Woih Like Lah!!!

Friday, March 27, 2015

Status Pilihan

Lagu Johor

Jumpa anak dara baek bakal mertua baek
Jumpa janda baek bawak balik janda baek

Dia orang Pahang aku orang Johor
Dia tak biasa duduk belakang di atas motor
Kau hanya hidup sekali itu prinsip dan moto YOLO
Dia ajak ku tengok polo, oh no?

Aku bersabor jek pagi pagi radio pasang lagu macam gini.

Berita Hening

Pagi ni aku dengor berita radio RTM. Begini beritanya.

"John Terry menyambung kontraknya untuk kekal lagi setahun bersama Chelsea di Stempet Bridge."

Sedap jugak name Stempet ni.

Mamak Onne

Dear Mamak,

Please be nice to me. Tapi kenapa bila aku order sup ayam, engko pegi buat Meggi Sup Ayam?


Posted via Blogaway

Thursday, March 26, 2015

Kaedah Memandu

#WDY3354 Membawa kereta bagaikan baru tumbuh gigi depan 2 batang. Ini tak lain budak budak MLM le ni.

Macam mane aku snap gambor? Begini...

Mula mula aku tekan butang auto pilot drive dekat stereng kereta aku di sebelah kanan ni. Lepas tu aku selak bumbung kereta dengan sebelah tangan kiri aku sebelum aku melompat secara balik kuang dari seat dan terus mendarat steady dekat depan kereta bahagian enjin. Lepas tu aku snap sambil mengimbangi badan aku sendiri.

Memang pada mulanya aku ingatkan aku Jason Statham tadi.


Posted via Blogaway

Sunday, March 22, 2015

Pencarian Yang Benar.

Pencarian Yang Benar.

Panassss...panasss...hot...hot...

Seminggu dua ni memang membara dua isu utama dalam negara Malaysia yang suatu masa dahulu amat dikenali dengan Islam Hadharinya. Entah ke mana perginya Islam Hadhari sekarang ni pun aku tak tahulah.

Dua isu membara itu ialah:

1) Hudud

2) GST

Jadi sebagai manusia normal yang lemah, aku jugak tidak ketinggalan bercita-cita untuk menjadi ahlil pakar ekonomi dan golongan agamawan di media sosial. Jadi aku meneruskan mencari yang benar berkenaan dua isu mega ini.

Namun malangnya kajian aku sekali lagi berakhir di hujung kuku Tori Black.

Aku terus bangun lalu mengambil wuduk.


Posted via Blogaway

Friday, March 13, 2015

Sazali Samad Melawan Diana Danielle, Dyana Sofea, Tasha Shilla dan...

Sazali Samad Melawan Diana Danielle, Dyana Sofea, Tasha Shilla dan...

Pada 2007 Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin ada berkata:

“Setakat ini, Jakim sudah mengeluarkan 40 garis panduan dalam pelbagai bidang dan yang terbaru ialah panduan hiburan dalam Islam,” katanya menjawab soalan Datuk Paduka Badruddin Amiruldin (BN-Jerai) yang meminta Jakim mengadakan garis panduan mengenai pakaian untuk artis yang hendak disiarkan melalui stesen televisyen pada persidangan di Dewan Rakyat, semalam. Sebelum itu, Badruddin membangkitkan mengenai pakaian artis yang dikatakan menjolok mata sehingga membantutkan usaha kerajaan mempertingkatkan budi bahasa, budaya sopan santun yang melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan konsep Hadhari yang diperkenalkan.

Hari ini pada tahun 2015...

1) Mungkin apa yang berlaku sejak beberapa hari ini tidak termasuk dalam 40 garis panduan JAKIM. Ini bermakna lebih banyak 'Diana Danielle' akan dipersembahkan...dan kita semua kena selalu bertabah.

2) Bagi aku pulak JAKIM seolah-olah tidak mampu memainkan peranannya dalam membentuk imej dan sahsiah rakyat Malaysia khususnya dari kalangan umat Islam itu sendiri. Tanggungjawab bagi menjaga etika pemakaian artis-artis di negara ini hanya bersandar pada 40 Garis Panduan tersebut yang dalam erti kata sebenar ia hanyalah nota yang tidak berkuasa. Sebab itulah ramai artis bebas berleluasa dan berani.

3) Apa yang aku dan mungkin umat Malaysia mahukan adalah satu kod peraturan undang-undang khas bagi memastikan cara berpakaian para artis dan rakyat di negara ini, khususnya di tempat awam menepati lunas-lunas Islam dan budaya sebenar rakyat negara ini. Ini kerana kita seringkali melaungkan Malaysia negara Islam. Negara Ahlil Sunnah Waljamaah. Tetapi dalam bab semudah ini, JAKIM sepertia biasa tidak berkuasa dan rileeeekss di bawah penghawa dingin.

4) Anda ada kuasa JAKIM. JUST GO AND DO IT!!! Nampak tak aku dah bagi semangat dekat engkorang semua.

5) Setiap Jumaat bukan main lagi Khatib bagitau tentang bahayanya agenda Freemason Yahudi, agenda Kristianisasi. Apa kita sedar yang umat Islam itu sendiri kadangkala lebih bahaya daripada musuh-musuh andaian tersebut? Kita ambil contoh Raja Bomoh Sedunia Datok Mahaguru Ibrahim Mat Zin. Bapak bahaya gila dia ni aku nengok. Tapi figura ini masih bebas ke sana ke mari dengan buah kelapa dan labu sayong.

6) Pada 29 Mac 2015 dijangkakan akan berlangsung Konsert Formula 1 PETRONAS Malaysia Grand Prix yang mana Girl Generation akan menjadi artis jemputan. Ia adalah peluang baik untuk budak lelaki peminat K-Pop naik ke pentas dan memeluk artis Korea ini kerana nampaknya acara ini adalah HALAL. Aku teringat pada pembatalan konsert Lamb Of God. Buat kerja separuh-separuh lagi keeeee?

7) Nampak macam aku salahkan 100% kepada JAKIM. Tapi aku tahu ia juga adalah tanggungjawab kita sebagai individu dan masyarakat dalam memerangi gejala haram macam gini. Namun setakat mana pula kuasa yang kita ada dalam menghalang masalah macam gini? Dalam rumah memang kita perlu main peranan. Macam mana pula di peringkat negara? Hah?

8) Cuma aku nak tanya engko, kalau budak sekolah sakit perut lepas makan di kantin sekolah pada waktu rehat. Takkan kita nak carik tukang kebun? Atau Cikgu Matematik untuk disoal siasat? Heh?

9) Dear JAKIM, Peguasa Agama dan Yang Berkaitan, diharap kalian bangkitlah dan bertindak segera mengikut Al-Quran dan Sunnah. Masih belum terlambat wahai anak tua...

10) Selamat Hari Jumaat.


Posted via Blogaway

Tuesday, March 10, 2015

Sazali Samad Melawan Diana Danielle.

Sazali Samad Melawan Diana Danielle.

Fatwa Ratu Cantik. - Fatwa mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik yang diwartakan pada 8 Februari 1996 mengikut Akta Pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah Persekutuan 1993 yang memutuskan bahawa menyertai atau menganjurkan atau menyumbang apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik adalah haram dan berdosa bagi orang Islam.

Sazali Samad.- Atlet bina badan negara Sazali Samad memenangi gelaran ke-10 Kejohanan Dunia Mr Universe di Mumbai, India sekaligus mencatat satu rekod dunia. Sazali yang masih berkhidmat dengan PDRM dan bergelar Sub Inspektor pernah memenangi kejuaraan Mr Universe sebanyak sembilan kali sebelum ini iaitu di Melaka pada tahun 2000, Moscow, Rusia (2004), Ostrava, Republik Czech (2006), Jeju, Korea Selatan (2007), Dubai (2009), Varanasi, India (2010), Melaka (2011), Bangkok, Thailand (2012) dan Budaors, Hungary (2013).
Beliau yang digelar Orang Besi Malaysia juga pernah meraih sembilan kali gelaran Mr Asia iaitu 1996, 1998, 1999, 2000, 2004, 2009, 2010, 2012 dan 2014.

Majlis Fatwa? Krik...krik...krik

Kenapa Sazali Samad masih bebas berlegar-legar di atas pentas dengan sehelai spendar hitam pada usia 47 tahun?

Adakah kerana beliau masih belum cukup menghairahkan? Anda yakin? Sudah tanya Azizah Mahzan? Sudah tanya Rosnah Mat Aris?

Fatwa mengenai larangan sertai Ratu Cantik tu dah bagus. Cumanya ia tidak menyeluruh dan seperti biasa buat kerja separuh-separuh.

Wahai Sang Penjaga Agama yang telah diamanahkan kuasa kepada engkau. Apa macam nak jawab bila Allah tanya nanti? Heh?


Posted via Blogaway

Friday, March 6, 2015

Marabahaya MLM

Marabahaya MLM

Duduk dalam bulatan. Berdiri dan senyum sambil berkata...

"Hai!!! Saya Muhammad Hadri. Saya tidak pernah terlibat dengan mana-mana institusi MLM sepanjang 31 tahun hayat saya. Sebab apa? Sebab saya POWER."

Pada mulanya memang aku malas nak sentuh pasal benda ni. Tapi selepas menengok video minah MLM (kata oranglah depa ni geng MLM) terjerit-jerit macam kerbau balau, aku terus jadi bersemangat nak cerita sikit pasal benda ni. Aku tulis ni berdasarkan pengalaman peribadi aku dan pendapat peribadi aku sendiri. Kalau engko rasa apa yang engko buat tu halal, teruskan. Aku tak rugi apapun waima data internet sekalipun.

Ko nak kata aku cuba tutup pintu rezeki engko? Jadah mende? Aku bukan Tuhan, bukan Malaikat. Dan bukannya aku boleh jadi kaya pun dengan menaip macam gini.

LUXOR.

Benda alah ni mahsyur serata alam masa zaman aku belajar dulu. Aku tak tahu macam mana gaya LUXOR ni didagangkan sebab malas nak amek tahu. Lagipun aku bizi belajar di OA (Open Access) dan RC (Resource Centre).

Apa yang aku dapat tahu ramai jugaklah member aku yang join. Entah apa jadik dengan diorang selepas itu pun aku tak tahu. Baru-baru ini aku ada check senarai Forbes - Manusia Terkaya Di Dunia. Satu orang pun aku tak kenal. Aku ingatkan adelah sorang dua member aku yang dah jadik kaya raya selepas join LUXOR. Rupa-rupanya...errrrmmmsss...Hauuuuussss.

Nota tambahan: Aku sebenornya bizi menulis puisi untuk makwe Sarawak masa member aku sibuk berniaga LUXOR ni. Tapi last sekali makwe Sarawak tu pilih Abang Soljar Wataniah. Mungkin sebab badan aku masa tu belum serupa macam Zul Ariffin.

Adik aku sendiri.

Tidak ketinggalan adik aku sendiri pernah terjebak dengan benda ni. Aku agak MLM lah kot. Hehehe..Sebab modus operandi dia lebih kurang jek. Cuma kali ini ada berdagang barang. Masa adik aku cuba beri barang tu pada aku. Aku campak ke lantai. Punyalah tegas aku masa tuh. Tapi hero mestilah kena tegas. Tak boleh lemau. Takkanlah bila orang suruh datang dengor ceramah, engko pegi. Orang mintak deposit duit, engko bagi. Ternyata tahap geliga otak seseorang itu amat berbeza dan kita kena mengakuinya.

Nota tambahan: Aku dapat info ada member adik aku yang join benda ni extend belajar entah berapa semester agaknya dekat Universiti Kerajaan. Malahan risikan dari ejen rahsia aku jugak ada antara mereka sudah join kerja dengan badan kerajaan. Benda ini masih dalam siasatan dan ejen aku sentiasa update dari semasa ke semasa. Kahkahkah..real betol.

Bini aku.

Masa ni Puan Feeza masih lagik Cik Feeza. Dia kata nak join satu benda macam MLM ni sebab nak kumpul duit kahwin. Aku memandang ke dalam matanya. Tergoda sikit. Jadi aku izinkan sebab masa ni belum sah jadi bini aku lagi. Takkan aku nak lebih-lebih halang pulak. Tapi aku cakap pada dia yang aku berjanji akan ketawa berdekah-dekah depan muka dia kalau benda yang dia join ni gagal di tengah jalan.

Beberapa bulan selepas itu.....

"KAHKAHKAHKAH..." Aku ketawa depan muka Puan Feeza serupa gampang dengan air liur sekali aku semburkan. Padan muka dia. Dia kata dia tak larat nak pergi ceramah dan cari orang garisan bawah (downline leeee).

Selepas itu dengan tampan aku cakap pada dia..."Taknak jadik bangang kan? Meh kahwin dengan aku. Setel."

Adakah aku ajek yang POWER?

Sebenarnya kita semua boleh menjadi POWER sekiranya kita luangkan sikit masa untuk cari info dan siasat pasal benda ni. Sebagai contoh kita boleh semak dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mengetahui status perniagaan syarikat sama ada dijalankan secara benar atau sebaliknya. Kita juga boleh mengenalpasti modus operandi yang digunakan oleh sindiket ini sebabnya ia lebih kurang sahaja. Antaranya:
 
1. Pada mulanya ahli sindiket akan mengajak mangsa supaya keluar minum petang atau makan malam untuk membincangkan peluang perniagaan.

"Ermmms..you dah breakfast? Mari I belanja you dekat restoran berputar Menara KL. Ape kelas makan meehun perisa kapur dengan karipap berinti angin dekat mamak ni? Heh!!!"
 

2. Selepas itu, ahli sindiket bercerita tentang skim perniagaan di mana mangsa hanya perlu mencari ahli baru untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda dalam masa yang singkat.

"Engko cari ahli baru. Seberapa ramai yang mungkin. Lepas tu engko akan kaya. Semudah 1,2,3,a,b,c. Paham tak?"
 

3. Skim pelaburan ini menjelaskan di mana terdapat beberapa pangkat di dalam syarikatnya seperti Grand Duke @ Arch Duke, Duke, Marquis, Count, Baron, Francais dan Members.

"Dalam kumpulan kami sudah ada Bapak Duke, Bapak Mahameru, Bapak NKVE, SKVE dan pelbagai lagi pangkat. Sebab ape? Sebab depa kaya!!!"
 

4. Ahli sindiket juga biasanya akan menggunakan kenderaan-kenderaan mewah untuk menarik perhatian mangsa sebagai down linenya.

"Terbaik Woooooooooooooooooooshhhh...Terbaik Woooooooooooooooooooshhhh...Terbaik Woooooooooooooooooooshhhh...Apa kaboooooorrrr?????Terbaik Woooooooooooooooooooshhhh...!!!"

Cilaka betol. Terngiang-ngiang pulak video minah menjerit ni.
 

5. Mangsa berasa tertipu apabila pulangan yang dijanjikan tidak diperolehi.

"Selepas aku melabur beratus ribu. Aku cuma dapat pulangan sebotol vitamin ajek..sedihnyerrr...uuuuuuuu"

Begitlulah ye wahai adik-adik sekalian. Cukup setakat ini sahaja rasanya. Ingatlah pesan abang ni. Bukan mudah nak jadik kaya. Tapi mudah nak jadik bangang. PM me for details. Hek!!!

SUMBER:

1) PDRM
2) Bank Negara Malaysia (http://www.bnm.gov.my/?ch=en_financialconsumeralert&lang=bm)

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway