Woih Like Lah!!!

Friday, March 13, 2015

Sazali Samad Melawan Diana Danielle, Dyana Sofea, Tasha Shilla dan...

Sazali Samad Melawan Diana Danielle, Dyana Sofea, Tasha Shilla dan...

Pada 2007 Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin ada berkata:

“Setakat ini, Jakim sudah mengeluarkan 40 garis panduan dalam pelbagai bidang dan yang terbaru ialah panduan hiburan dalam Islam,” katanya menjawab soalan Datuk Paduka Badruddin Amiruldin (BN-Jerai) yang meminta Jakim mengadakan garis panduan mengenai pakaian untuk artis yang hendak disiarkan melalui stesen televisyen pada persidangan di Dewan Rakyat, semalam. Sebelum itu, Badruddin membangkitkan mengenai pakaian artis yang dikatakan menjolok mata sehingga membantutkan usaha kerajaan mempertingkatkan budi bahasa, budaya sopan santun yang melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan konsep Hadhari yang diperkenalkan.

Hari ini pada tahun 2015...

1) Mungkin apa yang berlaku sejak beberapa hari ini tidak termasuk dalam 40 garis panduan JAKIM. Ini bermakna lebih banyak 'Diana Danielle' akan dipersembahkan...dan kita semua kena selalu bertabah.

2) Bagi aku pulak JAKIM seolah-olah tidak mampu memainkan peranannya dalam membentuk imej dan sahsiah rakyat Malaysia khususnya dari kalangan umat Islam itu sendiri. Tanggungjawab bagi menjaga etika pemakaian artis-artis di negara ini hanya bersandar pada 40 Garis Panduan tersebut yang dalam erti kata sebenar ia hanyalah nota yang tidak berkuasa. Sebab itulah ramai artis bebas berleluasa dan berani.

3) Apa yang aku dan mungkin umat Malaysia mahukan adalah satu kod peraturan undang-undang khas bagi memastikan cara berpakaian para artis dan rakyat di negara ini, khususnya di tempat awam menepati lunas-lunas Islam dan budaya sebenar rakyat negara ini. Ini kerana kita seringkali melaungkan Malaysia negara Islam. Negara Ahlil Sunnah Waljamaah. Tetapi dalam bab semudah ini, JAKIM sepertia biasa tidak berkuasa dan rileeeekss di bawah penghawa dingin.

4) Anda ada kuasa JAKIM. JUST GO AND DO IT!!! Nampak tak aku dah bagi semangat dekat engkorang semua.

5) Setiap Jumaat bukan main lagi Khatib bagitau tentang bahayanya agenda Freemason Yahudi, agenda Kristianisasi. Apa kita sedar yang umat Islam itu sendiri kadangkala lebih bahaya daripada musuh-musuh andaian tersebut? Kita ambil contoh Raja Bomoh Sedunia Datok Mahaguru Ibrahim Mat Zin. Bapak bahaya gila dia ni aku nengok. Tapi figura ini masih bebas ke sana ke mari dengan buah kelapa dan labu sayong.

6) Pada 29 Mac 2015 dijangkakan akan berlangsung Konsert Formula 1 PETRONAS Malaysia Grand Prix yang mana Girl Generation akan menjadi artis jemputan. Ia adalah peluang baik untuk budak lelaki peminat K-Pop naik ke pentas dan memeluk artis Korea ini kerana nampaknya acara ini adalah HALAL. Aku teringat pada pembatalan konsert Lamb Of God. Buat kerja separuh-separuh lagi keeeee?

7) Nampak macam aku salahkan 100% kepada JAKIM. Tapi aku tahu ia juga adalah tanggungjawab kita sebagai individu dan masyarakat dalam memerangi gejala haram macam gini. Namun setakat mana pula kuasa yang kita ada dalam menghalang masalah macam gini? Dalam rumah memang kita perlu main peranan. Macam mana pula di peringkat negara? Hah?

8) Cuma aku nak tanya engko, kalau budak sekolah sakit perut lepas makan di kantin sekolah pada waktu rehat. Takkan kita nak carik tukang kebun? Atau Cikgu Matematik untuk disoal siasat? Heh?

9) Dear JAKIM, Peguasa Agama dan Yang Berkaitan, diharap kalian bangkitlah dan bertindak segera mengikut Al-Quran dan Sunnah. Masih belum terlambat wahai anak tua...

10) Selamat Hari Jumaat.


Posted via Blogaway

No comments:

Post a Comment