Woih Like Lah!!!

Monday, July 21, 2014

Kayu Tas, Kokka dan Naik Geram.

Kayu Tas, Kokka dan Naik Geram.

Hari ini aku nak cerita sikit pasal kayu tas. Dia punya khasiat ni punyelah power. Antaranya ialah:

Ia Mampu Menundukkan Binatang Buas Serta Binatang Berbisa, Ada Juga Mengatakan Ia Mampu Untuk Menundukkan Manusia Yang Berhati Seperti Binatang Juga. Bagi Kaum Penan, Mereka Akan Membakar Kulit Kayu Tas Betina Untuk Menghalau Makhluk Halus.

Nak lagi detail. Sila rujuk link di bawah ni:

http://muhabiy-mistik.blogspot.com/2013/01/kayu-tas-putihbetina.html
http://tuanhakim.blogspot.com/2011/06/kayu-tas-pontianak-penunduk-dan-tas.html

Seorang member aku yang genius ada berkata "Lebih baik kita hantar Kayu Tas ni pergi Palestin dengan Syiria. Boleh kalahkan Israel dengan Assad."

Apa macam? Ok tak?

Pencarian aku tentang Kayu Tas sebenarnya tidak berakhir di laman web porno Russia. Aku terjumpa satu lagi cerita pasal kayu ni iaitu kayu Kokka. Dan aku ada membaca link di bawah ini.

http://zaharuddin.net/aqidah-&-kepercayaan/514-kayu-kokka-a-bahaya-kesyirikan-video.html

"Antara bentuk tangkal cara baru umat Islam di Malaysia ketika ini adalah seperti meletakkan pisau atau gunting di bawah tilam bayi kononnya agar tidak diganggu, memakai cincin dan rantai atau tasbih kayu kokka dengan kepercayaan bahawa ia dapat mendatangkan kebaikan dan menjauhkan keburukan, meminum air za'faran tertentu dengan yakin ia membawa kebaikan. Semua ini adalah bentuk tangkal dan boleh membawa kepada syirik. Moga Alah menyelamatkan kita dari syirik dan khurafat." - Zaharuddin -

Jadi..apa macam sekarang? Susah payah nak percaya Kayu ke....? Atau pergi ambil wuduk..bukak, baca dan hayati isi kandungan Al-Quran. Carilah penyembuh segala penyakit di situ. Ini pun aku nak kena ajor? Tunggu apa lagi..print skrinleeee...

1 comment:

  1. ha..da print screen pn..tepek kat dahi pastu..hahahaha f332a

    ReplyDelete