham paham keeeeeee?

Selamat Malam Senja.

1MDB ni kalau betol pawer, dengan kewujudan dia sendiri pun dah boleh bina sekolah dengan hospital. Tapayana korek duit poket rakyat dengan GST dan naikkan harga tol. Hah!


Posted via Blogaway

Thursday, October 15, 2015

Enam Jam Sehari

Aku sampai di rumah lebih kurang pukul 7.45 pagi, selepas aku bekerja selama 12 jam pada waktu malamnya.

Sesampainya aku di dalam rumah, aku terus mara ke bilik mandi. Mandi lebih kurang ala Rambo. Secara tiba-tiba aku merasakan ada antu berok mata merah cuba mengintai aku yang hendak keluar dari bilik mandi. Aku abaikan. Hanya manusia lemah sahaja yang takut pada hantu. Tetapi mulut aku tetap terkumat-kamit membaca ayatul Kursi.

Keluar sahaja dari bilik mandi aku terus memutarkan mesin basuh automatik untuk membasuh pakaian kotor yang melambak-lambak. Dari kedudukan berdiri yang mapan di sebelah mesin basuh, aku melakukan balik kuang sebanyak 6 kali. Zuuuup..aku samapai di balkoni dan aku mula menyiram pokok-pokok sayuran di ruang yang sempit itu.

Selesai menyiram pokok aku kembali melompat dengan lincah pula ke sinki dapur. Membasuh pinggan mangkuk dan botol susu anak-anak. Lebih kurang 20 minit kemudian baju yang dibasuh pun siap. Aku terus mengampainya dengan tenang sambil humming lagu Menuju Puncak dendangan Pelajar Akademi Fantasia.

"Menuju puncak!!! Gemilang cahaya...lalalala..hummmm...hummmm.."

Siap. Aku duduk di meja makan dan termenung seketika. Dan secara perlahan-lahan air mata aku jatuh berlinangan betol-betol di bucu meja makan tersebut. Sedih pula aku mengenangkan bila ada pihak yang mahu Malaysia melaksanakan masa beberja hanya terhad kepada 6 jam sahaja.

Lemahnya umat Malaysia. Macam mana mahu menghadapi dugaan Dajjal kelak?

Sekarang aku dah lapor. Aku nak keluar cari capatti. Hah!!!


Posted via Blogaway

Tuesday, October 13, 2015

Status Pilihan

Status Pilihan.

Nippon Pawer.

Dengor kabor Jepun semakin pawer sukan ragbi (sukan yang aku tak study cara kaedah mainnya).

Mula mula bola sepak lelaki, badminton, takraw, hoki, bola sepak wanita, miyabi dan kini ragbi.

Malaysia pulaaaaaak?

Narcos Melayu

"Saya tidak kisah kalau ada 10 jenis kokain dekat Amerika ni. Tapi 10 kokain itu mestilah tidak boleh melebihi KEPOWERAN 1 kokain saya. Salaaaam 1 Colombia." - Pablo Escobar -

Rutin Bulanan

Tengah tunggu harga baru minyaaaaak keeeeee tuuuuuuu?

Selawat Songsang.

Real betol selawat Wahabi tu aku nengok. Tula..dulu takmau pegi belajor agama Islam betol betol. Dah tua tua ni sibuk buat mabok ketum main belasah tukar ayat selawat Nabi.

Kalah.

Main bola kalah dengan Singapore.
Berlakon kalah dengan Singapore.

Menyanyi pun kalah dengan Singapore?

Tol

Ape macam dengan kenaikkan tol di beberapa tempat mulai 15 Oktober 2015 ni?

Taknak bayor tol? Gunalah jalan biasa yang tiada tol...

TOL NAIK - Tangan Yang Memberi Lebih Baik Dari Yang Menerima.

Dalam hal ini, kerajaan berpandangan pampasan-pampasan penangguhan kenaikan kadar tol sewajarnya digunakan untuk melaksanakan projek pembangunan yang boleh memberi kesan pengganda kepada ekonomi negara dan memanfaatkan rakyat secara keseluruhannya. Sebagai contoh, membiayai kerja-kerja penurapan semula jalan, membina lebih banyak hospital dan sekolah.  

Okeh, apabila kerajaan engko menggunakan Tol sebagai cara untuk menurap jalan, membina sekolah dan hospital. Ini bermakna kerajaan engko sedang bermasalah dan nazak. Benda simpel macam gini pun tak sedor lagi keeeeeeeeeeee?  

Bayangkan..punyalah kayanya Malaysia dengan pelbagai hasil bumi dan kononnya kemantapan ekonomi dengan unjuran pertumbuhan ekonominya pada setiap tahun serta hasil kutipan GST yang melimpah ruah. Akhirnya...nak menurap jalan, membina sekolah dan hospital ialah caranya dengan menaikkan harga tol.

Nazak ni..nazak..

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

Wednesday, September 30, 2015

Jerebu Engkau.

Corak pemanduan sedap-sedap aku di Lebuhraya Persekutuan terganggu apabila kereta di lane tengah di hadapan aku memandu secara perlahan lebih kurang 40 km/j sahaja pada pengiraan aku.

Untuk menjaga air muka pemandu tersebut, aku tidak sampai hati memotong beliau dari sebelah kiri. Jadi aku menarik signal lalu dengan steady aku pulas stereng dan memotong kenderaan beliau secara cermat serta cekap.

Pada masa aku memotong kereta tersebut aku cuba menerobos ke dalamnya. Apa yang aku terkejut ialah beliau tengah sedap terkial-kial nak mengambil gambor jerebu dengan talipon bimibitnya.

Mujur dalam kereta aku tengan main lagu 'Im Not A Girl Not Yet A Woman'. Kalau lagu 'Creeping Death' mungkin lain ceritanya.


Posted via Blogaway

Thursday, September 17, 2015

Status Pilihan

Kasim Selamat.

Tergolek golek Sabariah Mansor dengor Kasim Selamat nyanyi dalam radio.

Big Bang who? Heh!

Haze Umum

Geram jugak aku dengan spesis buat pengumuman tengah tengah malam ni.

Siang lama benor meeting gamaknya.

Himpun Warna.

Itu hari geng baju kuning. Lepas tu merah. Ini pasokan hijau pulak.

Entah bila nak matang engkorang ni semua. Masa sekolah dulu tak puas beraksi dengan rumah sokan keeeee?

Maruah Darul London.

Secara fitrahnya, tewasnya Manchester-manchester pagi ini bermakna tugas menjaga air muka umat England akan terletak di bahu bangsa London.

Jika itu suratan takdirnya..siapalah kita untuk menidakkannya..


Posted via Blogaway

Monday, September 14, 2015

Perbualan Haze

Minggu lepas aku lepak dengan seorang member. Dia kata jerebu ni dari kita kecik tak setel-setel. Tiap tahun mesti jadi.

Aku rileeeks dan tersenyum sambil kepak ayam masak kurma aku masukkan dengan lahap ke dalam molot aku. Aku yakin macam itulah jugak reaksi pihak yang bertanggungjawab dalam menjaga perihal alam sekitar negara kita.

Tiap kali kita sebagai rakyat biasa komplen, mereka buat rileks keluar sarapan dari jam 9.00 pagi sampai 10.30 pagi. Tengahari keluar pergi Alamanda dari jam 12.00 tengahari sampai 2.00 petang. Jam 3.30 petang keluar mengeteh makan karipap berinti angin. Jam 5.00 petang balik.

Begitulaaaah...


Posted via Blogaway

Status Pilihan

Kalau aku jadi Ong Kim Swee, aku tak tunjuk ajor taktikal dah. Dah suntuk. Bagi nengok filem Rocky jek.

------------------------------

Tahun 2018,

"Setelah didesak exco dalam FAM, saya terpaksa bertanding."

Lepas tu dia menang lagi masa bertanding. Pegang sampai kiamat jelaaaaa..

--------------------------

Lain macam betol dia punya feeling bila tengah tengah masak terpaksa berlari lari anak ke balkoni untuk amek serai dan daun bawang.

Harapnya hal pawer macam ni tak diketahui dek Nur Fazura mahupun Neelofa.

-----------------------

Ini Kali Kalau tuan Presiden dengan koncu koncu tak lepaskan jawatan, tak dapekla kawe nak bayangkan betapa tebalnyer ketiadaan malu pada muka depa.

Tak payahlah tunggu sampai 2018..ke nak bagi hilang file file penting duluuuu?

--------------------

Piala Malaysia 2015 | Separuh Masa Pertama | JDT 2 - 0 Perak.

Bini aku kata : "Agak main lagi Amri Yahyah ni? Dari zaman sekolah sampailah dah beranak dua pun muka dia lagi."

Terdiam aku tak tahu nak jawab ape. Inilah bukti Malaysia kekurangan penyerang muda berbakat.

----------------------

Haze yang paling bahaya dekat muka bumi sebenarnya ialah Jenna Haze.

Betol...percayalah.


Posted via Blogaway

Jerebu 2015

Selepas ini Malaysia bolehlah masukkan Jerebu dalam musim-musim di negara ini selain musim boikot Mekdi dan lawan Syiah.

Tapi musim Jerebu ni paling teruk terkesan ialah orang-orang bujang. Bukannya ape, susah nak nampak jodoh.

Yang dah kahwin aku tak tahulah pulak terkesan ke tidak.


Posted via Blogaway

Remang-Remang Insurans

Saya bukanlah sejenis orang yang mudah terpengaruh. Sebagai contoh, ketika semua rakan rakan saya sibuk join LUXOR, saya tenang tulis puisi untuk makwe Sarawak. Ketika rakan-rakan saya sibuk menghabiskan cuti semester dengan pergi masuk Hutan Taman Negara, saya tenang balik kampung dan tolong emak buat kerja dapur. Ketika semua umat manusia sibuk beli kasut Croc, saya masih tenang pakai Clark.

Begitu juga dengan perihal insuran. Pelbagai jenis ejen datang menghimpit saya. Ada yang cuba menakot-nakotkan saya dengan bagitahu ekonomi Malaysia ini dipegang oleh kaum Cina. Saya menjadi marah lalu pecah gelas teh tarik saya hantukkan ke kepala beliau. Ada ejen insuran anak dara cuba meminta no talipon saya. Saya rileeeks tunjukkan perbualan mesej tersebut pada isteri saya. Ada juga entah ejen mana PM facebook saya. Macam kaum Nigeria dia punya terdesak.

Tetapi tidak pada seorang insan bernama Anep. Beliau berbeza. Berketerampilan orangnya. Saya akhirnya mengambil insurans di bawah beliau. Kenapa kita perlu bertangguh untuk memiliki insurans? Adakah sebab kita masih sihat dan tidak perlukannya?

Kenapa pula kita kena ambil insurans ini? Yang pastinya ia bukanlah sebab kita takut mati. Ia berkait dengan beribu satu sebab musabab wahai kawan-kawan sekalian.

Mahu tahu apa dia kelebihan memiliki insurans? Sila kontek nombor beliau. Servis power nak mampos akan sedia diberikan.


Posted via Blogaway

Friday, September 4, 2015

Status Pilihan

Status Pilihan

Khalid Ali kata dalam ulasan dia tadi, JDT musim ini bermain Total Football.

Kalau Rinus Michels tau pasal ni. Mau dia bangkit dari kubur sambil berdekah dekah.

Inilah level taktikal knowledge antara lagenda bola sepak terkenal negara Malaya.

---------------------
Pergi mana-mana search engine, taip perkataan Bangsat, muka Ayahanda The Real Caliph Perdana Menteri Najib Razak kesayangan ramai yang muncul.

Kenapa Yahudi tidak habis habis dengki dengan beliau hah?

---------------------
Menengok muka Najib Razak yang putih gebu kudus mulus ini membuatkan aku hairan kenapa rakyot Malaysia mahu gulingkan serta jatuhkan beliau.

Bukankah beliau is The Real Caliph? Hah?

---------------------
Sekumpulan anak muda lepak ramai ramai. Sembang sampai 40 meja sekeliling dengar. Berapi dan membara.

Datang seekor kucing, melompat ke meja diorang, habis menjerit semua siap dengan terkeluar suara kecik.

Sekali aku pandang, sokong Liberpool rupanya.

---------------------
Ini ke Firmino + Coutinho yang dikatakan jelmaan Ronaldinho + Ronaldo tu?

Okey aku percaya.

Sementara itu di London khabarnya bergegor Jambatan Stamford dengan kuatnya tak tipu punya. Sokong Najib jela aku season ni.

---------------------
Malam merdeka ni paling sedap merempit ajek.

---------------------
Selamat Pagi September Please Be Nice To Me.

Aku mendapat info bahawa Hawa tercipta di dunia untuk menemani Sang Adam. Begitu juga dirimu yang tercipta untuk temani aku.

---------------------
Hari ini dalam sejarah.

17 tahun lalu Reformasi bermula. Sejak dari itulah perkataan Liwat diguna secara membabi buta.

---------------------
Terima kasih kepada 5,237,699 orang atau bersamaan dengan 47% pengundi yang mengundi kerajaan yang ada memerintah pada hari ini.

Dapatlah kita menengok persembahan kapal perang bila tiba hari kemerdekaan kelak.

Love you all!

---------------------
Jadik ketua perbarisan dapat pangkat Dato. Apa mau hairan?

Shah Rukh Khan dapat. Jackie Chan pun dapat.

Inikan negara Malaysia.

Friday, August 7, 2015

Kuch Kuch Hota Hai



Pedulik Sama bola.
#TeamKajol


Shah Rukh Khan buat bicycle kick siap duduk dulu.

Kau reti?


Tina sudah mari.

Tundukkan pandangan gais.


Scene hero hindustan kunyah chewingum ni memang hero melayu tak boleh lawanlah.

Tambah petik jari serentak pulak tu.


Berdiri semua. Lagu keramat ni.


Hati menangis Dan mata berair.

Kepada siapa harus aku mengadu?


Scene wajib dalam filem Hindustan - Kejar keretapi.


Lagu tunang woih. Salman Bhai nak menari.

#TeamAman


Johnny Lever ni lama lama Aku nengok kelakor yang dia buat, rasa nak lempang muka dia pun ade.

Thursday, August 6, 2015

Bercucuk Tanam.

Bercucuk Tanam

Dari ketinggian ini, bermacam sayuran bini aku tanam dalam pasu termasuk pokok betik.

Aku cuma berharap takde pokok ganja atau ketum.

Tak rela aku hidup merana macam Heisenberg di kemudian hari.


Posted via Blogaway

Wednesday, August 5, 2015

Status Pilihan

Status Pilihan.

Dear Ogos.

Aku tak kira. Aku tak kira. Tepi semua!!!!

"DEAR AUGUST. PLEASE BE NICE TO ME."

Fuuuuhhh...puas hati aku.

London!!!

"Jika hendak melihat bola sepak sebenar, pandanglah ke London. Bukannya Selatan Malaya." - Manja Man.

Jadi, malam ini adalah harinya untuk kita duduk rileeeeks bersandar atas sofa dengan kipas Pensonic renek dihalakan tepat ke dada. Bagi pasukan yang tidak beraksi malam ini, penyokongnya bolehlah mencari hiburan lain seperti Akademi Fantasia misalnya.

Hal- hal berkaitan seni bola sepak ni biar tim dari London persembahkan.

XOXO

- H -

Fatwa Azalina

Bersyukurlah kita kerana drama Melayu di tivi akan terus menghalalkan adegan berpeluk dan bersentuhan antara bukan muhrim.

Bukankah ini yang umat Melayu mahukan?

Jangan lupa jugak Diari Akademi 2015 akan bermula malam ini.

Bukankah ini yang umat Melayu tunggu?

Penderma.

Kita buat ujian air kencing ajelah kepada Penderma 2.6 Biliyun tu.

Selamat Pagi Yang Indah.

Abang mulakan pagi ini dengan sebuah pujangga ciptaan abang sendiri.

Sebelum kita nak bercakap pasal kesilapan orang lain, cubalah nengok dan belek diri kita dulu.

Dalama masa yang sama juga gunakan akal fikiran yang waras tersebut sebelum berkata-kata.

Itupun kalau adelaaah.

#KekalNajib

Dengan wajah terbaru abang ni, abang yakin Najib Razak tidak bersalah. Duit orang derma, engko nak pedulitaik ape hal?

Abang harap abang tak berseorangan dalam hal ni. Eh, abang ke kakak?

Ke macam mane?

Keyakinan Abang

Abang yakin Najib Razak tidak bersalah. Memandangkan Anwar Ibrahim dalam penjara.

Ada baiknya abang salahkan DAP dalam hal 2.6 Biliyun ni. Engkau pulak?

AFUNDI 2

Masa Akademi Fantasia 2 dahulu ade member abang dari Sarawak hampir-hampir isikan borang nak masukan nama abang dalam rancangan tersebut.

Abang halang perbuatan beliau. Abang katakan pada dia abang lebih selesa berjuang demi anak bangsa di dalam bidang politik berbanding melekakan anak bangsa dengan hiburan lagho.

Nah ko!!! Kau nengok di mana abang berdiri sekarang. Sebaris Ahmad Maslan dan KJ.

Kau pulak?

Bagi abang test skill nanyi abang sikit ek..

"UMNO budak baik. BN budak baik. UMNO budak baik. BN budak baik. UMNO budak baik. BN budak baik."

Sedap jugek suara abang ni.

Rokok Elekteronik.

Penggunaan rokok elektronik (e-rokok) atau lebih dikenali sebagai Vapor adalah haram bagi mereka yang beragama Islam.

Perkara itu disahkan menerusi satu kenyataan yang di muat naik di laman Facebook Mufti Wilayah Persekutuan dan laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), hari ini.

Manakala Jakim turut masih mengumpul bukti bagi memastikan sama ada wang derma 2.6 Biliyun adalah haram ataupun tidak dan tidak meragukan dari segi pengurusannya.

Sementara itu juga majalah Mangga tidak dikira haram kerana gadis seksi di dalamnya masih inginkan berkahwin dengan lelaki beriman.


Posted via Blogaway

Wednesday, July 29, 2015

Berehatlah Muhyidin Yassin

Bangsa Johor harus bangkit!!!

Mesjid mana kita nak pergi laung Reformasi Asar nanti? Heh!

Sebenornya aku cukup faham perasaan Muhyiddin sekarang ni.

Dulu masa Tingkatan 4, aku penah kena pecat dari menjadi Konductor Choral Speaking. Bisa tetap terasa walau senyum terukir di bibir.

Choral Speaking tuuuuuu...

Majalah Mangga Terulung Di Alam Semesta.

Majalah Mangga Terulung Di Alam Semesta.

Setakat apa yang aku tahu, hanya negeri Kedah sahaja yang mengeluarkan fatwa berkenaan mengharamkan majalah Mangga. Peringkat kebangsaan macam tiada. Kalau ada sila betulkan aku. Kenapa Majalah mangga lebih terulung berbanding The Edge? Kenapeeeee?

1) Tajuk dan cara pelaporan serta pemberitaan majalah Mangga tidak menimbulkan persoalan dan persepsi negatif kepada masyarakat. Engko tayanglah apa yang patut asalkan pembaca dan pembeli sentiasa perfikiran positif dalam menghadam gambar artis mendedahkan aurat.

2) Cerita dan gossip yang diterbitkan turut bersumberkan maklumat yang sah. Kesannya ia tidak akan memberi kemudaratan kepada ketenteraman awam dan kepentingan negara sekiranya kisah naik turun mahkamah kes penceraian artis menjadi sajian mata.

3) Setiap negara mempunyai undang-undang sendiri untuk menghalang sebarang syarikat penerbitan yang menyiarkan berita atau laporan palsu. Ia tidak berlaku kepada majalah Mangga yang mana sentiasa tulus dalam menyiarkan gambar artis lelaki bermandi-manda di kolam renang dengan badan kurus melidi.

4) Tindakan kerajaan membiarkan penerbitan majalah Mangga juga tidak mengejutkan dunia. Ini kerana ia jelas selari dengan polisi negara Malaysia yang menyokong kebebasan media. Dan majalah Mangga dilihat berada dilandasan yang betul dalam usaha menuju status negara maju 2020.

5) Perlu diingat yang majalah Mangga tidak mengandungi hasil penerbitan yang melanggar penerbitan Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012.

6) Majalah Mangga tidak mengandungi hasil penerbitan yang memudarat atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam atau mungkin menggemparkan fikiran orang ramai atau mungkin memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara, Kalau dan menengok gambar artis seksi terdedah aurat pakaiannya serta berpeluk lelaki perempuan, celah mana pula yang memudaratkan? Ye tak?

Oleh itu mari kekalkan majalah Mangga ini kerana ia pemangkin kepada kemajuan negara. Ramai-ramai ikut saya...

SATUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!!!!! MALAYSIAAAAAAAAAAA!!!!

