Woih Like Lah!!!

Thursday, February 26, 2015

Perihal Menjawab Telefon.

Perihal Menjawab Telefon.

Sebelum aku bercerita lebih lanjut. Aku harap benda ni cuma pernah kena pada aku seorang sahaja. Dan engkorang semua tidak pernah mengalaminya. Mungkin nasib aku malang. Atau tuah lebih berpihak kepada korang semua. Benda macam tu hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Beberapa bulan yang lepas aku ada telefon Bahagian Pinjaman Perumahan dengan begitu banyak kalinya. Tapi tak berangkat barang sekali pun. Jadi bila aku pergi Putrajaya dan bertanya terus kepada Akak Penjaga Kaunter Bahagian Pinjaman Perumahan - "Kenapa bila call tak berjawab walau sekali pun ek?"

Dia membalas, "Tulaaa incik..kami pun hairanlaaa..kami call pun tak dapat."

Hek???

Seperti biasa aku segera Husnuzon. Sudah biasa kita mendengar dakwaan ini. Di pejabat kerajaan, telefon disediakan di setiap meja kakitangan. Namun sukar untuk menghubungi pegawai kakitangan tersebut. Lalu dicop terus semua kakitangan kerajaan malas mengangkat telefon. Kalau engko nak tahu....Sebenarnya, tugas kakitangan awam bukan semata-mata duduk di mejanya. Mereka juga perlu berurusan dengan bahagian lain, menghadiri banyak mesyuarat ataupun tugasan luar. Tidak adillah dituduh kakitangan awam malas mengangkat telefon.

Aku jugak baru jek telefon Lembaga Hasil Dalam Negeri. Tak lepas. Talian sibuk katanya. Aku tidak cepat mengalah dan terus menelefon satu talian yang paling popular masa kini iaitu Uuuuuuuuuuuuuuu Tiiiiiiiiiiiiii Siiiiiiiiiiiiiiii....Uuuuuuuuuuuuuuu Tiiiiiiiiiiiiii Siiiiiiiiiiiiiiii....

Malangnya operator pengangkat telefon memindahkan talian aku dari Selatan Zimbabwe ke Utara Congo. Dan dari Utara Congo ke Barat Daya Iceland. Aku menangis sendiri. Teresak-esak di corong telefon. Tapi aku perlu tabah dan terus husnuzon.

Mungkin engkorang pernah menghadapi situasi ini. Biasanya yang menjadi masalah ialah bila kita sebagai pemanggil tidak menyatakan secara terperinci urusan yang kita nak jalankan itu. Maka si penjawab telefon pun keliru pegawai yang mana yang sesuai untuk disalurkan talian. Mereka juga manusia biasa yang lemah dan mudah keliru walaupun telah bersarapan pagi selama 3 jam sejak dari jam 9 pagi lagik.

Ingatlah saudara saudari sekalian...Tidak semua berkenaan kerajaan itu buruk, tetapi tidak segalanya baik.

Lega betol aku membawakan watak husnuzon pada hari Khamis yang damai ni.


Posted via Blogaway

Muzik Sejati

Lama sebelum wujudnya facebook dan iTunes.

Audioslave + The Cakes = Pagi Yang Indah. Ape lagi yang tuan puan adik kakak mahukan?

Takkan dengor Era pagi pagi ni kot...ke dengor Hotfm jeeeee...Hah?

In your house I long to beeeeeee...
Room by rooooooooom, paaaaaatiently,
I'll wait for you there like a stooone.
I'll wait for you there aloooooone, aloooooone...wahai sayangku...

Sebak pulak tarik lagu Like a stone pepagi ni.


Posted via Blogaway

Tuesday, February 24, 2015

Sambal

Sambal.

Semalam aku masak sambal tumis udang belimbing. Puan Feeza makan sampai menitis air mata. Kata beliau:

"Rasa maca nak update facebook dengan caption - Incik Hubby masak lagik hari ini. Yeay!!! Time kasih Incik Hubby."

Aku jawab. "Takpe tak payah. Engko makan. Engko makan. Fokus makan. Biar abang update sendiri."

Makin laju air mata Puan Feeza menitik bagaikan air terjun Gunong Ledang.

This is JDT not Nogori laaaaa. Heh!!!


Posted via Blogaway

Sunday, February 22, 2015

Status Pilihan

Angkat Besi.

Besok pagi Zul Arifin bangun tido, dia dah bertukor jadik aku. Padan muka dia!!!

#witircinta #tahayatulmasjidcinta #dhuhacinta

Nescafe

Berjalan sambil memegang secawan nescafe.

"Awak Zul Arifin ke?"

"Bukan, sayelah Muhammad Hadri".

Padan muka engko konpius.

Mangal Pandey

Siang tadi ade tayang filem Mangal Pandey. Aku nengok.

Bila aku teringat kualiti filem Tanda Putra, terus sayu hati aku.

Sir James Brooke

Dulu masa sekolah rendah bila sebut nama James Brooke, mesti akan ditambah dengan Babun. Punyalah benci dengan penjajah masa zaman tu.

Mungkin ini dinamakan sebagai cintakan negara.

Cara Sebenar.

Eva Longoria lepas bersara dari siri Desperate Housewives, dia terbitkan filem John Wick. Kisah hero mengamuk selepas anjeng dia kena bunuh.

Dekat Malaysia pulak Ahmad Idham lepas berhenti berlakon drama dengan Mat Noor Kadir, masih bizi buat filem rempit, antu, kelakor bodoh.

Itu aku tak sebut lagi pasal Angelina Jolie dengan filem arahannya, UNBROKEN. Aku rasa Yusof Haslam pun harus bertaubat dari buat filem.

Posted via Blogaway

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

Thursday, February 19, 2015

Abang Dah Sign-up Ke Belum?

Abang Dah Sign-up Ke Belum?

Shah Alam | 9:30 AM

"Ini template saya. Abang nengok-nengoklah dulu ye. Manalah tau kalau-kalau berminat."

Pagi yang indah aku secara tiba-tiba terganggu dek kehadiran seorang mamat berkemeja kemas dengan logo Mukmeen Group pada atas poket kirinya. Burung-burung yang berkicauan tadi terus membisu seakan memberi satu petanda.

"Boleh saya duduk?"

Aku pandang muka mamat ni sekali imbas tanpa sebarang syak wasangka. "Hah, dudukle."

Kami pun terus berborak punyalah panjang. Dari perihal bibir Izaara Aisyah membawa kepada gigi kapak Siti Saleha. Dari kisah janda Rita Rudaini bersambung pula kepada cerita Nora Danish. Tanpa sedar hampir dua jam kami berborak.

Sehinggalah....

"Abang minat berniaga tak? Abang tau tak dekat Malaysia ni siapa yang paling banyak dan berjaya dalam perniagaan? Cina bang...cina...Memang Cina yang pegang ekonomi Malaysia ni baaaangggg...abang tahu tak?"

Aku terus memandang tepat ke dalam anak mata beliau. Melayu Malas. Cina Samseng. India Mabok. Tak pasti sampai bila kita akan dimomokkan dengan cerita macam gini. Tanpa aku sedari air hangat mula bertakung di kelopak mata aku yang bundar ini. Aku berasa mual dan sangat sedih serta pilu dengan situasi ni.

"Jadi...abang rase-rase nak sign-up ke tidak ni?" Kata mamat tu lagi sambil mengangkat sebelah keningnya berulang-kali.

Aku bersabor jek masa tu.


Posted via Blogaway

Saturday, February 14, 2015

Perempuan Amerika Terakhir.

Perempuan Amerika Terakhir.

Lega. Dia keluar daripada bilik air selepas selesai bersiram secukup mungkin. Segala daki dan kekotoran yang dikutipnya seharian sudah disental dengan sabun cap kapak. Kini dia harum dan mewangi macam Anzalna Nasir.

Dia bercermin dengan memandang wajahnya sendiri dengan satu pandangan yang sayu. Segalanya sudah cantik dan cukup sempurna. Sebatang hidung mancung persis Julia Robert. Mata bundar seakan Anne Hathaway. Bibir munggil bagaikan Orlando Bloom. Cuma bengkak dilehernya sahaja yang masih terlihat. Dia mendengus perlahan. Mengeluh.

Laci di meja solek dibuka lalu sekotak rokok dikeluarkan. Sebatang rokok dinyalakan dengan tertib. Asapnya disedut selaju mungkin bagi melegakan tekanan yang entah dari mana datangnya sedang melanda jiwa lembutnya itu.

Daripada laci yang sama dia keluarkan pula kotak yang penuh dengan barang kemas. Beraneka rantai zamrud, cincin berlian yang ditempah khas dari Hong Kong serta gelang batu ruby dari Tanzania yang mana menjadi milik simpanannya sejak tahun 2008 dan 2009 lagi.

Semuanya adalah pemberian daripada seorang Saudagar Token juga yang bersasal daripada Hong Kong. Seorang lelaki pemurah berpangkat Datuk. Michael Chang namanya.

Dia menggeleng-gelengkan kepala apabila terbayangkan wajah rakus Datuk Michael Chang. "Hik..hik.." Dia ketawa sendiri.

Kemudian dia sarungkan ke leher, jari dan juga tangannya segala perhiasan mewah tersebut. Dia memandang cermin sekali lagi untuk melihat dirinya. Senyum. Manis dan garang.

Usai bersolek seadanya, dia bingkas bangun dan menuju ke almari, Pintu almari dibuka seluasnya. Ada 9 beg tangan jenama birkin pelbagai bentuk dan warna menghiasi satu sudut di dalam almari tersebut. Semuanya bernilai antara US$9,000 dan US$150,000 sebijik. Dia tersenyum puas. Ini juga pemberian Datuk Michael Chang.

Kalau dahulu dia kerja sebagai wartawan cabuk sahaja di The New York Times. Kerjanya mengejar cerita kucing mati tersepit lif, cincin tersangkut dekat anu, anu tersumbat dalam botol dan juga kadangkala buat liputan tentang kes cerai berai artis tempatan. Gajinya sangat kecik. Sekecil tapak tangan anjeng. Kadangkala nak makan nasik goreng USA pun tak mampu. Maklumlah dekat New York ni semuanya mahal. Kalau di Malaysia tu lainlah ceritanya. Segalanya murah. Syukur.

Sekarang dia berkhidmat di HSBC - Hong Kong and Shanghai Bank Corporation. Nasibnya berubah macam kompas penunjuk arah sejak dia bertemu dengan Datuk Michael Chang yang secara kebetulan berurusan di bank yang sama.

Walaupun hidupnya bagai seorang puteri dilayan oleh Datuk Michael Chang, namun Saudagar Token kaya raya tersebut masih tidak mahu mempersiterikannya. Ini kadangkala menjadikan dia semakin tertekan. Apa kurangnya diri ini?

Kini mereka sudah jarang keluar dating bersama. Kali terakhir mereka nengok wayang ialah cerita The Wolf of Wall Street. Lame tuuuu....Dan baru-baru ini juga Datuk Michael Chang membatalkan janjinya untuk menonton filem Dumb and Dumber To. Dia kecewa. Rasa macam nak bunuh diri jek tau.

Dia membuka pintu balkoni dan berdiri beku di situ. Dari Park Laurel, New York yang bernilai US$33.5 Juta ini saujana mata memandang. Tapi ia masih tidak mampu memberikan ketenangan pada jiwanya yang sentiasa gundah. Tulah..hidup bergelumang dengan dosa macam ginilah. Dahlah tak sembahyang. Heh!!!

Rajuknya sudah tidak dapat dipujuk lagi hatta dengan kemewahan dari seluruh semesta sekalipun.

"Cuba engko terjun. Cuba engko terjun." Bisik syaitan di telinganya yang menyamar menggunakan suara Jalaluddin Hassan - Seorang pelakon tua dari Malaysia yang juga berpangkat Datuk.

Dia tidak menunggu lama lalu terus terjun dari balkoni kondominium mewahnya itu.

Begitulah pengakhiran hidup Perempuan Amerika Terakhir - Peter Joseph Brown.

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

Tuesday, February 10, 2015

Dear Abang

Dear Abang,

Sesampainya engkau di Sungai Buloh. Engko carik pakcik ni. Nama dia Ellis Boyd "Red" Redding. Mula-mula nanti mesti dia kasik poster Emma Maembong bersaiz sebenor. Tahulah dia nak suruh engkau buat ape nanti. Ikut ajek cakap beliau.

Aku rasa takde orang yang sanggup mencacah tatu nak selamatkan engkau kat dalam tuh. Ataupun paling last sekali kalau ada perpustakaan kat Sungai Buloh tu, gunakan pengalaman engkau sebagai Menteri Kewangan sebaik mungkin.

Apa-apa pun engkau kena rilekkkksss...Kat luar ni biar aku sorang jaga.

XOXO

-H-


Posted via Blogaway

Monday, February 9, 2015

Bersenam

Bersenam

Gym, Pangsapuri Damai | 6:00 PM.

Aku, Puan Feeza, Hasya dan Hilman melakukan senaman demi menyahut seruan kerajaan. Mengikut kajian pakar. Kadar penurunan berat badan lebih perlahan tanpa senaman. Kalau dengan senaman 3 kali seminggu boleh kurang 1 hingga 2 kg seminggu. Tetapi tanpa senaman atau gaya hidup yang aktif, ia mungkin cuma mampu menghilanglan 0.5 hingga 1kg seminggu. Itu pakar yang cakaplah. Bukan aku.

Masing-masing sibuk di dalam gym. Hasya buat treadmill, Hilman buat kacau, manakala Puan Feeza memantau aku melakukan sit-up gaya jurulatih sepak takraw.

Aku jadik tak selesa. Kejap-kejap aku selak peruk aku. Kejap-kejap aku selak peruk aku. Kejap-kejap aku selak peruk aku.

"Apehal abang asyik nengok perut abang jek tu?"

"Abang risau dari 6-pax nanti jadik 8-pax. Macam mane nak bezakan antara abang dengan Zul Arifin pulek?"

Puan Feeza terus berdekah-dekah.


Posted via Blogaway

Guardian of The Galaxy

Guardian of The Galaxy

Guardian, KLCC | 13:24 PM

Suasana hiruk pikuk tetapi mendamaikan mata memang selalu wujud di sini. Pelbagai jenis corak pemakaian yang mereka amalkan untuk sajian umum. Yang tidak menutup aurat itu kita nak sembang mende lagi? Dah terang-terangan salah. Ni haaaa yang berjubah bertudung litup ni yang memberikan aku sedikit masalah mata. Nak pilih jubah tu biarlah dari fabrik yang elok sikit. Dah macam kain baju tidur aku nengok. Fabrik mendenye sampai berbekas spender engko? Heh?

Aku abaikan situasi tersebut dan tenang bersiul-siul kecil sambil humming lagu 'Uuuuuuu ttttttt ccccccc...Uuuuuuu ttttttt ccccccc' menuju ke destinasi. Ye memang sejak beberapa bulan ni lagu ini sajelah yang terngiang-ngiang dekat lubang terlinga aku macam gampang. Uuuuuuu ttttttt ccccccc...Uuuuuuu ttttttt ccccccc....haaaa nengok!!!

Sampai sahaja di Guardian terus aku ambil barang yang hendak dibeli secara pantas dengan harapan tidak meninggalkan sebarang jejak pada CCTV. Tiba-tiba....

"Abang nak beli jenama yang ini ke? Tapi saya rasa tak berapa berkesanlah yang abang amek tu. Saya pakai yang ini haaa. Elok....sesuai dengan kulit saya. Makin licin dan berseri-seri. Tapi tulaaaa...yang saya pakai ni mahal sikit. Yang abang pegang tu muraaaah..."

Aku merenung wajah promoter itu dengan satu pandangan yang penuh dengan makrifat Tok Kenali. Dari kepalanya aku memandang turun ke kaki. Dari kaki pula membawa ke mukanya semula. Aku pantas beristighfar. Terkumat-kamit mulut aku masa nih.

Kemudian aku pandang semula diri aku yang selekeh dan berwajah manis ni. Berselipar jepun, seluar jeans lusuh yang entah bila kali terakhir dibasuh dan t-shirt hitam leher bulat melekat di badan aku. Tiba-tiba aku merasa sayu. Uuuuuuu ttttttt ccccccc...Uuuuuuu ttttttt ccccccc...dia datang lagi ke telinga aku. Cilake.

Aku mungkin tidak berpakaian kemas seperti John Wick mahupun kelihatan berwibawa seperti Robert McCall yang kehulu-kehilir membawa sebijik buku. Tetapi perlukah aku menunjukkan resit bil hospital kepada umum? Perlukah aku bagi tahu dia setiap tahun aku back to back buat umrah? Mestikah aku memusing-musing kunci kereta BMW di hujung jari tengah? Patutkah aku menunjukkan transaksi perbankan atas talian?

Aaaaaaaaaaargggggghhhhhhh....Apa sudah jadik dengan dunia ini?  Aku pasrah dan terus humming lagu 'Uuuuuuu ttttttt ccccccc...Uuuuuuu ttttttt ccccccc...' sambil berlalu ke kaunter untuk membayor menggunakan wang syiling hasil tabungan aku sejak dari kecik.


Posted via Blogaway

Friday, February 6, 2015

Keberanian

Keberanian

'Penuntut UiTM maut selepas dikelar'

Baddrol Rani melipat kembali surat khabar yang baru dibelinya tadi selepas hanya membaca tajuknya sahaja. Dia termenung jauh. Sejauh Perlis dan lalu dia berasa mual pada hujung tekaknya.

"Kenapa perlu sampai disembelih? Aku dulu masa kena rejek dengan makwe, terus aku beristighfar 3 kali dan move on pada ketika itu jugak. Tapi tulaaah...tak semua orang diberikan pakej macam aku ni. Dahlah kacak bergaya, taukeh perniagaan  atas talian yang berjaya pulak tuh," bisik Baddrol Rani di dalam hatinya.

Tiba-tiba Baddrol Rani berasa berat sekali di kepalanya. Entah kenapa sakitnya itu berulang kembali. Sudah hampir dua minggu dia berkeadaan sedemikian rupa. Disertakan dengan lemah-lemah badan dan tidak bersemangat untuk bercinta lagik. Heh!!!

"Bekam ialah perkataan Melayu untuk proses pengeluaran darah kotor (toksin) dari badan melalui permukaan kulit. Bahasa Arab pula ialah Al-Hijamah iaitu membuang darah kotor dengan tujuan membersihkan darah yang mengalir dalam tubuh. Inilah salah satu cara detoksifikasi yang selamat serta tiada kesan sampingan. Kulit adalah organ yang terbesar dalam tubuh. Oleh itu banyak toksik berkumpul disitu. Berbekam sangat berkesan untuk melegakan atau menghapuskan kesakitan, memulihkan fungsi tubuh badan serta memberi seribu harapan pada pesakit untuk terus berikhtiar mendapatkan  rawatan. Sejak Zaman mesir kuno lagi kaedah berbekam menjadi amalan bagi penyembuhan pelbagai penyakit, seperti sawan, angin ahmar, hinggalah ke penyakit yang ringan seperti masalah kulit dan letih lesu. Perawatan ini tidak perlu diragukan lagi karena berpandukan hadis–hadis yang banyak menerangkan kebaikan bagi orang yang mengamalkan bekam." Tiba-tiba terimbas kembali ceramah seorang Ustaz dalam satu kuliah Subuh yang dia dengari beberapa hari yang lalu. Ustaz yang terkenal dengan jenaka dan gelak ketawa terbahak-bahak di dalam masjid.

"Ya!!! Mungkin aku kena buat bekam ni." Baddrol Rani bertekad di dalam hati.

*******

Akhirnya Baddrol Rani sudah sampai di tempat rawatan bekam yang dia telah berjaya cari melalui google. Ini adalah kali pertama buat dirinya untuk melakukan bekam.

"Baring Incik. Baring meniarap ye." Baddrol Rani yang sudah membuka baju pun menurut sahaja arahan Pakcik Slavian si Pakar Bekam.

Baddrol Rani kini dalam keadaan meniarap di atas katil rawatan bekam. Tanpa dia sedari Pakcik Slavian si Pakar Bekam sedang memegang sebilah pisau Rambo. Tidak menunggu lama Pakcik Slavian si Pakar Bekam terus menikam belakang Baddrol Rani. 1,2,3 tikaman dilakukan dengan kuat dan menembusi bahagian organ hadapan Baddrol Rani. Darah pekat merah berbau hanyir memancut-mancut memenuhi seluruh bilik rawatan tersebut. Baddrol Rani sudah tidak bernafas lagi. Pakcik Slavian si Pakar Bekam masih tidak berpuas hati. Dirodoknya bahagian pinggang Baddrol Rani sambil dipusing-pusingnya hujung pisau tersebut sehinga terbentuk lubang di situ. Kemudiannya Pakcik Slavian si Pakar Bekam menyelok ke dalam pinggang Baddrol Rani lalu merentap keluar organ dalaman taukeh perniagaan atas talian yang berjaya tersebut.

"Hiaaaaaaaaaaaargggggggggggh!!!" Jerit Pakcik Slavian si Pakar Bekam dengan penuh rakus menampakkan barisan giginya yang bertaring.

"Aaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhh!!!" Baddrol Rani tersentak. "Aku kat mane ni? Aku kat mane? Tahun berapa sekarang ni?" kata Baddrol Rani tak ubah seperti dalam drama Melayu apabila setiapkali pelakonnya bangkit dari pembaringan.

"Incik pengsan 2 jam yang lalu masa saya mula-mula toreh belakang badan incik. Incik jangan risau, tiada ashabul kahfi yang berlaku pada incik," sindir Pakcik Slavian si Pakar Bekam sambil menahan ketawanya.

Baddrol Rani cepat-cepat membayar rawatan bekam tersebut dan berlalu pergi sepantas tiupan angin. Dia berasa dirinya sedikit segar dan lebih lincah daripada biasa.

"......daraaaaaaah.....daraaaaaaah...." satu bisikan berbentuk halus berulang kali kedengaran di cuping telinga Baddrol Rani.


Posted via Blogaway

Tuesday, February 3, 2015

Berjasa Kepada Negara

Berjasa Kepada Negara

Shah Alam | 8.47 PM

Seperti biasa aku berbaring ala firaun di atas kerusi di hadapan tivi sambil jejari runcing lincah ini tak henti-henti menukar siaran mencari rancangan yang tidak membongak akal.

Tekan punya tekan punya tekan sampailah jari aku terhenti apabila terpampang satu iklan drama di stesen tivi kerajaan. Drama itu berlatarbelakangkan musim sejuk di negara Korea. Terleka aku sebentar dengan keindahan bumi Korea. Ternyata strategi pengarah Malaysia melakukan penggambaran di Korea amat berjaya. Serta merta aku terasa nak pergi Korea. Sungguh berjasa para kru produksi dan pelakon drama ini dalam memperkenalkan negara Korea ke mata dunia.

Sedang aku merenung tajam ke arah bibir nipis Tasha Shilla yang sedang mengayuh basikal dalam gerak perlahan, aku dikejutkan dengan suara Puan Feeza yang secara tiba-tiba sudah berada betol-betol di sebelah aku.

"Tak lama lagi mesti Tasha Shilla dapat gelaran Datuk dari kerajaan Korea Selatan. Almaklumlah dah banyak kali berlakon dekat saneeeeee....heh!!!"

Sebelum berlaku endah ape bende lagik kejadian, aku cepat-cepat meminta diri untuk masuk ke bilik dengan penuh beradab sambil terus mencari rehal dan terjemahan Al-Quran Rasam Uthmani.

Monday, February 2, 2015

Mencari Masa Depan

Mencari Masa Depan.

Aku berpusing-pusing mencari kedai melepak yang ada menyediakan sarapan power nak mampos di suatu pagi yang amat ceria dan berwarna-warni disulami dengan siulan sang murai serta pipit yang seakan sedang berselawat yahanana yahanana. Hurrraaah!!!

Pencarian tamat apabila terlihat sebuah kedai yang semacam memanggil-manggil aku untuk masuk kedalamnya. Mandrem barangkali. Selepas dengan steady memakir kereta nasional secara gostan. Aku turun dan terus memandang ke dalam kedai dengan satu pandangan yang sangat tajam tetapi masih ada manis dihujungnya.

Kedai ini dicatkan dengan warna merah, hijau dan kuning. Dinding sebelah kiri penuh dengan hiasan tanduk kerbau balau, seladang dan rusa santa klaus. Manakala di kanan pula pelbagai topeng kayu yang berukir dengan beraneka wajah. Sekali imbas macam ada yang iras-iras Rani Kulop. Aku abaikan.

Di dalamnya kelihatan seorang anak muda yang aku rasakan masih bersekolah. Berambut dreadlock dan sedang bermain daun terup seorang diri. Di jarinya terselit sebatang rokok yang tidak berasap. Sepi betol hidup budak ni, baik aku temankan dia bisik aku di dalam hati.

Aku pandang kiri dan kanan. Aku memberanikan diri untuk masuk setelah pasti aku tidak berada di Burkina Faso dan masih dalam tahun 2015.  

"Boleh aku duduk sini? Ade orang tak?" Aku tenung muka budak tu, budak tu tenung aku kembali. 1, 2, 3, 4, 5 saat berlalu dengan adegan merenung antara satu sama lain. Semacam ada panahan arjuna di situ.

"Takde. Duduklah. Duduk."

Selepas memesan minuman dan makanan, aku terus menegur budak tersebut dengan satu soalan sekadar mahu memecah kesunyian. Dari tadi budak berambut dreadlock ni aku perhatikan terlalu asyik bermain daun terup.

"Engko dah besor nanti nak jadik ape ek?" Ringkas soalan aku tanpa berselindung dan berpantun bermadah.

"Aaron Aziz." Penuh yakin dia memberi jawapan sambil keningnya terangkat di sebelah kanan.

Menyirap aku dengor jawapan penuh yakin dari budak yang berambut dreadlock ni. Kalau Zed Zaidi dengor mesti dia pun naik marah. Inilah bahana pengaruh filem samseng. Nengok filem rempit, dah besor nak jadik rempit. Nengok filem gangster, sibuk cari pistol manek dekat kedai aci. Nengok cerita hantu, taknak pulak berbinikan potianak. Tapi sibuk pulak nak berbinikan janda macam Maya Karin.

Aku tak puas hati. Aku tanya lagi budak yang berambut dreadlock ni. "Kenapeee engko nak jadik Aron Aziz?"

"Sebab dia adalah Incik Suami Yang Perfect 10 serta kegilaan ramai wanita horny di Malaya."

Pannggggggggggg!!!

Berpinar mata aku selepas melempang diri aku sendiri. Tak percaya aku manusia jenis macam gini yang akan mewarisi Visi 2020 Mahathir. Mahathir tau tak perihal ni? Hah?

Selepas makanan dan minuman aku sampai, aku segera meminta izin untuk berpindah meja secara tertib dan beradab.


Posted via Blogaway

Sunday, February 1, 2015

Semua Salah Cina Kau Tahu Tak?

Bukit Damansara | 2.30 PM.

Berjalan mencari kedai makan berkualiti di sekitar kawasan ketika coti umum memang mencabar. Aku mendapat info, yang hari ini ketika ramai umat manusia sedang steady bercoti menyambut Hari Wilayah dan meraikan kejayaan manis Jackie Chan menerima anugerah Datuk, hanya aku, Tasha dan jugak makcik penjaga tol sahaja yang bekerja. Kalau Mahathir tau aku kerja ini hari, mesti aku pun dapat Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah.

Dan seperti biasa hanya kedai mamak yang menjadi harapan bangsa macam aku ni.

"Boleh Pakcik duduk sini? Ade orang tak?"

"Takde. Duduklah. Duduk." Sambil aku alihkan kotak tisu depan aku.

Pakcik tua terus duduk depan aku. Dia berseluar pendek. Muka dia aku nengok tua nak mampos. Si tua ni kemudiannya mula menyusun kotak rokok, lighter, kunci kereta dan ashtray ala-ala Robert McCall.  

Aku terus menyuap makanan. Takde selera nak beramah mesra. Takkan aku nak bukak cerita pasal surat cinta Cikgu Aishah pulak? Kalau Elizabeth Tan duduk depan aku tu lainlah ceritanya. Knock knock kata dia...

"Waaah harga minyak turun. Lepas ni kalau naik, habis satu dunia mengarok. Satu dunia woih. Bukan satu Malaysia. Tapi masalahnya harga barang tak turun jugak ni. Semua ni salah cina. Cina yang kontrol ekonomi. Betol aku cakap ni. Kalau kita cakap mesti diorang marah. Rasis katanya. Itu hari ada polis nak tangkap aku. Aku cakap dekat polis tu. Aku umur dah 70 tahun ni kalau kau berani sangat nak tangkap. Tangkaplah!!! "

Si tua yang berseluar pendek menampakkan aurat lutunya yang berkedut ini semakin rancak menghembus Peter Stuyvesant.

Aku sengih mendengar rungutan si tua. Naik kesian pulak aku nengok dia ni. Aku harap sangat bila aku tua nanti tak jadik bangang macam dia ni. Dan kalau ada bangang sikit tu bolehlah dibawak sorok dalam almari. Jangan serlah sangat.

Aku tolak ke tepi pinggan makanan aku yang masih bersisa. Sambil aku capai tablet aku dan mula memandang skrin dan terus membawa watak sebagai seorang yang anti-sosial. Terima kasih si tua. Sekurang-kurangnya aku ada modal nak berkarang-karang di media sosial hari ini.

Selamat Hari Wilayah Jackie Chan!!!

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway