Woih Like Lah!!!

Tuesday, June 28, 2016

Cerpen 7 Likur: Kau Bila Nak Kahwin?

Cerpen 7 Likur: Kau Bila Nak Kahwin?

"Kau bila nak kahwin?"

Tajam bebenor soalan yang dilemparkan oleh Wak Din kepada Hafiz Hamidi masa moreh selepas terawih tadi.

Hafiz yang sedang berbaring di beranda rumah berbantalkan tangannya di bawah kepala sambil ketiak itamnya ternganga luas masih geram menyumpah-nyumpah di dalam hati. Sekali lagi terimbas kata-kata Wak Din yang membangkitkan kemarahan Hafiz.

"Awie yang tua tu pun laku lagi. Siap bertunang bagai. Salleh Yaakob yang kerepot pun dah berapa banyak bini dia. Jamal Abdillah keluar masuk pusat pun steady jek beranak bini semua. Kau bila lagi Hafiz? Hah?"

Pop! Hafiz tersedar dari imbasannya lalu dia terus berdiri tegak seperti mendengar lagu negaraku di telinga capangnya.

"Aku mesti habiskan nafas Wak Din Suboh nanti. Siaplah engko orang tua!"

---------------------------------------

Hafiz Hamidi tenang menyorok di belakang pokok pisang menunggu Wak Din lalu di situ. Laluan yang kerap digunakan oleh si tua itu untuk ke mesjid Kampung Simpang Tiga.

Tak berapa lama kemudian bayang bayang Wak Din muncul dengan berpelikat Wadimor dan kurta Aaron Ajis. Hafiz tak menunggu lama.

Zaaaaap! Hafiz melompat dengan balik kuang dan mendarat tepat di hadapan muka Wak Din.

"Haaaa...kau buat ape dekat sini Hafiz? Mohle kita pegi solat subuh sama-sama. Kau mesti susah nak tido malam tadi kan? Tulaaaa kau tak ade bini. Memang susahlah nak tido malam. Ciaaaaaaan. Kau bila nak kahwin? Hah?"

Mendengar soalan serupa gampang berulang kali menjadikan marah Hafiz Hamidi semakin berapi-api. Lalu Kerambit Perak dalam tangannya disauk ke leher Wak Din tepat ke halkum. Darah busuk memancut keluar. Wak Din terbaring beku di atas tanah serta merta. Hafiz perlahan lahan menghampiri Wak Din. Tiba-tiba Wak Din membeliakkan matanya lalu berbisik garau..

"Kau bila nak kahwin?"

Tak menunggu lama Hafiz terus mmencapai pisau rambo yang tersisip di pinggangnya. Dirodok perut Wak Din. Dari pusat ditoreh hingga ke leher. Habis terburai segala isi perut si tua malang itu. Bau busuk darah menyimbah sekeliling kawasan. Hafiz lega. Dia berdiri dan berjalan meninggalkan Wak Din yang hancur berlumuran darah.

Sedang dalam tiga tapak Hafiz melangkah...

"Hafiiiiiiiz....kau bila nak kahwin?"

Terkejut nak mampos Hafiz apabila Wak Din yang terburai isi perut kini sedang berdiri dihadapannya. Kelihatan Wak Din seperti ingin terbang menyelamatkan dirinya.

Hafiz dengan tangkas mengambil busur panah yang tersisip di belakangnya. Anak panah perak turut sama disasarkan kepada Wak Din yang kini telahpun melayang-layang di udara bagaikan roh orang mati yang masih berhutang. Satu bidikan yang tepat berjaya mengenai kepala Wak Din. Masa itu juga jasad Wak Din bertukar menjadi asap dan debu bertaburan di udara. Bau seakan tar jalan raya menerobos ruang rongga pernafasan Hafiz.

"Cilaka Wak Din. Vampire rupanya. Patutlah perangai macam haram jadah."

Sunday, June 5, 2016

MARA MASIH MARAH

Aku tapaham kenapa serius sangat Acik keje MARA ni. Perkara pokok macam human error staff dia tu langsung dia taperasan. Yang dia kisahkan pasal Bangla, kelas make-up waktu pejabat, dan perihal tingkat. Yang bab tingkat ini aku paling konpius bila dia mula main tarikh. Mungkin dia tak ikuti post aku sebelum sebelum ini. Tak semestinya aku post hari ini, kejadian tu berlaku pagi tadi.

Tapi aku rileeeeks dan tasalahkan dia sebab siapa-siapa baca pun akan wujudkan pendapat masing-masing. Aku boleh jek tulis status pendek. Contohnya:
'Staff MARA babi. Kami dah setel bayar, dia kata masih hutang. Pffft'
Tapi aku pawer, jadi aku buatlah cerpen. Cerpen ye kak. Dan banyak cerpen aku dah tulis. Cerpen melawan Bank Islam, Pejabat Post, Hospital Kerajaan, Astro, TM, MBSA..eh tak terkira. Semuanya hiburan dalam kebenaran. Takkan 24 jam mau serius memanjang? Yang salah pihak berkenaan kenalah perbaiki. Kalau rasa diri tu maksum, aku terpaksalah berdiam diri. Tapi aku hairan staff MARA yang takde kena mengena yang kelam kabut. Yang buat silap masukkan duit kami ke akaun orang lain tu rileeeeks jek makan nasik.

Cuma bila dia kata aku nak sangat isu ni viral, nampaknya dia sudah salah. MARA pun dah jawab dengan sopan, kes pun sudah selesai. Malangnya masih ada sesetengah acik ni jek yang gelabah tebes. Entah dia tahu ke tidak maksud cerpen gamaknya. Dan dia pun bukannya pernah baca tulisan aku yang merapu kepunden sebelum-sebelum ni. Tabahlah ye acik.

Alahai dekkk..
Psl mak guard tu..
Bkn org luar je kena..
Kami yg warga kerja pun kena..
Tp seingat akak x dek yg berkumis halus..
Semua elok je bercukur..
Hmmmm..

Cume bile bace cerpen pendek ko nie..
Akak cume berharap ko x berimaginasi..
Cume mcm ade auta je..
Lift dkat mara hq tu ade 7..
2 je pegi tingkat 3 (kawalan kredit)..
Lift lain ko kena naik tingkat 4 then trun 1 tingkat..
Untung la dpt naik lift dr ko mendaki naik tangge dr bwh ke atas..
Ke ko nk org bentang karpet merah plak utk ko baru riang gembira hati ko??
X dek 1 pun lift tu x pegi tingkat 14 (kewangan)..
Mane2 bhgian yg terlibat dgn ubahsuai akan menggunakan 1 tingkat di tingkat 4.. posting ko 30 may kan..
31 may akak baru je berurusan dkt tingkat 14.
Elok je x dek ubahsuai??
X dek pun yg diserang zombie..
Ko pegi mara hq mana nie???????.
Tingkat 24 tu tmpat org buat kursus je..
X tau plak la kalo akak silap sbb ari2 keje dkat hq..
Psl ko kate warga mara duk sibuk tgk org make up kat bwh..
Sila ambik maklum.. itu sume adalah antara program yg dibuat oleh agensi luar utk org mara dan mane2 org awam yg nk join..
Kalo warga mara die akan jd 1 kursus pendek..
Bkn sume staff terlibat.. terpilih.. x de la smpai ttup sume ofis tu..
Haiihhh..
Dh nmpak mule ko membongak dlm cite ko nie..
Dgn bangla yg konon menjilat bibir la tgk sape ke pompuan yg ko teman tu..
X dek lg mara amik org bangla keje dlm mara..
Kalo kontraktor punye pekerja diorg akan naik lift belkg (lift brg)..
Ko bkn dtg dgn che ta or fasha sanda yg bangla nk aim sgt..
Kalo ye pun ko benci dkt bangla jgn smpai fitnah bangla tu..

Rase mcm nk gelak pun ade gak bile bace cerpen ko.. sbb mcm lebih byk ajinamoto plak nk bg sedap utk org viral dan like...
Huntung la dpt pinjaman mara dr ptptn.
Huntung la dpt dr yg x dpt lnsg ape2 pinjaman..

Tu sbb kdg2 kesal dgn mentality bumiputera nie.
X dpt bantuan,mintak..
Dah dpt x reti syukur..
Nk byr balik pun sket punye ssh..
Bile dah senarai hitam kate zalim..
Dah ko ingat ko je bumiputera dlm malaysia nie yg mara nk bantu??
Dh name manusia..mane ade yg x pnh silap.. x pnh x moody..
Bersangka baik.. konon je ayat ko.. padahal..
Adoiyaaaaiiii.. nie mesti byk tgk drama tv3 ptg2 nie..
Acah2 mangsa sgt..
Hurmmmm...
Agak nye nie 1st time ko berurusan dgn gomen..
Sedeyyyy..


Hebat meramal. Diramalnya aku mahu menjadi novelis. Tingkat 14 pada tarikh 25 May 2016 masih under renovation. Sekian.
Acik Fiza Muhd memang kaki share berita tanpa usul periksa. Dia tak faham masalah utama. Dia terus share. Dia juga menyangka aku masih belum bekerja dan baru mendapat pinjaman MARA. Acik ini juga mengugut dengan penuh yakin 'kalo jmpe aku yg jage kaunter mmg kena la.. sebat je kaki nye tu.. spesis degil nie..' Aku tidak  kata yang ini adalah lambang perangai penjawat awam secara majoriti. Aku tak kata ye...
Acik ini mengaku MARA sedang ada clash of info. Masalah kami bukan salah info ye. Masalah kami staff MARA masukkan duit bayaran kami ke akaun peminjam yang lain. Seratus kali dah aku ulang. Acik ini dengan yakin mengatakan ini kisah gepren aku. Bekaslah. Aku menulis on-behalf wife aku. Tak semua rajin menulis dan mengkritik. Penuh keyakinan dia mengatakan kami dah kena blacklist. Jenis tak baca cerita betol-betol.
Semangat kenegerian yang menebal. Serang individu bila dah tak reti nak mengaku kesilapan. Part manalah yang orang MARA argue tu agaknya. Bahagian mana juga yang aku burukkan MARA? Buat pengetahuan acik, engkau tapayana panjangkan pun hal ini. Aku tak perlukan pun bantuan engkau. Benda dah setel. Aku memang tapernah kerja gomen. Engkau nak gotna ke hape ke dari pagi sampai petang, aku dah tak pedulitaik.
Pembela Bangladesh. Aku seperti biasa di cop tidak bersyukur ketika staff MARA sendiri melakukan human error. Bukti mereka tapaham cerita.
The Devil's advocate


MARA DONE

Case closed. MARA KE HADAPAN tidak akan ada Musim ke-2

Alhamdulillah (Nanti kata aku tak reti bersyukur pulak. Zaman la ni kita kena tunjuk sujud, menadah tangan ke langit bagi satu semesta nampak kita bersyukur).

Setel akhirnya selepas 4 tahun. Tasampai pun 2 bulan sebenarnya nak betolkan benda ni. Lepas ni sedara sedari MARA yang marah marah tu bolehlah teruskan hidup macam biasa. Makcik pengawal berbadan besar bertopi senget serta berkumis nipis bernada menengking pun boleh keluar pagi pergi pejabat balik petang dengan tenang. Sedari adik kakak MARA pula kalau deme nak belajor make-up stailista dari Subuh sampai ke Maghrib pun teman tak kisah. Kepada Kamarul Izham pula, aku masih geram dengan perangai engkau yang mengangguk kepala penuh yakin tempohari.

Buat 5 orang abang Bangladesh tingkat 14 - Salman, Aslamuddin, Feroz Ali, Ramleela dan Mohammad Helaluddin Hossain Rana. Ingat pesanan saya, kalau masa mandi, sabun terjatuh, jangan tunduk ambil.

Sebagai renungan sejagat. Apa pun urusan kita, dengan sesiapa pun, pastikan kita buat dokumentasi dan simpan rekod, resit sebaiknya. Human error macam yang dilakukan oleh staff MARA tu mungkin boleh berulang kepada sesiapapun. Depa takmau mengakui kesilapan depa, jadi kita sendiri kena bertindak power dengan menyimpan segala bukti urusan tersebut. Baru sedap nak buat bergaduh.

Sudahlah, aku nak rileeeeks tunggu Ramadhon sambil main facebook. Lepas ni nak kena lawan geng #DoneTerawih #DoneIftor # # # # # #.

Jangan ingat engkau boleh sedap sedap # merata tempat. Heh!

- Prejudis Gila -



Seharian Bersama Mara.

Aku nak move on ni. Jangan lebih 3 hari untuk satu satu isu. Lagi dua bulan aku follow up. Kita nengok macam mana dia punya service pergi.

 





Aku harap ini last. Entah apa yang susah nak faham dengan cerita MARA tu pun aku tak tahu. 

Perasan ke tidak MARA tersalah masukan bayaran kami ke akaun peminjam yang lain? Sejak selepas 2012 MARA keep calling kata kami masih berhutang. Macam takde cara lain nak check dekat sistem database diorang. Nak jugak kami datang. Dengan siap diugutnya berlawan dekat mahkamah.

Kenapa tabolena ditegur? Adakah aku seorang PREJUDIS GILA kerana menulis panjang lebar? Hah? 

Nota: Tazabar aku nak follow-up benda ni lagi dua bulan. Dua bulan tau, jangan main-main. Hiks.