Woih Like Lah!!!

Thursday, May 21, 2015

Brader Berger Tembakau.

Brader Berger Tembakau.

"Bro, berger special ayam biasa satu." Aku memesan dengan tertib sambil aku lontarkan satu pandangan tegas kepada brader pembuat berger tersebut sebagai tanda aku sedang kebulor dan jangan main-main dengan aku.

Lalu aku ambil tempat duduk di atas kerusi plastik tanpa tempat bersandar. Kaki aku silangkan dengan penuh gaya. Mendongak ke langit. Cuba-cuba mencari bintang. Tiada.

"Malam Jumaat yang panas," kata aku di dalam hati.

Tiba-tiba aku terbau wangi. Bercampur aduk dengan bau daging. Aku mula tak sedap hati. Malam Jumaat ni woih!!!

Rupa-rupanya brader berger sedang lincah melompat ke kiri dan ke kanan memasak berger dengan penuh gaya.

Hidung aku terasa damai apabila aroma daging, roti, serbuk hitam dan pelbagai lagi campuran mula mendesir di atas kuali. Aku tersenyum manis. Semanis Fathiya Latiff dalam drama lagho waktu Maghrib. Inilah dinamamakan sebagai nikmat hidup sebenar di Malaysia. Bukan sahaja di dalam mulut. Tepi jalan pun penuh makanan. Kaya nak mampos negara aku ni.

Kedamaian aku dicuri apabila datang seorang lagi mamat entah dari mana turut memesan berger. Selesai memesan dia pun duduk di sebelah aku tanpa menarik keluar pun kerusi yang masih tersusun secara bertingkat -tingkat. Aku abaikan kehadiran beliau kerana dia bukanlah amoi bersiglet dengan seluar pendek yang muncul pada malam Jumaat yang panas ni.

Tiba-tiba brader tu pun mula mengeluarkan sebatang rokok dari kotak putih dan mula mencucuh hujungnya secara gelojoh sambil tangan beliau masih melekat pada telefon. Asap disemburkan dengan selamber hanjeng dan kepulan bergumpal-gumpal itu menusuk tepat ke dalam rongga hidung aku.

Aku tak berapa hairan dengan bau makanan Jin tu. Sebabnya aku dah pernah duduk sebilik dan serumah dengan perokok tegar, penghisap dadah, hisap syabu, hisap gam, hisap payudara (Itu cerita lain, cerita Abang John ni tak ramai yang tahu).

"Kong. Kong. Kong. Kong. Kong." Aku buat-buat batok secara manja tetapi masih ada tegas dihujungnya.

Brader perokok masih tenang menghembus asap dengan matanya tertancap pada skrin telefon. Aku tersenyum sinis. Lalu aku bangun dan berdiri menjauhi beliau. Ke belakang sedikit dengan batok buatan aku masih lagi kedengaran jelas. "Kong. Kong. Kong. Kong. Kong."

Aku mengambil berger yang dipesan dan membayar dengan duit secukupnya. Sebelum berambus aku berjalan melepasi brader perokok tersebut dengan mata aku memandang tepat pada susuknya yang gedempol. Aku merenung dengan penuh kemarahan yang berapi-api.

Sementara itu brader perokok tersebut masih tenang menghembus asap dengan matanya tertancap pada skrin telefon. Babi.


Posted via Blogaway

Wednesday, May 13, 2015

Status Pilihan

Fatwa Azeez

Jawatankuasa Majlid Fatwa Kebangsaan sahkan transaksi urusan TBH dan 1MDB adalah sah syariah.

Kalau kita pergi cek baki duit dalam TBH pun masih ade duit tu tak berusik.

Nikmat apa lagi yang engko nafikan? Walaupun pengerusi TBH bukan warga tempatan, namun segala urusan pentadbiran berlunaskan panduan Islam.

Tapi...Majlis Fatwa Kebangsaan dah setelkan ke perihal majalah Mangga?

Ramalan Hati.

Aku sedang memandang langit yang sepi tanpa bintang. Aku merasakan malam ini malam yang paling afdol untuk menurun.

Jadik aku  meramalkan Bayern akan kalah secara terhormat kepada Barca.


Posted via Blogaway

Saturday, May 9, 2015

Tabung Haji Ramona Rahman

Tabung Haji Ramona Rahman

Ramona kaget. Risau. Cemas. Nak muntah. Semuanya bercampur baur. Pagi ini habis semua media sosial terpampang pelbagai isu perihal tabung haji. Antara yang dibacanya:

"Tabung Haji buat macam duit mak bapak dia pulek." - Deanna Yusop.

"Wang ini adalah milik pencarum. Wang ini bukan milik tabung haji." - Sofea Jane.

"Ini Tabung Haji. Bukan Tabung Uji Rashid. Okeh yang ni tak kelakar." - Susan Menon.

Ramona sudah nekad. Dia mahu bertindak sekarang. Dia menuju pantas ke cawangan Tabung Haji yang hanya beberapa marhalah sahaja dari rumahnya.

Kad dimasukkan ke dalam mesin ATM dengan cermat. Kata kekunci ditekan dengan santun. Baki wang anda ialah Ringgit Malaysia.......

"Alhamdulillah...syukuuuuuuuuuuuuuuuur..duit dalam tabung aji aku masih kekal sama bakinya. Entah siapalah tabur fitnah dekat tabung aji ni. Jahatnya."

Ramona tenang melangkah keluar dari bank tersebut sambil bersiul-siul kecil...Jiiiiiiiiiiiiiiii Esssssssssssssss Tiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...Jiiiiiiiiiiiiiiii Esssssssssssssss Tiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...


Posted via Blogaway

Status Pilihan

Kak Wan

Jaga Kajang dengan Permatang Pauh ni kira elaun dia macam mane? RM 32,000 ke? Heh?

Apa macam marhen? Gaji kita pulak berapeeeeeee?

Engko Tak Risau Ke?

FGV hancor lodoh, korek KWSP.

1MDB melingkup, sedut Tabung Haji.

Ini dinamakan sebagai berat sama dipikul, ringan sama dijinjing dengan hanjing.

Dekat negara mana lagi engko nak cari semangat tolong menolong yang tinggi macam gini hah?

Ulor atau Azeez

Betol kata orang-orang tua dulu.

"Kalau jumpa Azeez dengan Ulor. Ketok Azeez dulu, kemudian baru ketok Ulor."


Posted via Blogaway

Friday, May 8, 2015

Penafian Azeez

Memang patutlah kita ni jadik rakyat ajek. Menengok depa sembang ni buat aku pening nak paham.

Spin jadah mende?


Posted via Blogaway

Thursday, May 7, 2015

Syurga dan Neraka

Kenapa perangai kita berubah apabila tangan kita mula memegang stereng kenderaan masing-masing?

Di rumah kitalah bapa penyanyang, pakwe yang budiman, abang yang santun bicara, pakcik yang wibawa.

Di rumah kitalah emak yang lemah lembut, makwe yang sopan hijabista, kakak yang mengambil berat, makcik yang berketerampilan tinggi.

Apabila di jalanan engkolah lelaki pailang yang memandu menyondol sana sini, perempuan yang suka tukar lane dan masuk simpang tak bagi signal.

Setelah melihat ini semua berlaku di depan biji mata kita. Ia menguatkan lagi hujah yang wujudnya Syurga dan Neraka itu.

Itu belum lagi sembang pasal makan duit rakyat. Misalnya duit KWSP dan Tabung Haji. Tapi itu cerita lain kali kita kasik hentam.

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway