Woih Like Lah!!!

Saturday, October 26, 2013

Taruddin Strikes Back : Goblock Sangat Taruddin (GST)

Taruddin Strikes Back : Goblock Sangat Taruddin (GST) - I

Hari Sabtu yang tenang dan damai, Di pagi yang mana burung-burung sedang berkicauan dan sang suria baru sahaja nak bersiap-siap terbit ini, amat bagus kalau aku dapat keluar bersenam. Tubuh badan yang sedap ini wajar dipelihara.

*******

Aku sampai di Tasik Shah Alam tepat pada waktunya ketika makwe mahasiswi juga sedang galak melakukan regangan badan sebelum memulakan larian. Risaukan dosa bertambah, aku pilih kawasan yang jauh dari makwe mahasiswi untuk memanaskan badan,

Sesekali aku dengar kicauan burung di sini seakan-akan mentertawakan aku dek kerana tiada satu faedah pun yang aku terima daripada Bajet 2014 yang Najib bentangkan semalam. Aku cuba buat tak indah situasi ini dengan menyanyikan lagu rock klasik bahagian korus sahaja. Tinggi juga suara aku bila tarik.

Tiba-tiba keseronokkan aku memanaskan badan terhenti. Dari jauh sayup-sayup terdengar suara seseorang bertempik memanggil nama aku. Aaaaaaaaaah sudah...TARUDDIN lagi.

Dengan perasaan terpaksa, aku berjogging seiring denga Taruddin. Aaahhhhhh tekanannya.

Setelah 8 pusingan mengelilingi tasik. Kami pun berhenti. Aku meneguk air sirap yang Puan Feeza bekalkan tadi. Aku hirup sehingga ke titisan terakhir lalu perasaan ini kembali terasa sungguh tenang. 

Sambil meregangkan badan untuk 'warm-down' kata orang putih, Taruddin pun memulakan bicara....

bersambung.....

Taruddin Strikes Back : Goblock Sangat Taruddin (GST) - II 

Setelah 8 pusingan mengelilingi tasik. Kami pun berhenti. Aku meneguk air sirap yang Puan Feeza bekalkan tadi. Aku hirup sehingga ke titisan terakhir lalu perasaan ini kembali terasa sungguh tenang. 

Sambil meregangkan badan untuk 'warm-down' kata orang putih, Taruddin pun memulakan bicara.

"Aku tengok Bajet 2014 semalam betul-betul realistik. Aku pun paling suka bila Najib umumkan GST akan tetap dilaksanakan. Bagi aku memang takde hal punyelah GST ni. Wallet aku jek dah RM700, seluar jeans RM400, tudung dan henbeg bini aku pulak RM2500. Jadi, orang macam aku ni memang sokong jek apa yang kerajaan buat." 

Taruddin berhenti sekejap menarik nafas. Aku menfokuskan telinga mendengar ulasan Taruddin. Taruddin sambung balik...

"Itu hari PAS berdemo nak halang GST ada hasil? Asyik nak berdemo jek kat jalan raya. Dah memang takde kerja ke? Cukup-cukuplah sorong motor hari tu."

Kali ini baran aku tak dapat ditahan lagi. Makin meluap-luap apabila orang yang jenis bodoh tak reti nak berselindung, sedang berdiri di hadapan aku.

Sambil-sambil jeling betis makwe yang melintas, aku kembali memasang perhatian pada Taruddin. Fokus sepenuhnya pada dada Taruddin. Aku undur 3 langkah ke belakang. 1...2...3...Aku kemaskan kuda-kuda. Pasak kaki atas tanah seteguh mungkin. Kemudian aku berlari sekuat hati. Sambil melompat tinggi di udara, aku halakan tapak kasuk aku tepat ke dada beliau.

Blurrrrrrrrsshhh!!!

Air tasik yang tenang tiba-tiba berkocak tidak keruan. Terpelanting Taruddin ke dalam tasik. Habis rambutnya penyet. Aku tak peduli dengan tu semua dan terus meninggalkan beliau sekali lagi terpinga-pinga seperti tidak mengerti dengan apa yang telah berlaku.

TAMAT.

Friday, October 25, 2013

Bajet 2014

Bajet 2014.

Itulah dia pembentangan Bajet 2014 yang paling Wasatiah dan Realistik. Bukannya seperti Bajet Bulan Bintang.

Tapi sampai sekarang aku tak tahu apa kepentingan bajet ni pada aku. Aku cuma tau rasa nak mengamuk jek ni.

Ade sesetengah umat manusia ni, masuk simpang pun tak pandai nak bagi signal. Itu pun ada hati nak sembang pasal bajet. Lebih baik korang sambung sembang pasal drama Melayu waktu Maghrib 'Love You Mr. Arrogant'. Biar aku sorang jek cakap pasal bajet ni. Aku takpe, aku terer.
Nota: Sesiapa perlukan bahu untuk melepaskan sendu? Aku di sini sentiasa menunggu... 

Thursday, October 24, 2013

From Paris With Love: Fiksyen Ranjau Menjejak Titus James



From Paris With Love: Fikysen Ranjau Menjejak Titus James.(I)

Kabooom!!

Pintu bilik ditutup rapi. Aku pulang ke bilik hotel dengan penuh ceria selepas melepak dengan Baggio dan Maldini. Suasana senja di Florence memang mengasyikkan. Sedang aku leka melihat matahari terbenam di Sungai Arno, pintu bilik aku diketuk beberapa kali.

Ketika aku membuka pintu, tiada sesiapa di luar melainkan sebuah beg kecil berbentuk kotak empat persegi. Aku menoleh ke sebelah kiri dan kanan. Setelah mendapati tiada sesiapa pun di situ, barulah aku berani mencapai beg itu. Tatkala dibuka sahaja, terdapat sekeping tiket kapal terbang dan juga nota yang turut sama disertakan. Nota tersebut berbunyi.

"Paris sungguh indah menjelang senja. Merupakan kota romantis dan eksotis. Titus James Palani permata beharga yang makin dilupakan"

Nampaknya aku ditugaskan untuk menjejak Titus James Palani. Kali terakhir aku dengar cerita pasal dia ialah apabila Shebby Singh mempelawa Titus James untuk sesi percubaan bersama Blackburn Rovers. Aku tidak mahu guna perkataan Misi dalam tugasan ini. Sebabnya siapa yang guna perkataan Misi ni kebanyakannya akan berakhir dengan melingkup. Semacam ada satu sumpahan pula.

Titus James, suatu masa dahulu adalah budak remaja berusia 12 tahun yang menjadi tumpuan satu Malaya dek kerana kehebatannya menimbang bola tanpa rasa ragu. Aku masih ingat lagi kata-kata seorang sahabat aku, Kudin.

"Apabila aku sudah akil baligh nanti, aku nak jadi Titus James"

bersambung...

From Paris With Love: Fikysen Ranjau Menjejak Titus James.(II)

"Apabila aku sudah akil baligh nanti, aku nak jadi Titus James"

Aku yang ketika itu mempunyai kecerdikan 5 tahun kehadapan berbanding rakan sebaya yang lain hanya mampu tersenyum mendengar cita-cita si Kudin. Begitulah betapa hebatnya penangan fenomena Titus James. Mujur masa beliau muncul, belum ada artis yang kemaruk nak berkahwin dengan pemain bola. Kalau ada..entahlah apa akan jadi pada budak yang berasal dari Brickfield, Kuala Lumpur ini.

Mula-mula aku sampai di lapangan terbang antarabangsa Charles de Gaulle, aku tahan teksi Peugeot 406. Aku memang dah pasang niat dari Malaysia lagi nak naik teksi ni. Semuanya gara-gara terpengaruh dengan filem Taxi. Filem Taxi yang aku maksudkan ialah filem yang asal buatan Perancis tu dan bukannya yang ditiru oleh Hollywood. Cuma bezanya teksi Peugeot 406 ini ialah, ia jenis yang standard punya.

Pemandu teksi tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Pascal Cygan. Bermuka bengis dan berkepala botak. Wajahnya mirip bekas pemain pertahanan sebuah kelab bola sepak dari London. Aku cuba berteka-teki di dalam hati sahaja. Tapi tidak berani bertanya secara mulut ke mulut.

Masuk dalam teksi, sejurus aku menutup pintu kereta...

"Ya abanglah pemain pertahanan Arsenal yang 'flop' tu. Kau tak payahlah nak tahan-tahan gelak. Abang dah lali dengan caci maki orang ramai. Padahal bukan abang saja yang 'flop'. Wiltord, Jeffers pun bangang jugak. Tapi balik-balik nama abang jugak yang naik."

Menerusi cermin pandang belakang sahaja dia berkata-kata kepada aku. Renungan matanya tajam menikam kalbu. Tiba-tiba emosi pula orang tua ni.

bersambung...

From Paris With Love: Fikysen Ranjau Menjejak Titus James.(III)

Menerusi cermin pandang belakang sahaja dia berkata-kata kepada aku. Renungan matanya tajam menikam kalbu. Tiba-tiba emosi pula orang tua ni. Aku terus tersengih-sengih mendengar luahan emosi si Pascal Cygan tadi. Aku cakap nak pergi Nanteuil, nak tengok rumah Titus James. Jarak Nanteuil dari Paris ada dalam 389 kilometer lebih kurang.

Dalam perjalanan, Pascal Cygan, si pemandu teksi yang juga bekas pemain Arsenal, bertanya tujuan aku bertandang ke Perancis. Aku pun dengan peramahnya berceritalah serba sedikit kepada beliau.

"Oh begitu rupanya. Abang pun kenal Titus James ni. Kalau tak silap, Nanteuil FC ni kelab kelima yang dia wakili selepas Le Havre, Quevilly, Meaux dan juga Villenoy. Dulu masa dia baru sampai sini, dia duduk dekat Rouen, rumah sepupu belah mak abang punya jiran. Kalau tak silap abang nama dia Francis Herbert. Francis Herbert dengan isteri dia, Slyvaine Wairin juga khabarnya jadi keluarga angkat Titus masa tu." - begitu mesra Pascal Cygan menceritakan perihal ringkas berkenaan Titus James.

Aku terdiam. Pandanganku dilontarkan jauh ke luar teksi. Sekawan bison yang berlari-lari di bahu jalan seolah-olah sedang mengejar teksi membuatkan diriku seperti di dalam satu percutian mewah. Biasanya pemandangan sebegitu hanya terdapat di Taman Negara Yellowstone. Entah macam mane bison boleh muncul di sini pun aku kurang periksa.

"Betol ke zaman gemilang Titus adalah semasa dia beraksi dengan kelab Villenoy?" - soal aku lagi kepada Pascal Cygan dengan kemas dan cerdas.

bersambung...

From Paris With Love: Fikysen Ranjau Menjejak Titus James.(IV)

"Betol ke zaman gemilang Titus adalah semasa dia beraksi dengan kelab Villenoy?" - soal aku lagi kepada Pascal Cygan dengan kemas dan cerdas.

Pascal Cygan tidak terus menjawab. Diseloknya poket pakaian seragam, lalu sebiji 'chewing tobacco' dikeluarkan. Dibuka sarungnya dan beliau mula menyambung cerita sambil mengunyah laju.

"Ya memang betol. Titus masa tu adalah ketua pasukan bawah 18 tahun kelab Villenoy. Dia juga penjaring terbanyak pasukan dengan 16 gol. Pada hujung musim pula, Villenoy menamatkan kedudukan di tangga ke-5 liga di Paris. Satu pencapaian yang bolehlah dikatakan hebat bagi seorang pemain Asia Tenggara"

Mata aku semakin layu akibat keletihan melalui perjalanan yang jauh. Kini teksi kami sudah menginjak melalui kota Orleans. Aku lihat bangunan lama klasik masih berdiri teguh di kiri dan kanan jalanraya. Kagum melihat keutuhan struktur bangunan lama yang masih gah berdiri. Apabila teringatkan Terengganu, aku termalu sendiri sambil mengeleng kepala perlahan.

"Creeeeeeeeeeeeeet" - Teksi berhenti mengejut.

Dekat tiga jam berkereta akhirnya aku selamat sampai di Nanteuil tempat bertapaknya kelab yang diwakili oleh Titus James ketika ini. Dari sini untuk menjejak rumah Titus James tidak sukar. Sebut saja nama Titus James dan semua orang kenal anak muda ini. Ternyata 'Black Pearl from Brickfield' ni memang besar pengaruhnya di Perancis.

Aku bertanya pada seorang anak remaja, Steve Marlett yang sedang menimbang bola di kaki lima.

bersambung.....

From Paris With Love: Fikysen Ranjau Menjejak Titus James.(V)

Aku bertanya pada seorang anak remaja, Steve Marlett yang sedang menimbang bola di kaki lima. Bandannya yang berpeluh dan tidak berbaju aku abaikan. Aku nekad menghampirinya.

Setelah memperkenalkan diri dengan serba mantap, aku ceritakan segala-galanya tentang tujuan aku ke sini. Tentang tugasan aku menjejak Titus James, kegilaan aku terhadap Chelsea dan bagaimana rindunya rakyat Malaysia kepada Titus James ini membawa aku terbang jauh ke Perancis dari Itali, walaupun dekat-dekat raya Deepavali ni susah nak dapat tiket sebenarnya.

"Oooh..pahamlah saya kenapa abang datang ke sini. Tapikan bang, kenapalah agaknya Malaysia selalu jek abaikan pemain berbakat yang main luar daripada Liga M? Ape hebat sangat ke Liga Malaysia tu? Tengok macam Wan Kuzain Wan Kamal, sekarang ni dah wakil USA bawah 17 tahun. Tak rasa ralat ke terlepas pemain berbakat macam ni?"

Satu soalan dari Marlett yang seakan-akan cuba bermain dengan emosi aku. Aku beristighfar bertalu-talu sambil memikirkan jawapan yang sesuai untuk diberikan kepada anak muda ini. Dengan semangat yang padu, aku lontarkan senyuman semanis tebu sambil menjawab.

"Dulu tahun 2005 kita dah panggil Titus berlatih dibawah bimbingan Bertalan Bicskei. Tapi masa ni dia tak cerga. Masa 2008 pulak, dia tidak menjawab panggilan untuk bermain menentang Chelsea atas alasan permit kerja. Jadi sebenarnya memang sudah ada usaha untuk membawa pulang Titus James ni. Cuma masanya sahaja belum tahu." - kemas aku melontarkan jawapan kepada Steve Marlett.

“Sebenarnya kitorang dekat Perancis ni pun tak berapa berkenan kalau Titus main untuk Malaysia. Bukannya ada faedah pun. Rosaklah reputasi pemain sehebat Titus kalau turun bermain untuk negara yang berkedudukan di tangga ke-160 FIFA. Kami semua dekat Perancis ni kira berterima kasih jugalah sebenarnya pada Malaysia sebab melahirkan bakat sehebat Titus. Meriah sikit liga kitorang”

Tidak mahu bertekak panjang, aku pun meminta arah jalan menuju ke rumah Titus James.

bersambung.....

From Paris With Love: Fikysen Ranjau Menjejak Titus James.(VI)

Tidak mahu bertekak panjang, aku pun meminta arah jalan menuju ke rumah Titus James. Dari Marlett aku diberikan petunjuk ke rumah keluarga Titus. Belok kanan, belok kiri, jalan lurus, jalan bengkang-bengkok, semua ada. Sebelum aku beredar Marlett sempat bertanya soalan cepu mas.

“Bro, bila Malaysia nak layak ke Piala Dunia?”

Aku memilih untuk berdiam diri. Soalan macam tu biarlah FAM yang jawab.

Selepas beberapa minit berjalan dan beberapa batang rokok dihabiskan. Eh, maksud aku orang lain di tepi jalan yang aku ternampak hisap rokok, aku tak hisap rokok, akhirnya aku tiba juga di rumah Titus James.

Aku lihat habis basah baju aku dengan peluh. Berpeluh itu memang satu nikmat, tapi angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa mengenai wajahku ini lebih memberi nikmat kepadaku.

Aku lihat jam di tanganku. Tepat jam 4 petang aku tiba di hadapan rumah Titus James. Aku menunggu di luar dengan penuh mantap. Titus melangkah keluar dari rumahnya dengan sebuah senyuman manis dilontarkan kepadaku.

"Jemputlah masuk. Makanan dah lama terhidang"

Ramahnya Titus James umpama sudah bertahun mengenali diri ini. Aku melangkah penuh tertib ke dalam rumahnya. Di dalam hati aku masih lagi berharap agar susuk ini pulang berbakti kepada negara satu hari nanti.

TAMAT.

Cari Pasal

Hari ini aku buat kerja gila. Aku berborak dengan orang UMNO kampung aku.
 
Masa berborak tu, aku membawa watak seorang ahli Liberal Democratic Party.
 
Akhirnya orang UMNO kampung aku terus mara.
 
Sampai sekarang aku menyesal tak sudah.Kah kah kah...

Monday, October 21, 2013

From Brazil With Love: Fiksyen Piala Dunia 2014

From Brazil With Love: Fiksyen Piala Dunia 2014 (I)

Selepas mengetahui secara rasmi 21 buah pasukan yang telah layak ke Piala Dunia 2014. Aku dijemput oleh 2 orang lagenda bola sepak dan juga rakan sepermainan aku untuk minum petang di sebuah restoran terkemuka di Itali sana. Aku agak terkejut. Tetapi aku cuba tenangkan diri apabila aku membaca pesanan yang tertera di telefon pintar aku ini.

"Minggu depan teman belikan kome 2 teket kapal terobang. Kome datang sini tau. Lama bebenor tak berborak dengan mengkome pasal bola."

Rileks jek Roberto Baggio me-whatsapp aku. Itu memang dah perangai dia sejak azali lagi. Rileksnya perangai Baggio ni sampaikan sepakan penalti dia pun sengaja disepak tinggi melangit ketika perlawanan akhir Piala Dunia 1994. Siapa yang boleh melupakan kejadian super pilu tersebut?

'The Divine Ponytail' ini juga kata yang Paolo Maldini pun nak lepak sekali nanti. Aku akur dan tidak banyak membantah. Lagipun memang dah lama tak lepak buang masa dengan depa semua.

Aku nak bawak siapa pergi Itali ni? Takkan nak bawak makwe muda? Aaaah...bukankah aku seorang lelaki merangkap suami dan bapa yang soleh. Masakan aku mempunyai makwe yang muda. Ketika ini, aku hanya terbayangkan satu susuk sahaja. Taruddin.

Sampai di Itali, aku duduk makan spaghetti dengan Roberto Baggio dan seorang lagi lagenda The Azzurri, Paolo Maldini. Aku memesan minuman halal, sebotol coke tanpa alkhohol.

Bersambung...

----------------------------------------------------------
From Brazil With Love: Fiksyen Piala Dunia 2014 (II)

Sampai di Itali, aku duduk makan spaghetti dengan Roberto Baggio dan seorang lagi lagenda The Azurri, Paolo Maldini. Aku memesan minuman halal, sebotol coke tanpa alkhohol.

Turut serta ialah Taruddin, kutu yang aku pilih untuk dibawa ke Itali. Dia betul-betul bernasib baik sebab aku teragak nak ajak dia sekali. Bukan main gembira si Taruddin. Sampai berbuih mulut beliau kegembiraan.
Sambil makan, Maldini membuka mulut memulakan bicara dengan sopan dan penuh tertib.
“Aku fikir pasukan Bosnia memang sangat bertuah kerana telah layak ke Piala Dunia tahun depan .”
Roberto Baggio seakan tersentak. Dia meletakkan sudu dan garfu. Aku dan Taruddin hanya terdiam. Muka tegas Roberto Baggio tajam merenung mata kami berdua secara bergilir-gilir. Kemudian dia mengalihkan pandangan matanya ke arah Maldini pula.
“Itu aku tau Dini...tapi yang hairannya negara depa baru saaaaat ja merdeka tahun 1992. Masa Bosnia perang dulu, Malaysia kelam kabut hantar askar pergi sana tolong. Entah apa depa buat dekat bola depa, tiba-tiba layak ke Piala Dunia 2014.” - jawab Baggio pula.

Maldini kelam kabut menelan baki spagetti yang berada di dalam mulutnya. Tak sabar ingin menambah cerita. Gelojoh gila orang Itali ni. Komen aku sendiri di dalam hati.

"Mintak mahap ye Hadri. Aku nak cakap sikit ni. Macam Malaysia ni pulak, Merdeka saja dah dekat 56 tahun. Tapi jangankan Piala Dunia, bau Piala Asia pun masih samar-samar akibat dikerjakan oleh Presiden FAM dan orang bawahannya." -  pedih apabila aku mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh Maldini itu.
Ketika ini aku hanya mampu terdiam seribu bahasa. Memang ada betulnya apa yang mereka berdua ini katakan. Aku cuba hafal sebaik mungkin kenyataan Baggio dan Maldini dalam kepala. Taruddin pula aku lihat sedang cuba hendak mengeluarkan buku nota merah jambu dan pen merah jambu dari poket baju beliau, cuba mencatat sesuatu.

Bersambung....

From Brazil With Love: Fiksyen Piala Dunia 2014 (III)

Ketika ini aku hanya mampu terdiam seribu bahasa. Memang ada betulnya apa yang mereka berdua ini katakan. Aku cuba hafal sebaik mungkin kenyataan Baggio dan Maldini dalam kepala. Taruddin pula aku lihat sedang cuba hendak keluarkan buku nota merah jambu dan pen merah jambu dari poket baju beliau, cuba mencatat sesuatu. Aku menghalangnya dengan memijak kaki beliau. Perjanjian aku dengan kutu kacukan Portugis-Cina ini, hanya aku boleh buat laporan eksklusif perbincangan dengan Baggio dan Maldini. Dia hanya berstatus sebagai tukang eskot sahaja.

"Hadri, aku nak tanya hang satu benda. Itu hari ketua pasukan yang pakai nombor 8 masa lawan Bahrain tu memang pemain terhebat yang negara kamu ada ke? Kenapa aku tengok dia main sangat teruk? Dia macam tak tahu tugas dia adalah memegang bola dengan tenang dan set tempo permainan." - sambil tersengih Maldini merenung aku, seolah-olah meletakkan cabaran berbentuk soalan kepada aku.
  
Taruddin di sebelah aku buat muka manja seperti mengejek kepada aku. Menyampah pulak aku tengok. Ikutkan hati memang aku nak tumbuk muka Taruddin dengan kedua belah tangan aku. Tapi kami ditempat orang. Tidak manis kalau kami tunjuk budaya buruk depan Maldini dan Baggio. Aku kuatkan iman sambil cuba baca zikir penenang.

“Kita tidak boleh bandingkan pemain Malaysia dengan pemain Itali Dini..Bagi aku kelas mereka sangat jauh berbeza. Kebanyakan pemain Itali telah menunjukkan diri mereka sebagai seorang pemain bola sepak yang kuat dan cemerlang dalam permainan berpasukan sejak berdekad lamanya. Bagi aku Malaysia harus segera mencari bakat baru dan berhenti daripada mengamalkan prinsip kronisme dalam memilih barisan pemain yang hendak mewakili negara." - tegas aku dengan penuh bergaya, tidak mahu terperangkap dengan provokasi dari Maldini.

Aku berbisik dengan nada keras menyuruh Taruddin makan tembikai susu yang ada di atas meja. Dia akur sahaja mendengar arahanku. Mungkin barangkali bimbang ditumbuk di halkum sekali lagi.

Bersambung....

From Brazil With Love: Fiksyen Piala Dunia 2014 (IV)

Aku berbisik dengan nada keras menyuruh Taruddin makan tembikai susu yang ada di atas meja. Dia akur sahaja mendegar arahanku. Mungkin barangkali bimbang ditumbuk di halkum sekali lagi.

Roberto Baggio lantas menyalakan sebatang rokok Nazionali. Rokok tersebut disedut dalam-dalam. Kemudian dia pun menghembuskan asap berkepul-kepul dari mulut dan hidungnya dengan penuh nikmat. Sampai terpejam mata beliau menikmati aroma asap membunuh tersebut. Aku biarkan Baggio menyambung hujahnya pula.

"Aku rasalah..pasukan bola Malaysia sekarang dah makin nazak. Bosnia yang baru merdeka tahun 1992 dah layak ke Piala Dunia. Iceland yang sebahagian besar daripada negaranya diliputi ais pun mungkin boleh layak ke Piala Dunia. Apa lagi alasan untuk Malaysia tidak layak ke Piala Dunia? Negara tidak aman? Negara kelaparan? Tiada stadium?." - semakin serius Baggio aku lihat petang ini.

Maldini diam seketika. Aku pula memikirkan kata-kata dari Baggio tadi. ‘pasukan bola Malaysia sekarang dah makin nazak’. Tinggi makrifat ayat Baggio ini. Memang susah kalau tidak pandai bahasa Itali dan terpaksa guna Google translate.
Maldini aku lihat masih diam. Taruddin pula menghabiskan hirisan tembikai susu yang terakhir, menikamnya dengan garfu yang tajam. Tapi mungkin tidak setajam pasukan Itali bak kata Maldini.
“Jangan risau wahai rakyat Malaysia. Usai sahaja Soltan Bola letak jawatan. Bola sepak Malaysia akan kembali cemerlang dan gemilang,”

Maldini tiba-tiba bangun dan bersuara penuh yakin. Roberto Baggio tersenyum manis, aku sekali lagi terdiam sementara Taruddin pula hanya memegang garfu.

Dengan kata semangat itu, aku yakin satu hari nanti selepas tamat era pemerintahan Soltan Bola, kita boleh melihat pasukan Harimau Malaya bermain di Piala Dunia. Cuma soalnya bila?
Taruddin pula awal-awal lagi dah pesan. Kalau jadi pergi Brazil tahun depan, dia nak ikut. Aku pasrah.

Kah..kah..kah..sudah la. Tak larat aku nak menipu pagi-pagi ni.

TAMAT
 
Nota: Selamat Hari Besday SOltan Bola.

Tahniah pada Datuk Jamal dan Datuk Rossa. Kahkahkah...

Friday, October 18, 2013

The Taruddin Redemption: Riak, Ujub dan Takbur.

Riak, Ujub dan Takbur.

Taruddin sudah selamat berkahwin. Segala benda yang dia risaukan tempohari telah berjaya diharungi dengan mantap dan steady. Mengalahkan Petr North khabarnya. Kini dia tidak sekusut dahulu lagi. Seperti biasa juga beliau tidak pernah jemu untuk melepak dengan aku. Apa keistimewaan yang ada pada aku pun tak tahu. Nak kata funny, takdelah sangat.

"Okay, aku jumpa kau dekat mamak Ayza macam biasa tengahari ini" - ringkas SMS yang aku terima dari Taruddin.

Aku tersenyum.

Gaya Taruddin menulis sms juga dah bersesuaian dengan statusnya yang kini sudah berkahwin. Lebih menampakkan kematangan dari segi ejaan dan penggunaan tatabahasanya. Kalau sebelum kahwin dulu...
"hOkay jpe au kt mmk Ayza cam bese tghari niew" - serupa GAMPANG punya bahasa.

Sampai di kedai mamak, kami memilih meja tepi yang dapat memandang terus ke arah televisyen. Kebetulan televisyen sedang menayangkan drama TV3 yang berkonsepkan kekeluargaan merepek dan perebutan peniagaan serta harta pusaka. Klise. Tapi drama klise macam inilah yang buat umat manusia lebih redha memenuhi ruang tamu rumah berbanding surau dan masjid.

Sekali imbas aku tengok hero dia punyalah perlahan bercakap. Tak dengar sepatah langsung butir perkataan yang dari mulutnya. Geng makwe gedik kata lelaki macam ni 'soft spoken'. Ini pun serupa gampang.

Perhatian aku pada drama TV3 yang memaparkan heronya memegang watak Daniel Zafriel Ierham Fakrullah Adrian Benjamin terganggu apabila Taruddin mula berbicara.

"Kau tahu, semalam aku baru jek hadiahkan wife aku 3 jenis handbag. Louis Vuitton, Channel dengan Prada. Bagi aku 'harga dia ok' ajek.

"Kau pakai tunai ke kredit kad?" - Satu soalan maut separa padu dari aku. Almaklumlah aku tahu sangat gaji dia sebulan cuma lebih kurang RM2 ribu bersih lepas tolak EPF dengan hutang kereta sekali.

