Woih Like Lah!!!

Tuesday, August 2, 2016

Status Pilihan July 2016

#Kawin
Takde pulak orang tanya “Sorang jek bini engko? Bila nak kahwin dua?”
Beranilah tanya. Aku lempang kang. Cheeeeewaaah.

#Bantu
Ye sedara..aku pun selalu tertanya tanya. Kenapa Palestin? Syria? Bukannya di negara kita yang masih berterabur kemiskinan ceruk sana sini.

#Komplen
Yang bagusnya ASTRO ni staff dia semua rileeeeks jek bila majikan kena hentam. Tak berbalas komen pun dengan netizen. Bukan macam staff MARA, menggelabah tetek jawab on behalf of majikan. Itukah code of conduct kau wahai Acik MARA?

Jem teroq menghala ke pantai timur. Sebarkan jika sayangkan Neelofa.

Sayu hati aku nengok tulisan ni atas roti john.
#Kurta
Jaafar Onn ni dulu masa muda bergambor dalam majalah Media Hiburan Edisi Raya berpakaian baju melayu tapi corak bunga matahari penuh satu baju.
Kau percaya sangatlah sembang dia ni.

#Lazim
Belum pun sampai 24 jam aku dekat Tangkak. Dua soalan yang sama aku dah terima.
Pertama dari Cik Din Tebu masa dekat bazar Ramadhon.
"Anak kau dah berapa?"
Kedua dari Cikgu Khalid selepas solat Isyak, sebelum mula terawih.
"Berapa orang dah anak?"

Tapi mujur belum lagi ade yang tanya berapa orang bini.

Bersediakah anda dengan soalan soalan lazim seperti ini wahai orang mude?

#UcapanRaya
Malam tadi atlit terjun negara Leong Mun Yee pun bagi ucapan Happy Raya. Tak manis pula kalau aku tak serap semangat balik kuang beliau itu.

Jadi di pagi hari yang mulia bercuaca baik serta burung-burung sedang berkicauan menandakan keharmonian hidup mereka, ingin aku sampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua. Tak kiralah sama ada ada engkau ada berdosa depan-depan dengan aku, mahupun berdosa gaya cakap belakang dengan aku. Aku sedia memaafkan engkau semua. Aku harap engkau pun maafkan akulah ye..

Ingatlah pesan ini. Sejauh mana pun kita keluar beraya nanti jangan sesekali engkau berani-berani menggunakan laluan kecemasan, kalau masuk simpang atau tukar lane jangan lupa bagi signal, kereta engkau kalau nombor plat 'J' tu jangan serlah sangat bangangnya - nanti jadi bahan umpatan rakyat negara lain pulak. 

Juga hari ini jangan kasik chance, mari kita penuhkah wall fb, instagram dan segala macam laman sosial dengan gambar raya. Raikanlah..tapi janganlah terlebih sangat sampaikan gambar dekat kubur pun kau berposing sakan sambil muka senyum buat peace atas kepala gaya Mira Filzah.

Ok baiklah..inilah sebabnya aku malas nak bagi ucapan raya. Dah jadi panjang lebar pulak. Sekali lagi aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua.

XoXo
- H -

Aku beraya dekat Juaseh Kapitan yang berkapasiti 2.6 Juta penduduk malam ni dapat bawak balik buah rambai.
Kau beraya dapat apeeeee?

Trime kasih kepada tuan rumah Mohd Hafiz Md Ariffin dan satu-satunya isteri beliau Puan Yatt Ahbarruddin.
#LaguRaya
Selepas melalui 5 Syawal. Aku berpendapat hampir semua artis di Malaysia mempunyai lagu raya mereka sendiri. Barangsiapa yang tiada lagu raya itu bolehlah kita katakan mereka sebagai LOSERS.
Tapi THE BIGGEST LOSERS ialah mereka yang ada lagu raya tapi haram tak sedap.

#Portugal
....dan Ronaldo berlari terhencut hencut ke dalam padang meraikan kejayaan Portugal bersama seluruh pasukan!!


Hari Raya Kedua.
"Kenapa tak ditindik telinga anak engko ni? Muka dah sama dengan ayahnya. Orang dolu dolu kalau bapak dengan anak muka serupa memang telinga anak akan ditindik."

Aku memandang sayu wajah Hilman yang sedang terlompat lompat ternampak biri biri kampung. Sambil tangan aku laju menyuap nasik berlauk daging rusa masak lomak cili api.

Kau tindik anak kau sorang cukuplah. Aku nak makan nasik ni.

#DavidTeo
Ape pasal ramai sangat yang marah David Teo ni? Bukan dulu kau jugak yang pergi wayang nengok Adnan Sempit?

#SuhaimiSaad
Baik mengaku cepat siapa yang masa sekolah dulu minat kompolan In-Team? Siap tarik tang korus masa berjalan nak menuju ke bilik air.

~~~ Waaaaaaanita hiasan duuuuunia. Seindah hiasan adalah wanita soleeehah. Yang aaaakan membahagiiiakan laaaa...laaaaa ~~~

Mujur aku terer. Aku minat Maya Karin jek masa dia start jadi pengacara rancangan Wavelength dulu. Hnnnnnsssshhhsss..hnnnnnssssshhhsss.


#SelenaGomez

"Apa yang mengacau kepala otak engkau ni Tengku Idlan Khozim?"

Tanya Dato' Taruddin kepada sahabatnya yang satu ketika dahulu lincah orangnya. Hari ini Tengku Idlan Khozim amat berbeza dari hari yang biasa-biasa. Wajahnya muram seperti hilang punca. Dia duduk di depan Dato' Taruddin dengan talipon pintarnya tak lekang dari tangan. Sesekali kepalanya tergeleng-geleng. Murung dan tidak bermaya. Mabok ketum.

"Cuba engkau bagitau aku. Apa puncanya ni?"

Tengku Idlan Khozim diam.

"Kau risau nasib Najibulmukminin?"

Tengku Idlan Khozim geleng kepala.

"Kau sedih Ina Naim takde mesin basuh?"

Tengku Idlan Khozim mencebik mulut gaya comel Mira Filzah dengan tangan kanannya diangkat 'peace' ke kepala. 

"Habis tu kau dah kenapa?" Dato' Taruddin tidak mengalah untuk bertanya.

Tengku Idlan Khozim menarik nafas panjang dengan dada bidangnya berombak perlahan ibarat Siti Saleha sedang berlari di atas treatmill.

"Aku hilang pedoman memikirkan tahi lalat Selena Gomez ni. Cuba engkau nengok."

Talipon pintar Tengku Idlan Khozim bertukar tangan. Dato' Taruddin terperanjat seperti babi.

Selepas itu mereka berdua terus menambah pesanan minuman dan perbualan mereka melarat dari tahi lalat Selena Gomez ke gelek Ira Kazar. 

#DOJ
Aku perhati jek perangai penyokong Najib Razak hari ni sambil terapungkan diri dalam bathtub berbuih dengan air sirap ketum di tangan gaya Margot Robbie. Terhibur aku.

#1MDB
Katakanlah tiada penyelewengan berbilion macam yang dipertahankan oleh sesetengah penyokong 1MDB.
Okeh, kau senaraikan 10 kebaikan 1MDB. Eh, lima. Tak payahlah lima. Bagi tiga pun cukup. Cuba bagi.
Tahukah anda, DOJ Amerika kata 1MDB beli lukisan ni dengan harga USD35 juta. Kau gaji rm1500 sampai mampus hisap kotey bos pun tak dapat kumpul duit banyak ni dik.
Tapi yelah Amerika kan. Kita jangan percaya. Kita tunggu pendedahan dari Republik Congo baru kita ambil tindakan. Gitu?

Mampos ko la nak kata aku prejudis, serkap jarang. Janji aku tak bodo menghalalkan lukisan USD 35 Juta. 
Yelah..yelah..Amerika kan musoh dunia. Amerika kan yahudi. Amerika tak pergi Mekah buat Haji dan Umrah. Yelah..yelah aku bersalah.


#Pakaian
Aku pernah pergi kenduri kahwin member (masa aku bujang). Aku pakai t-shirt hitam leher bulat dengan jeans gaya Metallica.

Adelah sorang member dalam ramai ramai tu yang mulot camgampang.

"Aku bukanlah macam Hadri, pakai t-shirt leher bulat jek pergi kenduri."

Menengokkan muka orang yang bercakap tu kekal burok walaupun berpakaian bergaya. Aku yang berwajah sedap mata memandang ni hanya terseyum di dalam hati.

Romantik jugek aku dulu dulu. Mujur sekarang dah takde skill macam gini lagi

#AnepKahwin

Tahniah Hanif Omar. Mula kenal beliau ketika aku mewakili pasukan bola sepak Taman Tangkak Dua. Beliau pula ketika itu merupakan lawan daripada Pasokan Peladang.

Kemudian menjadi rakan sekelas dalam mencari ilmu, mencari makwe dan mencari pedoman hidop. Kini menjawat jawatan sebagai ejen insurans aku yang pawer.

Kalau menengok dalam gambor ni, jumlah anak lelaki agak berkurangan. Jadi amanah ni aku serahkan pada engkau pula. Tahniah sekali lagi wahai anak mudeee.