Woih Like Lah!!!

Tuesday, January 5, 2016

YAPEIM - The Babi Awakens.

YAPEIM - The Babi Awakens. 

Pertamanya aku nak ingatkan bukanlah aku suruh engko percaya sangat apa yang NOW dedahkan (walaupun YAPEIM sudah mengaku). Dan aku bukanlah nak engkau pertahan mati-matian tindakan si YAPEIM ni. Cuma aku harap engko buat penilaian sendiri dengan apa yang telah berlaku ketika ini. 

Mula-mula kita kena tahu YAPEIM ni binatang ape. Apa kerja dia. Tugas dan tanggungjawab dia. Jenis institusi dia juga kita kena tahu. Kerajaan, separuh kerajaan atau swasta. Okeh, dah tahu semuanya. Kemudian kita nengok apa pula gossip yang melanda YAPEIM lewat masa ini.

1. Kursus Kahwin Di Paris. 

Nama penuh : Simposium Perdana Paris: Isu Perkahwinan, Kekeluargaan, Keusahwanan dan Pengurusan.

Penganjur : Jakim, JAWI, Yapeim, MAIWP dan PKPU.

Nilai kos : RM290,000 (selama 14 hari)

Siapa yang terlibat : 150 orang pelajar luar negara dengan dua hingga tiga orang penceramah.
Alasan: Menjimatkan perbelanjaan bagi pelajar luar negara supaya tidak perlu balik ke Malaysia untuk mengambil kursus.

2. Simulator Golf.

Nama penuh : Pusat Latihan INPUT Golf.

Milik : INPUT - Institut Penyelidikan dan Perundingan Yapeim.

Nilai kos: Ada berbagai jenis dan harga sebenarnya. Bergantung kepada KEPAWERAN simulator itu sendiri. Secara kasar aku anggarkan dalam 40-60 Ribu Dollar. (engko convert sendiri duit Malaya)

Sumber kewangan untuk beli : Melalui perniagaan dan ada juga menggunakan sumber-sumber kewangan sendiri.

Alasan: Untuk membentuk masyarakat bersukan termasuk golf dan menerusi pembelian simulator itu, permainan tersebut boleh dimain tanpa mengira cuaca kerana ia ditempatkan dalam bangunan.

Okeh. Berikut antara persoalan yang boleh kita jadikan renungan bersama. Adakah rancangan bersamamu masih ada di tivi tiga? Berapa ramai pula pemain golf dari Malaysia yang berada dalam ranking 10 pemain terbaik dunia? Dalam ranking 10 pemain terbaik ASIA pun takde woih!!!

Adakah kita cemburu dengan kekayaan orang Melayu dalam perniagaan? Ataukah memang Melayu itu tidak boleh langsung pegang duit banyak dalam tangan? Mulalah nak beli dan buat benda merepek yang bukan-bukan?

YAPEIM dah jawab segala tuduhan dalam wesite mereka. Engko bacalah dan nilaikan sendiri.

Cuba nengok sekeliling kita sekarang. Situasi ekonomi. Yang mana satu keperluan. Yang mana satu keinginan. Masing-masing ada otak dan boleh fikir.

Errrmmmms...sudahlah aku nak pegi makan nasik lemak telur goyang.

Banjir 2015

Banjir 2015.

Tadi aku ada terbaca surat khabar. Kemungkinan banjir bah yang besar akan menjengah Kelantan seperti tahun tahun yang sudah. Jadi...aku suka nak ulang semula sedikit pesanan yang aku kutip dari merata laman sosial.

1. Sehandal mana pun anda berenang, percayalah pada satu perkara. Sepantas pantas ikan berenang, pantas lagi nyawa melayang. Jangan tunjuk terer.

2. Kalau perlu pindah, pindah. Jangan keras kepala. Manusia takde insang untuk bernafas dalam air. Nyawa ada satu je. Takde nyawa spare.

3. Dokumen penting simpan siap siap. Barang barang letrik letakkan atas meja. Periksa paras air setiap setengah jam.

4. Paras air akan naik dgn laju pada waktu malam. Jadi jangan tido lena sangat. Elakkan berlanggar bahu dengan bini. Perasaan susah nak kontrol.

5. Bukan manusia je yang selamatkan diri musim banjir ni. Binatang pun nak selamatkan diri jugak. Jadi jangan redah banjir sesuka hati.

6. Pihak keselamatan akan jaga barang barang dan rumah anda.Bukan semua pencuri ada bot. Dan kalau diaorang curi pun, itu tandanya kerja keras.

Sekian tips banjir dari saya. Kita kembali semula ke studio.

Status Pilihan December

December 2015.

ERL Naik.

Di sebelah kanan sepanjang perjalanan akan dipenuhi pemandangan air terjun yang menyamankan.

Manakala di sebelah kiri pula dipenuhi haiwan liar seperti bison dan kijang yang berkejaran sesama mereka.


FiFa 40.

Kalau FIFA up sampai 40 pun Malaysia masih tak dapat layak, makan tahiklah FAM woih!

Takkan nak tunggu sampai 200 pasokan main welkap kooooot...


Ponteng Parlimen.

Wujudnya wakil rakyat yang ponteng parlimen sekiranya dengan alasan uzur sakit BERMAKNA secara peribadi aku berasa kita perlu laksanakan beberapa langkah antaranya ialah sebelum PRU buat medical check-up. Adakan saringan ujian pelbagai jenis penyakit seperti jantung, HIV, sipilis, hormon dan sebagainya.

Kalau tak fit ataupun dalam bahasa melayunya CERGAS, macam mana nak menjadi wakil kepada berjota rakyat di Malaysia ni? Adalah amat penting sebenarnya untuk memilik kecergasan akal, otak dan fizikal ni. Barulah berketerampilan imej sebagai wakil rakyat dan otak bergerak pantas selari dengan kecerdasan yang dimiliki.

Lagik satu. Yang datang parlimen pun satu hal. Tidor macam penyakit kencing manis dah tahap kronik. Makan tahik punya Wakil Rakyat.


Piala Malaysia 2015.

Pawer nak mampos team Kedah dengan Selangor ni. Keeper Selangor pulak level Petr Cech dah ni.
Team Pecah Penjara in FM16 NOW!

Alhamdulillah...

Buat testing KTM selama enam bulan pada waktu kemuncak, mesin beli tiket automatik rosak, khabornya 7 minit sekali KTM tapi masih lagi 15 minit. Yang paling penting ialah TIKET TAK KENA GST WOIH!!!

Tiket memanglah tak kena GST.
Tapi tambang KTM naik.
Buat iklan jenis bodoh tak patut punya.


PAU 2015

Baru dua hari Umno Bersidang, talipon pintar bejaya depa siapkan. Kalau setahun bersidang, Russia dengan China pun sujud di hujung kaki UMNO. Heh!!!


Jose memang pengurus yang POWER. Ape yang jadi season ni agak misteri.

Hilangnya Jose dari BPL musin ini umpama WWE tanpa The Rock dan Stone Cold.

Berehat dan bawak-bawaklah diri tu ke gereja untuk bertaubat.


Wadimor

Semalam aku menengok rancangan Hal Ehwal Islam dekat tivi satu. Tajuknya HAK YANG BERHAK. Secara kasarnya tentang zakat. Panelnya Ustaz Haslin dan seorang lagi individu comel montel bulat wajahnya.

Tiba slot soal jawab. Muncul satu makwe bertanya kepada panel. Soalannya mudah selepas aku ringkaskan. Kenapa proses pengagihan zakat terlalu banyak birokrasi.

Ustaz Haslin pun menjawab seperti biasa dengan nada berdegau-degau. Sesekali seperti marah-marah bunyinya. Dan aku tersenyum nipis mendengor jawapan beliau.

Memang sesuailah dia digelar Ustaz Bollywood.





Aku harap lepas rebranding nama team ni, muka Azmin Ali akan kerap ade di stadium.
Lepas main game, nengok Star Wars pulak. Nikmat hari Isnin macam mana lagi yang engkau mahukan?
Nota: Polis EVO sampai hari ni aku tak nengok lagik.


Mereput

Cik Cinderella dan Encik Tengku.

Urut dada jek aku nengok tajuk drama Melayu ni.


999

Aku memang tapernah mengikuti rancangan 999. Semalam aku sudah tertengok dekat tivi dia punya ceritalah satu kali.

Berikut aku simpulkan apa yang aku tonton dan dengar dari kejauhan tempat duduk aku. (Warning: Spoiler alert Star Wars Ep. 9)

Kes 1
Penangkapan sindiket pengemis haram di Kelantan.

KES 2
Serbuan di Pulau Pinang ke atas penyeludupan PATI.

KES 3
Serbuan di rumah urut di sekitar Selangor.

Begitulah dia tuan tuan dan puan puan sekalian betapa teruknya tiga buah negeri ini.

Sementara itu jenayah balak di Sarawak, penjualan tanah Melayu di Johor kepada taikun Singapura dan aktiviti bauksit di Pahang rupa-rupanya adalah berita palsu.

Menyesal aku baca facebook. Heh!