Kali ni aku nampak muka Taruddin berubah sikit. Dia tidak menjawab terus soalan aku tadi. Mungkin dia tak selesa dengan soalan aku. Lalu Taruddin mengalih pandangannya melihat makwe seksi yang duduk di meja sebelah. Mungkin dia nak tengok peha putih makwe dekat sebelah ni. Cilaka jugak Taruddin ni. Inai masih merah di jari, kau pulak dah mula pandai nak menggatal.

Lahanat lama betul Taruddin usha makwe tu!

Ketika ini aku juga turut terpengaruh memerhatikan makwe berkenaan. Namun cukup hanya sekadar menggunakan ekor mata sahaja. Bila tersedar dari hambatan dosa, aku pantas beristighfar dan mengurut dada sendiri. Nasib baik aku gunakan ekor mata, jadi takdelah berapa nampak sangat.

Taruddin masih lagi tidak menjawab soalan pertama aku. Kini dia kelihatan sudah bersedia hendak membuat kenyataan kedua pula. Dengan wajah jujur, dilimpahi keikhlasan, sambil mata menjeling manja ke amoi pakai baju body-fit di meja sebelah lain pula, Taruddin pun bersuara.

"Aku ingat nak buat "Haji back-to-back" lah nanti mulai tahun depan. Kalau dapat buat marathon setiap tahun pun lagi bagus."
Sekali lagi Taruddin berjaya menghidupkan sisi jahat aku. Tanpa membuang masa, aku terus simbah kepala Taruddin dengan teh tarik panas sebab suka membohong macam ahli politik.

"Taruddin...Aku tahu niat pergi Haji kau tu suci. Tapi sebelum kau kena sambar petir dekat Mekah sebab perangai riak kau ni, adalah lebih baik kau rasa kepanasan tek tarik mamak ni dahulu."

Sekali lagi aku tinggalkan Taruddin terkebil-kebil seperti tidak percaya dengan apa yang telah berlaku.

TAMAT

Thursday, October 17, 2013

Love You Mr. Arrogant

Love You Mr. Arrogant.
 
Suatu malam seorang anak bertanya pada bapanya:
 
"Kenapa kita jadi orang Melayu ayah?"
 
Bapanya menjawab dengan tenang:
 
"Sebab kita selalu mengarut, buang masa dan suka buat benda merepek".
 
**********
 
Mereka berdua pun sambung balik tengok tivi cerita Love You Mr. Arrogant pada waktu Maghrib.

Wednesday, October 16, 2013

Sahabatku Doktor

Biasanya bila cuti hujung minggu memang hari untuk berehat bagi aku. Rehat yang aku maksudkan ialah dengan menjadikan laptop dan tablet aku sebagai santapan rohani.

Aku mulakan santapan rohani pagi hujung minggu aku dengan membuka facebook. Selepas aku like lebih kurang 20 status merepek dan tidak membangun dalam frenlist aku, aku melawat pula blog terkemuka yang penuh caci maki fans JDT, Mata Pena Si Hitam. Selesai menulis 5 perenggan entri pasal kekalahan pasukan anak raja dari selatan tanah air itu, aku singgah pula di twitter. Retuit dua tiga potong hadis, kasik nampak sedikit berilmu dalam hal agama. Selesai.

Itulah kerja hujung minggu aku yang tenang dan aman. Tiba-tiba aku dapat pesanan dari seorang rakan di WhatsApp. Dia seorang doktor.

"Minggu depan kalau aku turun HKL, aku roger"

Wah..doktor nak lepak dengan aku ni woih. Dengan bangganya aku pun berceritalah pada Puan Feeza yang sedang melipat baju tentang sahabatku seorang doktor ini.

"Dia ni dulu duduk sebelah abang dalam kelas dari tingkatan 1 sampailah tinggkatan 5. Kami belajar  dan ulangkaji pelajaran di perpustakaan bersama. Siapkan kerja sekolah karangan Bahasa Melayu bersama. Petang-petang lepas tuisyen kampung kami juga akan turun ke padang untuk menyepak bola bersama. Eh, macam-macam lagilah activiti berilmiah yang kami lakukan"

Penat juga aku bercerita panjang lebar. Puan Feeza aku lihat dari tadi tenang. Sesekali aku dengar dia humming lagu 'Ayam Den Lopeh'. Kemudian dia berhenti humming dan bersuara dengan penuh lemah lembut.

"Habis tu kenapa abang tak jadi doktor jugak? Abang tu kerjanya buat huru hara dalam facebook. Merepek dalam blog. Kenapa tak ikut jejak kawan abang tu?"

Dengan tenang juga Puan Feeza kembali meneruskan kerja melipat baju.

Selepas mendengar hujah tersebut, aku bingkas bangun dan menuju ke bilik air. Aku berwuduk dan terus mendirikan solat sunat dua rakaat.

Dalam hati aku berbisik..."masih belum terlambat untuk aku menjadi mahasiswa sekali lagi"

Sunday, October 13, 2013

Pemilihan Umno 2013

Sudahlah menipu manusia guna lembu, bertanding UMNO election pun masih kena pilih lagi? Boleh tahan lembu jugak orang UMNO ni.

Sebenarnya kejayaan Datin Lombu ni bukan benda yang perlu dihairankan sangat. Kita ambil contoh kehebatan 'King Of Kambek' PRU 13, Isa Samad. Dahlah steady dalam merasuah. Sekarang ni semakin steady dalam menipu orang Felda. Tapi orang Melayu kan sangat terkenal dengat sifat pemaaf. Sebab itulah orang macam depa boleh terpilih semula. Bak kata pepatah "Menunggu perubahan berlaku di dalam UMNO ni ibarat menuggu kapal terbang di Stesen Pudu. Sia-sia dan mustahil."

Tuesday, October 8, 2013

Quotes of the day

Quotes of the day
 
Hasan Malik: Harga gula dan tepung naik untuk kesejahteraan rakyat.

Nazri Aziz: Dia boleh beli istana, ini bukan masalah saya.
 
Zahid Hamidi: Mereka ni bukan samseng betul. Mereka ni gengster kenduri kendara.
 
Antara 3 ni aku rasa dosa Hasan Malik lagi besor sebab duk menipu orang Kuala Pilah dengan mengatakan dirinya cerdik.

The Chronicles of Taruddin: Rokok vs Minyak


The Chronicles of Taruddin: Rokok vs Minyak I

Petang semalam aku sekali lagi diajak keluar minum oleh Taruddin. Beria-ria benar dia nak minum dengan aku. Katanya dia dah lupakan kejadian ditumbuk dekat halkum tempohari. Aku menarik nafas lega. Taruddin ni memang spesis yang baik hati. Dah terlentang berbuih mulut pun masih setia dalam persahabatan. Bagi aku, dia ni adalah contoh kawan sejati.

Lebih kurang pukul 6 petang aku keluar rumah dengan berpakaian separa mantap. Mantap sangat pun tak elok, aku ni suami orang, bukan bujang. Bahaya untuk penglihatan anak dara. Aku menghidupkan enjin kereta nasionalku lalu memandu dengan tenang di atas permukaan jalan yang berlobang-lobang kerana aku sedang memandu di Klang bukan di Jemapoh. Di dalam pemanduan aku berfikir tentang majlis risik Zain Saidin terhadap Rozita Cik Wan yang lepas.

*****
 
Seperti biasa kedai mamak Ayza menjadi pilihan kami. Selepas kami memesan makanan dan minuman kepada mamak yang berpakaian konon-konon kacak, Taruddin pantas mula bercerita tentang persediaan kahwinnya yang tidak lama lagi akan berlangsung. Kahwin yang keberapa kali itu biarlah aku rahsiakan sahaja ye. Pelbagai benda yang dia risaukan. Aku cuba-cuba menjadi seorang sahabat yang mengambil berat dengan mendengar luahan hatinya.

"Lagi 3 minggu aku nak kahwin ni. Risau pula kalau masakan catering tak sedap. Kalau orang tak datang macam mana? Ini bukan musim cuti sekolah. Haisssh..jalan ke rumah aku tu pulak sempit, susah kereta nak parking. Kalau aku tiba-tiba demam macam mane tu? Lagi bahaya kalau hari kenduri tu nanti turun hujan.." - panjang lebar luahan Taruddin.

Dahiku berkerut mendengar apa yang dia sampaiakan. Ketika ini aku hanya mampu tersenyum kelat dan sesekali meletup-letupkan jari-jemari aku yang runcing ini. Bagi aku, ini semua jenis kerisauan yang macam gampang. Dah sahlah kau buat kenduri dalam dewan, apa kejadah yang jadi masalah kalau turun hujan? Sebenarnya darah aku dah mula nak naik juga masa ni, tapi mengenangkan sudah hendak masuk waktu maghrib, aku bercadang lepas makan dan minum nanti aku pergi sembahyang dulu bagi hati aku ni sejuk sikit. 

Lepas itu Taruddin mula menyelak sebuah akhbar arus perdana yang selalu merepek dalam melaporkan berita. Aku tidak pasti apa jenis penipuan yang si Taruddin ni sedang baca di dada akhbar.....

bersambung....

Apakah akan terjadi kepada Taruddin kali ini? Tenennennennennenet...(lagu closing title)

The Chronicles of Taruddin: Rokok vs Minyak II

Selepas itu Taruddin mula menyelak sebuah akhbar arus perdana yang selalu merepek dalam melaporkan berita sehelai demi sehelai. Aku tidak pasti apa jenis penipuan yang si Taruddin ni sedang baca di dada akhbar. Dia kemudiannya mula berleter sorang-sorang secara perlahan. Desibel suara beliau rendah dan kedengaran seperti beliau sedang bermonolog. Apalah yang nak dibebelkan dengan penipuan akhbar. Kau takkan tak tahu yang akhbar dengan penipuan sudah semacam saudara mara. Mereka akrab. Sukar dipisahkan. Sempat aku getus komen sendiri di dalam hati.

"Kau tengok ni, minyak naik harga pembangkang sanggup tolak motor berkilo meter nak protes. Kononnya demi rakyat. Ini bila rokok naik harga tak pulak dia nak protes demi rakyat. Bodoh dungu piang punya macai. Bangang tahap gaban. Sebab itu aku cakap dia orang ni bangkang dari longkang."

Aku mengambil pendekatan bertenang apabila berhadapan dengan situasi seperti ini. Hendak aku renjis dengan air yassin, takde pulak aku bawak sebagai bekalan. Cuma kerambit dalam poket aku ni meronta-ronta macam Lightsaber yang kehausan darah Darth Maul.

Aku memandang langit bumi yang beransur gelap. Tatkala menoleh ke ufuk, matahari kian merunduk memancarkan cahaya merah tembaga. Waktu senja seperti ini kata orang tua banyak syaitan dan iblis berkeliaran. Perlahan-lahan aku menutup mata. Rancak aku basahkan lidah aku dengan zikirullah. Aku buka mata dan memandang tepat ke dalam biji mata Taruddin yang berwarna hazel itu seraya berkata.

"Taruddin..kau ni dah berbelas tahun berkawan dengan aku. Nak aku rodok dengan kerambit, besar dosanya membunuh ni. Aku nak tanya kau, pernah dengar orang isi rokok dalam enjin kereta? isi rokok dalam enjin motor? Kau tahu ke tidak bahawasanya merokok tu adalah haram? Sahabatku...sebagai seorang manusia, aku sayang pada kau. Aku harap sangat kalau ada sedikit bangang dalam diri kau tu, kau simpanlah untuk diri sendiri. Jangan terlalu serlahkan sangat." 

Aku berlalu meninggalkan Taruddin terkebil-kebil dan menuju ke Masjid untuk solat Magrib. Keesokan paginya aku terima pesanan 'whatsapp' dari Taruddin.

"Hadri, malam tadi aku selesai khatam Al-Quran 30 Juzuk"

Terduduk bertahyat aku lalu terus bersujud dengan penuh kesyukuran. ALHAMDULILLAH.

Teksi

Hendak dijadikan satu cerita. Suatu hari ni aku terpaksalah naik teksi untuk menghadiri mesyuarat dengan seorang wakil sukan di tempat yang penuh rahsia. Sampai ke destinasi itu, aku pun hendak membayar tambangnya. Duit kertas aku dah hulur. Cuma terkial-kial sikit nak mencari syiling bagi melengkapkan jumlah tambang tersebut.

"Woi, cepatlah sikit. Terhegeh-hegeh" - Pakcik teksi sudah salah orang untuk berkelakuan angkuh sebegini rupa.

Aku yang mula merasa seperti ular tedung mencari mangsa pun melakukan tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh setiap lelaki yang mempunyai jatidiri kejahatan yang tinggi.

"Tahulah tambang teksi naik. Tak payahlah nak naikkan suara jugak pada penumpang."

Aku campakkan duit syiling ke muka pemandu teksi tersebut. Aku keluar dan hempaskan pintu teksi itu sekuat hati. Sempat jugak aku terajang pintu teksi dengan safety boot aku. Puas!! Rasa macam Tailong pulak.

Drama Maghrib

Drama Maghrib
 
Sebenarnya aku ada masalah besor dengan drama melayu terutamanya yang bersiaran di waktu magrib. Kenapa imej pakwe Kuala Lumpur diterjemahkan kepada yang paling caring, berketerampilan, kacak bergaya, kaya raya, berkereta besar? Apa kurangnya pakwe Johor, Pahang, Kelantan dan Nogori Sembilan? Cer kabor cer kabor dekat teman.
 
 
Drama Maghrib II
 
Sewaktu aku mengahbiskan masa aku dengan aktiviti merepek iaitu menonton drama Melayu pada waktu Maghrib, aku berjaya mengesan satu lagi masalah dalam drama Melayu yang berbentuk kekeluargaan.
 
Kenapa watak orang gaji dalam drama melayu selalunya gemuk dan tua? Depa yang buat drama ni tak tahu ke ada jugak orang gaji yang muda dan body solid? Apa kurangnya Zila Bakarin, Rita Rudaini dan Rozita Cik Wan untuk watak orang gaji? Cer kabor cer kabor dekat teman.

Fox River

Fox River.
 
PEKAN: Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Pinggiran Pelangi, Muadzam Shah, Rompin hari ini dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini terhadap tuduhan membunuh seorang pelatih di asrama kem itu pada 22 September.

Remaja lelaki berusia 17 tahun yang berasal dari Kampung Seri Makmor, Pagoh, Muar itu didakwa membunuh Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, antara 1.30 tengah hari dan 10.30 malam pada 22 September di dorm L1C dan L2C kem berkenaan.
 
 
***********************
 
Wahai anak muda, ini kem PLKN dan bukannya penjara. Kau rasa dah cukup samseng nak berdepan dengan John Abruzzi dan Brad Bellick dalam penjara? Silakan..
 
Lepas ni kalau masa kau mandi dan sabun kau terjatuh dalam bilik air, jangan salahkan T-Bag pulak.
 
Welcome To Fox River...fish. 

Monday, October 7, 2013

Madu

Madu
 
 
Suatu petang selepas heboh kes Ashraf Muslim kahwin buat kali keduanya:
 
"Apalah Ashraf Muslim tu ek..boleh je senang-senang cakap sebab terdetik nak nikah dengan Sakinah. Memang jenis lelaki yang tak boleh nak setia pada yang satu. Memang cepat sangat berubah hati. Kesian Diyana. Tak sangka Ashraf Muslim yang di sangkakan kuat imannya, buat mcm ni..lepas tu bagi alasan yang sangat senang macam ni. Sampainya hati dia kan. Abang jangan buat macam gini pulak ye."
 
Panjang lebar aku dengar ceramah percuma hari ini dari Puan Feeza. Dalam situasi seperti ni aku tak boleh cepat gelabah. Akal yang cerdik perlu segera memproses data yang diterima. Dengan penuh tenang sambil zikir-zikir pelindung diri aku alunkan di dalam hati, aku menyambut pukulan smash Puan Feeza tadi dengan bergaya serta lemah lembut.
 
"Awak tak perlukan seorang madu wahai isteriku, awak sendiri pun sudah terlalu manis."
 
Lega. Aku raikan kejayaan petang itu dengan menyanyi perlahan lagu Korn, Freak On A Leash.
 

Wednesday, October 2, 2013

Laporan Audit Negara 2012


Korang bagilah laporan audit jadah apa sekali pun, setiap tahun dengan selambanya next year diorang akan kekah duit rakyat lagi. Aku rasa mulai tahun depan simpan ajelah laporan audit tu, tak payah bagitahu rakyat. Nanti boleh datang stress pada warga yang prihatin macam aku ni. Apa sangatlah laporan audit tu kalau nak banding dengan Syiah. Baik KERAjaan fokus pada Syiah aje dan lupakan segala masalah duit ni.

Mana semua penyokong KERAjaan BN? Lepas keluar Laporan Ketua Audit Negara, seperti dijangka hangpa semua teruih senyap. Kenapa? Marilah pertahankan penipuan ini wahai anak bangsa!! #AGReport.

Aku baru lepas siap buat laman facebook kerajaan untuk kempen "JAUHI VAPOR". Aku patut dibayar dengan RM120, 500, tapi aku mintak RM 500 jek.