Woih Like Lah!!!

Tuesday, July 29, 2014

Lagenda Parang Terbang 13 Mei 1969

Lagenda Parang Terbang 13 Mei 1969

Oleh sebab kita Melayu....majoriti kita masih percaya parang-parang itu terbang kerana ilmu persilatan orang-orang Melayu. Parang-parang itu terbang kerana kuasa ghaib. Cuba tanya balik dekat diri sendiri...kalau kita percaya dengan legenda parang terbang, bagaimana pula dengan perspektif agama kita dari segi itu? Kalau benar ada mahaguru silat kita mampu menerbangkan parang, siapa yang terbangkan parang tu? Dah sah-sah bukan Malaikat kan?

Cuba tengok balik apa hukumnya berdamping dengan benda ghaib dan gunakan benda ghaib sebagai khadam? Cuba tengok balik apa hukumnya mempunyai saka ni.

Sebagai seorang Melayu, kita boleh taksub dengan legenda parang terbang tapi sebagai seorang Islam, adakah kita dibenarkan bergantung dengan parang terbang atau percaya dengan kisah parang terbang penyelamat bangsa?

Kemudian tanya diri sendiri, anda Islam atau anda Melayu? Kalau Melayu..teruskan percaya legenda parang terbang 13 Mei 1969 dan teruslah mengharap padanya. Kalau anda Islam, mungkin kita boleh berenti mengharap bantuan parang terbang dan betulkan dulu apa yang tak betul mengenai kepercayaan kita.

Cuba tanya diri sendiri betul-betul...siapa yang terbangkan parang tu. Dari situ kita akan dapat jawapan, kenapa sampai sekarang, kita diajar..politik dengan agama tak boleh disatukan dan amalan itu terus jadi cara kerja kerajaan kita.

Adakah anda salah seorang yang bersedia jika 13 Mei 1969 berulang kembali? Apa agama anda?

Paling penting, janganlah kau samakan parang terbang dengan mukjizat Nabi wei. Kau samakan Al-Quran dengan Parang Terbang?

Kau gila ke hape?

-Kredit Cursing Malay-

Wednesday, July 23, 2014

Susur Keretapi Malam II

"Kah kah kah".

Berdekah-dekah Raisuddin M ketawa walaupun makwe di sebelahnya hanya membuat lawak hambar. Tapi makwe ni boleh tahan jugak power dia. Sembang pasal semiquaver dia tau. Sebut nama Clayton Christensen ajek habis satu buku The Innovator's Dilemma dia ulas. Naik geram pulak Raisuddin M. Memandangkan bulan Ramadhon, Raisuddin M tahankan ajek perasaan tersebut.

"Assalammualaikum....abang...kakak...mintak dermaaaa"

Tiba-tiba muncul budak entah dari mana menadah cawan memintak derma. Raisuddin M pasti dia sedang berada di Malaysia dan bukannya Democratic Republic of Congo.

Ini yang membuatkan Raisuddin M berasa pelik. Negara selalu umum berjaya kumpul berpuluh-puluh juta setahun melalui zakat tetapi mana peginya semua duit ni? Apa perlunya pejabat zakat besar-besar kalau orang miskin nak ke pejabat zakat pun tak mampu? Kenapa bukan badan berwajib yang turun mencari diorang ni semua? Orang miskin, orang susah tak mampu rasanya nak pergi bandar nak mintak bantuan bagai.

Lagi membuatkan Raisuddin M berasa pelik ialah kerajaan cuba membantu banyak golongan di Malaysia ni. Tapi satu golongan ajek yang agak kurang dibantu macam orang miskin dan ibu tunggal. Raisuddin M masih ingat lagik seorang pakcik fakir miskin di kampungnya yang merungut  terpaksa naik turun tangga, isi borang, fotostat itu, fotostat ini, ke situ ke sini hanya semata-mata demi meminta secebis bantuan.

"Benda ni semua betol naaaak..ini pakcik tak masuk lagi cerita politik punya cilaka. Nak kena pergi jumpa Ketua Bahagian UMNO dululah dapatkan sokongan dia....apa kebangangnya sistem kita ni."

Raisuddin M termenung jauh mengenangkan nasib pakcik tersebut. Kalaulah dah memang pakcik tu susah dan tak ada duit, macam mana la dia nak buat semua tu. Pihak berkuasa sepatutnya perlu ubah sikap dan pastikan bukan golongan yang susah carik depa tapi depa yang carik golongan yang susah fakir miskin ni. Dengan kerenah birokrasinya dan bermacam lagi benda yang menyusahkan, kadang-kadang sistem yang sedia ada ni seolah-olah nak pastikan orang yang dah susah, rasa lebih susah dahulu sebelum dapat bantuan.

Heh!!! Marah Raisuddin M makin menjadi-jadi. Dia menyumpah-nyumpah di dalam hati.

"Mak adik mana?"

Tanya makwe yang duduk di sebelah Raisuddin M.

"Mak saya kerja. Security guard. Saya ada 3 adik beradik. Selaku anak yang sulung saya terpaksa berhenti sekolah sebab nak bantu mak saya dan adik-adik."
Sayu hati Raisuddin M mendengar rintihan budak ni. Hampir menitik air mata jantannya. Tapi apabila menjeling makwe di sebelahnya yang hanya memakai short dan bersinglet sahaja, dia tahankan jua air matanya dari menitis laju.

Raisuddin M merenung sayu ke dalam mata budak tersebut. Dahlah maknya susah. Anaknya pulak terpaksa berhenti sekolah sema-mata nak besarkan adik-adik yang lain. Memang dah tentu-tentu kakak sulong ni dah takde masa depan yang cerah sebab tak dapat pendidikan yang secukupnya. Macam mana satu keluarga dia nak keluar dari belenggu kemiskinan ek?

Ingatan Raisuddin M terimbas pada satu kejadian curik tabung masjid. Apa kejadahnya curik duit tabung masjid kena penjara 2 tahun? Selidik la dulu kenapa dia curik. Kalau dia miskin dan tak mampu, yang patut kena penjara bukan dia, tapi orang yang kutip zakat sebab kau tak pegi carik dia! Lagipun, bila dia mencuri kat masjid tu, bermakna dia memang betol-betol tengah terdesak.

Heh!!! Macam mana kau boleh layak jadi pemerintah sedangkan elaun yang kau bagi dekat isteri-isteri orang berkepentingan ni jauh lebih besar berbanding kadar pendapatan isi rumah majoriti orang Malaysia? Bukan ke lagi elok duit tu kau bagi dekat orang yang susah takpun bagi dekat pencuri duit tabung masjid tu. Dia lebih memerlukan.

Marah Raisuddin M makin tidak terbendung walaupun hanya sekadar bermonolog di dalam hati.

"Nah, adik amek duit ni buat belanja ye." Hulur makwe yang memakai short dan bersinglet tersebut.

Sementara itu budak peminta sedekah tadi tak henti-henti berterima kasih apabila wang kertas berwarna ungu selamat berada di dalam genggamannya.

Raisuddin M menjadi kagum apabila melihat situasi tersebut.

"Ermmm..dah lama kita duduk berbual. Saya masih tak tahu nama saudari."

Kemas dan teratur Raisuddin M menyusun kata. Lalat yang sedang terbang pun boleh terjatuh kerana tidak percaya begitu santunnya Raisuddin M ketika ini.

Makwe yang memakai short dan bersinglet tersebut hanya tersenyum sebelum membuka mulut..

"Nama saya Flexible Yob bekas model Rahsia Victoria yang berasal dari Ipoh. Dan saya sekarang ni secara perlahan-lahan sedang cuba mendalami agama Islam."

Apa? Raisuddin M jadik makin teruja tak tipu punyer.

Yang pasti perjalanan ke Bahau Raisuddin M bukan lagi macam lagu Chaiya Chaiya dalam filem Dil Se. Tetapi lebih kepada klips video Hero alunan Enrique Iglesias.
 
Tamat.

Pantun Raya 2014

Hisap Rokok Mencari Mancis,
Sambil Tenang Anyam Ketupat,
Depa Sibuk Membeli Sanchez,
Hanya untuk tempat ke empat.

Kuih Semperit Berulam Tebu,
Disalut dengan Kain Berbulu,
Tiada bangun di malam Rabu,
Pasukan apakah yang ehem ehem itu...?

Bangun Pagi Memasak Lontong,
Update Status Di Laman Maya, (Done with masak Lontong)
Menjual Suarez Mendapat Untong,
Menunggu Juara Berabad Lamanya.

Masak Rendang Kuali Tembaga,
Buat Hidangan Ibu Mertua,
Chelsea POWER tidak terhingga,
Pasukan Lain Nengok Menganga.

Gerrard Bersara Kita Gembira,
Seluruh England Bakal Beraya,
Jangan menangis wahai si tua,
Mari bersorak sesama kita.

Makan Dodol Bersama Van Gaal
Duduk menjeling si David Moyes
Jangan perasan tak akan gagal.
Kita tengok siapa Yang nanges.

Cucuh meriam nyalakan suar,
Mainan budak zaman berzaman,
Setiap musim berbelanja besar,
Tempat ke empat menjadi idaman.

Baju raya bewarna merah,
Manis dipakai Siti Saleha,
Chelsea POWER tidak terkalah,
Ha ha ha kah kah kah!!!!

Gaza

Orang Melayu sibuk nak jadi Pak Arab dengan Iftooor, Ramadhoon, Sanah Helwah - nyer.

Sementara itu di Tanah Arab..

Fakir Miskin II

Dari pagi sampai ke petang nak kena layan perihal Zakat ni. Ini penjelasan panjang lebor dari Pusat Zakat Negeri Sembilan berkenaan borang lama yang masih dipakai bagi elak pembaziran, kadar penentuan status fakir/miskin dan pelbagai lagik details. Engkorang baca dan fikir secara mendalam.

Tapi cuma borang jek yang bertukor. Dia punyer syarat/kriteria dan kaedah pengiraaan kifayah dia bagi aku masih lagi terlalu menyusahkan. Kenapa tak dipermudahkan lagik? Kenapa mesti si fakir dan miskin yang mengisi borang memohon? Dan bukannnyer BaiitulMal yang turun mencari si fakir miskin?

Persoalan aku bukanlah pada jenis borangnyer...Persoalan aku ialah kenapa mereka menjalankan kerja/amanah/tangungjawab agama ni 'mengikut arah telor' diorang?

Haaaa...birokrasi jumud inilah yang menjadi kepeningan kawe :-)

Tuesday, July 22, 2014

Fakir Miskin

Bila orang bukan Islam pakai baju 'loghat', bukan main kita melenting lagi.

Bila ade yang mintak bantuan dari gereja, keluar dari agama Islam, bukan main marah engkorang.

Bila yang dipertanggungjawab menjaga agama Islam buat kerja ikut arah telur pulak, macam mane kita nak setelkan?

Monday, July 21, 2014

Kayu Tas, Kokka dan Naik Geram.

Kayu Tas, Kokka dan Naik Geram.

Hari ini aku nak cerita sikit pasal kayu tas. Dia punya khasiat ni punyelah power. Antaranya ialah:

Ia Mampu Menundukkan Binatang Buas Serta Binatang Berbisa, Ada Juga Mengatakan Ia Mampu Untuk Menundukkan Manusia Yang Berhati Seperti Binatang Juga. Bagi Kaum Penan, Mereka Akan Membakar Kulit Kayu Tas Betina Untuk Menghalau Makhluk Halus.

Nak lagi detail. Sila rujuk link di bawah ni:

http://muhabiy-mistik.blogspot.com/2013/01/kayu-tas-putihbetina.html
http://tuanhakim.blogspot.com/2011/06/kayu-tas-pontianak-penunduk-dan-tas.html

Seorang member aku yang genius ada berkata "Lebih baik kita hantar Kayu Tas ni pergi Palestin dengan Syiria. Boleh kalahkan Israel dengan Assad."

Apa macam? Ok tak?

Pencarian aku tentang Kayu Tas sebenarnya tidak berakhir di laman web porno Russia. Aku terjumpa satu lagi cerita pasal kayu ni iaitu kayu Kokka. Dan aku ada membaca link di bawah ini.

http://zaharuddin.net/aqidah-&-kepercayaan/514-kayu-kokka-a-bahaya-kesyirikan-video.html

"Antara bentuk tangkal cara baru umat Islam di Malaysia ketika ini adalah seperti meletakkan pisau atau gunting di bawah tilam bayi kononnya agar tidak diganggu, memakai cincin dan rantai atau tasbih kayu kokka dengan kepercayaan bahawa ia dapat mendatangkan kebaikan dan menjauhkan keburukan, meminum air za'faran tertentu dengan yakin ia membawa kebaikan. Semua ini adalah bentuk tangkal dan boleh membawa kepada syirik. Moga Alah menyelamatkan kita dari syirik dan khurafat." - Zaharuddin -

Jadi..apa macam sekarang? Susah payah nak percaya Kayu ke....? Atau pergi ambil wuduk..bukak, baca dan hayati isi kandungan Al-Quran. Carilah penyembuh segala penyakit di situ. Ini pun aku nak kena ajor? Tunggu apa lagi..print skrinleeee...

7 Malam Terakhir

Lebih kurang seminggu sahaja Ramadhon akan melabuhkan tirainya. Ini bukanlah petanda kita hanya tinggal seminggu sahaja untuk berkata-kata pada benda yang baik dan kembali ke fitrah asal menonton Melodi serta pelbagai rancangan hiburan berbentuk lagho.

- Abang Done -

Soalan Maut II

Tips :

Kalau time raya ni orang tanya bila nak kahwin, jawab je la...

"Mampos engko la, peduli apa aku".

Mudah bukan?

- Abang Done -

Raisuddin M - Susur Keretapi Malam.

Raisuddin M - Susur Keretapi Malam.

Raisuddin M sangat kecewa. Kecewa dengan individu yang kejap-kejap dipanggil 'Nyonya'. Kejap-kejap digelar pelancong Korea. Dia jadi buntu.

Menurut satu kumpulan wasap yang Raisuddin M turut serta, individu ini memakai ayat Surah Al-Fatihah pada bajunya. Adakah kita sebagai umat Islam dapat membenarkan perkara ini berlaku? Sudah banyak insiden yang puak-puak ini mencabar kesucian agama Islam antaranya mendesak orang Kristian menggunakan kalimah Allah, mendesak kerajaan membenarkan bible-injil dalam Bahasa Melayu, menghina agama Islam dalam laman sosial seperti facebook, twitter dan blog.

Persoalan dalam kepala otak Raisuddin M sekarang, adakah kita sebagai majoriti di negara ini okay jika agama kita dihina sebegini rupa?

Raisuddin M masih ingat lagi kejadian beberapa hari sebelumnya apabila rakyat Malaysia bersatu hati menghina Kiki Kamaruddin 'hanya' kerana beliau mengamuk dengan seorang pakcik tua dalam satu kemalangan kereta.

Adakah kita akan berdiam bila agama kita dihina oleh orang bukan Islam?

Sekali lagi Raisuddin M jadi buntu. Dia melompat dari katilnya. Melakukan 2 kali balik kuang sambil mencapai kunci moto EX5-nya yang tergantung di atas dinding sebelah pintu biliknya yang terhias rapi poster Metallica tahun 1992. Raisuddin M nekad mahu ke Bahau malam ini jugak dengan menaiki keretapi.

Ketika di atas motor. Raisuddin M masih lagi berfikir tentang agama Islam yang dihina oleh orang bukan Islam. Biasanya dengan pantas tindakan akan dilakukan oleh badan berwajib. Baju dirampas, lesen perniagaan disita dan pelbagai lagi denda dikenakan. Tetapi bagaimana pula sekiranya agam Islam ini dihina oleh mereka yang tulen Islamnya? Lebih-lebih lagi jika ia dilakukan oleh mereka yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kesucian agama ini?

Dua minggu lepas ketika Raisuddin M melepak hisap rokok di tepi tembok sambil melayan lagu Cindai dengan gitar ibanez akustikya, dia didatangi oleh seorang jurujual berkopiah yang menjual air yang telah dijampi dengan pelbagai jenis doa. Apabila Raisuddin M pasti malam itu bukan masanya untuk Malam Lailatul Qadar, habis patah 3 rusuk si penjual itu diterajangnya. Air jampi tu pula selamat dibancuh dengan sirap. Lalu terhasilnya air Sirap Limau Ais. Selepas meneguk air jampi tersebut. Tak pula Raisuddin M terasa seperti meningkat IQ-nya. Sifir sembilan masih terkial-kial hujung lidah beliau. Rukun negara apatah lagi.

Raisuddin M menjadi semakin buntu. Ketika ini masih ada Permaisuri Sultan di beberapa buah negeri yang tidak memakai tudung. Tiada siapa mahu tegur ke? Bukankah suruhan menutup aurat itu terkandung di dalam Al-Quran yang suci? Kitab yang kita semua Agungkan?

Raisuddin M percaya masih ada anak Sultan yang minum arak. Di mana pula pejuang ketuanan Melayu? Adakah mereka keliru antara kepentingan Melayu dan Islam? Aaaaaaahhhh....Raisuddin M lagik bertambah buntu.

Kalau ada kabinet arak dalam Istana pula? Mana pula pergi Mufti negeri? Sibuk mengira duit zakat barangkali. Raisuddin M cuba bersifat husnuzon di situ.

Lebih kurang 15 minit pemanduan motorsikal pada kadar kelajuan mencecah 150 kilometer sejam, Raisuddin M sampai di stesen keretapi dan terus membeli tiket untuk ke Bahau. Mujur ada lagi.

Masuk dalam gerabak, Raisuddin M duduk menyandar tanpa mempedulikan manusia disekelilingnya.

"Abang....nak kacang pistachio tak?"

Susah Raisuddin M hendak membayangkan bahawa dia mampu berjumpa Malam Lailatul Qadar apabila makwe di sebelah yang mempelawanya kacang pistachio hanya memakai short dengan singlet ajek.

Perjalanan ke Bahau sudah pasti akan menjadi seperti adegan lagu Chaiya Chaiya dalam filem Dil Se.

TAMAT ke...atau kena bersambung?

Thursday, July 17, 2014

Batang Pinang

Batang Pinang.

Di pagi yang hening damai ini. Macam biase abang nak kabor satu benda.

Kepada para isteri yang membonceng motor bersama suami, silalah pakai stokin kaki (takkan stokin muka pulak) atau seluar bagi mengelakan terdedah betis Oprah Winfrey. Sungguh sayang apabila sudah bertudung tapi terdedah aurat yang lain pula. Kalau betis Hanis Zalikha tu..errrr..errr..

Baiklah. Ini bukan nak sekolahkan siapa-siapa. Nak pesan ajek. Nak ikut, ikutlah. Taknak ikut, sudah. Masing-masing dah tua dan berakal.

Salam Khamis Ya Akhi!!!

Wednesday, July 16, 2014

Pray For CDM25

KUALA LUMPUR: Video gelagat seorang perempuan yang mengamuk kerana keretanya dilanggar seorang lelaki berumur menjadi trending di media sosial hari ini.

Kejadian dikatakan dirakam di Kuantan bila kelihatan seorang perempuan mengamuk selepas keretanya dilanggar dari belakang.Tindakannya yang mengamuk di tengah-tengah jalan raya mengundang komen negatif pengguna media sosial.

Antara amukan yang telah dilontarkan kepada lelaki yang melanggarnya termasuk “Ini kereta barulah bodoh!” sambil menghentak pengunci stereng ke atas kereta milik pelanggarnya.

Kata caci yang turut dilontarkan termasuk “I don’t care, pay me RM2000 now!”, “you very stupid!” dan kata cacian berbaur perkauman kedengaran di penghujung video tersebut.

Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/video-perempuan-mengamuk-kereta-kena-langgar-dikeji-pengguna-media-sosial-39914?cp

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

#CDM25 bila marah bergaduh dia bawak keluar steering lock ajek. Tak boleh lawan JDT lagik...kayu golf, kerambit pusaka, keris kundur, buloh runcing, penumbok terowong. Semua kasik keluar. Tak pecaya? Terailaaa jentik nombor plat pangkal 'J'. Teraileeeeee....

Sunday, July 13, 2014

Berhentilah Guna Intel dan Teruskan Merokok.

Berhentilah Guna Intel dan Teruskan Merokok.

KUALA LUMPUR 25 Julai – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Fatwa Kebangsaan dilihat bercanggah pendapat mengenai hukum merokok apabila satu pihak mengatakan ia makruh manakala satu pihak lagi memfatwakannya sebagai haram.

Menurut Ketua Pengarah Jakim, Othman Mustapha, perbuatan merokok adalah makruh selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan atau mengganggu kesihatan para penghisapnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dekat atas ni adalah keratan berita tentang percanggahan fatwa bahayanya merokok. Majlis Fatwa Kebangsaan umumkan benda ni "haram" tapi JAKIM kata merokok ni makruh. Alasan JAKIM, merokok sepatutnya makruh selagi tindakan itu tidak memberi kesan negatif dan buruk kepada penghisapnya. Hah? Apa kebaikan rokok? Macam mana rokok nak memberikan kesan positif kepada penghisapnya? Dan dekat point mana yang makruh tu kekal makruh dan tidak bertukar jadi haram?

Oleh kerana badan berwajib yang menjaga agama kita pun masih tonggang terbalik pasal perihal rokok ni. Maka tak hairanlah ada umat yang bercakap sebegini "Jangan pakai intel... baru boleh sekolahkan aku.."

Aku terima pendapat di atas ni dengan hati terbuka. Dah itu pandangan dia. Mestilah aku hormat. Dan aku sudah mula berjinak-jinak berhenti menggunakan barangan Intel. Maklumlah banyak mudhorat. Cuma aku nak tanya..kalau aku online menggunakan laptop dekat kedai mamak, ada tak kanak-kanak yang akan terganggu? Ataupun kalau aku hisap rokok di kedai mamak, ada tak anak kecil yang tenang menghidu asap rokok aku tu? Aku tak jelas bab ni. Mohon berilah jawapan.

Engko suruh orang boikot Mekdi sana sini. Tapi dekat jari engko terselit sebatang tembakau. Ape bende tuh? Berjuang cara apa tu? Dan aku tak perlu nyatakan dekat sini sumbangan tembakau kepada rejim Israel dan Amerika.

Siapa yang untung akibat daripada tabiat kau merokok? Philips Morris, Kerajaan Malaysia, Restoran Mamak, Hospital, Klinik, Manufacturer Pil Nikotin, Pengedar Berus Gigi dan Ubat Gigi, Ambi Pur, Farmasi, Syarikat Percetakan, Syarikat Penghantaran. Ooooo...Ramai sebenarnya....

Siapa yang rugi? Makcik cleaner yang kena buang puntung rokok kau dan sapu habuk rokok kau, orang-orang sekeliling kau masa kau hisap rokok dan kau sendiri.

Jadi kau patut teruskan merokok. Sebab banyak sebenarnya industri dan sektor awam yang bergantung dengan kau. Kau patut berbangga diri kau penyumbang kepada ekonomi. Jadi, gadis-gadis, jika ada geng-geng perokok lepak kat sebelah kau sambil hembus-hembus asap kena kat kau....sayangi mereka, kerana mereka sedang memacu pertumbuhan negara. Amacam boleh?

Benda basic macam gini tak perlu nak kena aku tulis panjang-panjang sepatutnya. Masing-masing dah tua dan punya otak untuk berpikir. Dan aku sebenarnya mahu ko setelkan jihad dalam diri ko dulu dengan berhenti merokok, berhenti mencelakakan orang dekat facebook, berhenti membuka aurat masa berfusol dan macam-macam lagi sebelum engko pergi berjihad dengan lebih jauh, lebih universal bak kata orang.

Untuk itu aku akhiri agenda anti merokok aku ni dengan satu pertanyaan mudah ..

"Adakah rokok halal?"

Tak ramai yang fikirkan pasal benda ni kan? Kita lebih gemar membincangkan pasal yang haram aje. Cuba fikir...rokok halal atau tidak. Kau tak pasti kan?

Kahkahkah.

Rokok

Di subuh yang hening ni abang nak bagitau satu jek benda. Sebelum engkorang bercadang nak boikot Mekdi, forward mesej berantai dan sebagainya. Apa kata engkorang cuba terai dulu berenti hisap tembakau. Dah setel bab tembakau, kau datang jumpe abang, kita sembang pasal perjuangan rakyat Palestin di Gaza panjang-panjang. Nak sembang cerita bola pun bolehlaa..sikit-sikit jek. Cerita bola lebih-lebih nanti ade orang kate kita tak prihatin pulok.

Thursday, July 10, 2014

Kita Mesti Bersedih 24 jam sehari

Sementara menunggu waktu berbuka puasa. Idlan Khozim dan Taruddin borak-borak kosong tanpa hala tuju serupa setan.

"Engko minat Neelofa kan Taruddin?"

"Ha? Mane ko tahu? Entah majalah mende ko baca ni." Balas Taruddin sambil asyik menggulung rokok daun buat juadah berbuka puase kejap lagi.

"Kalau engko minat Neelofa, apa makanan kegemaran dia time berbuka puasa? Heh?" Idlan Khozim cuba menduga kawannya dengan soalan tak berwawasan.

"Ermmms...roti john sinar? Meggi garam buloh?" Taruddin turut memberi jawapan tak berwawasan serupa Hasan Malek.

"Tula ko..tak guna minat Neelofa kalau ko tak tau yang dia suka makan keropok lekor terengganu. Kau ni umpama minat Metallica tapi taktau nyanyi lagu Nothing Else Matters. Heh!"

Masa ni, kecik besor kecik besor jek Idlan Khozim pada pandangan mata Taruddin.

Friday, July 4, 2014

Bekas Model

Dahulu aku ada seorang kawan. Dia seorang bekas model sabut kelapa untuk sental periuk. Takde pulak member-member dia panggil..

"Woih bekas model sabut kelapa untuk sental periuk. Marilah minum Cendol Pulut dekat sebelah kedai kain ni. Bukan penguatkuasa nampak pun. Kalau diorang datang, kita nyoroklah celah-celah kain ni."

Mencari Garisan Bawah

KUALA LUMPUR – Seorang setiausaha di sebuah bank mendakwa kerugian RM34,000, dipercayai ditipu ‘upline’ sebuah syarikat Multi-Level Marketing (MLM) sejak  menjadi ahli pada Julai tahun lalu.Wanita berusia 34 tahun itu mendakwa mahu keluar ahli, namun tidak dibenarkan.Dia juga mendakwa terpaksa mengikuti latihan berbayar pada setiap bulan dan mencari  ahli di bawah naungannya (downline).

Nasihat Abang 92

"Nak tolak benda benda macam gini bagi abang senang ajek. Sebelum ko join, ko pikirlah secara mendalam hukum halal haram benda macam ni. Jatidiri kena kuat. Minda kena cergas. Solat cukup. Puasa cukup. Otak bergeliga. Insya'allah ko terlindung dari ditipu. By the way abang pun tengah cari garisan bawah ni. Abang jual sticker ajaib serbaguna. Macam biaselah PM abang terus. Takpayah nak buat print screen bagai." - Abang 92-