Tuesday, July 21, 2015

Perbualan Pawer Raya 2015

Perbualan Pawer Raya 2015 (Nama dirahsiakan agar pihak lawan tidak berasa hati. Sedikit cerita juga ditokok tambah sebab aku punya sukelah)

- Pelari Jarak Jauh Dari Kenya -

"Kasut lari engko berapa pasang?"
"Tiga."
"Okeh, berbalik kepada persoalan asal. Berdasarkan sebuah kajian sekitar tahun 2012. Daftar 100 negara termiskin di dunia menyenaraikan Kenya sebagai salah satu negara termiskin dengan menduduki tangga ke-37 dunia. Manakala Malaysia yang aman damai harmoni ditadbir oleh Najib Razak yang hanya berbuka air suam dan buah kurma serta menteri sukannya yang rajin selfie dan berzumba hanya mampu mengimport atlit jalan kaki dari China bernama Yuan Yufang. Apakah kelebihan pelari jarak jauh dari Kenya ni sebenarnya? Hah?"
"Itu pun engko tak tahu? Mari aku terangkan. Depa ini dilahirkan di Kenya yang mana lokasinya berada pada altitude yang tinggi. Keadaan ini akan meningkatkan jumlah sel darah merah pembawa oksigen. Engko pernah dengor frasa 'altitude training'? Altitude training, atau berlatih di dataran dengan ketinggian 6.000 sampai 10.000 kaki (1.500 sampai 3.000 meter) di atas permukaan laut akan menjadikan hormon yang menstimulasi produksi sel darah merah, melonjak ke tahap maksimum dalam tempoh 24 hingga 48 jam apabila engko kita tiba di dataran tinggi. Itulah sebabnya pelari-pelari elit dunia seperti Mo Farah pergi ke Iten, Kenya, untuk berlatih di sana."
"Itu aje kePAWERAN pelari dari Kenya ni?"
"Bukan itu sahaja...selain itu mereka juga mempunyai badan yang berbau busuk serta rambut mereka yang bacin serupa tak basuh 10 tahun. Sebab itulah atlit dari negara lain payah nak potong mereka ketika perlumbaan."

- Makwe Kemboja -
"Bekas makwe Kemboja aku follow instagram aku. Dia like gambor akuuuuuuuuuuuuu." (sambil goyang-goyang henpon)
Ambil henpon dan merenung skrin secara mendalam. Serentak kepala digeleng-gelengkan dengan perlahan.
"Dia dah kahwin dan beranak tiga kan? Bak sini aku follow instagram dia. Bak sini."
Butang follow pun diklik secara santun.

- Water Cannon -
"Apahal guna water Cannon? Sudahlah mahal. Membazir ajek. Gunalah air sampah ke..air najis ke..Baru padan muka dengan perusuh jalanan tu semua."
"A'ah ek..betol jugak. Takpun guna Air Say Men."
"Kah..kah..kah.." Satu meja gelak serupa baru lepas pekena air ketum walaupun hambar.

- Adik dan Abang Ipar  -
"Dia kahwin dengan siapa?"
"Engko tak tahu ke?"
"Kah..kah..kah.." Dua orang yang lain ketawa dan tidak mahu meneruskan perbualan tersebut.

- Isteri Punya Pasal -
"Dia dah jarang talipon aku. Kalau talipon pun tanya benda-benda yang penting ajek. Nak tahu jalan ni kat mane..jalan tu kat mane...Yelaaaah...bini dia punya pasal..takpelaaah."
Satu meja tertunduk lesu sambil menguis-nguis hujung gelas masing-masing.

- Status -
"Status ni dia tulis pasal engko ke?"
"Pasal aku mende pulok ni? Aku fren dengan dia pun tak."
Cepat-cepat topik perbualan ditukar. Mungkin takut kena print screen lagik agaknya.

- Pramugari -
"Kalau engko nak tahu..uniform Malindo lah paling pawer sebenarnya."
"Eh, dekat mane ada jual? Online ada tak? Boleh buat adiah bagi dekat bini tu."
Semua yang berada di meja terus pura-pura memandang skrin talipon masing-masing sambil bersiul-siul lagu raya DJ Dave.

Banyak lagi sebenarnya. Pasal makwe Zouk, makwe Aspuri, makwe jande. Eh, yang lain-lain tu bagi aku simpan dulu.
Selamat Hari Raya 2015








Friday, July 17, 2015

Engkau Bila Nak Kawen.....? Lagi.....

Yang bujang tak payahlah risau kalau keluar soalan:

"Bila engko nak kahwin? Muka engko makin kerepot aku nengok."

Sebab yang dah kahwin pun sebenarnya lagik kena soal dengan pelbagai soalan. Antaranya:

1) Kau bila nak bernikah lagik satu? Aku nengok engko punya kaya sampai mencium duit kertas dalam facebook. Hah?

2) Takkan sorang jek anak engko? Ko tak mampu keeee nak beranak lagiiiii? (bercakap sambil goyang-goyang pinggang).

3) Kau okey ke berbini dua ni? Cuba berbini tiga pulak nengok macam mana...? Azhar Idrus steady jek. Kau pun kaki mesjid kan?

4) Cukup ke dua orang anak engko ni? Tambahlah lagi dalam dua tiga orang. Ingaaaaat..anak itu rezeki dari Allah tau.

Dan pebagai lagi soalan yang tidak masuk akal. Ada juga yang sering bertanya pasal bonus pekerja Bank Rakyat. Tapi itu cerita lain. Tak boleh tulis dekat sini.

Alaaaaah...entah entah takde siapa pun nak tanya engko bila nak kahwin. Perasan engko jek kot.

Selamat Hari Raya.


Posted via Blogaway

Perutusan Hari Raya

Perutusan Hari Raya.

Selamat Hari Raya Mahap Zahir Batin kepada semua. Segala salah dan silap harap dimaafi. Aku sentiasa maafkan engkau orang semua.

Drogba update status dimalam raya,
Sengaja nak menunjuk suasana malam raya,
Falcao Dibuang dipungut sahaja,
Tanda Chelsea kelab wibawa.

Esok lusa pagi dah raya,
Shopping last minit rutin Ospina,
This is our season katanya,
Hanya mampu tangga ketiga.

Jalan Tar sibuk tanpa mengira masa,
Just nak ingatkan shopping tu jangan tak ingat dunia,
Apalah ada pada Adam Lallana,
Sekadar pelengkap Liverpool juga.

Pejam celik esok dah nak Raya,
Jumpa Van Gaal di pagi syawal,
Banyak soalan pasti nak kena tanya,
Terumatanya bila nak resign awal?

Pagi raya dah update facebook,
Gambar selfie menjadi pilihan,
Macam biasa Man City sibuk,
Pallegrini dipecat jadi kenyataan.

Lelaki berjambang indah berseri,
Dambaan Fazura di aidilfitri,
Pantun ku hantar pengganti diri,
Tanda ingatan di aidilfitri.


Posted via Blogaway

Status Pilihan

Status Pilihan.

Bukti WSJ?

Ape benda bukti kertas yang WSJ bagi ni? Kami mahu 4 orang saksi yang berimanlah natang WSJ.

Macam mana aku tak percaya Lincoln Burrow dulu bunuh adik naib presiden Amerika, begitulah juga dengan kes Najib ni.

#TeamNajibRazak

100 Hari Dengan GST

Perlaksanaan GST sudah hampir 100 hari.

Masih ada yang berbuka kurma berulam air suam. Dan bersahur nasik goreng kampung. Dengan kekayaan hasil pungutan cukai, kita sepatutnya mampu makan lebih daripada ini.

Mampukah kita mencapai sasaran negara maju menjelang 2020? Hah?

Ranjau Perantau

Aku bagi budak baru opis aku ni tidur sebab kampung dia dekat Perlis.

"Kau tido. Kau tido. Biar aku buat semua kerja. Aku takpe. Aku meman terer."

Dia pun terus berdengkur tidak berbelah bahagi.

Ranjau Perantau II

Aku dah habis ikhtiar dah ni bertahan dekat opis. Budak Perlis tu aku dah lepaskan dia balik.

Semua lagu tak kena. Lagu Raya Sudirman tak kena, lagu P Ramlee jadik sayu, lagu Jamal terasa gian pulak.

Last sekali lagu Salman Bhai jugak aku layan. Heh!

Raya Low Yatt Hamzah.

Itu hari dekat Low Yatt bukan main kuat bertakbir.

Bila dengor esok kena Solat Raya dengan Solat Jumaat, menggelabah tanya hukum sana sini.

Heh!!!


Posted via Blogaway

Wednesday, July 15, 2015

Berbuka Cara Budak Berbadan Besor Macam Badak

Aku yang miskin pun bukak puasa tomyam udang, rojak petis timun tauhu, ikan kerisi goreng, air kelapa, air laici, biskut tam tam.

Kau punya menipu ni Michael Jackson dalam kubor pun berdekah dekah ketawa.

Entah sahur mendelah Najib Razak pagi ni.

Kurma lagikah? Air suam lagikah?

Ciaaaaaaaaaan...


Posted via Blogaway

Monday, July 13, 2015

Bergaduh Dengan Cina.

Bergaduh Dengan Cina.

Bergaduh dengan Cina ni aku cuma teringat satu kisah sahaja. Ceritanya begini.

Seorang member sekolah aku Radzi telah bergaduh dengan seorang budak Cina. Entah mende yang digaduhkan pun aku tak hengat. Sebab potong barisan masa membeli makanan ke...terlanggor makanan ke...antara gitulah kot punca dia.

Radzi yang berasa marah secara tiba-tiba melempar makanan mee tambah wantan ke arah budak cina tersebut. Habis berterabur makanan. Masing-masing kaget. Penumbuk dah siap tergenggam. Zikir pelindung diri tak tinggal kami lafazkan di dalam hati.

"Apa nak jadik-jadiklah. Ketuanan bangsa dan makanan harus dijaga!!!" Bisik Syam kepada aku yang duduk di sebelah aku. Aku hanya bersiul-siul kecil melagukan rentak lagu Negeri Johor.

Seorang lagi member aku, Anep yang berada berhampiran tempat kejadian itu juga secara tiba-tiba bangkit dan marah-marah. Rupa-rupanya baju dia turut terkena tempias makanan yang dilempar tadi.

Dia melangkah pantas ke bilik guru. Dalam hati aku "Habislah..."

Beberapa minit kemudian Anep muncul.

"Aku dah jumpa Cikgu Mustafa. Aku bagitau dia aku nak balik kejap tukor baju."

Perggghh...itulah antara langkah paling hensem dan berani yang pernah aku nengok Anep buat.

Maka tidak hairanlah pada ketika itu beliau mempunyai dua orang makwe secara serentak. Seorang makwe Aspuri. Dan seorang lagik makwe sekokah lain berbangsa Kemboja dan putiiiiih melepak.

Perihal Makwe Kemboja ni panjang ceritanya. Nanti-nantilah aku cerita.


Posted via Blogaway

Kerana Oppo Seketul Habis Rosak Elizabeth Tan Sebelanga.

Kerana Oppo Seketul Habis Rosak Elizabeth Tan Sebelanga.

1) Pada mulanya aku ingatkan Oppo ni jenama dari Negeri Berwibawa iaitu Negeri Sembilan. "Oppo kono ei jang?". Okeh, ini lawak recycle yang aku pernah baca. Harapnya dengan lawak ini dapat menenangkan kemarahan pejuang-pejuang bangsa sekalian alam.

2) Aku taknak sentuh bab bangsa kuat menipu. Dekat Malaysia bukan Cina jek yang menipu. Makcik Melayu pun rajin menipu bulan Ramadhan ni dengan menjual kuih muih hobbit. Kecik yang amat. Tapi harga tak masuk akal.

3) Sebenornya kita kena tahu hak kita sebagai pengguna. Tak kiralah engko beli barang jenama Abibas ke, Naik ke. Hak kita. Kita kena tahu.

4) Jika kita beli barang elektrik atau gajet-gajet kita kena tahu apa hak kita. Tahu warranti dia. Tahu hak untuk tukar ganti dan sebagainya. Tak ori? Pergi kedai tu semula dan mintak ganti. Tak dilayan? Pergi ke saluran yang betol. Tribunal Pengguna misalnya. Ermmmmms...ataupun pun jumpa Hasan Malek.

5) Aku ambil contoh dari diri sendiri. Aku pernah beli laptop dan kebetulan ada beberapa masalah. Oleh kerana masih dalam tempoh warranti, segala part dalam laptop itu boleh diganti dengan percuma. Tapi tulaaah..Budak tu terbeli barang yang tak original ye..Aku cadangkan gunakan point nombor tiga untuk penyelesaian. Bukannya buloh runcing. Ya, memang lambat. Tapi itulah hak yang kita ada sebagai pengguna sebenarnya.

6) Contoh lain yang kena pada diri aku sendiri ialah masalah selepas membeli rumah. Sebanyak dua kali kipas rumah aku rosak disebabkan kebocoran pada siling rumah. Dua biji pulak tu. Apa aku buat? Aku perambat developer dengan mengugut akan membawa kes ke Tribunal Pengguna kalau dia tidak mahu ganti rugi. Pasal apa sampai nak kena ugut? Sebab depa ambil acuh tak acuh sahaja dengan kita dan anggap majoriti kita tidak arif tentang hak sebagai pengguna. Depa-depa ni kita kena berkeras baru kita tak tertindas.

7) Selain itu adik aku jugak pernah terbeli cokelat yang di dalamnya ade beberapa ekor ulat. Punyalah real ulat tu siap melompat-lompat keluar dari cokelat. Apa yang adik aku buat? Dia report dekat Fomca. Kemudian Fomca berhubung dengan kompeni cokelat tu. Oleh kerana risaukan tindakan selanjutnya. Berebut-rebut kompeni cokelat tu bagi pampasan dalam bentuk cokelat berjemaah yang banyak kepada adik aku. Heh!!!

8) Tapi tulaaah..mungkin contoh yang aku berikan ni tak sama macam apa yang dilalui oleh pejuang-pejuang Low Yatt. Cuma ini panduan sahaja kalau ia terkena kepada kita. Sifat tenang, menarik nafas sedalam-dalamnya serta bergeliga dalam memikirkan cara menyelesaikan masalah secara kreatif dan kritis ini bukanlah ada secara semulajadi dalam setiap jiwa manusia. Ia perlukan latihan dan lebih daripada itu.

9) Cuma kalau engko terbeli Nasik Ambeng berperisa telur lalat. Aku terpaksa cadangkan engko gunakan kerambit sebagai jalan penyelesaian. Bab makanan kita tak boleh tolak ansur. Makanan woih. Makanan tu...

10) Nak boikot Low Yatt ke..ape ke..silakan. Tapi janganlah sesekali boikot Elizabeth Tan. Ciaaaaan dia.


Posted via Blogaway

Sunday, July 12, 2015

Berjasa Kepada Tanah

Berjasa Kepada Tanah.

Feeza dah mula menanam sayuran di atas rumah mengikut saranan Pak Menteri.

Bini engko masih beli tudung online ratus ratus ringgit lepas tu mengeluh salahkan kerajaan pasal GST lagi keeee?

Bersama-samalah kita Kais Pagi Bagi Makan Najib, Kais Petang Pun Bagi Makan Najib.


Posted via Blogaway

Thursday, July 9, 2015

Saya Hadri Dan Saya Juga Tertindas Di Bumi Malaysia.

Saya Hadri Dan Saya Juga Tertindas Di Bumi Malaysia.

1) Engko bayar RM500 dekat bapak engko tu dah kira bagus dapat naik kereta pergi kerja. Ada sesetengah orang takde kereta dan hanya mampu merempit EX5 masa mula-mula bekerja.

2) Naik LRT memalukan? Kau masih hijau wahai anak mude.

3) Pawer jugak engko survey harga rumah dekat kawasan Melawati dan Ampang.

4) Rumah sewa mende yang engko duduk sampai 8 orang dan kena bayor RM500 sebulan? Aku dengan Apoi berdua dulu duduk bilik kecik jek menyewa dengan Abang John. Punyalah kecik bilik tu sampaikan bila berjalan boleh terlanggar bahu. Mujur kami pawer.

5) Rileeeeksss...aku pun tak habis lagik bayor hutang belajor dengan MARA. Setiap bulan aku bagi MARA duit supaya depa boleh beli apartment dekat Australia. Biginilah caranya berjasa kepada KERAJAAN.

6) Certificate apa ek sampai 15K? Sekadar bertanya.

7) Zahra..Cubaan pancing Muhyiden tu macam berjaya. Cuma kalau boleh kurangkan sikit merungut boleh? Mengadu pada pemimpin ni aku rasa takde hasil sangat. 

8) Apa-apa pun tahniah dan pawer jugak engko cakap depan TPM. Tersengeh jek beliau. 

9) Nak setel masalah macam ni senang jek. Sama ada engko kahwin dengan orang kaya. Ataupun pemuda UMNO yang berpotensi jadi Perdana Menteri. Alaaaaah..contoh depan mata kan dah ada.

Tuesday, July 7, 2015

10 Malam Terakhir Lagi

10 Malam Terakhir Lagi.

Semalam aku beratur nak bayar parking dekat Jusco Bukit Raja. Depan aku ada amoi pakai dress mini pendek menampakkan pehanya yang putih gebu. Tiba-tiba dia toleh belakang dengan kelam-kabut.

"You ada wang kertas sehengget? Boleh saya tukar?"

Setelah memastikan amoi ini bukanlah jelmaan lailatul qadar, aku segera menghulurkan duit kertas kepadanya. Lalu duit syiling berjumlah yang sama turut bertukar tangan. Namum aku tetap mengelak daripada bersentuhan kulit dengan amoi yang memakai dress mini pendek menampakkan peha yang putih gebu ini demi menjaga pahala puasaku.

Tiba-tiba aku rasa perit di bahagian pinggang.

"Eh, macam kena cubit ni," kata aku secara berbisik.

Alamak macam mana aku lupa bini aku, Feeza ada dekat sebelah aku ni. Dan aku yakin malam ini memang bukan jelmaan lailatul qadar. Mungkin kena cuba di malam yang lain pulak.


Posted via Blogaway

Saturday, July 4, 2015

Semua Ahli Politik Sama. Hanya Engko Sahaja Yang Tidak Sadar Diri.

Rosmah disarungkan kasutnya. Alasannya dia berumur 64 tahun dan mengalami sakit lutut. Noted.

Nik Aziz juga pernah disarungkan selipornya. Dengan alasan beliau sudah uzur dan kurang upaya. Noted.

Belum lagik aku masuk cerita pasal Soltan-soltan dan anak raja yang diperlakukan juga sedemikian rupa. Ermmmm..Noted jugaklah.

Namun dalam perihal ini aku lebih risaukan tindakan si tukang sarung kasut. Bukannya yang disarungkan tersebut. Apa untungnya kalian berbuat sedemikian? Hah?

Okay baiklah...sekarang aku nak tanya, adakah Nabi Muhammad yang kita cintai pernah mendapat layanan seperti ini? Jika ada hadis atau riwayat yang sahih. Atau ada dinyatakan di mana-mana ayat dalam Al-Quran bahawa Nabi Muhammad pernah mendapat layanan seperti ini, sila penuhkan ruangan komen di bawah. Aku nak tahu jugak kalau ada. Maklumlah aku pun dalam proses pembelajaran.

Dan nasihat aku buat kesekian kalinya..berhentilah daripada menjadi pengampu ahli politik. Melainkan engko memang ada kepentingan berbuat begitu. Maaf, yang ini aku tak dapat nak komen panjang. Semoga berjayalah ye...


Posted via Blogaway

Friday, July 3, 2015

Cinderella

Selamat Berbuka.

Last last. Okaylah..memang kena orang sarungkan kasut sebab tak nampak kaki. Kita tak berada di situasi beliau.


Posted via Blogaway

Pemanduan Hiruk Pikuk

Pemanduan Hiruk Pikuk

'Tepi. Tepi. Aku nak pergi kerja. Sampai bila nak mengharapkan kos sara hidup menjadi rendah?'

Post.

Selesai up satu status di fb. Aku terus serius menghidupkan enjin kereta.

Macam biasa aku memandu kereta nasional untuk ke pejabat. Lagu di sistem pemain radio aku sukatkan sesedap rasa di telinga. Kedengaran lagu Balik Kampung dari Sudirman sedang berkumandang. Ini petanda raya semakin hampir. Aku tersenyum manis. Semanis Neelofa.

Apabila hendak mengahampiri tol lorong touch and go, aku memperlahankan kereta. Malangnya secara tiba-tiba kereta dari sebelah kiri lorong tunai masuk sailang di depan aku. Tanpa signal dan sebarang amaran. Selamber badak.

Mujur aku seorang yang tenang. Aku beri ruang pada beliau memandangkan sekarang bulan Ramadhan aku simpankan sahaja carutan di dalam hati walaupun masih ada rasa geram.

Dari cermin pandang belakang kereta tersebut aku nampak jelas wajah si pemandu. Lelaki berkepala botak. Juga seorang warga Inggeris jika aku tak salah. Aku abaikan sahaja perangai kuno beliau.

Kini beliau sudah berada di depan aku. Dia menurunkan cermin tingkap. Dengan jelas aku lihat dia menghulurkan dua helai wang kertas kepada mesin touch and go tersebut. Terkejut aku dibuatnya. Dekah aku tidak tertahan lagi. Lalu aku teruskan berdekah-dekah seorang diri di dalam kereta.

Tidak habis di situ. Aku mengambil peluang untuk menambah tekanan kepada beliau.

Pooooooooon!!!! Pooooooooon!!!! Pooooooooon!!!! Piiiiiiiiiiiiiiiiiiinn!!! Piiiiiiiiiiiiiiiiiiinn!!! Piiiiiiiiiiiiiiiiiiinn!!!

Aku terus menerus menekan hon tak kasik chance punya. Muka beliau kelihatan bertambah merah. Sambil tangan dilambai-lambaikan keluar tingkap. Mungkin berasa marah dengan tindakan aku.

Beberapa kereta di belakang aku pula mula menekan hon. Ini membuatkan aku bertambah naik sheikh untuk turut membunyikan hon secara membingit.

Pooooooooon!!!! Pooooooooon!!!! Pooooooooon!!!! Piiiiiiiiiiiiiiiiiiinn!!! Piiiiiiiiiiiiiiiiiiinn!!! Piiiiiiiiiiiiiiiiiiinn!!!

Selepas puas, barulah aku memberikan isyarat untuk mengundur kepada kereta di belakang aku. Aku mengundur dan masuk ke lorong sebelah. Touch and go.

Manakala si pemandu benak itu kelihatan masih di lorong tadi sedang bertekak pula dengan jurutol yang menunjukkan isyarat 'engko kena beli kad touch and go la bangang'.

Siapa kata orang putih itu semuanya bijak? Hah?


Posted via Blogaway

Sekali Lagi Najib Menjadi Mangsa Freemason

Apehal semua percaya Wall Street Journal?

Aku yakin ini semua kerja tangan-tangan dan jarum halus freemason yang hendak mengganggu gugat negara Islam Berdaulat iaitu Malaysia.

Apatah lagi negara kita dipimpin tabdir secara aman damai oleh Najib Razak yang sangat wasatiyyah, rajin ke Bazar Ramdahon, buat selawat perdana dan ambil berat pasal kesihatan Anwar Ibrahim.

#TeamNajib


Posted via Blogaway

Wednesday, July 1, 2015

Dua Ramadhan

Dua Ramadhan

Aku tidak bekerja dan tugas mengasuh Hasya dan Hilman aku pikul dengan penuh dedikasi dek kerana pengasuh mereka nak amek report kad anak katanya.

Awal pagi lagi aku dah bagi mereka makan. Corn flakes dengan susu strawberry. Aku sertakan juga sepasang cokelat kit kat buat mereka. Kami bertiga mengambil tempat di hadapan tivi. Alat kawalan jauh aku tekan. 1. 2. 3. Nah ko Malaysia Hari Ini. Kelihatan anak Kak Ton, Nadia Anuar sendang 'on air'.

Aku perhatikan secara mendalam pergerakan mulut Nadia Anuar, seorang janda beranak satu. Mujur aku tersedar sekarang bulan Ramadhan. Jadi aku pendekkan sahaja renungan aku itu tadi.

"Hasya tak nak ni. Nak katun."

"Kejap. Kejap," dengan muka tegas aku membalas.

Sementara itu Hilman sudah mula sepah-sepahkan corn flakes di atas lantai. Aku yang tidak sukakan pembaziran terus mengutip dan meniup corn flakes tersebut dengan penuh cermat dan sayu. Lalu aku suapkan ke dalam mulut aku. kali ini aku kunyah ia dengan perlahan dan nikmat tak terperi.

Aksi Hilman tidak terhenti di situ sahaja. Dia dengan pemurah menghulurkan pula kit kat kepada aku. Aku sambut dengan penuh hormat. Tanpa ada sebarang halangan aku masukan pula kit kat ke dalam mulut aku. Dan kini mulut aku sudah penuh dengan kit kat.

"Selamat berpuasa diucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang mana hari ini merupakan hari kedua di bulan Ramadhan," terbeliak mata aku mendengar ucapan Nadia Anuar.

Tiba-tiba bayangan imej secara slide berlayar di hadapan aku. Kelihatan aku menyuap dan menelan corn flakes serta kit kat dengan penuh nikmat.

"Puasa ye bang..jangan tak puasa," sekali lagi Nadia Anuar bersuara di kaca tivi. Namun nadanya kali ini lebih menghiris jiwa.


Posted via Blogaway

Wednesday, June 24, 2015

Status Pilihan

Status Pilihan.

Nostalgia.

Petang petang sambil nunggu waktu berbuka ni sedap jugak pekena Rumai Kedai. Takpun mengenali sejarah Islam dengan menonton Jejak Rasul.

Kau nengok drama Melayu waktu maghrib keeee? Running Man keee?

Manusia Paling Sedih Di Bulan Ramadhan.

Seperti tahun tahun yang sudah. Di antara bulan Ramadhan dan Syawal, manusia paling sedih sekali ialah Fauziah Nawi.

Ada satu kali tu punyalah lama dia tunggu anak menantu dia balik ke kampung, tapi tak sampai sampai. Rupa-rupanya 4 orang anak dia tadi meninggal sekali gus sebab eksiden berlanggor dengan treler. Menantu dia pulak meninggal masa melahirkan anak.

Sudahlah makan dan minum seharian tidak menentu, rumah pulak hanya menunggu masa untuk roboh. Tidak cukup itu, dugaan menjadi lebih berat apabila kedua-dua kaki suaminya terpaksa dipotong kerana penyakit kencing manis.

Dalam masa yang sama Fauziah Nawi turut berkongsi penyakit yang serupa dengan suaminya. Namun, segala kesengsaraan dan kepayahan itu tidak pernah mengikis kasih sayang mereka.

Begitulah Ramadhon dan Syawal bagi Fauziah Nawi yang penuh syahdu..

Umat Malaysia Kuat Berahsia.

Perangai kuat berahsia di kalangan umat Malaysia tidak mengenal peringkat dan pangkat.

Peringkat atasan kita dengar mereka senyap-senyap guna duit Tabung Haji, KWSP, MARA dan secara rahsia cuba menaikkan harga tol.

Tapi aku lagi geram dengan berahsia peringkat bawahan ni. Nak masuk simpang, tukar lane tak mau bagi signal. Dalam bulatan pun sama jugak buat bodoh jek. Berahsia sangat.

Entah mende yang ditakutkan pun aku tak tahu.

Membanting Tulang

Kerja kerja. Hujung bulan bayor duit pinjaman MARA.

Sampai bila nak mengharapkan bantuan kerajaan?


Posted via Blogaway

Mara Perapu Kepunden

http://www.amenoworld.net/2015/06/isu-mara-najib-akhirnya-kantoikan.html

Tolong jangan bagitau aku berapa ramai peminjam pelajaran wang MARA boleh disetelkan dengan RM 65 Juta.

Tolong jangan bagitau aku kalaulah setiap dari 30 Juta rakyat Malaysia diberi seorang sejuta apa akan jadi dengan kafir miskin yang sedia ada?

Ape macam Melayu?


Posted via Blogaway

Thursday, June 18, 2015

Status Pilihan

Status Pilihan.

Doa Bulanan.

Aku nak berdoa ni.

Wahai bulan June. Tolonglah berkelakuan baik terhadap aku yang kerdil ini.

Real betol berdoa pada bulan, bukan pada Tuhan ni rupanya.

-------------------------

Masa Depan Bola Sepak Malaysia.

Macam mana kita nak tahu masa depan bola sepak Malaysia?

Macam gini ye adik adik. Bergelut nak tewaskan Timor-Leste dan Brunei. Dikeronyok dek Vietnam. Tak angkat muka langsung bila lawan Thailand. Lepas ni entah-entah terkelucai dengan Laos pulak.

Tapi takpe. Presiden Tengku Bola sedang berada di Puncak Dunia.

--------------------

Suamiku Supir.

"Terima kasih anto sayang pergi kerja hari ini."

"Sssssshhhhh...diam. Jangan cakap pada abang. Pergi cakap dekat facebook. Barulah orang tahu kita berdua bahagia. Pegi post status. Pegi post."

"Baiklah abang."

Sang isteri pun keluarkan telefon pintar dan mula menaip.

'Sungguh bahagia hari ini. Incik Tuan Suami Perfect Seribu temankan pergi kerja. Love you sooooo much.'

Tekan 'Post'.

------------------------

Timur Leste Yang Berseri

Rileeeeeeksssss....Ape macam seri dengan Timor Leste?

Sebab tu bila World Cup aku sokong Spain. Kawan kawan aku pulak ade yang sokong Argentina, England, Holland, Brazil, Jerman, Perancis.

--------------------------

Selamt Berpuasa.

Okeh dekat Wasap aku dah ucap selamat berpuasa. Kini tiba giliran FB pula merasa.

Selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Aku dengan rasa kerdil memohon ampun dah mahap kepada semua jugak.

Ingat ye..janganlah puasa Yang Yuk. Yang mana sebuah kitab kuno Tajul Asyikin ada mengatakan ia sejenis puasa yang bangun paginya selepas matahari terbit lalu dibuka pula periuk yang penuh nasik dan lauk pauk.

Begitulaaaaah.


Posted via Blogaway

Thursday, May 21, 2015

Brader Berger Tembakau.

Brader Berger Tembakau.

"Bro, berger special ayam biasa satu." Aku memesan dengan tertib sambil aku lontarkan satu pandangan tegas kepada brader pembuat berger tersebut sebagai tanda aku sedang kebulor dan jangan main-main dengan aku.

Lalu aku ambil tempat duduk di atas kerusi plastik tanpa tempat bersandar. Kaki aku silangkan dengan penuh gaya. Mendongak ke langit. Cuba-cuba mencari bintang. Tiada.

"Malam Jumaat yang panas," kata aku di dalam hati.

Tiba-tiba aku terbau wangi. Bercampur aduk dengan bau daging. Aku mula tak sedap hati. Malam Jumaat ni woih!!!

Rupa-rupanya brader berger sedang lincah melompat ke kiri dan ke kanan memasak berger dengan penuh gaya.

Hidung aku terasa damai apabila aroma daging, roti, serbuk hitam dan pelbagai lagi campuran mula mendesir di atas kuali. Aku tersenyum manis. Semanis Fathiya Latiff dalam drama lagho waktu Maghrib. Inilah dinamamakan sebagai nikmat hidup sebenar di Malaysia. Bukan sahaja di dalam mulut. Tepi jalan pun penuh makanan. Kaya nak mampos negara aku ni.

Kedamaian aku dicuri apabila datang seorang lagi mamat entah dari mana turut memesan berger. Selesai memesan dia pun duduk di sebelah aku tanpa menarik keluar pun kerusi yang masih tersusun secara bertingkat -tingkat. Aku abaikan kehadiran beliau kerana dia bukanlah amoi bersiglet dengan seluar pendek yang muncul pada malam Jumaat yang panas ni.

Tiba-tiba brader tu pun mula mengeluarkan sebatang rokok dari kotak putih dan mula mencucuh hujungnya secara gelojoh sambil tangan beliau masih melekat pada telefon. Asap disemburkan dengan selamber hanjeng dan kepulan bergumpal-gumpal itu menusuk tepat ke dalam rongga hidung aku.

Aku tak berapa hairan dengan bau makanan Jin tu. Sebabnya aku dah pernah duduk sebilik dan serumah dengan perokok tegar, penghisap dadah, hisap syabu, hisap gam, hisap payudara (Itu cerita lain, cerita Abang John ni tak ramai yang tahu).

"Kong. Kong. Kong. Kong. Kong." Aku buat-buat batok secara manja tetapi masih ada tegas dihujungnya.

Brader perokok masih tenang menghembus asap dengan matanya tertancap pada skrin telefon. Aku tersenyum sinis. Lalu aku bangun dan berdiri menjauhi beliau. Ke belakang sedikit dengan batok buatan aku masih lagi kedengaran jelas. "Kong. Kong. Kong. Kong. Kong."

Aku mengambil berger yang dipesan dan membayar dengan duit secukupnya. Sebelum berambus aku berjalan melepasi brader perokok tersebut dengan mata aku memandang tepat pada susuknya yang gedempol. Aku merenung dengan penuh kemarahan yang berapi-api.

Sementara itu brader perokok tersebut masih tenang menghembus asap dengan matanya tertancap pada skrin telefon. Babi.


Posted via Blogaway

Wednesday, May 13, 2015

Status Pilihan

Fatwa Azeez

Jawatankuasa Majlid Fatwa Kebangsaan sahkan transaksi urusan TBH dan 1MDB adalah sah syariah.

Kalau kita pergi cek baki duit dalam TBH pun masih ade duit tu tak berusik.

Nikmat apa lagi yang engko nafikan? Walaupun pengerusi TBH bukan warga tempatan, namun segala urusan pentadbiran berlunaskan panduan Islam.

Tapi...Majlis Fatwa Kebangsaan dah setelkan ke perihal majalah Mangga?

Ramalan Hati.

Aku sedang memandang langit yang sepi tanpa bintang. Aku merasakan malam ini malam yang paling afdol untuk menurun.

Jadik aku  meramalkan Bayern akan kalah secara terhormat kepada Barca.


Posted via Blogaway

Saturday, May 9, 2015

Tabung Haji Ramona Rahman

Tabung Haji Ramona Rahman

Ramona kaget. Risau. Cemas. Nak muntah. Semuanya bercampur baur. Pagi ini habis semua media sosial terpampang pelbagai isu perihal tabung haji. Antara yang dibacanya:

"Tabung Haji buat macam duit mak bapak dia pulek." - Deanna Yusop.

"Wang ini adalah milik pencarum. Wang ini bukan milik tabung haji." - Sofea Jane.

"Ini Tabung Haji. Bukan Tabung Uji Rashid. Okeh yang ni tak kelakar." - Susan Menon.

Ramona sudah nekad. Dia mahu bertindak sekarang. Dia menuju pantas ke cawangan Tabung Haji yang hanya beberapa marhalah sahaja dari rumahnya.

Kad dimasukkan ke dalam mesin ATM dengan cermat. Kata kekunci ditekan dengan santun. Baki wang anda ialah Ringgit Malaysia.......

"Alhamdulillah...syukuuuuuuuuuuuuuuuur..duit dalam tabung aji aku masih kekal sama bakinya. Entah siapalah tabur fitnah dekat tabung aji ni. Jahatnya."

Ramona tenang melangkah keluar dari bank tersebut sambil bersiul-siul kecil...Jiiiiiiiiiiiiiiii Esssssssssssssss Tiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...Jiiiiiiiiiiiiiiii Esssssssssssssss Tiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...


Posted via Blogaway

Status Pilihan

Kak Wan

Jaga Kajang dengan Permatang Pauh ni kira elaun dia macam mane? RM 32,000 ke? Heh?

Apa macam marhen? Gaji kita pulak berapeeeeeee?

Engko Tak Risau Ke?

FGV hancor lodoh, korek KWSP.

1MDB melingkup, sedut Tabung Haji.

Ini dinamakan sebagai berat sama dipikul, ringan sama dijinjing dengan hanjing.

Dekat negara mana lagi engko nak cari semangat tolong menolong yang tinggi macam gini hah?

Ulor atau Azeez

Betol kata orang-orang tua dulu.

"Kalau jumpa Azeez dengan Ulor. Ketok Azeez dulu, kemudian baru ketok Ulor."


Posted via Blogaway

Friday, May 8, 2015

Penafian Azeez

Memang patutlah kita ni jadik rakyat ajek. Menengok depa sembang ni buat aku pening nak paham.

Spin jadah mende?


Posted via Blogaway

Thursday, May 7, 2015

Syurga dan Neraka

Kenapa perangai kita berubah apabila tangan kita mula memegang stereng kenderaan masing-masing?

Di rumah kitalah bapa penyanyang, pakwe yang budiman, abang yang santun bicara, pakcik yang wibawa.

Di rumah kitalah emak yang lemah lembut, makwe yang sopan hijabista, kakak yang mengambil berat, makcik yang berketerampilan tinggi.

Apabila di jalanan engkolah lelaki pailang yang memandu menyondol sana sini, perempuan yang suka tukar lane dan masuk simpang tak bagi signal.

Setelah melihat ini semua berlaku di depan biji mata kita. Ia menguatkan lagi hujah yang wujudnya Syurga dan Neraka itu.

Itu belum lagi sembang pasal makan duit rakyat. Misalnya duit KWSP dan Tabung Haji. Tapi itu cerita lain kali kita kasik hentam.

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

Thursday, April 30, 2015

Status Pilihan

Status pilihan.

Melawan Kerajaan.

Tido tido. Dah cukup tido nanti baru kita sambung lawan kerajaan semula.

Hentam Menteri Lagi

Aku baru bangun tido ni. Kita nak hentam menteri mane pulak?

Melawan Kerajaan II

Sebelum mula kije. Kita sarapan mee bandung same satay dulu. Bila dah kenyang, baru sedap mula kije.

Kije yang aku maksudkan ialah kije melawan kerajaan. Mampir!!!

Gugusan 1 Malaysia Yang Asli

Nak menangis aku nengok pendatang asing berbual sesama mereka dalam Bahasa Melayu.

Mungkin inilah hikmahnya hidup berbahagia dalam gugusan 1 Malaysia.

Hospital Atau Kandang Buaya?

Secara peribadi aku ada pengalaman di Hospital Klang. Ye, bukannya semua teruk macam gini. Tapi memikirkan aku telahpun menyumbang kepada kerajaan dari pelbagai sudut, termasuk yang terkini GST. Jadik sebagai penyumbang kepada negara, aku berhak bersuara kalau benda benda bangang macam gini masih berlaku sedangkan Najib Razak terpekik terlolong promosi negara Malaysia menuju kemajuan menjelang 2020.

Dah lame jugek aku tak keluorkan kerambit pusaka dalam peti ais aku tu.

Kilauan Emas.

Adakah hiburan sebegini HALAL atau HARAM?

Dah. Itu je aku nak tanya.

XOXO

- H -

Mengahalau Syaitan

Aku masa belajor dulu buat projek inovasi Mesin Mengundi Automatik ala Mesin ATM tu. Idea tercetus selepas menengok filem Man of the Year lakonan Robin Williams.

Jadik bila ada universiti/students buat Kit Halau Setan ni tak lain tak bukan lepas menengok filem antu David Teo arahan Ahmad Idham le ni.

Ade kawan aku juhak yang tanya Kit Halau Menteri takde ke?

Bagi aku dana, mari aku ciptakan.


Posted via Blogaway

Friday, April 3, 2015

GST Dari Sudut Umat Yang Berpendapatan Rendah Dan Fakir Miskin.

GST Dari Sudut Umat Yang Berpendapatan Rendah Dan Fakir Miskin.

Aku sengaja diam beberapa hari ni sebab nak menengokkan perangai engkorang bila 1 April 2015 menjelang. Tidak dapat dinafikan pelbagai sifat dan warna sebenar yang muncul. Dah memang itu cara hidup engkorang pilih. Aku tak boleh buat apa selain daripada bertabah dan sesekali menggeleng kepala perlahan.

Masih aku ingat kata-kata seorang pujangga tua yang berbunyi..."GST ni bagus sebenarmya". Tapi apabila ditanya balik apa yang bagusnya? Sampai ke hari ini tiada jawapan. Akhirnya aku sendiri dapat jawapan apa bagusnya GST semasa buat kajian sendiri walaupun beberapa kali terbabas ke Tori Black. Itu cerita lain, abaikan.

Ya, GST memang bagus sekiranya ia dikawal selia dengan tulus mulus suci murni. Tetapi mengenangkan Kastam punya ciptaan lagu yang berterabur dengan lirik yang entah mende, aku mula meragui kepaweran mereka. Beberapa hari sebelum GST bermula, sahabat karib aku Hasan Malek bagitahu dia tidak cukup pekerja untuk mengawal harga barang di serata Malaysia, jadinya dia bergantung harap pada seluruh rakyot Malaysia untuk membuat laporan sekiranya ada pekedai yang menaikkan harga tidak tentu arah. Dan ini memang kehebatan rakyat Malaysia. Jadinya engko boleh rileeeksss ye Hasan Malek. Perihal Ahmad Maslan pula aku malas nak cerita lebih-lebih. Umum sedia maklum.

Sekali lagi aku ulangi, GST memang bagus. Tetapi adakah Kerajaan sudah cukup bagus dan bersedia melaksanakannya? Melihatkan perangai Hasan Malek dan Ahmad Maslan ini sahaja aku rasa kita sudah boleh perlahan-lahan bertukar menjadi pakar ekonomi.

Aku juga ada menonton sesi penerangan di RTM tentang pelaksanaan GST. Dan sememangnya ada beberapa persoalan yang masih tersangkut di benak kepala otak aku ni.

Bagaimana dengan nasib sebagai contoh fakir miskin, ibu tunggal macam Rita Rudaini, bapak tunggal dan pesara tua dalam meneruskan survival mereka dengan cukai pukul rata yang dikenakan sementara menanti Kerajaan memulangkan semula hak kepada mereka ini semua? Dan adakah dengan wang sejumlah ringgit Malaysia sembilan ratus lima puluh itu mampu menampung kehidupan mereka sepanjang tahun?

Soalan macam gini kalau kita tanyakan kepada Ahmad Maslan atau Hasan Malek, sudah pasti mereka akan menangis teresak-esak.


Posted via Blogaway

Friday, March 27, 2015

Status Pilihan

Lagu Johor

Jumpa anak dara baek bakal mertua baek
Jumpa janda baek bawak balik janda baek

Dia orang Pahang aku orang Johor
Dia tak biasa duduk belakang di atas motor
Kau hanya hidup sekali itu prinsip dan moto YOLO
Dia ajak ku tengok polo, oh no?

Aku bersabor jek pagi pagi radio pasang lagu macam gini.

Berita Hening

Pagi ni aku dengor berita radio RTM. Begini beritanya.

"John Terry menyambung kontraknya untuk kekal lagi setahun bersama Chelsea di Stempet Bridge."

Sedap jugak name Stempet ni.

Mamak Onne

Dear Mamak,

Please be nice to me. Tapi kenapa bila aku order sup ayam, engko pegi buat Meggi Sup Ayam?


Posted via Blogaway

Thursday, March 26, 2015

Kaedah Memandu

#WDY3354 Membawa kereta bagaikan baru tumbuh gigi depan 2 batang. Ini tak lain budak budak MLM le ni.

Macam mane aku snap gambor? Begini...

Mula mula aku tekan butang auto pilot drive dekat stereng kereta aku di sebelah kanan ni. Lepas tu aku selak bumbung kereta dengan sebelah tangan kiri aku sebelum aku melompat secara balik kuang dari seat dan terus mendarat steady dekat depan kereta bahagian enjin. Lepas tu aku snap sambil mengimbangi badan aku sendiri.

Memang pada mulanya aku ingatkan aku Jason Statham tadi.


Posted via Blogaway

Sunday, March 22, 2015

Pencarian Yang Benar.

Pencarian Yang Benar.

Panassss...panasss...hot...hot...

Seminggu dua ni memang membara dua isu utama dalam negara Malaysia yang suatu masa dahulu amat dikenali dengan Islam Hadharinya. Entah ke mana perginya Islam Hadhari sekarang ni pun aku tak tahulah.

Dua isu membara itu ialah:

1) Hudud

2) GST

Jadi sebagai manusia normal yang lemah, aku jugak tidak ketinggalan bercita-cita untuk menjadi ahlil pakar ekonomi dan golongan agamawan di media sosial. Jadi aku meneruskan mencari yang benar berkenaan dua isu mega ini.

Namun malangnya kajian aku sekali lagi berakhir di hujung kuku Tori Black.

Aku terus bangun lalu mengambil wuduk.


Posted via Blogaway

Friday, March 13, 2015

Sazali Samad Melawan Diana Danielle, Dyana Sofea, Tasha Shilla dan...

Sazali Samad Melawan Diana Danielle, Dyana Sofea, Tasha Shilla dan...

Pada 2007 Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin ada berkata:

“Setakat ini, Jakim sudah mengeluarkan 40 garis panduan dalam pelbagai bidang dan yang terbaru ialah panduan hiburan dalam Islam,” katanya menjawab soalan Datuk Paduka Badruddin Amiruldin (BN-Jerai) yang meminta Jakim mengadakan garis panduan mengenai pakaian untuk artis yang hendak disiarkan melalui stesen televisyen pada persidangan di Dewan Rakyat, semalam. Sebelum itu, Badruddin membangkitkan mengenai pakaian artis yang dikatakan menjolok mata sehingga membantutkan usaha kerajaan mempertingkatkan budi bahasa, budaya sopan santun yang melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan konsep Hadhari yang diperkenalkan.

Hari ini pada tahun 2015...

1) Mungkin apa yang berlaku sejak beberapa hari ini tidak termasuk dalam 40 garis panduan JAKIM. Ini bermakna lebih banyak 'Diana Danielle' akan dipersembahkan...dan kita semua kena selalu bertabah.

2) Bagi aku pulak JAKIM seolah-olah tidak mampu memainkan peranannya dalam membentuk imej dan sahsiah rakyat Malaysia khususnya dari kalangan umat Islam itu sendiri. Tanggungjawab bagi menjaga etika pemakaian artis-artis di negara ini hanya bersandar pada 40 Garis Panduan tersebut yang dalam erti kata sebenar ia hanyalah nota yang tidak berkuasa. Sebab itulah ramai artis bebas berleluasa dan berani.

3) Apa yang aku dan mungkin umat Malaysia mahukan adalah satu kod peraturan undang-undang khas bagi memastikan cara berpakaian para artis dan rakyat di negara ini, khususnya di tempat awam menepati lunas-lunas Islam dan budaya sebenar rakyat negara ini. Ini kerana kita seringkali melaungkan Malaysia negara Islam. Negara Ahlil Sunnah Waljamaah. Tetapi dalam bab semudah ini, JAKIM sepertia biasa tidak berkuasa dan rileeeekss di bawah penghawa dingin.

4) Anda ada kuasa JAKIM. JUST GO AND DO IT!!! Nampak tak aku dah bagi semangat dekat engkorang semua.

5) Setiap Jumaat bukan main lagi Khatib bagitau tentang bahayanya agenda Freemason Yahudi, agenda Kristianisasi. Apa kita sedar yang umat Islam itu sendiri kadangkala lebih bahaya daripada musuh-musuh andaian tersebut? Kita ambil contoh Raja Bomoh Sedunia Datok Mahaguru Ibrahim Mat Zin. Bapak bahaya gila dia ni aku nengok. Tapi figura ini masih bebas ke sana ke mari dengan buah kelapa dan labu sayong.

6) Pada 29 Mac 2015 dijangkakan akan berlangsung Konsert Formula 1 PETRONAS Malaysia Grand Prix yang mana Girl Generation akan menjadi artis jemputan. Ia adalah peluang baik untuk budak lelaki peminat K-Pop naik ke pentas dan memeluk artis Korea ini kerana nampaknya acara ini adalah HALAL. Aku teringat pada pembatalan konsert Lamb Of God. Buat kerja separuh-separuh lagi keeeee?

7) Nampak macam aku salahkan 100% kepada JAKIM. Tapi aku tahu ia juga adalah tanggungjawab kita sebagai individu dan masyarakat dalam memerangi gejala haram macam gini. Namun setakat mana pula kuasa yang kita ada dalam menghalang masalah macam gini? Dalam rumah memang kita perlu main peranan. Macam mana pula di peringkat negara? Hah?

8) Cuma aku nak tanya engko, kalau budak sekolah sakit perut lepas makan di kantin sekolah pada waktu rehat. Takkan kita nak carik tukang kebun? Atau Cikgu Matematik untuk disoal siasat? Heh?

9) Dear JAKIM, Peguasa Agama dan Yang Berkaitan, diharap kalian bangkitlah dan bertindak segera mengikut Al-Quran dan Sunnah. Masih belum terlambat wahai anak tua...

10) Selamat Hari Jumaat.


Posted via Blogaway

Tuesday, March 10, 2015

Sazali Samad Melawan Diana Danielle.

Sazali Samad Melawan Diana Danielle.

Fatwa Ratu Cantik. - Fatwa mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik yang diwartakan pada 8 Februari 1996 mengikut Akta Pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah Persekutuan 1993 yang memutuskan bahawa menyertai atau menganjurkan atau menyumbang apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik adalah haram dan berdosa bagi orang Islam.

Sazali Samad.- Atlet bina badan negara Sazali Samad memenangi gelaran ke-10 Kejohanan Dunia Mr Universe di Mumbai, India sekaligus mencatat satu rekod dunia. Sazali yang masih berkhidmat dengan PDRM dan bergelar Sub Inspektor pernah memenangi kejuaraan Mr Universe sebanyak sembilan kali sebelum ini iaitu di Melaka pada tahun 2000, Moscow, Rusia (2004), Ostrava, Republik Czech (2006), Jeju, Korea Selatan (2007), Dubai (2009), Varanasi, India (2010), Melaka (2011), Bangkok, Thailand (2012) dan Budaors, Hungary (2013).
Beliau yang digelar Orang Besi Malaysia juga pernah meraih sembilan kali gelaran Mr Asia iaitu 1996, 1998, 1999, 2000, 2004, 2009, 2010, 2012 dan 2014.

Majlis Fatwa? Krik...krik...krik

Kenapa Sazali Samad masih bebas berlegar-legar di atas pentas dengan sehelai spendar hitam pada usia 47 tahun?

Adakah kerana beliau masih belum cukup menghairahkan? Anda yakin? Sudah tanya Azizah Mahzan? Sudah tanya Rosnah Mat Aris?

Fatwa mengenai larangan sertai Ratu Cantik tu dah bagus. Cumanya ia tidak menyeluruh dan seperti biasa buat kerja separuh-separuh.

Wahai Sang Penjaga Agama yang telah diamanahkan kuasa kepada engkau. Apa macam nak jawab bila Allah tanya nanti? Heh?


Posted via Blogaway

Friday, March 6, 2015

Marabahaya MLM

Marabahaya MLM

Duduk dalam bulatan. Berdiri dan senyum sambil berkata...

"Hai!!! Saya Muhammad Hadri. Saya tidak pernah terlibat dengan mana-mana institusi MLM sepanjang 31 tahun hayat saya. Sebab apa? Sebab saya POWER."

Pada mulanya memang aku malas nak sentuh pasal benda ni. Tapi selepas menengok video minah MLM (kata oranglah depa ni geng MLM) terjerit-jerit macam kerbau balau, aku terus jadi bersemangat nak cerita sikit pasal benda ni. Aku tulis ni berdasarkan pengalaman peribadi aku dan pendapat peribadi aku sendiri. Kalau engko rasa apa yang engko buat tu halal, teruskan. Aku tak rugi apapun waima data internet sekalipun.

Ko nak kata aku cuba tutup pintu rezeki engko? Jadah mende? Aku bukan Tuhan, bukan Malaikat. Dan bukannya aku boleh jadi kaya pun dengan menaip macam gini.

LUXOR.

Benda alah ni mahsyur serata alam masa zaman aku belajar dulu. Aku tak tahu macam mana gaya LUXOR ni didagangkan sebab malas nak amek tahu. Lagipun aku bizi belajar di OA (Open Access) dan RC (Resource Centre).

Apa yang aku dapat tahu ramai jugaklah member aku yang join. Entah apa jadik dengan diorang selepas itu pun aku tak tahu. Baru-baru ini aku ada check senarai Forbes - Manusia Terkaya Di Dunia. Satu orang pun aku tak kenal. Aku ingatkan adelah sorang dua member aku yang dah jadik kaya raya selepas join LUXOR. Rupa-rupanya...errrrmmmsss...Hauuuuussss.

Nota tambahan: Aku sebenornya bizi menulis puisi untuk makwe Sarawak masa member aku sibuk berniaga LUXOR ni. Tapi last sekali makwe Sarawak tu pilih Abang Soljar Wataniah. Mungkin sebab badan aku masa tu belum serupa macam Zul Ariffin.

Adik aku sendiri.

Tidak ketinggalan adik aku sendiri pernah terjebak dengan benda ni. Aku agak MLM lah kot. Hehehe..Sebab modus operandi dia lebih kurang jek. Cuma kali ini ada berdagang barang. Masa adik aku cuba beri barang tu pada aku. Aku campak ke lantai. Punyalah tegas aku masa tuh. Tapi hero mestilah kena tegas. Tak boleh lemau. Takkanlah bila orang suruh datang dengor ceramah, engko pegi. Orang mintak deposit duit, engko bagi. Ternyata tahap geliga otak seseorang itu amat berbeza dan kita kena mengakuinya.

Nota tambahan: Aku dapat info ada member adik aku yang join benda ni extend belajar entah berapa semester agaknya dekat Universiti Kerajaan. Malahan risikan dari ejen rahsia aku jugak ada antara mereka sudah join kerja dengan badan kerajaan. Benda ini masih dalam siasatan dan ejen aku sentiasa update dari semasa ke semasa. Kahkahkah..real betol.

Bini aku.

Masa ni Puan Feeza masih lagik Cik Feeza. Dia kata nak join satu benda macam MLM ni sebab nak kumpul duit kahwin. Aku memandang ke dalam matanya. Tergoda sikit. Jadi aku izinkan sebab masa ni belum sah jadi bini aku lagi. Takkan aku nak lebih-lebih halang pulak. Tapi aku cakap pada dia yang aku berjanji akan ketawa berdekah-dekah depan muka dia kalau benda yang dia join ni gagal di tengah jalan.

Beberapa bulan selepas itu.....

"KAHKAHKAHKAH..." Aku ketawa depan muka Puan Feeza serupa gampang dengan air liur sekali aku semburkan. Padan muka dia. Dia kata dia tak larat nak pergi ceramah dan cari orang garisan bawah (downline leeee).

Selepas itu dengan tampan aku cakap pada dia..."Taknak jadik bangang kan? Meh kahwin dengan aku. Setel."

Adakah aku ajek yang POWER?

Sebenarnya kita semua boleh menjadi POWER sekiranya kita luangkan sikit masa untuk cari info dan siasat pasal benda ni. Sebagai contoh kita boleh semak dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mengetahui status perniagaan syarikat sama ada dijalankan secara benar atau sebaliknya. Kita juga boleh mengenalpasti modus operandi yang digunakan oleh sindiket ini sebabnya ia lebih kurang sahaja. Antaranya:
 
1. Pada mulanya ahli sindiket akan mengajak mangsa supaya keluar minum petang atau makan malam untuk membincangkan peluang perniagaan.

"Ermmms..you dah breakfast? Mari I belanja you dekat restoran berputar Menara KL. Ape kelas makan meehun perisa kapur dengan karipap berinti angin dekat mamak ni? Heh!!!"
 

2. Selepas itu, ahli sindiket bercerita tentang skim perniagaan di mana mangsa hanya perlu mencari ahli baru untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda dalam masa yang singkat.

"Engko cari ahli baru. Seberapa ramai yang mungkin. Lepas tu engko akan kaya. Semudah 1,2,3,a,b,c. Paham tak?"
 

3. Skim pelaburan ini menjelaskan di mana terdapat beberapa pangkat di dalam syarikatnya seperti Grand Duke @ Arch Duke, Duke, Marquis, Count, Baron, Francais dan Members.

"Dalam kumpulan kami sudah ada Bapak Duke, Bapak Mahameru, Bapak NKVE, SKVE dan pelbagai lagi pangkat. Sebab ape? Sebab depa kaya!!!"
 

4. Ahli sindiket juga biasanya akan menggunakan kenderaan-kenderaan mewah untuk menarik perhatian mangsa sebagai down linenya.

"Terbaik Woooooooooooooooooooshhhh...Terbaik Woooooooooooooooooooshhhh...Terbaik Woooooooooooooooooooshhhh...Apa kaboooooorrrr?????Terbaik Woooooooooooooooooooshhhh...!!!"

Cilaka betol. Terngiang-ngiang pulak video minah menjerit ni.
 

5. Mangsa berasa tertipu apabila pulangan yang dijanjikan tidak diperolehi.

"Selepas aku melabur beratus ribu. Aku cuma dapat pulangan sebotol vitamin ajek..sedihnyerrr...uuuuuuuu"

Begitlulah ye wahai adik-adik sekalian. Cukup setakat ini sahaja rasanya. Ingatlah pesan abang ni. Bukan mudah nak jadik kaya. Tapi mudah nak jadik bangang. PM me for details. Hek!!!

SUMBER:

1) PDRM
2) Bank Negara Malaysia (http://www.bnm.gov.my/?ch=en_financialconsumeralert&lang=bm)

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

Thursday, February 26, 2015

Perihal Menjawab Telefon.

Perihal Menjawab Telefon.

Sebelum aku bercerita lebih lanjut. Aku harap benda ni cuma pernah kena pada aku seorang sahaja. Dan engkorang semua tidak pernah mengalaminya. Mungkin nasib aku malang. Atau tuah lebih berpihak kepada korang semua. Benda macam tu hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Beberapa bulan yang lepas aku ada telefon Bahagian Pinjaman Perumahan dengan begitu banyak kalinya. Tapi tak berangkat barang sekali pun. Jadi bila aku pergi Putrajaya dan bertanya terus kepada Akak Penjaga Kaunter Bahagian Pinjaman Perumahan - "Kenapa bila call tak berjawab walau sekali pun ek?"

Dia membalas, "Tulaaa incik..kami pun hairanlaaa..kami call pun tak dapat."

Hek???

Seperti biasa aku segera Husnuzon. Sudah biasa kita mendengar dakwaan ini. Di pejabat kerajaan, telefon disediakan di setiap meja kakitangan. Namun sukar untuk menghubungi pegawai kakitangan tersebut. Lalu dicop terus semua kakitangan kerajaan malas mengangkat telefon. Kalau engko nak tahu....Sebenarnya, tugas kakitangan awam bukan semata-mata duduk di mejanya. Mereka juga perlu berurusan dengan bahagian lain, menghadiri banyak mesyuarat ataupun tugasan luar. Tidak adillah dituduh kakitangan awam malas mengangkat telefon.

Aku jugak baru jek telefon Lembaga Hasil Dalam Negeri. Tak lepas. Talian sibuk katanya. Aku tidak cepat mengalah dan terus menelefon satu talian yang paling popular masa kini iaitu Uuuuuuuuuuuuuuu Tiiiiiiiiiiiiii Siiiiiiiiiiiiiiii....Uuuuuuuuuuuuuuu Tiiiiiiiiiiiiii Siiiiiiiiiiiiiiii....

Malangnya operator pengangkat telefon memindahkan talian aku dari Selatan Zimbabwe ke Utara Congo. Dan dari Utara Congo ke Barat Daya Iceland. Aku menangis sendiri. Teresak-esak di corong telefon. Tapi aku perlu tabah dan terus husnuzon.

Mungkin engkorang pernah menghadapi situasi ini. Biasanya yang menjadi masalah ialah bila kita sebagai pemanggil tidak menyatakan secara terperinci urusan yang kita nak jalankan itu. Maka si penjawab telefon pun keliru pegawai yang mana yang sesuai untuk disalurkan talian. Mereka juga manusia biasa yang lemah dan mudah keliru walaupun telah bersarapan pagi selama 3 jam sejak dari jam 9 pagi lagik.

Ingatlah saudara saudari sekalian...Tidak semua berkenaan kerajaan itu buruk, tetapi tidak segalanya baik.

Lega betol aku membawakan watak husnuzon pada hari Khamis yang damai ni.


Posted via Blogaway

Muzik Sejati

Lama sebelum wujudnya facebook dan iTunes.

Audioslave + The Cakes = Pagi Yang Indah. Ape lagi yang tuan puan adik kakak mahukan?

Takkan dengor Era pagi pagi ni kot...ke dengor Hotfm jeeeee...Hah?

In your house I long to beeeeeee...
Room by rooooooooom, paaaaaatiently,
I'll wait for you there like a stooone.
I'll wait for you there aloooooone, aloooooone...wahai sayangku...

Sebak pulak tarik lagu Like a stone pepagi ni.


Posted via Blogaway

Tuesday, February 24, 2015

Sambal

Sambal.

Semalam aku masak sambal tumis udang belimbing. Puan Feeza makan sampai menitis air mata. Kata beliau:

"Rasa maca nak update facebook dengan caption - Incik Hubby masak lagik hari ini. Yeay!!! Time kasih Incik Hubby."

Aku jawab. "Takpe tak payah. Engko makan. Engko makan. Fokus makan. Biar abang update sendiri."

Makin laju air mata Puan Feeza menitik bagaikan air terjun Gunong Ledang.

This is JDT not Nogori laaaaa. Heh!!!


Posted via Blogaway

Sunday, February 22, 2015

Status Pilihan

Angkat Besi.

Besok pagi Zul Arifin bangun tido, dia dah bertukor jadik aku. Padan muka dia!!!

#witircinta #tahayatulmasjidcinta #dhuhacinta

Nescafe

Berjalan sambil memegang secawan nescafe.

"Awak Zul Arifin ke?"

"Bukan, sayelah Muhammad Hadri".

Padan muka engko konpius.

Mangal Pandey

Siang tadi ade tayang filem Mangal Pandey. Aku nengok.

Bila aku teringat kualiti filem Tanda Putra, terus sayu hati aku.

Sir James Brooke

Dulu masa sekolah rendah bila sebut nama James Brooke, mesti akan ditambah dengan Babun. Punyalah benci dengan penjajah masa zaman tu.

Mungkin ini dinamakan sebagai cintakan negara.

Cara Sebenar.

Eva Longoria lepas bersara dari siri Desperate Housewives, dia terbitkan filem John Wick. Kisah hero mengamuk selepas anjeng dia kena bunuh.

Dekat Malaysia pulak Ahmad Idham lepas berhenti berlakon drama dengan Mat Noor Kadir, masih bizi buat filem rempit, antu, kelakor bodoh.

Itu aku tak sebut lagi pasal Angelina Jolie dengan filem arahannya, UNBROKEN. Aku rasa Yusof Haslam pun harus bertaubat dari buat filem.

Posted via Blogaway

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway