Woih Like Lah!!!

Saturday, December 28, 2013

Dataran Merdeka: Protes Rakyat Ambang 2014

Dataran Merdeka: Protes Rakyat Ambang 2014.

Sekali lagi Taruddin dan Idlan Khozim perlu disedarkan. Mereka semua perlu disedarkan baik yang panas baran mahupun yang lembut hatinya.

Di dalam satu sistem yang power ini kita mesti sedar bahawa cara bertindak kita mestilah juga power. Kalau boleh power itu mestilah bertahan sampai sudah dan sentiasa digelar power tidak kisahlah 15 tahun mendatang, 25, 35, 55 dan malah 398 tahun mendatang.

Untuk sesuatu yang power itu kita mestilah berfikir jauh dan sangat jauh mengatasi segala buah fikiran orang kebanyakan. Begitulah ia menuntut akan sesuatu perubahan iaitu dengan cara yang bergaya dan di dalam kelas yang tersendiri.

Kenapa kita perlu bertindak dengan bergaya? Kenapa? Kenapa?

Kerana 20 tahun nanti, aku tidak mahu ada antara sahabat aku ditegur begini:

"Eh dulu ko ke yang camping kat Dataran Merdeka tu?"

"Cilake slow la sikit tanya tu. Ha'ah aku la, kah kah kah!"

"Kah kah kah!" Lalu mereka pun ketawa sehingga matahari terbit.

Thursday, December 26, 2013

Kelajuan

Kelajuan

"Kau mari rumah aku sekarang. Kau mari. Sekarang jugak," tengking Taruddin. 

Terkejut Idlan Khozim apabila mendengar suara Taruddin melalui corong talipon Nokia 3310 beliau. Apa pulak yang tergesa-gesa si Taruddin ni? Soal Idlan Khozim di dalam hatinya sendiri. 

Selesai  mandi, Idlan Khozim pun bersiap serba ringkas. Dia berdiri di hadapan cermin. Rambut ala Rambo disikat rapi. Lalu dua tocang kiri dan kanan diikat. Sekali pandang macam gampang. 

Agaknya tersedar dari kegampangan itu, dia membuka ikatan tocangnya. Rambutnya dibiarkan terlepas separa bahu ditiup angin bayu. 

Tidak sampai 5 minit, Idlan Khozim sudah terpacak di halaman rumah Taruddin. Basikalnya ditongkat kukuh di bawah pokok jering milik Taruddin. 

Zuuuuuuuuuup!!!Hiaaaaaap!!! 

Taruddin secara tiba-tiba melompat dari puncak pokok jering dan mendarat steady di atas tanah umpama aksi El Regina semasa Sukan Komanwel 1998. 

"Kau nengok kereta Lamborghini baru aku bawah pokok mangga aku tu. Aku memang sengaja beli kereta import. Lagipun kita kena paham kereta Lambo mempunyai 2 horse power dan 14 piston. Jika kereta Malaysia cuma ada 1 horse power dan 2 piston."

Beria benar Taruddin menjelaskan kepada Idlan Khozim sambil tangannya menunjuk ke arah keretanya yang bewarna oren. Sesekali Taruddin menepuk-nepuk bahu Idlan Khozim tanda bangga diri. 

Idlan Khozim terkejut seperti tok bomoh menurun nombor ekor. Tangan dan kakinya menggigil. Dengan pantas dia mengeluarkan sepucuk pistol jenis AMT Hardballer yang tersisip di belakangnya. 

Bang!! Bang!! 

Idlan Khozim yang naik angin itu melepaskan 25 das tembakan ke setiap inci kereta Lamborghini milik Taruddin.

Taruddin melopong melihatkan keadaan itu. Dia pantas melakukan balik kuang dan menyorok di sebalik rimbunan dahan pokok jering. 

Manakala Idlan Khozim terseyum lebar sepuas-puasnya. 



Tuesday, December 24, 2013

Budaya Parodi Bangang: Bobo, Shasha Solero dan Yang Sewaktu Dengannya.

Budaya Parodi Bangang: Bobo, Shasha Solero dan Yang Sewaktu Dengannya. 

Cikgu Shida, Giyomi, Bobo, Sheila Hamzah Ombak Rindu, Listen Listen Listen, Budak Baru Kapel Seminggu, Shasha Solero adalah antara Parodi Bangang dan yang berkaitan dengannya yang muncul mengganggu keharmonian hidup manusia sejagat. Tak tahulah aku kalau dengan menonton benda serupa ini mampu bagi ketenangan pada engkorang semua. 

Berdasarkan kajian peribadi aku, budaya parody ni bukanlah berasal daripada ajaran Islam. Dan ianya langsung tidak dinyatakan di dalam Al-Quran. Jadi, adakah ia satu budaya yang bagus? Sudah semestilah tidak wahai saudaraku sekalian. Takkan itu pun susah nak paham. Kau nak aku jirus kepala kau dengan air yang sudah dibacakan dengan 30 juzuk Al-Quran baru kau nak tersedar? 

Apa yang jelas budaya ini diterajui oleh bangsa Melayu yang juga juara dalam melibatkan diri dengan rancangan realiti televisyen. Budaya-budaya ini merupakan budaya rendah yang menjadi kebiasaan masyarakat hedonisme. Ia tersebar cepat dan diterima sebagai suatu hiburan oleh golongan yang bermentaliti rendah. 

Dengan jati diri yang rendah, apa sahaja bentuk hiburan yang datang akan ditelan, diterima, dan menjadi budaya mereka. Budaya Parodi ini ternyata akan menjatuhkan harga diri mereka. Biar pun Parodi kini menjadi begitu trending dan digilai ramai, aku tanpa rasa kolot menegaskan ia adalah kerja memalukan diri sendiri di laman Youtube semata-mata hendak mengejar popular di dunia. Inilah yang dikatakan akhir zaman.

Parodi yang sifatnya membodohkan diri, menjatuhkan maruah diri sendiri (sebelum menjatuhkan maruah orang lain), dan perlakuan-perlakuan yang mengaibkan, batas pemisahnya hanya satu, ada MALU atau TIDAK ADA RASA MALU. Jika ada rasa malu, tandanya ada iman. Jika tidak kisah memalukan diri sendiri dan mangsa ‘Prank and Parody’, tepuk dada tanya iman. 

Ingat!! Budaya Parodi adalah sebuah kegelinciran akhlaq yang mesti diberhentikan segera. Takkan engkorang nak aku setelkan dengan kerambit jugak?

Thursday, December 19, 2013

8A : Berdasarkan kisah sebenar budaya hipster umat Malaysia.

Di suatu petang ayam berkokok merdu dan sang suria sedang malu-malu hendak melabuhkan tirainya. Taruddin tenang memakan kuih sopang yang dibuatnya 3 hari lepas. Santan pun masih ada lagi. Taruddin makan hingga ke potongan kuih sopang yang terakhir lalu perasaannya kini terasa sungguh damai. 

Taruddin sebenarnya baru sahaja selesai melakukan kerja-kerja membersihkan halaman rumahnya yang bersemak dengan pokok cili. Dia duduk berehat dengan steady di bawah sebatang pokok jambu sambil menghisap rokok Indonesia. 

"Selamat petang sahabat. Muram nampak hari ni?" tegur Idlan Khozim kepada jirannya yang masih lagi termenung kosong. Entah dari celah mana beliau muncul secara tiba-tiba dalam ini cerita. 

Taruddin tidak menghiraukan kehadiran Idlan Khozim. Dia terus menyedut asap yang membunuh itu dengan penuh nikmat. 

"Kau nak tahu tak Taruddin? Anak sedara aku dapat 8A PMR. Punyalah power beliau. Habis satu facebook dengan twitter aku dah hebohkan tadi. Sekarang giliran aku pulak nak menghebohkan dari mulut ke mulut pula membawa ke suluruh kampung kita ni," panjang lebar penerangan Idlan Khozim dengan senyuman angkuh tidak lekang dari bibir munggilnya. 

Taruddin hanya menggeleng perlahan sebanyak 6 kali. Dah macam rupa orang sedang berzikir. 

"Anak sedara kau dapat berapa A?" satu soalan berbentuk peribadi daripada Idlan Khozim kepada Taruddin. 

Taruddin mengangkat kepalanya dengan gaya perlahan. Seperti biasa direnungnya mata sahabatnya yang lincah itu dengan penuh mendalam. Sedalam cintanya pada negara Malaysia. 

"Anak sedara aku pun dapat 8A jugak. Kah kah kah..aku pun dah hebahkan di seluruh alam maya. Amacam power tak aku dengan anak sedara aku?." jawab Taruddin terkinja-kinja seperti baru kena loteri. 

"Kah kah kah, aku tau kau dengan anak sedara kau power," Idlan Khozim pula memuji sahabat karibnya itu. 

Begitulah mereka dengan hanya bersandarkan keputusan PMR sahaja telah memuji power masing-masing sehingga matahari terbenam. 

From Amerika With Love: Cinta

From Amerika With Love: Cinta

Idlan Khozim berjalan steady menuju ke arah restoran 21 Club seperti tiada apa yang berlaku. Dia masuk ke dalam restoran dan memilih tempat duduk yang paling tersorok. Pencahayaan restoran yang tidak terlalu terang dan tidak juga terlalu kelam menjadikan suasana tenang.

"Hello Frida, saya dah sampai ni? Saya tunggu dekat kedai biasa."

Lunak suara Idlan Khozim apabila melayan makwe kacukan Mexico-Pakistannya itu. Idlan Khozim juga kelihatan lebih segar apabila mendengar suara makwenya di hujung talian. Semua keserabutan dilupakan.

"Okey, dah nak siap. 10 minit lagi sampai."

Talian sebelah sana dimatikan.

*******

Lebih kurang 8 minit, Frida pun sampai. Dia mengenakan pakaian yang casual sahaja. T-shirt kappa tertulis jelas 'Southern Tiger', skinny jeans, dan flat sandals. Rambutnya yang perang terikat di atas menyerlahkan lagi bentuk wajahnya yang bujur sireh.

Frida kelihatan sungguh manis dan menawan. Idlan Khozim terpegun. Tak tipu punya terpegun. Mulutnya sedikit ternganga. Matanya tidak berkelip selama 30 saat. Frida duduk berhadapan dengan Idlan Khozim.

Tidak lama kemudian seorang pelayan datang mengambil pesanan. Frida memesan sepinggan Creme Brulee bersama Air Cincau. Idlan Khozim pula memesan segelas air 7-up dengan roti jala kari ayam - ayam bahagian kepak. Pelayan itu beredar dengan wajah meyakinkan.

Sementara menunggu makanan dan minuman sampai, mereka berbual serba-sedikit tentang Stephen Elop - bagaimana figura tersebut menjatuhkan Nokia dari dalam. Sesekali Frida tersenyum mendengar lawak dari Idlan Khozim yang sememangnya funny. Kadangkala mata biru milik Frida bertembung dengan mata hitam Idlan Khozim. Masing-masing berdebar. Namun mereka buat-buat tidak sedar dan terus berborak tentang Thamil Arasu pula.

"Awak pergi mana hari ni. Sehari suntuk saya tak nampak awak dekat kedai hardware Wong," secara tiba-tiba Frida bertanya.

Eh? Betul ke awak tak nampak?" soal Idlan Khozim kembali.

Frida membuat muka sayu dan manja secara serentak.

"Betullah..kenapa saya nak bohong pulak."

Idlan Khozim menundukkan wajahnya. Dia menguis-nguis garfu dan pisau di atas meja. Lalu dia mendongak dan memandang tepat ke dalam mata biru milik gadis kacukan Mexico-Pakistan tersebut.

"Frida...memanglah awak tak nampak saya dekat kedai hardware Wong. Sebab saya ada di hati awak," satu ayat manis mantap gaya lama tapi ia sudah cukup membuatkan wajah Frida kemerah-merahan.

Sekali lagi Idlan Khozim tersenyum nipis penuh muslihat. Baik garfu, pisau mahupun kerambit semuanya tersimpan rapi hari ini.

Tuesday, December 17, 2013

TOL NAIK? APA ADA HAL! AKU ORANG KAYA.

TOL NAIK? APA ADA HAL! AKU ORANG KAYA.

Wahid Omar ni masa dia jadi Bos Maybank aku memang dah tau kepala otak dia terbina dari serpihan kertas dan perca kain terpakai. Jadi selepas aku dengar kenyataan dia suruh guna laluan biasa tidak ber-TOL. Aku hanya tersenyum nipis. Aku simpan kerambit aku dalam kotak, aku pergi ambik wuduk dan solat sunat mintak tenangkan hati. Tak guna aku buang kalori pergi rodok perut orang yang berotak kertas macam Wahid Omar ni.

Saturday, December 14, 2013

Cerdik KDN

Aku selaku individu yang cerdik 5 tahun dari rakan sebaya yang lain tidak akan mudah termakan dengan isu yang KDN bawak ni. Aku juga menyeru engkorang semua agar fokus pada masalah utama kita iaitu ditekan dan dihimpit oleh si pemerintah durjana. Berikut aku senaraikan 16 perkara yang mencanak naik selepas PRU13. Dijangka akan berterusan dan bertambah.

1. Harga Gas naik Rm 2
2. Harga Ayam naik
3. Harga sayur naik
4. Tarif elektrik naik
5. Turunkan tempoh pembiayaan peribadi.
6. Turunkan tempoh pembiayaan perumahan.
7. Harga rokok naik
8. GST akan dikenakan kepada rakyat
9. Peminjam PTPTN yg rekod x baik akan senarai hitam oleh bank negara (Mujur ditangguhkan-ingat tangguh ajek tau)
10. 1.7 juta pemandu yang disenarai hitam oleh polis trafik akan dibatalkan lesen memandu jika enggan bayar baki tertunggak saman lalu lintas .
11. AES tetap diteruskan
12. HARGA MINYAK PETROL NAIK 20 SEN SAHAJA.
13. Tambang bas, teksi naik.
14. Harga Gula Tepung naik untuk kesejahteraan rakyat.
15. Tambang LRT/Monorail naik
16. Tol Juga Akan Naik.
17. Astro Naik.

Ingat woih!!! Fokus dan konsisten dalam melawan.

Thursday, December 12, 2013

Mencipta Lagu

Walaupun kerja mengarang lagu ini cabarannya agak getir. Namun aku cuba jua selaraskan dengan kebolehan aku menjaga dua orang anak sekaligus. Hasilnya inilah dia liriknya. Aku berharap lagu ni menang peraduan lagu di Shanghai kategori persembahan terbaik. Mohon doakan. 

Terimalah sebuah lagu Slow Rock Islamic.  

Wahaiiiii kawaaan.... 

Kau aku nengok makin jauh dari rumah Tuhan.... 

Bilaaaaaa lagiiii mau tobaaaaat... 

Wahaiiiii kawaaan.... 

Kau aku nengok makin jauh dari Sejadah.... 

Bilaaaaaa lagiiii mau solaaaaat...

tenenenenene...

Eh, engkaaaaau dah kenapaaaaa... 

Jaaaaaangan hanya menuduh sajeeeee.. 

Mari bersama munujuuuu kebenaaaaraaaan.. 

tenenenenene... 

masuk korus... 

Oh, aku hanya berpesaaaaaan... 

Terima kasiiih, terima kasiiiih... 

Oh, pesaaaan sesama insaaaaan... 

Terima kasiiih, terima kasiiiih... 

Sekian. 

Realiti Tivi Membunuh Otak dan Akal Umat Manusia Sekalian Alam Daripada Berkembang Menjadi Insan Yang Berguna Dan Berdaya Saing.

Realiti Tivi Membunuh Otak dan Akal Umat Manusia Sekalian Alam Daripada Berkembang Menjadi Insan Yang Berguna Dan Berdaya Saing.

Suatu masa dahulu pada tahun 2005 - Utusan Malaysia -Kaji semula kesan hiburan realiti

SERDANG 5 Ogos - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, rancangan hiburan realiti perlu dikaji semula bagi melihat sama ada ia memberikan kesan positif atau negatif kepada masyarakat. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengingatkan stesen-stesen televisyen tempatan supaya tidak terlalu didorong oleh pertimbangan komersial dan pasaran semata-mata sehingga mengabaikan soal etika dan moral rakyat. Menurutnya, untuk mengatasi masalah moral ini ialah dengan mengikut ajaran di dalam al-Quran tetapi ia tidak boleh disalahtafsir. Katanya, jika Islam disalah tafsir mengikut kepercayaan masing-masing maka wujudlah kumpulan seperti Ayah Pin dan Kerajaan Langit.

------------------
Ya, ia macam isu lapok. Tapi isu lapok yang macam gini kalau tidak diberi perhatian, makin lama makin menjahanamkan umat manusia. Mahathir pernah tegur pada 2005. Najib pun dah jawab. Engkorang nengoklah jawapan Najib tu. Power tak?

Sebenarnya demam realiti TV masih belum tamat di Malaysia. Dahulu kita ada Sehati Berdansa (di mana kita keluar duit untuk melihat artis kesayangan menari) Akademi Fantasia (kita mengeluarkan duit untuk memastikan seorang pelajar menang) dan Maha Raja Lawak (kita keluar duit untuk seksa diri sendiri). Dan masih banyak lagi rancangan realiti TV di luar sana.

Berdasarkan pemerhatian peribadi aku, golongan muda remaja adalah yang paling mudah tergoda dengan lambakkan program realiti tivi ini. Jadi dengan senang hati mari kita nengok sama-sama apakah kesan buruk daripada lambakkan rancangan realiti tivi ini.

1. Taksub Yang Terlampau

Remaja yang terlalu taksub dengan rancangan hiburan realiti akan membazirkan masa tanpa berfaedah. Setiap detik yang berlalu hanya membawa minda mereka ke alam hiburan realiti. Mereka sentiasa memikirkan perkara-perkara yang berkaitan dengan rancangan hiburan itu sambil terus meminggirkan perkara-perkara yang lebih penting, terutamanya pelajaran dan agama. Sebagai contoh, apabila rancangan Akademi Fantasia hampir ke udara, andrenalin akan meningkat, maka perasaan teruja akan menyebabkan remaja yang fanatik dengan rancangan itu akan melupakan hal-hal yang lain.

Dalam konteks ini, sudah terang lagi bersuluh bahawa rancangan realiti di televisyen mengakibatkan tumpuan pemikiran remaja beralih dari bidang akademik ke bidang yang remeh-temeh. Ya, memang remeh temeh jika kau bercerita perihal artis Akademi Fantasia apabila melepak bersama rakan-rakan yang lain. Kau faham tak?

2. Raja SMS

Kebanyakan rancangan hiburan realiti di televisyen menggunakan kuasa penonton untuk menentukan pemenangnya. Pihak penganjur sengaja mengambil kesempatan dan peluang untuk menangguk di air yang keruh. Pada kelazimannya, penonton diberi kuasa mengundi pemenang menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS). Remaja yang taksub dengan peserta yang paling diminati sanggup melakukan apa-apa sahaja demi kejayaan peserta itu. Hal ini termasuklah mereka sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang besar dengan mengundi menerusi SMS peserta yang diminati.

Wang saku yang diberikan oleh ibu bapa untuk perbelanjaan di sekolah telah disalahgunakan. Mereka sanggup mengikat perut hanya semata-mata untuk membayar perkhidmatan telefon bimbit yang digunakan oleh mereka. Kata mereka sambil melakukan balik kuang..."Aku akan undi Stacy walau apa pun yang berlaku. Biar lagit terbelah 7, yang penting Stacy juara. Boleh ba kalau kau!!!"

Jelaslah di sini bahawa penyiaran rancangan hiburan berbentuk realiti di televisyen turut melibatkan pembaziran wang, terutamanya dalam kalangan remaja. Duit buat perabis undi SMS kau tak rasa membazir. Tapi bila mintak menderma tabung masjid, banyak pulak kau fikir berjimatnya.

3. Hedonisme

Gejala yang paling membimbangkan ketika ini ialah pengaruh hedonisme yang semakin membarah dalam kalangan masyarakat. Hedonisme merujuk kepada fahaman atau pegangan yang mementingkan hiburan dan keseronokan dalam kehidupan. Budaya ini turut disuburkan dengan program realiti yang telah mendapat sambutan hangat daripada kalangan remaja. Kemunculan rancangan hiburan yang berbentuk realiti telah menjadi virus yang menyebabkan barah dalam masyarakat semakin parah.

Fanatisme terhadap hiburan telah menjadikan golongan remaja semakin alpa terhadap peranan dan tanggungjawab mereka yang sebenar. Keseronokan menghayati dunia hiburan telah mengatasi segala-galanya.

Sebgai contoh, sekiranya kita tanya ramaja Melayu pasal politik, mereka akan segera menolak untuk berbicara mengenainya. Katanya tidak berminat. Dan ini juga kadangkala berlaku pada golongan dewasa. Mereka lebih gilakan perihal hiburan. Cuba kita tanya pulak siapa menang AF haritu. Berapa hantaran kawin Cik Tak? Sudah semestinya panjang lebar ceritanya kelak.  Masyarakat yang bangang macam gini takkan peduli pasal benda lain dah...especially agama.

Yang jenis macam ni kalau masih berdegil jugak, kau kerambitkan saje halkum mereka. Selesai.

4. Kesimpulannya?

Bagi pendapat peribadi aku, amat jelas bahawa rancangan hiburan berbentuk realiti di kaca televisyen telah meninggalkan impak yang negatif dalam kalangan remaja. Oleh hal yang demikian, semua pihak harus berganding bahu bagi mengekang gejala tersebut daripada terus menjadi virus. Pihak penganjur dan penyiar tidak wajar memikirkan soal keuntungan semata-mata, sebaliknya aspek pembinaan minda golongan remaja perlu diutamakan. Ibu bapa pula harus memainkan tanggungjawab masing-masing supaya golongan remaja tidak mudah hanyut dalam gelombang hiburan yang semakin menggila.

Nota: 1 Like 1 Doa, 1 Share 10 Pahala. Plizzzzzzzzzzzzzzz!!!! (baca nada merayu)

Wednesday, December 11, 2013

From Amerika With Love: Sauk

From Amerika With Love: Sauk 

Taruddin sedang memandu kereta membelah kemeriahan malam di kota New York. Di dalam Bugatti Veyron berwarna biru putih itu yang dipandunya menuju ke bandar Manhattan, kelihatan Idlan Khozim masih dalam keadaan geram. 

"Kita nak pergi mana ni Idlan Khozim?," tanya Taruddin dengan penuh steady sambil menyalakan dua batang rokok dengan hanya siku yang mengawal stereng. Sebatang rokok lagi dihulurkan kepada Nathalie Durand yang sedang leka dengan telefon pintarnya. Kelihatan seperti sedang membeli barangan keperluan wanita secara atas talian. Sesekali Taruddin memandang  Idlan Khozim melalui cermin pandang belakang. 

Idlan Khozim tidak menjawab dan hanya merenung mata Taruddin di cermin pandang belakang. Pertentangan mata dengan Idlan Khozim itu menyebabkan Taruddin telan air liur dan terkernyih-kernyih. Wajahnya juga menjadi pucat. Rokoknya dihisap laju-laju lalu dicampakkan keluar tingkap baki rokok yang masih ada separuh itu. Taruddin memegang kemas stereng Bugatti Veyron. Debaran di dadanya kian laju. 

Lagu Sheila Hamzah berkumandang di radio Bugatti Veyron Taruddin. Kalau sebelum ini, semasa bahagian korus Taruddin akan tarik 'retak seribuuuuu hatikuuuuu' satu kali sampai tidak mengira ke waktu azan. Itu belum lagi lagu baru Sheila Hamzah, Masih Aku Cinta. Tapi kali ini perkara tarik itu tidak berlaku kerana Idlan Khozim yang bermuka bengis ketika ini berada di belakangnya. 

"Kau tahu Idlan Khozim? Melihat pada keadaan Manchester United sekarang, kalaulah aku Tengku Mahkota Manchester. Aku akan tukar Manchester City menjadi Manchester United I dan Manchester United itu menjadi Manchester United II. Semua ini akan menyatupadukan kembali penduduk Manchester yang berpecah belah. Amacam idea aku?," soal Taruddin secara tiba-tiba sambil mengangkat kening sebanyak 3 kali. 

Idlan Khozim menggeleng kepala 4 kali. Dia menjadi makin naik angin dan berkerut seribu mendengar kenyataan Taruddin tersebut. Bukankah idea ini adalah bangang. Yang peliknya ada yang setuju pulak tuh. 

Apabila Bugatti Veyron melintasi kedai makan 21 Club yang letaknya satu baris dengan kedai Sushi, Idlan Khozim memegang bahu Taruddin dengan penuh bertenaga. Taruddin menggigil seperti terkena kancing gigi dan serta merta teringat arwah moyangya. 

Ditangkapnya kepala Taruddin dan dihantuknya ke batang gear. Pong!!! 

Kepala Taruddin pesuk. Darah merah pekat yang hangat memancut ke bumbung kereta. Di dalam keadaan kereta yang terhuyung-hayang tidak dikemudi sesiapa itu, Idlan Khozim masih belum puas. Dia menarik brek tangan sehingga brek tangan itu berdiri tegak seperti batang gear. Serta-merta Bugatti Veyron Taruddin terkunci tayar belakangnya lantas menyasar dan hampir mengenai pembahagi jalan. Idlan Khozim lega. 

Kemudian dia menyambung kerjanya iaitu merodok leher Nathalie Durand yang masih tergamam menggunakan kerambit pusaka. 

Zrrraaas!!! Darah hanyir memancut keluar. 

Idlan Khozim keluar dari kereta meninggalkan Taruddin yang kepalanya tersangkut ditembusi batang gear seperti sate dan Nathalie Durand yang terkulai lehernya . Bau hangit tayar Bugatti Veyron dan bau darah yang hanyir menyelubungi kawasan itu.Idlan Khozim melangkah perlahan-lahan ke arah kedai makan 21 Club. Kereta-kereta yang menghujankan hon kepadanya langsung tidak dihiraukan. 

Sementara itu, orang ramai yang berada di situ menjadi havoc dan melaungkan takbir beberapa kali. Selain beberapa orang yang muntah pelangi. Ada juga di antara mereka yang bertindak membaling batu ke arah Idlan Khozim. Namun apabila Idlan Khozim memusingkan kepala memandang mereka, mereka pakat-pakat memandang ke arah bangunan Empire State, seperti tiada apa yang berlaku. Idlan Khozim senyum nipis. 

Monday, December 9, 2013

From Amerika With Love: Manhattanhenge.

From Amerika With Love: Manhattanhenge. 

Manhattan petang ini sibuknya lebih daripada biasa. Di celah-celah antara kesibukan kota Manhattan ini, ia menyimpan beragam kisah. Mungkin ada kisah duka, mungkin juga kisah suka. 

Di sela-sela sinar mentari yang mulai tenggelam Idlan Khozim terlihat seorang tua terkial-kial hendak melintasi jalan raya yang kian sibuk dengan kebanjiran manusia untuk menyaksikan fenomena Manhattanhenge. 

Manhattanhenge - sebuah fenomena yang terjadi dua kali dalam setahun ketika matahari terbenam sejajar dengan jalanan di timur-barat. Ia boleh dilihat jelas menerusi tata jalan utama di Manhattan. 

Penduduk kota Manhattan, New York, Amerika Syarikat tentunya jarang sekali dapat melihat matahari terbenam. Ini dek kerana bandarnya penuh dengan gedung-gedung tinggi yang menutupi langit dan horizon. Sehinggakan matahari terbit dan terbenam terhalang oleh gedung pencakar langit ini. 

Idlan Khozim berlari sepantas Nurherman Majid mendapatkan pakcik tua tadi yang kelihatan baru sahaja keluar daripada bangunan teater New Victory. 

"Pakcik nak ke mana ni?" dengan penuh mesra dan santun Idlan Khozim bertanya. Sedikit kuntuman senyum semanis tebu beliau berikan. 

Sambil menudingkan jarinya, pakcik tua itu memberitahu Idlan Khozim arah tujunya. 

"Acik nak pergi Madame Tussauds Muzium tu haaa. Nak nengok patung lilin Beyoncé Knowles sama Kim Kardashian." 

Melihatkan susuk pakcik tua yang sudah menggigil dan rabun matanya ini menjadikan Idlan Khozim kagum dengan naluri batin beliau. Idlan Khozim layankan sahaja kehendak si tua ini. 

"Anak ni kerja mana?" secara tiba-tiba pakcik tua tersebut bertanya. 

"Cimb Bank," jawab Idlan Khozim ringkas dan padat. 

"Oooooooooo....Patutlah wajah jernih dan bercahaya. Tak macam anak pakcik sorang kat KL tu, kerja Bank Rakyat." 

Risaukan perbualan ini menjadi semakin hanyut dan merepek, Idlan Khozim meminta diri secara tergesa-gesa selepas membantu pakcik tua itu melintasi jalan. 

Sambil itu, sempat juga Idlan Khozim menjeling ke arah Manhattanhenge. Dalam hatinya terdetk "Errmmmmmmmsss..mana pulak Si Taruddin dan Nathalie Durand ni?." 

Sunday, December 8, 2013

Berbakti

Setelah aku kaji, untuk melepaskan tahanan penjara hanya dalam masa dua jam dan mendapatkan penerbangan dua kapal terbang Jumbo secara percuma tanpa visa - hanya ada dua orang sahaja yang berkemampuan melakukannya:

1) Jenna Jameson

2) Tori Black

Tak tahu pulak dah tambah lagi sorang. 

From Amerika With Love : Power

From Amerika With Love : Power

Taruddin memberhentikan kereta di tepi jalan. Dia menoleh ke sebelahnya memandang Nathalie Durand. Kemudian mengalihkan anak matanya pada Idlan Khozim yang duduk di belakang.

"Kau turun sekarang Idlan Khozim. Kau turun. Aku dengan Nathalie Durand nak pergi beli choki-choki kejap," Taruddin memberikan arahan dengan nada yang amat tegas. Sehingga berkerut dahinya.

Maka Idlan Khozim pun melangkah longlai keluar daripada kereta tersebut. Dia merenung lemah ke arah kota New York yang sungguh padat itu. 

Selain kota London, kota New York juga tidak lekang dari kebanjiran pendatang-pendatang dari serata dunia. Ada yang berniaga atau bekerja secara halal. Tidak kurang juga yang terlibat dengan perniagaan haram dengan terlibat dengan aktiviti kongsi gelap dan juga menjadi pengundi hantu ketika pilihan raya.

Tiba-tiba Idlan Khozim berasa terpanggil untuk menikmati makanan daripada Rantau Asia di sebuah restoran Pakistan. Dia sudah jemu menikmati makanan Itali di Little Italy mahupun makanan Cina di kawasan Chinatown yang terletak di bahagian selatan Manhattan.

Sedang elok saja Idlan Khozim hendak melangkah masuk ke dalam restoran Pakistan tersebut...

"Tolong!!!Tolong!!!Saya kena ragut," jerit seorang gadis berambut perang.

Idlan Khozim pantas berlari mengejar peragut tersebut. Walaupun macam klise aksinya ini. Tetapi dia tidak peduli dengan itu semua. Baginya, membantu sesama manusia adalah wajib.

Apabila merasakan dirinya dan peragut itu hanya dalam lingkungan 2 langkah, dia mula bertindak. Masa inilah Idlan Khozim menyelok poketnya lalu mengeluarkan kerambit pusaka milik seorang sahabatnya yang lincah dan cerdik. Idlan Khozim melemparkan kerambit tersebut sekuat hati. Kerambit bergulung-gulung melingkah - membelah angin. Mata kerambit pun menebak tepat ke tengkuk peragut tersebut. Peragut tersebut terhumban ke depan. Tidak bergerak mahupun bernafas. Kerambit melekat di kepala belakang. 

"Ini dia beg tangan awak. Nampak macam ia dibeli secara atas talian sahaja," Idlan Khozim cuba meramahkan dirinya di hadapan makwe yang berambut perang dan bermata biru itu.

"Saya Frida. Boleh saya tahu awak ni orang mana? Tak pernah nampak pun?," lembut soalan yang ditanya oleh makwe kacukan Mexico dan Pakistan ini.

"Tangkak." jawapan yang ringkas dan padat dilafazkan oleh Idlan Khozim.

Sambil tersenyum dengan nafas turun naik. Frida pun berkata...."Patut la powerrr."

TAMAT.

Thursday, December 5, 2013

Berdagang Secara Online: Bahaya Wabak Alam Maya

Berdagang Secara Online: Bahaya Wabak Alam Maya. 

Dewasa ini (ayat pembukaan karangan masa Tingkatan 5) kita sering mendengar aktiviti membeli barangan secara online. Hasil pemerhatian aku selama 4 tahun membuat kajian, membeli barang secara online ini ada baik dan buruknya. Namun aku lebih tertarik untuk menceritakan keburukannya daripada kebaikan yang mana kebiasaannya kaum wanita lebih ramai yang terjebak dengan gejala tidak sihat ini. 

Sementara itu, kebaikan membeli barang secara online ni aku serahkan pada enkorang untuk pikir sendiri. Tapi bagi aku ia memang membawa keburukan yang teramat sangat. Kau tak setuju? Penuhkan ruangan komen dengan hujah-hujah engkorang semua. Nah aku bagitau keburukan memberi barangan secara online yang korang sendiri tidak perasan semasa sedang asyik temuncung-muncung bibir sambil menekan order barangan online. 

  • Risiko ditipu oleh penjual. 

Ditipu ini perkara biasa yang terjadi terutamanya kepada kaum wanita. Jika sebelum kahwin, mereka akan ditipu oleh pakwe mereka. Apabila sudah berkahwin pula, mereka ditipu oleh suami mereka pula. Tahu-tahu saja sudah dimadukan. 

Begitulah juga dengan perihal barangan online. Mereka akan mudah tertarik apabila dihidangkan dengan pelbagai barang yang kadang-kadang bila tengok dekat website tu chomell-chomell dan kawaii gitu! Tapi bila sampai..haprak! Indah khabar dari rupa sungguh! Selepas tu menyesal tidak berkesudahan. 

Ada yang lagik bangang beli barang elektronik secara online. Woih, takkan kau tak tahu barang elektronik ni bukan tahan lama pun. Jadi kenapa tak beli dekat kedai yang memang kompem ada warranty? Abis tu bila barang dah rosak, kau nak tukar macam mana? Nak kena rodok dengan kerambit? Lepas tu sibuk merungut barang ni tak tahan lamalah, itulah inilah. Merungutlah kau dekat situ sampai matahari terbenam. Aku tahu esok selepas matahari terbit  jek kau dah start membeli barangan online semula. Ini dinamakan sebagai perangai sambal belacan. 
  • Barang yang dibeli tidak sampai 

Ini aku malas nak cerita panjang lebar. Sedangkan suami kau sendiri pun kau tak percaya (malam-malam bangun check henpon), boleh pulak kau percaya pada orang luar. Kau bagi dia duit, dan selepas itu pergi ambil wuduk serta tunaikan solat dua rakaat seraya berdoa agar si tukang jual jujur dalam perniagaannya. Ini tidak betul wahai sahabatku sekalian.   

Maka berlakulah keadaan bila mana pelanggan dah bank-in duit, barang yang ditunggu tidak kunjung tiba. Akhirnya pelanggan mengetahui diri ditipu, sadis sungguh! Kalau beli di kedaikan kita boleh cuba try test dahulu. Bila beli online ni ilmu tawakkal dia memang kena tinggi sikit. 

Ketika ini aku hanya mampu ketawa berdekah-dekah kepada mereka yang ditipu. 

  • Barang lebih mahal 

Bagi peminat tegar barangan online mesti tidak gemar dengan point ini. Mereka akan bermati-matian mengatakan barang online ini lebih murah daripada yang dijual di kedai. Tapi adalah engkorang tahu celah mana depa ambil stok barangan tu? Berapa pula harga yang dia dapat dari pembekal? Adakah kualitinya setara dengan harganya. Ahhhhh..aku mungkin terlalu banyak berpikir. Tetapi dengan pemikiran yang waras dan 5 tahun kehadapan inilah aku tidak mudah terpengaruh dengan barangan online. Betol kata orang tua-tua "Perjalanan otak seseorang yang membaca Mastika tidak akan sama dengan yang membaca Reader Digest". 
  • Ketagihan membeli barangan online 

Dahulu kita dengar ganja dan dadah sahaja yang boleh memberi ketagihan. Namun kini ia telah berubah sejajar dengan perubahan zaman dan masa. Bagi aku ini antara point yang paling bahaya. Ketagih. Ada yang sanggup berhutang. Ada yang tidak sedarkan diri berbelanja walaupun sebenarnya duit mereka semakin menyusut. Malahan ada juga yang menggigil sehingga berbuih mulut sekiranya tidak dapat mencapai KPI '1 Hari 1 Barang Online Wajib Beli'. Jadah apanya semua ini? 

Inilah dia yang berlaku sekiranya agama tidak diamalkan secara total dalam diri manusia. Sepatutnya kita kena tahu had dalam berbelanja. Janganlah berbelanja macam diri awak tu menantu Soltan Brunei. Kena selalu tahu, membazir itu amalan Syaitan (walaupun sampai sekarang kita tak tahu pembaziran macam mana yang syaitan-syaitan itu semua lakukan - membeli kapal selam kah?).   
  • Rukun jual beli terbahagi kepada enam

1. Penjual 
2. Pembeli 
3. Harga yang dibeli 
4. Barang yang dijual 
5. Sighah (lafaz penjual) 
6. Qabul (lafaz pembeli) 

Okeh sekarang aku nak tanya, berapa peratus daripada urusan jual beli engkorang secara onlie itu melengkapi rukun jual beli di atas? Kalau ada jawapan, sila jawab dengan berhemah. 

Mungkin ada kelebihan dan keburukan lain yang mungkin anda boleh tambahkan di sini. Berbelanjalah secara bijak mengunakan otak dan akal yang waras. Jangan sesekali menggunakan otak Bung Mokhtar untuk berbelanja. Gunakan wang anda dengan baik seperti Nadeem. Untung-untung dapat Nora Danish. 

Percayalah..membeli barangan online ini adalah lebih merbahaya dan berhantu daripada Villa Nabila. 

Sebelum terlupa, boleh SMS/PM/WHATSAPP jika ada apa-apa isu berbangkit. XoXo :)

Wednesday, December 4, 2013

Maharaja Lawak, Akademi Fantasia dan Mr. Arrogant : Siri Dungu Menghentam Umat Melayu Tanpa Sedar.

Maharaja Lawak, Akademi Fantasia dan Mr. Arrogant : Siri Dungu Menghentam Umat Melayu Tanpa Sedar.

Aku saja pilih tajuk panjang-panjang sebab tak tahu nak letak tajuk apa. Itu hari ada yang bertubi-tubi menyerang aku apabila aku mengatakan Maharaja Lawak adalah satu rancangan bangang. Kali ini aku muncul dengan pandangan peribadi aku bagi membuktikan yang Maharaja Lawak adalah satu rancangan bangang tak terbendung.

1. Hiburan Lagho.

Bukannya elok sangat kalau selalu ketawa. Bak kata Bob Lokman masa beliau tarik diri dari jadi juri untuk raja lawak.."Kalau gelak selalu nanti cepat pulak 'pergi'nya". 

Dalam bab ini, mereka-mereka yang lebih arif dalam bab agama mungkin lebih sedia maklum. Kalau banyak ketawa kat dunia, nanti akan banyak menangis di akhirat. Bukan tidak boleh langsung, tapi berpada-pada.

Kau lawan syiah, kau R4BIA sana, kau Gaza sini. Tapi bila astro hulur maharaja lawak kau dah gelabah. Astro naik harga kau merungut. Padahal boleh sahaja kau pergi potong Astro daripada duduk berpanas depan pejabat astro. Apa kau ingat kapitalis moden ni takut bila kau berjemur macam tu?  

2. Lawak Kosong

Kosong yang aku maksudkan di sini ialah tiada isi. Bahasa kasarnya ialah "Lawak Bodoh" ataupun lebih tepat lagi ialah 'Lawak Bangang'. Kita tengok, kita gelak, lepas tu sembang dengan kawan pejabat keesokan harinya sewaktu makan sarapan nasik lemak mengenai betapa lawaknya peserta-peserta ini. Kemudian tu ajuk apa yang mereka kata atau buat. Contohnya 'pening arrr'. Selebihnya, aku tak nampak pengisiannya.

Tidak kiralah pengisian yang macam mana pun. Asalkan ada. Contoh lawak yang aku tengok yang aku boleh gelak sambil dapat pengajaran ialah lawak dari Filem P. Ramlee. Bagi aku ini adalah 'true lawak'. Tapi kalau lawak dalam maharaja lawak, boleh gelak je la. Mungkin ada pengisian tu. Tapi bagi aku memang tiada isi. Kalau korang jumpa, baguslah. Maknanya kau memang selalu tengoklah tu.

3. Taktik Murahan

Meletakkan Luna Maya sebagai juri adalah taktik murahan untuk meraih jumlah tontonan dan kontroversi supaya menjadi modal perbualan di kalangan orang ramai. Sudahlah kontroversi ketika melawak semuanya tidak masuk akal. Majoritinya pula lebih kepada perangai 'terlebih lawak' peserta sehingga suasana menjadi kurang enak didengar. Bahasa yang digunakan juga 97.75% adalah kasar, lawak bodoh sehingga menjadi tidak terajar.

4. Lawak kerana mereka pelawak. 

Kadang-kadang aku rasa "lawak" mereka tu bukan sebab ianya lawak, tapi sebab ianya diluahkan  oleh mereka yang menggelarkan diri mereka pelawak. Contohnya, pernah sekali member aku melawak dengan aku. Dan dia mengajuk lawak yang telah digunakan dalam maharaja lawak. Tapi serius, sebagai seorang yang pertama kali dengar, aku langsung tak rasa "lawak" yang kawan aku buat tu sesuatu yang lawak. 

Aku : Apa yang hang mencarut ni?
Taruddin : Hang tengok tak maharaja lawak semalam?
Aku : Tak
Taruddin  : Patutla hang tak rasa lawak
Aku : Okay. (Selepas tu seperti biasa aku rodok kerambit dalam perut Taruddin).

Jadi, "lawak" kau tu adalah lawak hanya kerana "lawak" tu digunakan dalam maharaja lawak... macam tu..? Kesian.

Ini hari aku sempat keluarkan 4 sahaja. Lain-lain macam biasa engkorang carik sendiri. Ingat, buat sesuatu tu biar KONSISTEN.

Tuesday, December 3, 2013

Jual Naik


Tahukah anda developer dari negara China membeli tanah di Johor. Apa macam rakyat Johor? Aku ni kira penderhaka ke macam mane? Rujuk


Percayakah anda? Hadiah tahun baru.

Monday, December 2, 2013

Karen

Karen

Tahukah anda berkuatkuasa 1 Januari 2014, kadar tarif elektrik naik kepada 4.99 sen menjadi 38.53sen/kwj. Sekarang ini kadarnya ialah 33.54sen/kwj. Oleh itu, sebagai generasi muda kita tidak dapat tinggal diam begitu saja. Kesedaran dalam diri kita cukup tinggi!

Namun ledakan perkara ini mungkin boleh bertahan selama tiga hari sahaja. Selepas itu keadaan akan pulih seperti biasa dan semua akan makan Mekdi dengan tenang dan menonton Maharaja Lawak Bangang sambil ketawa berdekah-dekah.

Friday, November 29, 2013

Elaun, Gaji dan Keperitan III

Gaji Adun (dipetik dari @FaktaBukanAuta).

Tahukah anda? Bermula Jan 2014, gaji Adun paling tinggi adalah Sarawak sebanyak RM15k, diikuti diikuti Selangor RM11k. Gaji Adun paling rendah adalah Perak RM4100, diikuti Kelantan RM4800. Tapi bermula 2014 gaji Adun Perak akan menjadi RM6000, dan Kelantan masih kekal RM4800.

Seronok tengok gaji Adun naik. Kita ni pengundi, boxer dah berlubang pun tak mampu nak tukar. Itulah pakai tidur, itulah pergi kerja.

Nota Tambahan: Tahukah anda juga gaji CEO paling tinggi di Malaysia dipegang CEO CIMB Group, DS Nazir Bin Tun Razak. Gajinya sebulan RM779,000.

Mantol



Ramai yang PM, SMS, WASUP dan inbox aku (rasa macam ejen jual suplemen ubat pulak) meminta aku bentangkan kajian tentang hubungan Johan Asa'ari dan Lana Nodin. Pada mulanya aku berat hati. Mengenangkan tanggujawab sosial yang aku pikul, aku gagahkan juga diri ini. 

Sebenarnya tak lama itu hari sibuk dengar Johan dengan Sheila Hamzah. Akhirnya tiba tiba Johan pilih Lana. Hasil kajian aku mendapati yang Sheila Hamzah ni bukanlah lawan yang setanding dengan Lana. Kalau dalam istilah bola sepak bolehlah dikatakan yang Lana adalah 'penyerang lengkap'. 

Mujur sebelum aku kahwin dulu, aku tak poie Mekah. Kalau tak entah apa doa aku mintak depan kaabah tu. Kau bayangkanlah kau doa depan kaabah dapat bini camni. Apa tunggu lagi? Kumpul duit pi Mekah cepat. 

Nota aku: Si Johan ni tak tahu ke Lana ni artis yang tak puasa di bulan Ramadhon? Dah tu main mahjong pulak. Hancor lodoh.

Elaun, Gaji dan Keperitan II

-Selangor- 

Gaji Menteri Besar Selangor yang berjumlah RM14,175.15 meningkat kepada RM29,250 iaitu pada kadar 106.4% sejak kali terakhir dinaikkan pada tahun 2005. Manakala Speaker Dewan daripada RM6,109.29 naik 268% kepada RM22,500, Timbalan Speaker pula RM3,327.5 kepada RM15,750. Bagi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), pendapatan RM6,109.29 kepada RM20,250, peningkatan sebanyak 231%. 

-Sarawak- 

DUN Sarawak pada Mei lalu meluluskan kenaikan gaji untuk Ketua Menteri daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000. Manakala menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; menteri muda dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; Adun RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000. 

Wednesday, November 27, 2013

Elaun, Gaji dan Keperitan

Begini ceritanya kawan-kawan. Dekat Selangor ni aku tengok ramai lagi orang miskin, masih ade budak kecik mintak derma di station petrol, jalan berlobang sana sini, kalau rumah kampung tu sikit punya daiflah kehidupan depa. Itu hari umum bajet Selangor bukan main banyak lagi. Yang tertinggi dalam sejarah tamadun Selangor ye? Hari ini umum kenaikan gaji MB, EXCO, ADUN dan lain-lain. Kesimpulan yang aku dapat buat ialah Bung Moktar dengan semua ahli politik dekat Selangor ni berkongsi otak yang sama. Negeri lain jangan tanya, aku tak habis kaji lagi. Tapi aku yakin depa semua ni otaknya lebih kuranng sama sahaja.

Tuesday, November 26, 2013

Tajaan

Malam tadi aku pergi lepak menenangkan akal yang terasa letih. Aku lepak secara indivdu. Taruddin dan Idlan Khozim aku tinggalkan. Takde faedahnya aku membawa sekali 2 orang makhluk Tuhan paling lincah tersebut.

Sampai sahaja di kedai, aku ambil meja paling tepi yang membolehkan aku pandang tepat ke TV. Malangnya TV sedang memainkan Buletin Utama. Akibat risaukan dosa fitnah, aku minta tuan punya kedai menukar kepada siaran yang lebih mencabar otak, CNN.

Tak jauh dari meja aku ada beberapa makwe mahasiswi lepak. Semuanya membawa imej hijabista fasyionista setailista hipster. Aku jadi pening seketika dengan warna-warni yang menyaluti badan mereka. Macam pelangi bergerak.

Dari kejauhan aku lihat mereka berborak dengan tekun. Kadang-kadang dahi berkerut. Kadang-kadang geleng kepala. Aku dapat rasakan borak mereka bukan borak kosong, bukan main-main punya borak. Serius.

Aku cuba pasang telinga. Aku cuba dengar sikit-sikit walaupun kadang-kadang biji butirnya tak berapa jelas. Akhirnya sah, mereka bukan borak kosong.

Aku berasa terharu. Ada lagi rupanya belia sekarang yang masih minat borak pasal Perkahwinan Janda Palin Mahal. Nampaknya belia kita ni masih ada harapan. Kita berada di landasan yang betul. Ya!!! 

Wednesday, November 20, 2013

Perbualan Mendalam

Perbualan Mendalam 

Petang itu Idlan Khozim dan Taruddin seperti biasa melakukan tugas menyabit rumput di kawasan kampung mereka. Selepas bekerja kuat lebih kurang 56 minit, mereka bersepakat untuk berehat. Masing-masing menyalakan rokok. Maka satu perbualan paling mendalam pun bermula... 

"Kau tahu tak Taruddin, selepas kita kalah dengan Singapura pada kelayakan Piala Dunia itu hari. Bola sepak kita semakin teruk. Jahanam," muka Idlan Khozim serius macam tak makan nasik seminggu. 

"Ya aku tau. Tapi pemain kita sejak dari itu pun dah ramai yang memperolehi bayaran gaji yang tinggi. Tanah lagi, makwe artis lagi," Taruddin menambah juga dengan muka yang serius. Tapi lebih serius dengan kerutan di dahi.   

Idlan Khozim tenang merenung wajah sahabatnya. Dia melakukan 3 sedutan rokok sehingga pipinya hilang ke dalam. Sedutan maha nikmat dari rokok kegemarannya. 

"Tapi kau kena tahu wahai Taruddin. Kini bola sepak telah membawa keriangan dan kesakitan yang tidak terhingga kepada seluruh pencintanya. Semua ini tidak boleh diukur dengan wang." 

Taruddin tersentak lalu berdiri. Penyabit rumput masih berada kemas dalam genggamannya. 

"Bukankah profesional itu adalah wang? Mengaut untung dengan menyepak bola bermakna mereka telah menawarkan harga kaki." 

Taruddin sudah mula berfalsafah. Idlan Khozim sedar Taruddin mungkin tidak dapat dikawal jika perbualan ini diteruskan. Bimbang kepalanya hilang dimakan penyabit, beliau lantas mengambil pendekatan untuk mematikan perbualan ini. 

"Sebab itulah kalau main bola pun masih teruk selepas menerima gaij yang lumayan, adalah lebih baik bersara sahaja. Bikin malu ajek buat ape." 

Mereka berdua termenung jauh...termenung sehingga matahari terbenam memikirkan apakah kesudahan bola sepak Malaysia ini.

Monday, November 18, 2013

Taruddin and The Cinderella

Suatu petang yang damai ketika Taruddin sedang ralit mengusahakan kebun cili di hadapan rumahnya. 

Zeraaaaas!!!! 

Terkocoh-kacah Idlan Khozim memberhentikan basikalnya menggunakan brek kaki. Dengan nafas tercungap-cungap, dada berombak kencang, Idlan Khozim menguak kebelakang rambut ala Rambo yang menutupi mata menggunakan 3 jari runcingnya. 

"Kau dah ajak Nathalie Dhurand keluar dating?," tersengeh-sengeh Idlan Khozim. Sekali imbas ketika ini wajahnya seperti sedang merayu-rayu meminta penerajang. 

Taruddin tidak terus menjawab. Dia meneruskan kerja-kerja menyiram pokok cili. Sekali-sekala lagu Ainan Tasneem dijadikan siulan peneman sunyi tika berkebun. 

"Ape kata kau ajak dia nengok wayang cerita Cinderella 2013. Filem yang diadaptasi dari drama siri popular suatu masa dahulu ini adalah arahan Ahmad Idham. Cinderella turut dibintangi oleh Fizo Omar, selaku Salman, dan Nelydia Senrose, selaku Nurul. Terbitan ke sebelas oleh Excellent Pictures, Cinderella mengisahkan Nurul, gadis kampung berusia 22 tahun, tinggal bersama ibu tirinya, Ainon serta adik tirinya, Farah dan abang tirinya, Zamil. Suatu malam, Zamil meluahkan rasa hatinya tetapi ditolak oleh Nurul menyebabkan Zamil bertindak ganas dan cuba merogol adik tirinya itu. Nurul berjaya lepas dan lari ke luar daripada rumah untuk menyembunyikan diri sehingga ke bilik penginapan Salman, anak seorang tokoh korporat terkemuka. Mereka berdua diserbu oleh ketua kampung, tok imam dan beberapa orang kampung. Salman dan Nurul diberi dua pilihan - di bawa ke balai polis dan didakwa di mahkamah syariah atau berkahwin dan tidak kembali lagi ke kampung tersebut. Bagi menjaga namanya, Salman bersetuju dengan pilihan ke dua. Amacam power tak cerita dia? 

Taruddin seakan tersentak mendengar penerangan panjang lebar Idlan Khozim. Baldi yang digunakan untuk menyiram pokok cili dicampaknya ke tanah. Lalu dia menapak menghampiri Idlan Khozim. Direnungnya mata sahabatnya yang lincah itu dalam-dalam. Sangat mendalam. 

"Aku tak sangka masih ada lagi pembuat filem yang power macam Ahmad Idham. Kau dengan Ahmad Idham memang power!!!," puji Taruddin tidak berbelah-bahagi. 

"Kah kah kah, aku tau aku power," Idlan Khozim mengakui pujian Taruddin sambil terkekek-kekek bahunya. 

"Kalau macam tu, 19 Disember nanti aku nak bawak Nathalie Dhurand pergi nengok filem Cinderella 2013," balas Taruddin penuh yakin dengan menaikkan ibu jari sebagai isyarat bagus. 

"Wah...kau pun tidak kurang powernya." 

Begitulah mereka memuji power masing-masing serta Ahmad Idham sehingga matahari terbenam. 

Perihal Kenderaan

Perihal Kenderaan

Jikalau sebelum ini kerajaan Malaysia mahu haramkan motosikal masuk ke lebuhraya atau dalam cadangan untuk mengenakan tol di atas laluan khas motosikal, kali ini giliran pemilik kereta pula menerima arahan terbaru daripada kerajaan. Di mana JPJ akan haramkan kereta 12 tahun ke atas supaya dilupuskan, semuanya dilakukan dan mahu dilaksanakan atas nama keselamatan anda semua.

Aku tersenyum tenang mendengar perkembangan seperti ini. Petang tadi aku hampir sahaja merodok perut seorang rakan aku menggunakan kerambit apabila dia berkata.."Riles brader...ini baru cadangan..rileks..." Tetapi seorang lelaki yang memiliki tubuh badan iras Daniel Craig tidak perlu cepat gelabah. Aku mengambil pendekatan bertenang.

Aku pulang ke rumah dan mula memerah otak mengkaji baik buruknya benda alah ini. Dari sofa tempat duduk aku melakukan balik kuang dan terus ke dapur lantas membancuh secawan kopi. Aku nekad. Aku akan berpikir menggunakan otak Bung Moktar, Ahmad Maselan dan Hasan Malek. Akan aku selami ia dengan corak pemikiran gaya Ibrahim Ali dan Zul Nordin bagi menjawab isu maha berat ini. Akhirnya aku mempunyai jawapan. 

Risaukan dihalau keluar dari Malaysia oleh Zahid Hamidi, alat kawalan Astro aku capai dan butang 1...0...4 aku tekan tanpa ragu. Konsert Akhir Akademi Fantasia 2013!!!!!Hiburan hiburan hiburan!!!Yahoooo!!!! 

Sunday, November 17, 2013

AF

'Orang miskin cuma ada 18 orang di dalam dunia ini. Yang lain-lain semua dah berhenti menjadi miskin. Orang kaya pula ada 47 orang. Tetapi yang menonton televisyen sekarang menengok Akademi Fantasia ada 180 ribu billion orang. Cilake!'

Saturday, November 16, 2013

Bung




Negara Malaysia takkan dapat rapatkan jurang pendapatan. Kenapa? Ini kerana kita suruh potong elaun pun depa mengamuk koyak kertas. Potong subsidi rakyat jelah tau. Sepatutnya setiap perkataan bangang yang diungkapkan oleh ahli parlimen, elaun mereka perlu dipotong RM1000. Ini supaya mereka berhati-hati bila nak bercakap.

Friday, November 15, 2013

Taruddin The Dead Man Down II

Pada suatu pagi yang sejuk selepas hujan di Warong Nasik Lemak Janda Lopa.

"Amacam makwe Perancis depan rumah kau tu?" tanya Idlan Khozim kepada Taruddin.

Taruddin hanya tersenyum nipis sambil berhati-hati menuang air milo panas di dalam piring. Cekodok udang panas dipegangnya berlapikkan kertas surat khabar. Kurang sikit panasnya di jari.

"Kau dah dapat nama dia ke belum?" sambung Idlan Khozim lagi.

Taruddin senyum nipis sekali lagi. Piring berisi milo ditariknya sampai ke buju meja. Kemudian air milo itu dihirupnya perlahan-lahan macam kucing.

Idlan Khozim diam memerhatikan Taruddin. Tiba-tiba Taruddin turut diam selepas hirupan terakhir. Wajahnya kelat. Mengimbau kenangannya terserempak dengan Nathalie Durand ketika di pasar malam.

*******

Taruddin berjalan deras menyusuri laluan yang di kiri kanannya dipenuhi warga emas yang duduk bersila di atas karung guni menjual lada kecil, jering, kerdas, asam keping, gula kabung dan serai bagai sehinggalah sampai ke kawasan gerai kuih-muih. Di kawasan kuih-muih inilah yang selalunya paling sesak. Cuma yang baiknya sesak di sini boleh mencuci mata.

“Bagi saya seringgit, mak cik.”

Mak cik kuih sopang yang sibuk membalik-balikkan kuih sopang di dalam kukusnya hanya mengangguk sekali. Masih ada dua tiga pelanggan yang menunggu sambil merenung kukusan. Menyedari gilirannya tidak begitu cepat dan memikirkan bahawa merenung kukusan denga muka yang tegas boleh menyebabkan mak cik kuih sopang berasa tertekan, Taruddin meliarkan matanya memandang sekeliling.

Sepuluh saat pertama tiada apa yang menarik perhatian Taruddin, namun selepas itu tiba-tiba pandangannya terhenti pada sekujur tubuh yang menawan dan mendenyutkan. Tubuh yang berdiri dengan gaya berat disokong lebih oleh kaki kiri berbanding kaki kanan itu sedang membeli kuih seri muka. Serentak dengan itu sebuah lagu cinta dari Sheila Hamzah berkumandang masuk secara latar belakang.

Nathalie Durand seorang gadis Perancis yang berjiran dengannya. Dia anak tunggal yang tinggal dengan ibunya, seorang peguam. Rumah mereka betul-betul bertentangan dengan rumah Taruddin. Dahulu setiap pagi gadis ini gemar bersidai di balkoni rumahnya sambil melayan rokok sebatang dua.

“Dia masih seperti pari-pari,” hati kecil Taruddin berbisik.

Sebenarnya Taruddin sudah begitu lama tidak terlihat Nathalie Durand di balkoni rumahnya. Boleh kata hampir dua atau tiga hari juga.

“Nah!”

Suara mak cik kuih sopang yang parau mengejutkan Taruddin. Taruddin kucar-kacir mencari duit di dalam kocek seluarnya.

“Amboi sibuk ke makwe sampai lupa duit letak di mana,” seloroh mak cik kuih sopang.

Taruddin tersengih lalu cepat-cepat menghulurkan wang kertas seringgit. Sambil dia beredar dari gerai mak cik kuih sopang itu, dia berpaling semula ke arah gerai kuih seri muka. Taruddin hampa. Tempat Nathalie Durand  berdiri tadi kini berganti dengan tubuh seorang polis berperut buncit berpangkat inspektor.

Nathalie Durand hilang lagi....

Thursday, November 14, 2013

Taruddin The Sugar Candy Crush

Pada satu petang Jumaat yang nyaman dan burung sedang rancak berkicauan, dua orang sahabat karib, Taruddin dan Idlan Khozim duduk bersila di bawah pokok mangga melepaskan lelah mereka selepas penat memotong rumput di sekitar kawasan rumah. Mereka-Taruddin dan Idlan Khozim- menghirup teh tarik dengan tenteram.

"Kenapa kerajaan kita mengurangkan subsidi gula ek?," soal Idlan Khozim secara tiba-tiba memecah suasana damai. Burung yang sedang terbang pun segera bertenggek di atas pokok. Makhluk Tuhan paling lincah itu seperti turut berminat dengan soalan tersebut.

Taruddin mencampak rokok yang baru suku dihisapnya ke atas tanah dan memandang tepat ke arah Idlan Khozim.

"Sebenarnya macam ni, Idlan Khozim. Aku dah malas nak ulang lagi jawapan pasal gula ni. Ko ingat sampai mati apa yang aku nak cakap ni. Kerajaan mengurangkan subsidi bagi gula untuk membolehkan kita menjalani gaya hidup sihat. Harga gula yang rendah di Malaysia menyebabkan penggunaan berlebihan dan menyumbang peningkatan 105 peratus sejak 1996 hingga 2006 dari segi jumlah rakyat yang terlebih berat atau obesiti iaitu kini lebih berat atau obesiti iaitu kini lebih 40 peratus. Setiap tahun kita berdepan lima peratus peningkatan kes diabetes dan hampir 1.4 juta penduduk Malaysia sekarang menghidap penyakit itu. Dan apa yang paling penting kau kena tahu ialah gula di Malaysia paling murah di rantau ini berbanding Thailand dan Indonesia.
 
"Kah kah kah! Ko memang power," balas Idlan Khozim puas hati.
 
"Ye, aku tau. Kah kah kah!," gelak Taruddin lagi penuh angkuh.
 
"Kalau macam tu mulai sekarang aku akan kurangkan manis dalam makanan dan minuman. Dan aku akan tambahkan manis itu dalam senyuman," sambung Idlan Khozim sambil tersenyum semanis tebu.
 
"Kah kah kah! Ko pun tak kurang juga power-nya!"
 
Selepas puas bergelak ketawa memuji power masing-masing, mereka berdua pun meneruskan minum teh tarik dengan hati yang riang.
 
Begitulah kisahnya tuan-tuan dan puan-puan. 

Wednesday, November 13, 2013

Taruddin The Dead Man Down

Taruddin The Dead Man Down

Kuih sopang disuap secara gelojoh ke dalam mulut. Taruddin kelihatan benar-benar lapar. Hanya juadah itu yang menjadi kepakarannya. Sejak daripada kegagalannya terpilih menjadi angkasawan pertama negara yang melakukan ujikaji gasing terapung, hidupnya banyak berubah.

Aahhh..dia tidak peduli walaupun gagal naik ke angkasa kerana dia sudah lama tahu tentang teori gasing terapung. Di angkasa lepas, gasing akan berputaran tanpa henti kerana keadaan mikro graviti, berbanding di bumi putaran gasing terhenti selepas tempoh tertentu kerana tarikan graviti.

"Puiiih," Taruddin meludah. Kenapa perlu berhabis jutaan ringgit duit rakyat semata-mata untuk melakukan eksperimen yang sudah ada dalam buku amali sains muka surat 34 bab 4.15? Membazir.

Taruddin bukan sahaja gagal ke angkasa lepas. Malahan dia turut gagal memikat hati seorang makwe syarikat koperat. Hidupnya kini semakin sunyi. Kosong.

Taruddin termenung jauh. Teringat akan perbualan bersama sahabat karibnya petang tadi.

*****

"Semalam job jual paper dengan botol berapa hengget ko dapat?" tanya Idlan Khozim.

"Dapat la dalam 12 ringgit," jawab Taruddin sambil pegang cawan teh.

"Peh 12 je? Tak balik modal, tak balik modal..." balas Idlan Khozim semula.

Ketika ini Taruddin hanya mampu terdiam.
 
*****

Taruddin tersedar dari lamunan. Dia bingkas bangun dan melakukan balik kuang. Penyapu yang disandarkan di tepi ais ditangkap kemas dengan tangan sasanya. Lalu Taruddin mula menyapu sekeliling rumah sewanya.

Dari tingkap pangsapuri Taruddin, kelihatan jirannya seorang makwe Perancis sedang leka memandang ke arahnnya. Makwe tersebut duduk di koridor sambil menghembuskan asap rokok. Ada asap yang pekat dan ada yang nipis. Namun walau pekat atau nipis, ia tetap hilang juga dimakan udara. Dan dengan udara itu pula makwe tersebut menghirupnya.

Taruddin dalam merasakan fikiran makwe Perancis itu sedang memusatkan kepada satu perkara yang berat. Maha berat.

Tiba-tiba makwe Perancis itu melambai-lambai tangan, seolah-olah tunjuk isyarat 'jom lepak pekena teh tarik dengan rokok sebatang' pada Taruddin.

*****

Cilake malas pulak aku nak sambung.

Nota: Ini dinamakan berhenti dulu sebelum makin merapu.

Friday, November 8, 2013

From Kelantan With Love: Piya.

From Kelantan With Love: Piya. (I)

Aku sudah selesai misi menjejak Titus James. Segala persoalan sudah terjawab. Tetapi biarlah aku simpan sahaja ia dalam rekod pengkalan data milik peribadi aku. Buat masa ini, aku mahu menenangkan fikiran.

Kelantan. Itulah destinasi pilihan aku untuk merehatkan otak. Bukannya apa, aku dengar cerita di negeri ini ramai bakat bola sepak yang hebat-hebat belaka. Dia punya ramai sehinggakan lebih separuh skuad bola sepak Kelantan musim ini telah selamat dipancing oleh pasukan lain.

Dahulu ada yang menggelar negeri ini sebagai 'Kilang Bola Sepak' dek kerana sistem pembangunan bakat muda mereka yang sistematik dan teratur. Pernah juga ada khabar angin mengatakan yang suatu masa dahulu ade tertulis tentang sejarah orang Kelantan berlawan bola dengan orang Viking. Sama ada ia betul atau bohong, tak dapat pula aku mengesahkannya.

Kali ini aku tidak mahu menaiki teksi. Makin klise pulak aku rasa bila kerap sangat aku mengembara menggunakan teksi. Jadi aku memilih untuk berkeretapi. Aku bertolak menaiki keretapi dari KL Sentral tepat pada jam 10.30 malam dan duduk di kerusi bernombor 5D iaitu kerusi yang menyebabkan perjalanan aku menjadi gostan.

Bras ! Bras ! Bras ! Bras ! - isyarat keretapi akan mula bergerak....
 
"Assalamualaikum," sapa seorang brader kopiah lantas mengejutkan lamunan aku yang sedang leka memerhatikan makwe cun naik keretapi di kaca tingkap.
 
"Waalaikumussalam," aku membalas di dalam hati.

......bersambung....

From Kelantan With Love: Piya. (II)

"Assalamualaikum," sapa seorang brader kopiah lantas mengejutkan lamunan aku yang sedang leka memerhatikan makwe cun naik keretapi di kaca tingkap.
"Waalaikumussalam," aku membalas di dalam hati.
 
Aku kecilkan kangkang dan brader kopiah mula melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah aku. Saat itu aku dapat merasakan seperti pengembaraan aku yang baru bermula ini takde 'ong'. Kenapa mesti brader kopiah? Mengapa bukan makwe cun yang berasal dari Kelantan yang mahu pulang ke kampung halaman untuk bertemu keluarga tercinta?
 
Keretapi mula bergerak perlahan-lahan melewati stesen KL Sentral dan terus maju di dalam kegelapan malam Kuala Lumpur yang terang. Pandai pula keretapi ni jalan perlahan dalam kawasan bandar. Aku membuat keputusan untuk tidak menjadi peramah dan cuba melelapkan mata, hanya meninggalkan brader kopiah itu membuat hal sendiri.

Aku terlena. Kadang-kadang pada satu ketika aku merasakan keretapi meluncur sangatlah laju. Tidak pernah aku mengalami keadaan gostan yang laju sebegini rupa.

Pukul 11.45 malam aku tersedar dari tidur. Perut terasa sedikit lapar. Aku melihat kanan aku. Brader kopiah di sebelah sedang bersandar hanyut dibuai mimpi. Barangkali sedang mimpi naik haji di Pulau Pinang. Di belakang aku kedengaran sepasang laki-laki dan perempuan remaja sedang berbisik asmara. Aku biarkan sahaja mereka berdua kerana kerambit aku telah diberikan pada Titus James semasa di Perancis.

"Tidak!!!!!," jerit brader kopiah sebelah aku secara tiba-tiba. Mata hitamnya hilang naik ke atas. Kini hanya mata putih yang kelihatan. Brader kopiah berperangai seperti dirasuk.

.....bersambung.....

From Kelantan With Love: Piya. (III)

"Tidak!!!!!," jerit brader kopiah sebelah aku secara tiba-tiba. Mata hitamnya hilang naik ke atas. Kini hanya mata putih yang kelihatan. Brader kopiah berperangai seperti dirasuk.

"Kenapa kau ganggu aku? Akukan dah bagi kau makan steak kambing dengan air guava. Apakah itu tidak mencukupi?," tegas brader kopiah dalam keadaan menjerit.

"Aku lapaaaaaaar. Aku haus daraaaaah. Arrgggggggggh!!!!!," suara yang lebih garau kini menguasai diri brader kopiah.
 
Aku menjadi separa kaget. Tetapi selaku antara 5 pelajar terbaik Darjah Khas Sekolah Agama Jalan Naib Long, sedikit sebanyak masih ada lagi ilmu agama dalam diri ini. Aku menadah tangan sambil membaca ayat 3 Qul. Selesai bacaan aku lepaskan hembusan selembut bayu tanpa bau ke muka brader kopiah.
"Abang mimpi Kelantan kalah Piala Malaysia. Abang mengigau," kata brader kopiah.

Cilake. Nak mimpi apenyer lagi. Dah memang kalah pun. Komen aku di dalam hati sahaja. Takut melukakan hati brader ni pulak.
 
Brader kopiah memperkenalkan dirinya sebagai Dimitre Kalkanov. Dia rupanya peminat setia pasukan Red Warriors dan menjadikan Piya sebagai pemain kegemarannya. Lima belas tahun dulu Dimitre Kalkanov kali pertama melihat Piya bermain bola sepak di atas padang latihan TNB Kelantan.

“Memang cita-cita Piya nak jadi pemain bola sepak. Ayah dia dulu juga merupakan pemain bola sepak dan pernah bermain untuk pasukan TNB Kelantan. Ketika itu, era semi-pro. Setiap kali ayah dia ada perlawanan, Piya pasti akan pergi untuk menonton."

Aku keluarkan biskut kelapa daripada beg sandang aku. Laju aku mengunyah biskut tersebut akibat kelaparan. Sambil telinga aku terus menangkap setiap baris ayat yang Dimitre Kalkanov lafazkan.

.....bersambung....

From Kelantan With Love: Piya. (IV)

Aku keluarkan biskut kelapa daripada beg sandang aku. Laju aku mengunyah biskut tersebut akibat kelaparan. Sambil telinga aku terus menangkap setiap baris ayat yang Dimitre Kalkanov lafazkan.

"Piya juga tidak pernah ketinggalan untuk menyaksikan ayahnya beraksi. Dari situlah muncul minat untuk dia bermain bolasepak. Piya selalu bercakap mengenai bagaimana dia mahu menjadi pemain bolasepak ternama dan memberi makan kepada keluarganya,” kata Dimitre Kalkanov lagi.

Tiba-tiba aku terbayangkan keadaan di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan, terutamanya di kawasan yang hanya dipisahkan oleh Sungai Golok. Sebelah kiri jalan sana ada sekumpulan pemuda Siam sedang melepak hisap rokok sambil main terup. Lagu Loi Loi Kratong berkumandang dari mini compo second hand mereka. Aku bajet dalam poket masing-masing mesti ada pisau lipat.

Kawasan Sungai Golok ni memang kawasan mereka. Bukan boleh suka-suka masuk, bahaya. Lebih kurang macam masuk kawasan perkampungan pendatang Filipina di Sabah iaitu di daerah Tawau dan Sandakan. Ia ibarat menempah maut. Silap-silap kena kerat. Kalau nasib baik sikit, kena kahwin dengan perempuan Filipina. Memang Pangako Sayo.

"Pada tahun 2002, ketika Piya berumur 20 tahun, beliau telah menyertai pasukan Milo Kelantan sebelum dipanggil menyertai pasukan Liga Simpanan pada tahun 2003 dibawah bimbingan jurulatih, Anizan Daud. Pada tahun 2004, beliau telah diserapkan ke dalam pasukan senior untuk bermain dalam Liga Malaysia. Pada tahun 2005, Piya menyertai pasukan TNB Kelantan selama semusim sebelum menyarung jersi JPS Kelantan pada tahun 2006."

Aku masih lagi menyunyah biskut kelapa. Kepingan yang keberapa pun aku tak pasti. Sempat aku menjeling ke belakang melihat pasangan dua sejoli tadi bermesra. Gampang betul anak muda zaman sekarang.

.....bersambung....

From Kelantan With Love: Piya. (V)

Aku masih lagi menyunyah biskut kelapa. Kepingan yang keberapa pun aku tak pasti. Sempat aku menjeling ke belakang melihat pasangan dua sejoli tadi bermesra. Gampang betul anak muda zaman sekarang.

"Ketika bersama JPS Kelantan, Piya telah berjaya membantu pasukan itu menjuarai Liga FAM sekali gus layak ke Liga Perdana. Permainan Piya bersama pasukan JPS Kelantan telah menarik minat pasukan PDRM yang menagih khidmat beliau. Pada tahun 2007, beliau telah menyarung jersi pasukan PDRM dan berjaya membantu pasukan itu muncul juara liga perdana," tambah Dimitre Kalkanov panjang lebar.

Aku lebih gemar menjadi pendengar ketika ini. Maklumlah, bukan senang nak dapat peluang dengar penglipurlara percuma macam ni.

“Piya memang berbakat dan sungguh komited untuk mengubah nasib keluarganya. Kadang-kadang bila abang lalu di padang latihan, abang nampak Piya masih berlatih seorang diri. Sampai jam 10 malam pun dia masih berlatih menendang bola ke dinding batu.”
 
Aku terharu. Terfikir juga, kalaulah ada 11 pemain macam Piya di Johor, aku yakin bolasepak JDT boleh pergi lebih jauh. Tapi....

“Piya main bola macam nyawa mamat tu bergantung kat bola.”
 
Aku tenung mata Dimitre Kalkanov dengan mendalam. Berfalsafah pula mamat ni.

.....bersambung....

From Kelantan With Love: Piya. (VI)

Aku tenung mata Dimitre Kalkanov dengan mendalam. Berfalsafah pula mamat ni.

"Macam mana dia boleh dapat nama Piya ye bang?," satu soalan melegakan suasana tegang aku lontarkan pada Dimitre Kalkanov.

"Nama Piya ni sebenarnya diberi oleh seorang bekas jurulatihnya semasa dia bermain di Padang Bank. Ini kerana sekitar tahun 1994, ada seorang pemain Colombia, Faustino Asprilla yang cukup tersohor di zaman itu. Jurulatih beliau kata, nama “PIYA” ni sesuai dengan saya. Dari hari tu, sehinggalah hari ini, “PIYA” itu melekat dan sinonim dengan diri Badri Radzi."

"Oooooo...gitu. Abang rasa kenapa Piya tak mahu pindah JDT ye?," soal aku penuh bergaya.

“Lu bagi tau gua, bro. Mamat bola mana yang nak main dengan kelab lemah, macam JDT? tanya Dimitre Kalkanov pada aku. Tiba-tiba dia bertukar kata ganti diri.

Aku tak jawab, sebab aku bukan pemain bola. Tulis kat Mata Pena Hitam ni pun tak dibayar gaji. Malam itu aku dan Dimitre Kalkanov turut berborak sikit pasal ekonomi, politik dan enjin keretapi. Perbualan yang rancak makin lama makin kencang dan tatkala itu makin sedap jugalah keretapi ini membelah hening malam. Mendengar bunyi rail keretapi bergesek, mata aku menjadi semakin segar dan bugar. Aku masih tak dapat bayangkan apa akan terjadi pada kembara solo aku jika susuk selain Dimitre Kalkanov yang duduk di sebalah aku malam ini.

TAMAT.

Thursday, November 7, 2013

Taruddin and Football Manager 2014: Buta Hati

Taruddin and Football Manager 2014: Buta Hati (Part I)

Beberapai hari yang lalu, Taruddin telah diterima bekerja di tempat aku 'ber-merepek'. Selepas melepasi 7 peringkat temuduga yang disediakan, Taruddin kini bergelar sebagai Kutu Laman Maya. 

Suatu petang tu aku duduk melepak di bilik mesyuarat seperti biasa sambil layan Football Manager. Tiba-tiba Taruddin masuk ke dalam bilik mesyuarat dengan mata stim. Sambil betul-betulkan baju kemeja supaya tidak nampak berkedut sangat, dia mengambil kerusi lalu duduk di sebelah aku. 

Aku tak hiraukan kehadiran Taruddin di sebelah aku. Laju aku kunyah biskut merrie sambil jari pantas meng-klik tetikus.

"Kenapa kau tolak?!" tengking Taruddin seraya bangun dari tempat duduknya. 

Klekangg! 

Sebuah kerusi separa besi separa plastik ditendangnya sekuat hati. Kerusi itu terpelanting ke badan dinding dan memantul hampir mengenai aku. Sebagai tanda hormat, sikit pun aku tak elak. 

Kemarahan Taruddin petang itu di dalam bilik mesyuarat memang aku tak terduga langsung. Aku benar-benar terperanjat. Tidak pernah aku lihat Taruddin meradang sebegitu garang dan buas. 

bersambung....

Taruddin and Football Manager 2014: Buta Hati (Part II)

Kemarahan Taruddin petang itu di dalam bilik mesyuarat memang aku tak terduga langsung. Aku benar-benar terperanjat. Tidak pernah aku lihat Taruddin meradang sebegitu garang dan buas. Dengus nafasnya turun naik kencang. Matanya seperti helang merenung tepat ke wajah aku. Aku hanya tunduk merenung bucu meja dengan mulut yang tertutup rapat. Langsung tak berani aku hendak bertentang mata dengannya walaupun ketika di sekolah rendah dahulu selalu juga aku menang dalam acara berlawan mata - siapa yang matanya berkelip dahulu, dia kalah. 

"Manchester United tu Hadri. Kau tahu Manchester United?!" Taruddin menjerit lagi bagai orang gila. 

Aku diam dan masih merenung kejuruteraan meja. 

"Apa gila kau tolak offer diorang? Kau dah hilang akal?!" sambung Taruddin lagi. 

"Err... err, saya..." perlahan-lahan aku mengangkat kepala. Menoleh pada wajah Taruddin. Kata ganti 'aku' telah bertukar kepada saya akibat ketakutan yang teramat sangat.

Kruk! Kruk! Kruk!

Perut Taruddin mengeluarkan bunyi.

***********

"Sedap betol rojak dengan cendol dekat sini kan? Pekena plak masa panas terik macam gini, lagilah menangkap sampai ke otak."

Gelojoh Taruddin menyuap rojak ke mulut sambil berselang seli menghirup cendol jagung+pulut+kacang. Aku tengok Taruddin makan dengan serius. Kadang-kadang dia punya sedap sampai terpejam mata. Cilaka punya Taruddin. Kalau betol pun lapor, janganlah sampai terajang kerusi. 

Ketika ni aku takdelah marah sangat. Cuma, ada la aku terasa sedikit haramjadah dibucu hati. Itu saja.


Wednesday, November 6, 2013

Mengarut

Mengarut
 
Percaya atau tidak minggu ini adalah minggu terakhir drama Love You Mr. Arrogant?
 
Minggu depan entah drama mengarut ape pulak yang akan disajikan untuk orang Melayu
pada waktu Magrib. Siapa kata Malaysia masih aman?

Saturday, October 26, 2013

Taruddin Strikes Back : Goblock Sangat Taruddin (GST)

Taruddin Strikes Back : Goblock Sangat Taruddin (GST) - I

Hari Sabtu yang tenang dan damai, Di pagi yang mana burung-burung sedang berkicauan dan sang suria baru sahaja nak bersiap-siap terbit ini, amat bagus kalau aku dapat keluar bersenam. Tubuh badan yang sedap ini wajar dipelihara.

*******

Aku sampai di Tasik Shah Alam tepat pada waktunya ketika makwe mahasiswi juga sedang galak melakukan regangan badan sebelum memulakan larian. Risaukan dosa bertambah, aku pilih kawasan yang jauh dari makwe mahasiswi untuk memanaskan badan,

Sesekali aku dengar kicauan burung di sini seakan-akan mentertawakan aku dek kerana tiada satu faedah pun yang aku terima daripada Bajet 2014 yang Najib bentangkan semalam. Aku cuba buat tak indah situasi ini dengan menyanyikan lagu rock klasik bahagian korus sahaja. Tinggi juga suara aku bila tarik.

Tiba-tiba keseronokkan aku memanaskan badan terhenti. Dari jauh sayup-sayup terdengar suara seseorang bertempik memanggil nama aku. Aaaaaaaaaah sudah...TARUDDIN lagi.

Dengan perasaan terpaksa, aku berjogging seiring denga Taruddin. Aaahhhhhh tekanannya.

Setelah 8 pusingan mengelilingi tasik. Kami pun berhenti. Aku meneguk air sirap yang Puan Feeza bekalkan tadi. Aku hirup sehingga ke titisan terakhir lalu perasaan ini kembali terasa sungguh tenang. 

Sambil meregangkan badan untuk 'warm-down' kata orang putih, Taruddin pun memulakan bicara....

bersambung.....

Taruddin Strikes Back : Goblock Sangat Taruddin (GST) - II 

Setelah 8 pusingan mengelilingi tasik. Kami pun berhenti. Aku meneguk air sirap yang Puan Feeza bekalkan tadi. Aku hirup sehingga ke titisan terakhir lalu perasaan ini kembali terasa sungguh tenang. 

Sambil meregangkan badan untuk 'warm-down' kata orang putih, Taruddin pun memulakan bicara.

"Aku tengok Bajet 2014 semalam betul-betul realistik. Aku pun paling suka bila Najib umumkan GST akan tetap dilaksanakan. Bagi aku memang takde hal punyelah GST ni. Wallet aku jek dah RM700, seluar jeans RM400, tudung dan henbeg bini aku pulak RM2500. Jadi, orang macam aku ni memang sokong jek apa yang kerajaan buat." 

Taruddin berhenti sekejap menarik nafas. Aku menfokuskan telinga mendengar ulasan Taruddin. Taruddin sambung balik...

"Itu hari PAS berdemo nak halang GST ada hasil? Asyik nak berdemo jek kat jalan raya. Dah memang takde kerja ke? Cukup-cukuplah sorong motor hari tu."

Kali ini baran aku tak dapat ditahan lagi. Makin meluap-luap apabila orang yang jenis bodoh tak reti nak berselindung, sedang berdiri di hadapan aku.

Sambil-sambil jeling betis makwe yang melintas, aku kembali memasang perhatian pada Taruddin. Fokus sepenuhnya pada dada Taruddin. Aku undur 3 langkah ke belakang. 1...2...3...Aku kemaskan kuda-kuda. Pasak kaki atas tanah seteguh mungkin. Kemudian aku berlari sekuat hati. Sambil melompat tinggi di udara, aku halakan tapak kasuk aku tepat ke dada beliau.

Blurrrrrrrrsshhh!!!

Air tasik yang tenang tiba-tiba berkocak tidak keruan. Terpelanting Taruddin ke dalam tasik. Habis rambutnya penyet. Aku tak peduli dengan tu semua dan terus meninggalkan beliau sekali lagi terpinga-pinga seperti tidak mengerti dengan apa yang telah berlaku.

TAMAT.

Friday, October 25, 2013

Bajet 2014

Bajet 2014.

Itulah dia pembentangan Bajet 2014 yang paling Wasatiah dan Realistik. Bukannya seperti Bajet Bulan Bintang.

Tapi sampai sekarang aku tak tahu apa kepentingan bajet ni pada aku. Aku cuma tau rasa nak mengamuk jek ni.

Ade sesetengah umat manusia ni, masuk simpang pun tak pandai nak bagi signal. Itu pun ada hati nak sembang pasal bajet. Lebih baik korang sambung sembang pasal drama Melayu waktu Maghrib 'Love You Mr. Arrogant'. Biar aku sorang jek cakap pasal bajet ni. Aku takpe, aku terer.
Nota: Sesiapa perlukan bahu untuk melepaskan sendu? Aku di sini sentiasa menunggu... 

Thursday, October 24, 2013

From Paris With Love: Fiksyen Ranjau Menjejak Titus James



From Paris With Love: Fikysen Ranjau Menjejak Titus James.(I)

Kabooom!!

Pintu bilik ditutup rapi. Aku pulang ke bilik hotel dengan penuh ceria selepas melepak dengan Baggio dan Maldini. Suasana senja di Florence memang mengasyikkan. Sedang aku leka melihat matahari terbenam di Sungai Arno, pintu bilik aku diketuk beberapa kali.

Ketika aku membuka pintu, tiada sesiapa di luar melainkan sebuah beg kecil berbentuk kotak empat persegi. Aku menoleh ke sebelah kiri dan kanan. Setelah mendapati tiada sesiapa pun di situ, barulah aku berani mencapai beg itu. Tatkala dibuka sahaja, terdapat sekeping tiket kapal terbang dan juga nota yang turut sama disertakan. Nota tersebut berbunyi.

"Paris sungguh indah menjelang senja. Merupakan kota romantis dan eksotis. Titus James Palani permata beharga yang makin dilupakan"

Nampaknya aku ditugaskan untuk menjejak Titus James Palani. Kali terakhir aku dengar cerita pasal dia ialah apabila Shebby Singh mempelawa Titus James untuk sesi percubaan bersama Blackburn Rovers. Aku tidak mahu guna perkataan Misi dalam tugasan ini. Sebabnya siapa yang guna perkataan Misi ni kebanyakannya akan berakhir dengan melingkup. Semacam ada satu sumpahan pula.

Titus James, suatu masa dahulu adalah budak remaja berusia 12 tahun yang menjadi tumpuan satu Malaya dek kerana kehebatannya menimbang bola tanpa rasa ragu. Aku masih ingat lagi kata-kata seorang sahabat aku, Kudin.

"Apabila aku sudah akil baligh nanti, aku nak jadi Titus James"

bersambung...

From Paris With Love: Fikysen Ranjau Menjejak Titus James.(II)

"Apabila aku sudah akil baligh nanti, aku nak jadi Titus James"

Aku yang ketika itu mempunyai kecerdikan 5 tahun kehadapan berbanding rakan sebaya yang lain hanya mampu tersenyum mendengar cita-cita si Kudin. Begitulah betapa hebatnya penangan fenomena Titus James. Mujur masa beliau muncul, belum ada artis yang kemaruk nak berkahwin dengan pemain bola. Kalau ada..entahlah apa akan jadi pada budak yang berasal dari Brickfield, Kuala Lumpur ini.

Mula-mula aku sampai di lapangan terbang antarabangsa Charles de Gaulle, aku tahan teksi Peugeot 406. Aku memang dah pasang niat dari Malaysia lagi nak naik teksi ni. Semuanya gara-gara terpengaruh dengan filem Taxi. Filem Taxi yang aku maksudkan ialah filem yang asal buatan Perancis tu dan bukannya yang ditiru oleh Hollywood. Cuma bezanya teksi Peugeot 406 ini ialah, ia jenis yang standard punya.

Pemandu teksi tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Pascal Cygan. Bermuka bengis dan berkepala botak. Wajahnya mirip bekas pemain pertahanan sebuah kelab bola sepak dari London. Aku cuba berteka-teki di dalam hati sahaja. Tapi tidak berani bertanya secara mulut ke mulut.

Masuk dalam teksi, sejurus aku menutup pintu kereta...

"Ya abanglah pemain pertahanan Arsenal yang 'flop' tu. Kau tak payahlah nak tahan-tahan gelak. Abang dah lali dengan caci maki orang ramai. Padahal bukan abang saja yang 'flop'. Wiltord, Jeffers pun bangang jugak. Tapi balik-balik nama abang jugak yang naik."

Menerusi cermin pandang belakang sahaja dia berkata-kata kepada aku. Renungan matanya tajam menikam kalbu. Tiba-tiba emosi pula orang tua ni.

bersambung...

From Paris With Love: Fikysen Ranjau Menjejak Titus James.(III)

Menerusi cermin pandang belakang sahaja dia berkata-kata kepada aku. Renungan matanya tajam menikam kalbu. Tiba-tiba emosi pula orang tua ni. Aku terus tersengih-sengih mendengar luahan emosi si Pascal Cygan tadi. Aku cakap nak pergi Nanteuil, nak tengok rumah Titus James. Jarak Nanteuil dari Paris ada dalam 389 kilometer lebih kurang.

Dalam perjalanan, Pascal Cygan, si pemandu teksi yang juga bekas pemain Arsenal, bertanya tujuan aku bertandang ke Perancis. Aku pun dengan peramahnya berceritalah serba sedikit kepada beliau.

"Oh begitu rupanya. Abang pun kenal Titus James ni. Kalau tak silap, Nanteuil FC ni kelab kelima yang dia wakili selepas Le Havre, Quevilly, Meaux dan juga Villenoy. Dulu masa dia baru sampai sini, dia duduk dekat Rouen, rumah sepupu belah mak abang punya jiran. Kalau tak silap abang nama dia Francis Herbert. Francis Herbert dengan isteri dia, Slyvaine Wairin juga khabarnya jadi keluarga angkat Titus masa tu." - begitu mesra Pascal Cygan menceritakan perihal ringkas berkenaan Titus James.

Aku terdiam. Pandanganku dilontarkan jauh ke luar teksi. Sekawan bison yang berlari-lari di bahu jalan seolah-olah sedang mengejar teksi membuatkan diriku seperti di dalam satu percutian mewah. Biasanya pemandangan sebegitu hanya terdapat di Taman Negara Yellowstone. Entah macam mane bison boleh muncul di sini pun aku kurang periksa.

"Betol ke zaman gemilang Titus adalah semasa dia beraksi dengan kelab Villenoy?" - soal aku lagi kepada Pascal Cygan dengan kemas dan cerdas.

bersambung...

From Paris With Love: Fikysen Ranjau Menjejak Titus James.(IV)

"Betol ke zaman gemilang Titus adalah semasa dia beraksi dengan kelab Villenoy?" - soal aku lagi kepada Pascal Cygan dengan kemas dan cerdas.

Pascal Cygan tidak terus menjawab. Diseloknya poket pakaian seragam, lalu sebiji 'chewing tobacco' dikeluarkan. Dibuka sarungnya dan beliau mula menyambung cerita sambil mengunyah laju.

"Ya memang betol. Titus masa tu adalah ketua pasukan bawah 18 tahun kelab Villenoy. Dia juga penjaring terbanyak pasukan dengan 16 gol. Pada hujung musim pula, Villenoy menamatkan kedudukan di tangga ke-5 liga di Paris. Satu pencapaian yang bolehlah dikatakan hebat bagi seorang pemain Asia Tenggara"

Mata aku semakin layu akibat keletihan melalui perjalanan yang jauh. Kini teksi kami sudah menginjak melalui kota Orleans. Aku lihat bangunan lama klasik masih berdiri teguh di kiri dan kanan jalanraya. Kagum melihat keutuhan struktur bangunan lama yang masih gah berdiri. Apabila teringatkan Terengganu, aku termalu sendiri sambil mengeleng kepala perlahan.

"Creeeeeeeeeeeeeet" - Teksi berhenti mengejut.

Dekat tiga jam berkereta akhirnya aku selamat sampai di Nanteuil tempat bertapaknya kelab yang diwakili oleh Titus James ketika ini. Dari sini untuk menjejak rumah Titus James tidak sukar. Sebut saja nama Titus James dan semua orang kenal anak muda ini. Ternyata 'Black Pearl from Brickfield' ni memang besar pengaruhnya di Perancis.

Aku bertanya pada seorang anak remaja, Steve Marlett yang sedang menimbang bola di kaki lima.

bersambung.....

From Paris With Love: Fikysen Ranjau Menjejak Titus James.(V)

Aku bertanya pada seorang anak remaja, Steve Marlett yang sedang menimbang bola di kaki lima. Bandannya yang berpeluh dan tidak berbaju aku abaikan. Aku nekad menghampirinya.

Setelah memperkenalkan diri dengan serba mantap, aku ceritakan segala-galanya tentang tujuan aku ke sini. Tentang tugasan aku menjejak Titus James, kegilaan aku terhadap Chelsea dan bagaimana rindunya rakyat Malaysia kepada Titus James ini membawa aku terbang jauh ke Perancis dari Itali, walaupun dekat-dekat raya Deepavali ni susah nak dapat tiket sebenarnya.

"Oooh..pahamlah saya kenapa abang datang ke sini. Tapikan bang, kenapalah agaknya Malaysia selalu jek abaikan pemain berbakat yang main luar daripada Liga M? Ape hebat sangat ke Liga Malaysia tu? Tengok macam Wan Kuzain Wan Kamal, sekarang ni dah wakil USA bawah 17 tahun. Tak rasa ralat ke terlepas pemain berbakat macam ni?"

Satu soalan dari Marlett yang seakan-akan cuba bermain dengan emosi aku. Aku beristighfar bertalu-talu sambil memikirkan jawapan yang sesuai untuk diberikan kepada anak muda ini. Dengan semangat yang padu, aku lontarkan senyuman semanis tebu sambil menjawab.

"Dulu tahun 2005 kita dah panggil Titus berlatih dibawah bimbingan Bertalan Bicskei. Tapi masa ni dia tak cerga. Masa 2008 pulak, dia tidak menjawab panggilan untuk bermain menentang Chelsea atas alasan permit kerja. Jadi sebenarnya memang sudah ada usaha untuk membawa pulang Titus James ni. Cuma masanya sahaja belum tahu." - kemas aku melontarkan jawapan kepada Steve Marlett.

“Sebenarnya kitorang dekat Perancis ni pun tak berapa berkenan kalau Titus main untuk Malaysia. Bukannya ada faedah pun. Rosaklah reputasi pemain sehebat Titus kalau turun bermain untuk negara yang berkedudukan di tangga ke-160 FIFA. Kami semua dekat Perancis ni kira berterima kasih jugalah sebenarnya pada Malaysia sebab melahirkan bakat sehebat Titus. Meriah sikit liga kitorang”

Tidak mahu bertekak panjang, aku pun meminta arah jalan menuju ke rumah Titus James.

bersambung.....

From Paris With Love: Fikysen Ranjau Menjejak Titus James.(VI)

Tidak mahu bertekak panjang, aku pun meminta arah jalan menuju ke rumah Titus James. Dari Marlett aku diberikan petunjuk ke rumah keluarga Titus. Belok kanan, belok kiri, jalan lurus, jalan bengkang-bengkok, semua ada. Sebelum aku beredar Marlett sempat bertanya soalan cepu mas.

“Bro, bila Malaysia nak layak ke Piala Dunia?”

Aku memilih untuk berdiam diri. Soalan macam tu biarlah FAM yang jawab.

Selepas beberapa minit berjalan dan beberapa batang rokok dihabiskan. Eh, maksud aku orang lain di tepi jalan yang aku ternampak hisap rokok, aku tak hisap rokok, akhirnya aku tiba juga di rumah Titus James.

Aku lihat habis basah baju aku dengan peluh. Berpeluh itu memang satu nikmat, tapi angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa mengenai wajahku ini lebih memberi nikmat kepadaku.

Aku lihat jam di tanganku. Tepat jam 4 petang aku tiba di hadapan rumah Titus James. Aku menunggu di luar dengan penuh mantap. Titus melangkah keluar dari rumahnya dengan sebuah senyuman manis dilontarkan kepadaku.

"Jemputlah masuk. Makanan dah lama terhidang"

Ramahnya Titus James umpama sudah bertahun mengenali diri ini. Aku melangkah penuh tertib ke dalam rumahnya. Di dalam hati aku masih lagi berharap agar susuk ini pulang berbakti kepada negara satu hari nanti.

TAMAT.