Woih Like Lah!!!

Saturday, November 29, 2014

Bangau oh Bangau Yang Dicukur Keningnya

Bangau oh Bangau Yang Dicukur Keningnya

Terus terang memang aku tak nengok langsung PAU 2014. Tapi adelah satu dua cerita yang menarik perhatian aku.

Yang pertama perihal salahkan bangsa kaum lain. Ini benda biasa bagi orang Melayu. Setiap kali solat Jumaat jugak khatib selalu menyalahkan Yahudi, Kristian dan pelbagai agama lain atas kegagalan umat Melayu Islam itu sendiri. Jarang sekali ada yang berani bersuara menyalahkan si Penjaga Agama yang mempunyai kuasa dalam bidang ini tetapi dalam masa yang sama mempunyai bar di sudut ruang teratak. Walaupun tidak semuanya berperangai begini, tapi aku yakin ia masih ada. Benda macam gini kena ditegur. Benda salah depan mata, kita TIDAK  bertindak, TIDAK bersuara atau paling koman pun TIDAK rasa marah dalam hati. Itulah yang dinamakan BENAK PERUT.

Tapi aku rileeekss jek bila ada perwakilan UMNO yang tak berhenti-henti berulang kali menyalahkan kaum Cina dan India atas kegagalan Melayu itu sendiri. Orang UMNO cakap macam gini, apa lagi yang kita jangkakan akan keluar dari molot diorang? Sedangkan khatib pun hanya membaca teks khutbah dan gentar bersuara dengan pendapat sendiri, inikan pula perwakilan UMNO yang gemar berselfie lelaki perempuan tanpa ada batasan. Nak marah diorang ni? Buang air liur. Mereka ini bagi aku bukan sahaja menghabiskan duit rakyat dengan membuat acara gilang gemilang selama seminggu. Mereka ni jugak banyak menghabiskan oksigen.

Salah seorang perwakilan wanita pula mempersoalkan golongan ustaz dan ustazah segera. Aku menjadi pelik kerana isu ini dibangkitkan, Adakah sudah tiada lagi isu lain yang lebih menggugat kesucian agama Islam? Tak payah pergi jauh-jauh, bukak tivi setiap masa ada sahaja benda yang terpampang yang menyimpang dari Islam. Yang lelaki berpakaian wanita menjadi bahan lawak jenaka dan wanita lelaki bersentuhan bukan muhrim dijadikan sajian Maghrib. Aku takkan senaraikan semua sebab nanti pembela budaya hendonisme marah ke aku semula.

Inilah jadinya apabila ISLAM itu gagal dihayati dan diangkat pada tahap yang sepatutunya. Ingatlah..Agama Islam adalah satu tanggungjawab bukan satu pilihan. Sekali engko dah jadi umat Islam, tanggungjawab engko sudah bermula untuk menjalankan tugas sebagai seorang Islam dan khalifah di muka bumi ini dan bukannya pilihan untuk buat atau tidak. Kalau tak boleh buat , tukar ajelah agama lain yang engko nak pilih.

Cukuplah setakat ni ajek. Hidup ini pendek, manfaatkanlah apa yang patut. UMNO ni jikalau tidak boleh ubah dunia sekalipun, sekurang-kurangnya ubahlah diri sendiri ke arah yang lebih baik.

HIDOP HIDOP!!! HIDOP MELAYU!!! Heh?


Posted via Blogaway

Empat Tahun

26 November 2010.

4 tahun sudah berlalu..aku up sikit gambor aku bersama sama angel jantan pada hari bahagia tersebut.

Ade antara mereka sudah hampir beranak 3, ade yang masih bujang teruna ummmmhhhs mantap. Malahan ade jugek yang makin dekat nak berumahtangga dan sedang rancak mengumpul duit dengan menjaga exam SPM.

Engko ingat TMJ ajek ade angel? Aku pun adelaaaaah...tapi versi jantan jelaaa.

Nota : Setiap orang pernah jadik bangang. Tapi ade bangang yang seronok untuk disimpan sebagai kenangan.

- Hadriegas -


Posted via Blogaway

Tuesday, November 25, 2014

Jalan Pulang Ke Pangkal Jalan

Abang ingatkan adelah nama Jalan Mokhtar Dahari ke...Hasan Miskam ke...Halim Napi ke...Tak ade pun ghupenyer.

Tapi takpe..abang rileks..

Cuma kalau nama nama jalan ni kena carut sebab sesak atau sebagainya. Jangan pulek kami ni kena tangkap.

Tahun 2016.

"Hello, hello! Dekat mane tu?"

"Aku dekat Jalan Tunku Abdul Halim. Jalan Tunku Abdul Halim."

Lepas tu lama-lama nanti akan jadi jalan TAH.

Bila nak tukar semula masa tu satu sen pun dah tak guna. Kenapa letak name soltan? Letak jela nama orang yang nak tukar nama jalan tu.

Jalan Duta tu sepatutnya tukar jadi Jalan Anton. Lama sangat dah tu pakai nama vokalis. Tukarlah pulak nama drummer.

Posted via Blogaway

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

Tuesday, November 18, 2014

Puteri Tidur

Sesiapa yang tak boleh tidur. Mari sini aku bacakan satu kisah. Semoga kisah ini mampu memberikan tidur yang lena dan mimpi yang indah kepada kalian semua. Begini kisahnya...

Pada zaman dahulu tinggal seorang Puteri Raja. Puteri Raja ini terkenal dengan body yang solid dan wajah yang cantik. Namun begitu Puteri tersebut mempunyai penyakit tidak boleh tidur. Sehinggakan tubuhnya lesu dan tidak bermaya.

Maka raja pun memanggil semua tabib untuk mengubati penyakitnya itu. Namu semua tabib gagal mengubatinya. Raja pun membuka peluang kepada rakyatnya. Barangsiapa yang mampu menidurkan tuan puteri, maka orang itu akan dikahwinkan dengan anaknya. Maka ramailah yang ke istana untuk mencuba nasib.

Seorang rakyat datang membaca puisi dengan harapan puteri tidur mendengar puisinya. Tetapi gagal malah tuan puteri menjadi baran. Seorang lelaki datang membawa gitar. Dinyanyikan puteri dengan lagu melankolik syahdu. Namun tetap tidak mampu menidurkan puteri.

Masing masing mencuba nasib. Ada yang menyuruh minum susu, mengira biri biri, mandi, bersenam tapi semua tak berjaya.

Seorang lelaki bangkit berkata kepada raja "Bagi saya kawin dulu dengan tuan puteri. Tahulah saya nak buat dia tertidur nanti." Lalu lelaki itu dibuang negeri.

Seorang pemuda lagi mara memberi pendapat. "Dengar cerita lepas melancap, senang tidor". Terus dipancung kepalanya oleh Raja.

Raja semakin tawar hati. Tiada satu pun rakyatnya berjaya menidurkan tuan puteri. Lalu disuruhnya pengawal menutup pagar istana.

Dan sehingga kini puteri tersebut masih belum tidur dan sedang membaca cerita ini. Ye awaklah puteri itu...hehehe takdelah gurau ajek. Tu bukan ending dia. Saje bagi pickupline buat modal cari makwe.

Seorang pemuda datang menahan dari luar pintu istana. "Biar saya cuba". Kata pemuda tersebut. Lalu Raja pun mengizinkan pemuda itu masuk ke dalam Istana. Kalau tidak diizinkan, cerita ini takkan habis dan engkorang akan mengamuk.

Pemuda itu masuk ke kamar tuan puteri. Raja memerhatikan dengan tegas. Sambil tersengih pemuda itu menyuruh tuan puteri baring. Dia mengeluarkan sesuatu dari beg silang dan memberikannya kepada tuan puteri. Tidak lama selepas itu berlaku satu keajaiban. Tuan puteri pun terus terlena.

Akhirnya raja pun mengahwinkan puterinya dengan pemuda tersebut. Pemuda pun dapat beromen dengan puteri tersebut dan hidup bahagia selamanya.


Posted via Blogaway

Thursday, November 13, 2014

Penutup Perihal Drama Melayu Waktu Maghrib Dari Kaca Mata Golongan Minoriti Macam Aku

Penutup Perihal Drama Melayu Waktu Maghrib Dari Kaca Mata Golongan Minoriti Macam Aku

Beberapa hari yang lalu aku ada jentik perihal pengaruh rancangan TiVi terhadap masalah sosial di negara kita. Pertamanya aku nak bagitau yang aku tulis tu hanya secebis punca sahaja. Kalau nak cerita lebih banyak dan panjang, baik aku tulis sebuah buku. Takkanlah setiap kali penulisan aku nak kena letak data terperinci 'ini hanya sebahagian 15 peratus punca' dan sebagainya. Bukannya apa sebab sampai ada yang sentuh peranan ketua keluarga pulak tu. Okeh yang tu nanti aku ulas dekat bawah.

Ini dikira hujah penutup. Sama macam kes Saudagar Garam yang tak paham sebenarnya aku menentang individu atau kelompok yang berniaga tanpa mengikut lunas dan panduan Islam. Kalau berniaga secara halal dan berpandukan hukum hakam Islam, teruskan. Aku langsung takde masalah. Aku harap dalam ramai-ramai yang bangang tu ada juga yang masih faham apa yang aku cuba nak sampaikan. Aku berpesan dan bukan membebel tanpa tujuan. Bagi yang faham, Alhamdulillah. Bagi yang nampak apa yang aku tulis ni sebagai memandang rendah orang lain, itu engko punya pasal dan peduliktaik aku kalau ko memang dah benak.

Kalau sesiapa yang selalu ikut apa yang aku tulis, mesti perasan penentangan aku terhadap lambakkan rancangan di televisyen yang kadangkala tidak menunjukkan kita berada di Negara Islam. Aku juga nak tutup perihal ini. Lepas ni aku takkan sebut lagi pasal drama waktu Magrib dan segala rancangan yang melalaikan tu. Kalau pembuat drama atau filem itu mampu beri kau syafaat, kau teruskan menonton. Aku takkan kacau engkorang semua lagi. Engkorang pun dah tua dan boleh berfikir sendiri.

 
1) Penerbit film takkan tayang jika tiada pasaran (org menonton)..org menonton pula nk film yg lain dari biasa. Contoh film gangster yg diklasifikasi karya aksi. Kita rakyat negara aman mmg suka menonton film aksi seram, perang dan ganas. Tak pula menjadi ganas tak tentu hala.

Aku tak nafikan memang semua rancangan yang diterbitkan ni produce on demand. Tapi kalau yang demand tu semua yang otaknya sudah dijangkiti alga bangang? Macam mana pulak tu? Bangang yang aku maksudkan ialah jenis yang nak duduk depan tivi dengan otak yang kosong. Habis rancangan engko takkan dapat apa-apa pengajaran daripada apa yang engko tonton. Maka sudah tentulah benda bangang juga yang akan dihasilkan oleh pembuat filem ini memandangkan adanya demand dari mereka yang benak otak.

Buat filem cinta, perang boleh sahaja sebenarnya. Tapi cubalah buat naskah yang cerdik dan berlandaskan agama. Buat naskah yang mendidik dan bukannya memaparkan pelbagai tema bangang yang berulang-ulang. Dan ia semestinya sentiasa meletakkan Agama sebagai perkara paling atas sekali. Insya'allah hasilnya juga amat bagus.

Dekat bawah penulisan aku tu dah sebut dengan jelas karya-karya asing yang aku secara peribadi rasa bagus yang boleh dijadikan contoh. Watak-watak dalam cereka seperti MacGyver, Rocky, Bruce Banner,  Rambo, John McClane, Colonel James Braddock dan Predator bukan sekadar picisan. Semuanya ke arah jantan. Namun lebih kepada jantan berotak. Kalau engko tak pernah nengok cereka yang aku sebutkan tu semua memang ko takkan dapat faham apa yang aku cuba sampaikan.

Oskar Schindler, William Wallace, Rob Roy MacGregor dan Maximus pula menunjukkan kepada aku bagaimana hendak menghasilkan karya seni dalam bentuk sejarah yang berkualiti dan bukannya seperti Tanda Putra mahupun yang sewaktu dengannya. Aku dah menonton pelbagai jenis filem dari pelbagai jenis negara. Dan aku merasakan Malaysia masih jauh ketinggalan dalam perihal ini. Jika ia berkualiti sekalipun, amat minima jumlahnya.

Aku juga masih ragu-ragu dengan kenyataan 'tak pula menjadi ganas tak tentu hala'. Engko kena nengok semua filem gangster Melayu dan lihat pula klips budak-budak sekolah yang bergaduh tu. Kemudian baru engko boleh nampak apa yang aku cuba cakap. Kita berada di negara aman? Ya mungkin kadar jenayah pada 2013 yang menurun sebanyak 2,120 kes bebanding 76, 247 kes pada 2012 membolehkan engko kata kita berada di negara yang aman. Engko POWER!!

2) Isu bebudak membuli ini bukan sekarang terjadi. Jaman abah2 kita dulu lagi dasyat rangging nya. Cuma takda handpon kemera dan you tube saja untuk dimuat naik.

Memanglah dulu pun ada kes macam gini. Habis tu kau nak biarkan budaya bangang ini diwarisi anak cucu cicit engko? Takde perasaan mahu menghentikannya? Tak risau masa depan anak engko? Ko jawab sendiri. Anak engko, engko punya pasal. Aku tak mahu benda ni terjadi pada anak-anak aku dan aku rasa bertanggungjawab untuk hentikan budaya ni semua.

3) Kes buli, kes pondan bukan 100% berpunca dari media walau ia berperanan penting. Kita sebagai rakyat merangkap hakim keluarga perlu cerdik memilih medium. Kena kerja keras sedikit bukan membebel menyalahkan pihak lain sedang kita didalam rumah tidak bertindak dalam mengekang sumber yg tak ditapis masuk ke layar tv. Kita hakim keluarga, kuasa di tgn kita.

Engko dah jauh menyimpang ni saudara. Dek kerana kecelaruan inilah aku terpaksa letak kurungan pada tajuk (bukan 100% berpunca Tivi) semata-mata mahu bagi jelas pada mereka yang benak tak paham. Dan secara tiba-tiba aku dikatakan membebel menyalahkan pihak lain dan kredibiliti aku selaku ketua keluarga dipersoalkan.

Perlu ke aku bagi tahu rumah aku takde Astro? Perlu ke aku jelaskan secara terperinci jam berapa aku tutup tivi di rumah? Apa jenis rancangan yang aku bagi anak aku tonton? Kau nak aku sentuh segala aspek? Kau tunggu ajek aku tulis buku.

4) Berbalik kepada hakim keluarga tadi, kita berbicara fasal karangan di atas yg nampak total menyalahkan pehak tv. Ya, itu kita faham pengaruh tv ada impak besar namun ia bukan total menyumbang. Disini pengarang hanya lontar ide bobrok tivi menanyang cerita sotong, af fan segala bagai adegan kemaksiatan dipapar. Saya pandang itu bukan soalnya. Soalnya cara bagaimana didikan itu untuk sekalian meneutralkan dari watak antagonis kpd watak motivasi yg mendidik. Anak2 sebaya kita 5 6 tahun kalau tak menonton di tv seorang pondan pasti dijumpa dikhalayak luar. Mereka bertanya pada tahap umur itu. Jadi abah kena main dulu peranan penting dalam menjawab dan mendidik jangan asyik bermain liga fantasi atau berkarang di media2 sosial (contoh).

Sekali lagi tukang komen konpius dan aku syak dia memang banyak terlepas rebel aku pada rancangan Tivi di Malaysia yang tiada kualiti. Macam yang aku cakap dekat atas tadi. Kalau kau nak aku sentuh segala aspek, kau tunggu ajek aku tulis buku.

Aku tak tahu macam mana nak 'meneutralkan dari watak antagonis kpd watak motivasi yg mendidik' dengan mengajak anak aku menonton Rosyam Nor merogol Sheera Iskandar kemudian aku jelaskan pada anak aku...

"Rosyam Nor tu merogol bukannnya apa, dia marah pada Jai dengan Malek sebab banyak buat kacau dekat kawasan dia. Jai pulak berhutang banyak pada dia. Dan dalam Islam berhutang adalah perkara yang tidak elok. Walaupun Rosyam Nor aka Tailong  berwatak cibai dalam filem ini, dia sebenarnya banyak membantu memberi pelindungan kepada kaum Melayu. Dia abang besor buat orang Melayu. Shamsul Yusof nak kita tahu yang Tailong adalah harapan terakhir umat Melayu di Kuala Lumpur ini wahai anakku..."

Memang dekat luar anak-anak kita akan nampak orang pondan, mat dadah, bohsia dan bohjan tapi kalo dari rumah dah memang anak-anak disalurkan dengan hiburan bangang, lambat laun ia akan menjadi terlalu biasa buat mereka dan pastinya mereka mudah terpengaruh dengan benda-benda macam ni semua.

Peranan ketua keluarga itu satu tanggungjawab yang lain dan ia memang amat penting. Dan aku sudah amat jelas menulis hanya pada sudut tanggungjawab pembuat rancangan dan media hiburan di negara ini. Apa yang susah sangat nak paham sampai engko mula sentuh 'bermain liga fantasi' dan 'berkarang di media-media sosial' ??

Kalau engko kata itu hanya sebagai 'contoh' untuk melepaskan diri sebab ia sudah melibatkan kawan-kawan yang lain..engko bodoh. Contoh itu sebenarnya memang sudah menunjukkan itulah sasaran engko sebenarnya. Apa pasal perlu takut? Memang engko ada masalah dengan orang main Liga Fantasi? Memang engko ada masalah dengan kami yang mengarang-ngarang di media sosial? Dulu engko pun buat benda yang sama...tak ingat keeeee? Dah gian nak mengarang semula? Tapi takde modal nak menghentam orang?

Kalau engko yang mengomen ni baca, ketahuilah engko ni sebenarnya aku rasa susah nak terima apa yang aku tulis sebab awal-awal lagi mentaliti engko hendak memangkah aku. Dan aku dah perhatikan segala hasil tulisan aku akan mendapat tentangan daripada engko walaupun sebenarnya benda yang aku sampaikan itu ke arah kebaikan. Bukan aku hendak engko memuji muji aku. Tapi sekurang-kurangnya realistik sikit dalam memberi komen tindakbalas. Kalau ade bangang tu, mintak disorokkan sikit.

Baiklah. Aku akan tutup hal ini sekarang. Lepas ini aku takkan kacau atau ganggu keharmonian penggemar-penggemar Aznil, Azwan Ali, Suamiku Encik Sotong, Akademi Fantasia, Mentor, Drama Horny Waktu Maghrib, Konsert Jom Heboh, Maharaja Lawak, Liga Lawak Superstar, Filem Melayu bergenre rempit, hantu dan lawak bodoh.

Hiduplah dengan aman damai wahai umat manusia sekalian...Ingat..hidup kita bukan hanya di dunia ini sahaja wahai saudara saudari cikebum cikebum.

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

Tuesday, November 11, 2014

Minum Solo Atau Berkumpulan?

Dekat CIMB Bukit Damansara ni aku nak bagitau. Kalau minum sorang-sorang tandanya ahli Sufi. orang pandang tinggi. Kalau engko basuh tangan, orang minum air tu.

Boleh kata semua kedai aku minum sorang-sorang. Bukan aku tak minat minum berkumpulan. Ada masa masa jelaaaa. Kumpulan Search pun tak hari hari minum berkumpulan.

Bak kata pepatah.."Singa datang bersendirian, hanya babi datang berkumpulan"

Aahhh..aku ade kerja ni. ade kerja. Aku malas nak kelahi dengan budak-budak.


Posted via Blogaway

Bajet 2015

Tahukah anda?

Lebat giler hujan malam tadi macam Bajet. Sampai tercabut dinding.

Dinding rumah tercabut bukan main takut.

Pergaulan lelaki perempuan, sikit dinding pun tiada. Tak takut pulak?


Posted via Blogaway

Maaf Andai Rumah Kita Tidak Sempurna

Rumah kita nanti akan diperbuat dari kayu bermutu tinggi. Terasa nyaman pada waktu siang dan selesa pada malamnya untuk awak tidur lena. Di hadapan rumah kita, akan saya binakan sebuah pondok anjing. Lebih mudah percayakan anjing dari seorang pengawal keselamatan. Di belakang rumah pula, akan saya tanam pokok buah-buahan seperti pokok langsat, laici dan raspberry. Hasilnya akan kita nikmati ketika tua. Selain kalis bunyi supaya memudahkan kita bermesra, rumah kita akan dibina kalis lipas, jadi usahlah awak merasa resah atau gelisah. Bumbungnya dibuat lutsinar, material dari plastik yang tahan angin. Sambil menunggu untuk tertido, kita boleh melihat bintang atau langsuir. Dapur rumah kita mengadap Gunung Fuji, supaya awak mendapat inspirasi untuk memasak. Sistem pengudaraannya juga bagus dan teliti. Ruang tamu kita tidaklah terlalu besar hingga menimbulkan riak dan tidaklah pula terlalu kecil hingga menimbulkan simpati.

Pada dindingnya pula, saya akan letakkan potret awak, anak anak dan juga pemain bola serta ahli gusti kegemaran. Pada sudut yang lain, dindingnya akan dikhaskan untuk anak anak menconteng dan melukis. Ini penting untuk kreativiti dalam tumbesaran. Tidak lupa saya binakan, sebuah pendiang api dari batu sungai. Sebuah kerusi malas akan diletakkan berhadapan pendiang api tersebut. Jika anak2 pulang lambat dari disko satu hari nanti,mereka akan menerima hukuman dari saya yang duduk bergaya di atas kerusi malas tersebut. Dalam rumah kita akan terdapat banyak bilik sehingga kita terpaksa mengajikan seorang penunjuk arah supaya tidak tersesat.

Sebuah bilik akan dijadikan sebagai bilik kucing. Lengkap dgn penghawa dingin dan sebuah peti ais penuh dengan ikan salmon sebagai makanan. Sebuah bilik lagi akan dijadikan sebagai bilik merokok. Terdapat ashtray dan lighter di setiap penjuru.Poster dinding berkonsepkan kematian. Dalam salah sebuah bilik, saya binakan air terjun buatan. Ia dibina sangat real sehingga bila pintu dibuka, muka akan terkena percikan air. Kita juga akan mempunyai bilik sungai, bilik tasik, bilik tivi, bilik ibadat dan juga jika awak terlalu busy, bilik perempuan simpanan. Pada malam hari, saya akan lepaskan 8 juta kelip kelip di sekeliling rumah dan pada siang,saya akan menyimpan mereka dalam stor kelip kelip.

Begitulah gambaran serba sedikit mengenai rumah kita.


Posted via Blogaway

Jangan Terajang Mereka Sebab Tiada Larangan Terhadap watak LGBT di TiVi

Jangan Terajang Mereka Sebab Tiada Larangan Terhadap watak LGBT di TiVi.

Budak-budak sekarang kecik-kecik dah mengadap Aznil terkinja-kinja atas pentas, Azwan Ali meliuk lentuk sambil memasak.

Setiap Isnin disajikan dengan Suamiku Encik Sotong. Malam sebelumnya berfantasi dengan Akademi Fantasia. Saban waktu maghrib hero kaya heroin miskin menjadi teman.

Cukup bulan pergi nengok Konsert Jom Heboh. Juga turut ditaburkan dengan pelbagai lawak sewel dari Maharaja Lawak dan Liga Lawak Superstar.

Apabila tiba musim cuti sekolah, mak bapak pergi bawak nengok wayang Filem Melayu. Genre yang ditayangkan tak lain tak bukan rempit, hantu dan lawak bodoh. Semuanya berulang-ulang sampai kiamat.

Lepas tu bila heboh ada kes budak-budak sekolah buli bergaduh, masing-masing pening kepala mencari punca. Bila isu transgender menjengah, semua jadi gelabah.

Dari kecik engko dah diajar nengok benda-benda tak berfaedah dan takde isi. Bila dah besor otak pun jadik kosong dan mula buat benda-benda merapu. Pergi cari hantu, bergaduh perasan samseng, cuba pakaian berlainan jantina.

Entah bila masanya kita nak mula didik masyarakat kita tengok rancangan-rancangan yang lebih baik isinya.

Engko tak percaya dengan apa yang aku cakap ni? Cuba engko muhasabah diri pikir balik apa benda yang saluran tivi hidangkan pada kita semua setiap hari setiap jam.

Zaman aku kecik dulu aku cuma kenal MacGyver, Rocky, Bruce Banner,  Rambo, Colonel James Braddock, Predator jek. Bila dah besor sikit John McClane, Oskar Schindler, William Wallace, Rob Roy MacGregor dan Maximus pulak muncul dalam idup aku.

Aku tak tahulah jenis umat macam mana lagi yang akan wujud di masa depan kelak. Bila difikirkan secara tegas dan mendalam, boleh naik seram jugak.  

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

Thursday, November 6, 2014

Membuli Junior II

Membuli Junior II

Aku tengah sedap tidor masa member aku tiba-tiba seret seorang junior ni masuk dalam bilik kitorang. Aku jadik malas nak layan sebab sekali imbas aku nengok junior ni takdelah jambu sangat. Kalau jambu boleh jugak join.

Dari kedudukan baring yang sedap di atas katil aku bukak mata aku keciiiik jek sebab nak nengok apa bende member aku ni cuba buat.

Member aku pun nyalakan rokok. Asap berkepol-kepol memenuhi ruang bilik. Lepas tu member aku letakkan rokok dihujung bibir beliau. Sekali sedut, terus terbatok. Cis buat malu senior jek. Kalau bukan perokok tegar tu janganlah nak berlakon sangat.

"Kau duduk atas kerusi ni," penuh gaya member aku mempersilakan junior tu duduk sambil dihulurnya sebatang rokok tanda tak kedekut. Junior menolak atas alasan merokok membahayakan kesihatan.

"Apehal engko ngurat adik aku. Akukan abang dia. Engko tak tahu ke?" Sekali lagi aku dengor member aku menyoal konon-konon ganas.

Laaaa...ini kes kontrol adik macam Faizal Hussin buat Hetty Sarlene dengan Zed Zaidi dalam drama Sembilu Kasih rupanya. Langsung tak gangster.

Bila dengor perbualan mereka berdua makin merepek, aku bingkas bangun dengan melakukan balik kuang. Aku keluar bilik dan terus pergi jumpa makwe Sarawak lalu aku bacakan dia puisi yang aku karang pada malam sebelumnya.


Posted via Blogaway

Kisah Membelasah Junior

Kisah Membelasah Junior I

Masa aku senior aku tak pernah belasah budak. Aku sibuk mengarang puisi dan rencana. Cuma kadang kadang aku pergi mengintai makwe kantin mandi.

Masa aku form 5 aku pernah tak puas hati dengan sorang budak form 3. Sebab dia selalu mandi pakai baju dan kepala dia kemik. Lepas tu satu hari aku masuk tandas suruh dia bukak baju.

"Ko bukak baju ko, ko bukak!!!!" Aku sound.
Dia geleng kepala tanda taknak bagi kerjesama. Aku jadik marah. Aku panggil geng dengan sekali siulan. "Swiiiiiit" Bunyi dia.

Budak tu macam goyang. Dia pun bukak baju. Lepas tu aku dengan geng aku semua balik bilik tidur.

Rupa rupanya selama ni dia mandi pakai baju sebab nak sorok 6 pax dia supaya tak menjadi manusia yang riak. Aku terus rasa nak menangis.

Kisah Membelasah Junior II

Pernah masa form 4 aku rasa nak marah jek. Aku berjalan ke dorm member aku. Dekat dorm member aku, member aku tengah belasah budak.

Aku tanya member aku, "ape hal budak ni?"

Curik duit, "member aku jawab".

Aku tenung budak tu dalam dalam. Budak tu tunduuuuuk jek.

"Locker ko mane?" Aku tanya budak tu.

Budak tu tunjuk locker dia. Aku bukak locker budak tu dan aku perhati dengan teliti. Budak tu sambung kena belasah dengan member aku.

Lepas tu aku bersila makan roti berlatarbelakang bunyi budak kena belasah. Agak agak dan kenyang, aku pun balik bilik tidur.


Posted via Blogaway

Wednesday, November 5, 2014

Membuli Junior

Membuli Junior

Empat lima hari ni kecoh jugek dengan video junior kena belasah dengan senior. Ini semua tak betol. Junior sepatutnya mendapat belaian selembut mungkin dari senior. Senior sepatutnya sentiasa membantu junior tidak kira apa jua keadaan. Kalau junior ibarat tangan kanan, senior pula bagaikan poket seluor sekolah juga yang sebelah kanan punya. Sentiasa melindungi dalam seluk.

Susah senang perlu bersama. Sama sama susah payah siapkan kerja sekolah. Cari soalan bocor peperiksaan sama sama. Meredah hujan dengan menggunakan satu payung ketika pergi pasar malam beli makanan. Belanja junior tengok wayang sama sama. Itu antara sekelumit contoh yang aku boleh berikan.

Makanya peliharalah jiwa mereka sehingga menjadi bini kita. Heh? Aku lari tajuk ke?

Macam aku dulu, aku paling terkejut bila ada junior yang kenal aku macam gini...

"Eh, Hadri tu yang selalu pergi sembahyang dekat surau tu ek?" Ya rabbbi...naik luluh jantung aku mendengornya.

Sebenornya kita tak payah nak belasah-belasah pun junior ni. Buat rileks sudah. Engko tak suka kena belasah kan? Jadi nak buat apa engko belasah orang pulek? Hah?

Posted via Blogaway

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway