Woih Like Lah!!!

Friday, April 3, 2015

GST Dari Sudut Umat Yang Berpendapatan Rendah Dan Fakir Miskin.

GST Dari Sudut Umat Yang Berpendapatan Rendah Dan Fakir Miskin.

Aku sengaja diam beberapa hari ni sebab nak menengokkan perangai engkorang bila 1 April 2015 menjelang. Tidak dapat dinafikan pelbagai sifat dan warna sebenar yang muncul. Dah memang itu cara hidup engkorang pilih. Aku tak boleh buat apa selain daripada bertabah dan sesekali menggeleng kepala perlahan.

Masih aku ingat kata-kata seorang pujangga tua yang berbunyi..."GST ni bagus sebenarmya". Tapi apabila ditanya balik apa yang bagusnya? Sampai ke hari ini tiada jawapan. Akhirnya aku sendiri dapat jawapan apa bagusnya GST semasa buat kajian sendiri walaupun beberapa kali terbabas ke Tori Black. Itu cerita lain, abaikan.

Ya, GST memang bagus sekiranya ia dikawal selia dengan tulus mulus suci murni. Tetapi mengenangkan Kastam punya ciptaan lagu yang berterabur dengan lirik yang entah mende, aku mula meragui kepaweran mereka. Beberapa hari sebelum GST bermula, sahabat karib aku Hasan Malek bagitahu dia tidak cukup pekerja untuk mengawal harga barang di serata Malaysia, jadinya dia bergantung harap pada seluruh rakyot Malaysia untuk membuat laporan sekiranya ada pekedai yang menaikkan harga tidak tentu arah. Dan ini memang kehebatan rakyat Malaysia. Jadinya engko boleh rileeeksss ye Hasan Malek. Perihal Ahmad Maslan pula aku malas nak cerita lebih-lebih. Umum sedia maklum.

Sekali lagi aku ulangi, GST memang bagus. Tetapi adakah Kerajaan sudah cukup bagus dan bersedia melaksanakannya? Melihatkan perangai Hasan Malek dan Ahmad Maslan ini sahaja aku rasa kita sudah boleh perlahan-lahan bertukar menjadi pakar ekonomi.

Aku juga ada menonton sesi penerangan di RTM tentang pelaksanaan GST. Dan sememangnya ada beberapa persoalan yang masih tersangkut di benak kepala otak aku ni.

Bagaimana dengan nasib sebagai contoh fakir miskin, ibu tunggal macam Rita Rudaini, bapak tunggal dan pesara tua dalam meneruskan survival mereka dengan cukai pukul rata yang dikenakan sementara menanti Kerajaan memulangkan semula hak kepada mereka ini semua? Dan adakah dengan wang sejumlah ringgit Malaysia sembilan ratus lima puluh itu mampu menampung kehidupan mereka sepanjang tahun?

Soalan macam gini kalau kita tanyakan kepada Ahmad Maslan atau Hasan Malek, sudah pasti mereka akan menangis teresak-esak.


Posted via Blogaway

No comments:

Post a Comment