Woih Like Lah!!!

Friday, July 3, 2015

Pemanduan Hiruk Pikuk

Pemanduan Hiruk Pikuk

'Tepi. Tepi. Aku nak pergi kerja. Sampai bila nak mengharapkan kos sara hidup menjadi rendah?'

Post.

Selesai up satu status di fb. Aku terus serius menghidupkan enjin kereta.

Macam biasa aku memandu kereta nasional untuk ke pejabat. Lagu di sistem pemain radio aku sukatkan sesedap rasa di telinga. Kedengaran lagu Balik Kampung dari Sudirman sedang berkumandang. Ini petanda raya semakin hampir. Aku tersenyum manis. Semanis Neelofa.

Apabila hendak mengahampiri tol lorong touch and go, aku memperlahankan kereta. Malangnya secara tiba-tiba kereta dari sebelah kiri lorong tunai masuk sailang di depan aku. Tanpa signal dan sebarang amaran. Selamber badak.

Mujur aku seorang yang tenang. Aku beri ruang pada beliau memandangkan sekarang bulan Ramadhan aku simpankan sahaja carutan di dalam hati walaupun masih ada rasa geram.

Dari cermin pandang belakang kereta tersebut aku nampak jelas wajah si pemandu. Lelaki berkepala botak. Juga seorang warga Inggeris jika aku tak salah. Aku abaikan sahaja perangai kuno beliau.

Kini beliau sudah berada di depan aku. Dia menurunkan cermin tingkap. Dengan jelas aku lihat dia menghulurkan dua helai wang kertas kepada mesin touch and go tersebut. Terkejut aku dibuatnya. Dekah aku tidak tertahan lagi. Lalu aku teruskan berdekah-dekah seorang diri di dalam kereta.

Tidak habis di situ. Aku mengambil peluang untuk menambah tekanan kepada beliau.

Pooooooooon!!!! Pooooooooon!!!! Pooooooooon!!!! Piiiiiiiiiiiiiiiiiiinn!!! Piiiiiiiiiiiiiiiiiiinn!!! Piiiiiiiiiiiiiiiiiiinn!!!

Aku terus menerus menekan hon tak kasik chance punya. Muka beliau kelihatan bertambah merah. Sambil tangan dilambai-lambaikan keluar tingkap. Mungkin berasa marah dengan tindakan aku.

Beberapa kereta di belakang aku pula mula menekan hon. Ini membuatkan aku bertambah naik sheikh untuk turut membunyikan hon secara membingit.

Pooooooooon!!!! Pooooooooon!!!! Pooooooooon!!!! Piiiiiiiiiiiiiiiiiiinn!!! Piiiiiiiiiiiiiiiiiiinn!!! Piiiiiiiiiiiiiiiiiiinn!!!

Selepas puas, barulah aku memberikan isyarat untuk mengundur kepada kereta di belakang aku. Aku mengundur dan masuk ke lorong sebelah. Touch and go.

Manakala si pemandu benak itu kelihatan masih di lorong tadi sedang bertekak pula dengan jurutol yang menunjukkan isyarat 'engko kena beli kad touch and go la bangang'.

Siapa kata orang putih itu semuanya bijak? Hah?


Posted via Blogaway

No comments:

Post a Comment