Woih Like Lah!!!

Sunday, February 9, 2014

GHADAB PENYAKIT JIWA YANG MESTI DIJAUHI.

GHADAB PENYAKIT JIWA YANG MESTI DIJAUHI. 

GHADAB (sebutannya - Ghodhob) bermaksud “marah” atau “pemarah”. Maka, marah dalam pengertian ghodhob bersifat negatif. Jadi sudah tentu saja sifat pemarah seperti ini dapat membakar jiwa dan menghanguskan akal fikiran kita. Itulah sifat pemarah yang dilarang oleh Allah dan RasulNya. 

Marah itu sebenarnya ialah dari secebis api yang bersumber dari api yang bernyala-nyala, yang panasnya naik ke pangkal hati, api itu bersemadi pula di dalam lubuk hati hingga berbara, kemudian diselaputi oleh abu-nya. Daripadanya terpancar sifat sombong bongkak yang terpendam di dalam hati setiap orang yang sombong dan angkuh, seperti terpancarnya api dari batu yang bergesek dengan besi. 

Contoh Perbuatan Ghadab: 

Dalam pertandingan bola sepak antara Mesir dengan Syria, terjadi perkelahian antara pemain. Ini kerana disebabkan Ahmad, salah satu pemain dari Mesir tanpa sengaja menjatuhkan Ismael, pemain dari Syria. Ahmad sudah meminta maaf kepada Ismael, tetapi permintaan maaf Ahmad dibalas dengan pukulan ke wajah Ahmad oleh Ismael. Hal inilah yang menjadi penyebab terjadinya perkelahian diantara pemain. Kedua-kedua pasukan kemudiannya bergaduh sehingga ke dalam 

Bahaya Ghadab: 

Ghadab melahirkan sifat lemah
Ghadab akan dimurkai oleh Allah
Jauh dari ampunan dan surga Allah
Ghadab akan mudah dimasuki oleh setan.
Mudah menimbulkan masalah
Mendatangkan kerusakan.
Cara menghindari sifat ghadab
Mewaspadai bahaya ghadab
Sadarilah bahwa ghadab menjadi sumber mara bahaya
Tanam dan tumbuh kembangkanlah sifat sabar, karena orang yang sabar akan disayang Allah Swt.

Firman Allah Swt: 
Artinya : “Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) salat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”  (Q.S. Al Baqarah [2] : 153) 

Sumber:

http://yusofembong.blogspot.com/2009/06/anda-pemimpin-islam-jangan-marah.html 
http://ariffadholi.blogspot.com/2012/09/ananiah-ghabab-hasad-ghibah-namimah.html 
http://dakwahsyariah.blogspot.com/2011/06/ananiyah-ghadab-hasad-ghibah.html 

Tuesday, February 4, 2014

ANANIYAH: BARAH MASAKINI YANG MERBAHAYA

Itu hari aku dah cerita pasal bahayanya Ghibah di sini. Kali ini mari kita nengok sifat tercela yang lain pula iaitu ANANIYAH. 

ANANIYAH adalah antara penyakit yang paling sukar diubati di kalangan umat Islam masakini dan ia semakin membarah di dalam diri. 
  
Ananiyah (aku dan keakuan) adalah penyakit hati yang lebih mementingkan urusan atau kepentingan peribadi dan tidak ambil peduli dengan kepentingan orang lain atau masyarakat awam. 
  
Golongan ini melihat sumbangan orang lain begitu kecil hanya dengan pandangan sebelah mata dan mengambil tindakan-tindakan yang biasanya hanya didorong oleh kehendak nafsu sendiri (egoistik). 
  
Antara contoh ananiyah ialah: 

1) ANANIYAH dengan pendapat dan kehebatan diri sendiri.

2) ANANIYAH dengan kumpulan dan jamaahnya sendiri. 

3) ANANIYAH dengan keturunannya. 

Ini adalah sebahagian contoh sahaja. Masih banyak sifat ANANIYAH yang terjadi kepada diri kita tanpa kita sedari. 
  
Tapi ada yang lebih bahaya lagi apabila menganggap seolah-olah bahawa hidayah itu adalah miliknya atau hanya amalannya atau kumpulannya sahaja yang terpuji dan seolah-olah hanya sumbangannya sahaja yang paling hebat dan diterima. 
  
Sifat ananiyah ini sering menimbulkan sikap permusuhan di kalangan umat Islam dan sikap permusuhan seperti ini tentunya sangat dibenci oleh Allah swt. Tidakkah mereka sedar kemenangan umat itu letaknya pada kekuatan keimanan dan kekuatan persaudaran? Hanya mereka yang mampu berjiwa besar dan berdada luas yang akan berjaya meraih kemenangan yang dicita-citakan. 
  
Ingatilah firman Allah swt yang bermaksud : 
  
“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur lagi membanggakan diri.” [Surah Luqman, ayat 18] 
  
Semoga kanser yang membarah di dalam jiwa umat ini diubati dengan sifat ‘itsyariyah’ iaitu rasa kebersamaan, kepekaan sosial di dalam kehidupan seharian sehingga kita akan mendahulukan kepentingan masyarakat, kemuliaan Islam dan masa depan umatnya walaupun kadang-kala ianya memerlukan pengorbanan daripada diri sendiri dan organisasi yang diwakiliya. 


Dipetik dan diubahsuai dari: http://zainurrashid.com/ananiyah-kanser-yang-membunuh-umat-kini/