Woih Like Lah!!!

Friday, August 29, 2014

Menyambut Kemerdekaan Dengan Kehadiran Akademi Fantasia Yang Penuh Barokah




Menyambut Kemerdekaan Dengan Kehadiran Akademi Fantasia Yang Penuh Barokah 

KUALA LUMPUR: Seramai 12 orang pelajar Akademi Fantasia 2014 (AF 2014), telah diperkenalkan dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Doubletree By Hilton di sini pada Khamis. 

"Agak mencabar juga mahu mencari 12 pelajar yang terbaik. Banyak saringan yang perlu dilakukan.
 
"Alhamdulillah, pihak kami memilih pelajar daripada pelbagai latar belakang selain mempunyai bakat yang berbeza," katanya pada majlis pelancaran tersebut.
 
                                                   --------------------------------------------------

1. Melayu Memang 'Super Freak' Dengan Agenda Yahudi.
 
Adakah anda tahu Akademi Fantasia itu haram?
 
Eh, ye ke haram? Mana ada haram. Setakat budak-budak menyanyi duduk serumah sekelas menari bersama, berlatih bersama..apa yang haramnya? Diorang bukannya buat maksiat pun dalam tu. Semua sekadar belajar menyanyi. 

Melayu selalu takut dengan penyebaran agenda Yahudi dan Freemason. Takut yang takan ada kesudahannya. Sedangkan Melayu itu sendiri lupa mereka begitu leka mentaati corak hidup yang boleh menghakis akidah. 

Konsert-konsert JomHeboh, konsert selepas perlumbaan F1, majalah Mangga, disko-disko yang berlambak dekat KL ni, pemimpin-pemimpin Islam yang menghina agama diorang sendiri, MTV serta Channel V, filem-filem komedi romantik, seram, aksi Melayu, dan pelakon Melayu yang menghalalkan sentuhan bukan muhrim kerana mencari rezeki. 

Ini semua engko mahu gelar apa? Gerakan Penyebaran Islam? 

Pada aku, takde bezanya agenda Yahudi dengan Akademi Fantasia. Tapi sebab Akademi Fantasia adalah produk untuk orang Melayu (dari orang Melayu kepada orang Melayu). Jadi, ada antara kita yang mampu pejam sebelah mata ssambil menghantar SMS AFUNDI. Ada jugak yang ketagih kalau tak dapat menonton diari dan konsert mingguan. Apa yang lebih menyedihkan, golongan-golongan pengamal tegar Akademi Fantasia inilah yang akan jadi orang pertama tekan butang share dekat facebook kalau berkenaan dengan boikot barangan Yahudi. 

Eh, bila Akademi Fantasia ni nak habis? Apa benda yang best sangat pasal AF ni? 


2. Berfantasilah Wahai Anak Mude. 

Memang bila seseorang itu ingin jadi terkenal, diorang akan sanggup buat tak peduli dengan pandangan masyarakat, tak peduli langsung dengan pandangan orang sekeliling dia. Sebab itulah wujudnya program realiti TV semacam Akademi Fantasia ni dekat Malaysia. Tujuan dia tak lain tak bukan adalah untuk membuatkan orang-orang yang tak sedar diri ni rasa diri mereka dihargai dan membuatkan orang yang tengok tu wish diorang adalah mereka yang di kaca TV tu. 

Kita suka lari daripada realiti. Sebab tu kita ada banyak rancangan realiti TV. Nak membuatkan ramai manusia tak kenal mana satu realiti, mana satu fantasi. Duit buat perabis SMS AFUNDI tak rasa membazir. Benda-benda lain banyak pulak fikir berjimatnya. Kenapa dipanggil rancangan realiti kalau tujuan sebenar nak buat rakyat hidup dalam fantasi? 

Yang aku tak faham sampai sekarang ni pasal apa Kim Kardashian pun perlu ada realiti TV? Tak cukup popular ke dengan video itu hari? Heh!! 

3. Bantah Secara Menyeluruh, Janga Separuh-separuh. 

Dulu ada orang PAS dan badan-badan NGO yang bantah konsert Rihanna, Avril Lavigne, Beyonce, Elton John, Jennifer Lopez dan terkini Mariah Carey. Ramai jugak yang kutuk kata tak open minded dan itu adalah hak individu. Majoriti yang mengutuk ni tak sedar ke Akademi Fantasia dan konsert-konsert ni haram? 

Tapi bantah sahajalah yang boleh dibuat. Pada penghujungnya konsert tetap jugak berjalan sebab nak selamatkan poket-poket orang tertentu yang dah berabis banyak duit rakyat untuk bawak masuk artis-artis ni. 

Eh? Bukankah kita ni negara Islam? Ape hal bawak masuk bentuk hiburan macam gini? 

Aku tanya engko balik. Tang mana Islamnya negara Malaysia? Cukupkah sekadar lambang bulan bintang atas Jalur Gemilang? 


4. Kau Selalu Laungkan Pembentukan Masyarakat. Macam mane tu? 

Apapun, bagi aku program-program realiti sebegini kalau dihentikan terus lebih berfaedah, sebab ianya tidak bersifat mendidik masyarakat melainkan hiburan kosong yang hanya menjanjikan fantasi dan menggalakkan orang melayu berangan dan dan terus berangan.  Hiburan merupakan elemen berpengaruh terutama sekali di kalangan golongan remaja. Hiburan yang bersifat mendidik akan mendorong golongan remaja untuk mengembangkan sahsiah diri mereka secara positif. 

Akan tetapi sekiranya mereka menerima pendedahan dari hiburan yang bersifat hendonistik semata-mata, ia akan mendorong golongan muda untuk bertindak menurut kepuasan hawa nafsu semata-mata. 


5. Kau Merungut Tapi Kau Langgan.
 
Astro adalah mastermind dalam hal ini. Mereka berjaya melalaikan Melayu dengan cukup sempurna.

Bagaimana kita boleh jadi masyarakat yang gemar berbelanja walhal sebenarnya kita tak mampu? Pelik bukan? BR1M kita ambik sebab layak tapi pakej Mustika Astro ada dekat rumah supaya senang nak nengok Akademi Fantasia. Padahal kalau kau layak ambik BR1M. Manakala Astro itu sendiri adalah satu bentuk kemewahan yang expensive untuk kau. Hairan betol aku. 

Nota tambahan : Jangan lupa saksikan diari AF minggu hadapan untuk mengetahui apakah yang Cikgu Fatimah sedang sembangkan di dalam gambor di atas. Ingat...bukan mudah menyusun tanggaaaa ke angkasaaaaa...uuuuyeeeaaaah!!!!!

Thursday, August 28, 2014

Merdeka 57

Ahad ini Malaysia akan menyambut kemerdekaan yang ke-57.

Manakala Tv3 steady tayang cerita drama Melayu waktu Maghrib - Rindu Awak 200% dan pelbagai lambakan hiburan yang sejenis dengannya.

Merdekakah minda akal kita dari cengkaman hiburan yang melalaikan sebegini?

Wednesday, August 13, 2014

Cinta Saduran - Kesan Rumah Hijau

Central Park, New York City
8.33 AM.

Pagi yang tenang dan damai. Seperti biasa warga New York sibuk dengan 'ritual' pagi mereka. Ada yang bertaici dengan makwe, ada yang berpoco-poco dengan sepupu. Yang berlari dengan seluar ketat tak usah cakaplah dia punya ramai. Masing-masing mengimpikan BMI yang stabil. Biaselah orang Amerika..takut mati.

"Whoooooooooossshhh..." Tiba-tiba angin bertiup kencang hanya dengan sekali lalu.

Dari kejauhan kelihatan dua pasangan yang sedang hangat bercinta Raisuddin M - Pemuda berambut pendek kerinting warna kuning tidak berbaju dan tubuhnya berpeluh dan Flexible Yop - gadis yang hanya memakai short dengan singlet. Mereka berdua duduk-duduk sahaja sambil menikmati pagi yang permai di Central Park.

"Raisuddin M...saya ada soalan. Kalau saya menjadi Rosmah?" tanya Flexible Yop.

"Sayalah Birkin"

"Raisuddin M...kalau saya jadi Azizah?" Flexible Yop menggedik lagi.

"Akanku jadi negeri Selangor"

"Raisuddin M...kalau saya jadi Azwan Ali?

"Takkan saya nak jadi Azmin Ali pulak..Hah!! Akanku jadi buloh runcing buat menyula si Azwan Ali"

"Kah....kah...kah.."

Berdekah-dekah mereka ketawa serupa syaitan. Entah mende yang kelakor pun tak tahulah. Tapi biaselah adat bercinta. Punchline mengarut pun boleh dapat 10 bintang.

"Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa"

Tiba -tiba terdengar suara wanita menjerit dari kejauhan. Mereka berdua menjadi cemas. Gelak ketawa mereka hilang serta merta. Suasana di Central Park menjadi sunyi sepi.

"Awak dengar tak Raisuddin M?"

"Ermmmms dengar..." Raisuddin M mengerutkan keningnya.

Seorang lelaki di hadapan mereka berhenti berjalan. Dan mula berjalan secara mengundur.

"Bapak kelakor giler orang Amerika ni. Berjalan mengundur serupa sarkis" Raisuddin M cuba menahan gelaknya daripada menjadi lebih buas dengan menekap mulut menggunakan tangannya.

"Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa"  "Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa"  "Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa"

Wanita Amerika makin galak menjerit. Kedengaran jeritan dari serata arah. Keadaan menjadi hiruk pikuk secara mengejut.

Dari tempat duduk mereka bedua jelas ternampak beberapa warga Amerika yang sedang berjalan secara mengundur.

Flexible Yop kelihatan semakin cemas. Dia melihat sekeliling. Hampir semua warga Amerika di situ berdiri dalam keadaan statik. Tidak bergerak...dan jatuh terjelepuk ke tanah. Ada antara mereka berlumuran dengan darah.

Dalam masa yang sama juga angin bertiup kencang ke arah mereka berdua menerbangkan daun-daun dan rumput kering yang ada di situ.

Raisuddin M masih lagi menahan gelaknya. Kini Flexible Yop menjadi keliru dengan situasi yang dialaminya.

"Raisuddin M...kalau saya jadi Satay Kajang?" Flexible Yop sudah mula mengarut.

Soalannya itu membuatkan Raisuddin M menjadi lebih keliru.

"Raisuddin M.!!! Engko tak dengor ke?? Kalau aku jadi Satay Kajang? Engko nak jadi ape?" Flexible Yop mula meninggi suara sambil tangannya mengigil-gigil. Dicapainya kayu penyucuk sanggul yang melekat di rambutnya. Lalu dengan bersahaja dirodok lehernya sendiri. Darah membuak-buak membasahi bangku tempat mereka duduk. Ada juga yang terpercik ke muka Raisuddin M. Serta merta Flexible Yop tidak bernafas. Singlet putihnya bertukar warna darah. Bau hanyir kini menyusup ke dalam rongga hidung Raisuddin M.

Raisuddin M yang melihat situasi menakutkan itu di hadapan matanya menjadi lebih kaget. Kaget tu....

Malapetaka apakah yang sedang melanda Kota New York?

Tuesday, August 12, 2014

Menara Gading

Menara Gading

Berdasarkan pengalaman Abang yang budiman ni. Takkan ade adegan terlanggar awek bawak file banyak-banyak. Lepas tu tolong kutip, bertentang mata, ade daun daun kering berterbangan sambil lagu Mohabbatein feat secara mono dan kemudiannya jatuh cinta.

Yang ade hanyalah. Awal sem-bergembira > Tengah sem-presentation dan test > Hujung sem-buat dan submit assignment > final.

Abang bukanlah jenis Mat Romeo yang bertukar tukar makwe setiap semester. Bagi Abang pelajaran adalah segalanya. Heh!

- Abang '92 -

Kerajaan Campuran di Selangor.

"Haaaape? Kerajaan campuran? Engko ingat ini negara bapak engko yang create?"

#PrayForNegaraMalaysia

Politik Meloghat

Selamat Melingkup Politik Malaysia.
Selamat Melingkup Negara Malaysia.

Kita? Jom bergaduh pertahankan ahli politik maksum kita.

Friday, August 8, 2014

Kesucian Jumaat Diragut Oleh Etika Berpakaian Wanita Yang Entah Apa Benda

Semua orang tahu kesucian hari Jumaat. Tetapi ada sesetengah wanita yang tidak perasan mereka telah menggugat kesucian hari Jumaat dengan gaya berpakaian yang entah apa-apa. Ini mungkin disebabkan oleh faktor sesetengah firma bahawa 'Hari Jumaat Boleh Berpakaian Tidak Formal'. Tidak formal? Sejauh mana tidak formal tu pulak?

Memakai tudung tetapi tidak menutup aurat sebaiknya. Mesti nak kena pakai baju dan seluar ketat. Kain meleret macam pengantin pencen. Berhias pulak mengalahkan Angelina Jolie dalam filem The Tourist. Lipstik ajek dah setebal 3 inci. Minyak wangi pulak sebatu dah berbau harum. Hukum hakam seorang Muslimah berhias apabila keluar rumah tu aku serahkan pada Ostad Done untuk ulaskan nanti.

Wanita katanya tidak mahu dieksploitasi. Tetapi melihat kepada trend ni, adakah sebenarnya wanita tidak suka dieksploitasi, tetapi mereka suka perhatian yang diperolehi apabila mereka rela mengeksploitasi diri sendiri?

Aku perhatikan juga banyak betul NGO yang wujud untuk mempertahankan hak wanita daripada dieksploitasi. Girl power! Woman's right! Jangan jadikan wanita habuan halwa mata lelaki!

Tapi macam mana nak sekat mata lelaki yang memandang kalau fesyen baju nampak bentuk badan dah berlambak disajikan kepada kami? Jarang betul aku jumpa lelaki berkain jarang sehingga boleh menampakkan nipple di dada mereka. Mintak dijauhkan jugak benda-benda macam gini.

Pernah terjadi satu kes pada tahun 1985 apabila kerajaan Malaysia pada ketika itu menetapkan bahawa melarang pemakaian purdah (menutup muka) dikalangan penjawat awam. Selama ni kita selalu dengar orang Melayu komplen bos Cina tak bagi pergi solatlah..bos Cina kata kalau nak pergi solat Jumaat kena balik pukul 2 lah...tapi...ni SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA woih!! Macam mana tuh?

Tak kiralah corak pemakaian macam gini sama ada ia tradisi atau budaya. Tapi kalau seorang wanita tersebut rasa selamat apabila menutup muka, pada aku, eloknya kita biarkan sahaja.

Kalau ada seorang wanita suka tayang dada, aku rasa itu juga eloknya digalakkan. Lagi elok kalau buat syarat..nak tayang dada, wajib pakai mini skirt sekali. Heh!!

Dah, itu ajek aku nak cerita pagi ni. Next time kita sembang perihal Lelaki Berseluar Pendek Menayang Lutut Berkarat pulak.

Wednesday, August 6, 2014

PemBoikotan

Tahukah kite...?

Aku perhatikan umat Malaysia dah mula nak bertelagah perihal boikot ni. Ade yang suruh boikot itulah. Boikot inilah. Dan yang lagi parah ade jugak yang dah mula berjinak-jinak menjadi Malaikat pencatat dosa pahala. Padahal katalog Avon jadi bacaan rutin.

Menengok umat Malaysia bertelagah tentang perihal boikot ini lagi amat mengerikan berbanding melihat apa yang terjadi di Palestin. Kenapa kita perlu bergaduh? Kenapa tidak boleh ada kata sepakat? Bukankah niat kita adalah serupa? Makanya di sini amat penting untuk kita memiliki sifat bertolak ansur sesama kita.

Nak buat kerja boikot ni kena tenang dan berilmu. Jangan main sergah jek. Pemboikotan ni perlu dilakukan pada skala yang lebih besar dan ia bukan hanya setakat memotong kad HSBC dan Tesco, bukan sekadar memforward mesej berantai ke 30 orang umat Malaysia, bukan hanya dengan berpuasa McD dan Starbuck pada hari Jumaat dan bukan juga dengan cara memaki pekerja McD dan bertindak liar terhadap restoran tersebut. Malah ia mesti dilakukan secara berilmiah dan berterusan serta tidak bermusim. Walaupun di Malaysia ini sungguh terkenal dengan pelbagai musim antaranya musim belasah Syiah, musim menonton bola tanda tidak hormat kesengsaraan Palestin dan musim MH370, MH17.

Jika kita benar-benar mahu melumpuhkan Israel dengan cara ini, maka wajarlah Sultan, Perdana Menteri atau JAKIM mengetuai pemboikotan ini. Dan ia juga perlu dilakukan selepas mengambil kira di antara hukum dan keutamaan afdhaliyah. Tapi dimanakah pendirian ketiga-tiga mereka dalam perihal pemboikotan ni?

Kalau kau rase POWER, lebih baik kita yang ade dekat sini bertenang dan mengukuhkan perpaduan sesama kita. Solat 5 waktu berjemaah misalnyer. Lawan dahulu musuh dalam diri kita. Kemudian bila rase diri dah ampuh dan bersedia, kau berjuanglah menentang yang Bathil.

Aku pulak? Bagi aku rileks kejap. Aku nak nyanyi ni.

Terimalah lagu dari saya nyanyian asal oleh Mac Rahayu dengan tajuk Ditakdirkan Kita Bersama.

Simpatiiiiii Jiwaaaaaaa Bukannya Alasan
Kala Mataaaaaaa Kita Bertentangan
Ku Sedariiiiiiii Aku Pun Begitu~~~
Merindui Belaian Kasihmu
Sedari Duluuuuu Andai Pasti
Di Takdir Kita Bersamaaaaaa....