Woih Like Lah!!!

Tuesday, May 30, 2017

Babak Hujan

Hari ni aku pulang dari kerja dengan mengharungi hujan yang lebat. Lama jugak aku tersangkut dalam jem. Menengokkan hujan lebat di luar kereta aku terus teringat kepada beberapa babak sedap dalam filem Hollywood yang berlatar belakangkan hujan.

Antaranya babak peperangan epik yang diketuai Aragorn dalam filem Lord of the Rings The Two Towers. Juga aksi Neo bertarung sambil berhujan dalam filem The Matrix Revolutions.

Tengah sedap aku mengelamun tiba-tiba ada sebijik kereta volkswagen rosak di tepi jalan. Aku berhenti secara mengejut namun masih tertib gerakannya. Aku melangkah dengan penuh yakin. Terus memeriksa enjin kereta bernombor plat GA 800. Hujan lebat tidak aku hirau dan aku tekun melakukan kerja yang selayaknya sebagai seorang lelaki yang mengambil berat dan berjiwa bapa bapa. Kini baju kemeja putih aku lencun melekat badan.

Secara tiba-tiba keluar seorang makwe bergaun serba hitam dari kereta tersebut beserta payung yang hitam juga warnanya. Mungkin kesian melihat aku kebasahan lalu dia berdiri di sebelah sambil memayungi aku. Dia menunduk memandang aku. Aku mendongak memandangnya. Tanpa berlengah aku pun terus membuka mulut.

🎤🎼🎵🎙Janam janam janam saath chalna yunhi
Kasam tumhe kasam aake milna yahin🎸🎷🥁🎻
Ek jaan hai bhale do badan ho judaa🎙📣📢🔊🎵🎻
🔊🎛🎺🎤💿Meri hoke humesha hi rehna
Kabhi na kehna alvida⚡☔🌧🚗

"Piiiiiiiin!!!! Piiiiiiin!!!!"

Terkejut aku dari lamunan babak hujan bila ade kereta membunyikan hon dari belakang. Dah jauh jarak aku dengan kereta depan rupanya. Harapnya berangan aku ni petanda elok akan bertemu malam yang lebih mulia daripada seribu bulan.


13 Januari 2017 - 33.

Bangun Hadri! Bangun! Bangun Hadri! Bangun! Bangun Hadri! Bangun!

"Siapa pulak yang berani kacau tidur sedap nyaman aku ni?"

Kata hati aku yang suci lagi murni. Aku juga dapat merasakan wajah tegasku seperti dijilat-jilat manja oleh sesuatu. Secara tiba-tiba aku berasa naik ghairah. Namun apabila aku bangun membuka mata, alangkah terkejutnya aku melihat seekor Singa Aslan sedang duduk bersimpuh betul-betul di sebelah rusuk kiri aku. Sambil melibas-libas ekornya ke kiri dan ke kanan Singa tersebut menguap beberapa harkat.

Dari kedudukan baring yang enak tadi aku bingkas bediri bercekak pinggang melakukan balik kuang sebanyak 10 kali ke belakang supaya koordinatku lebih selamat. Aku mendarat dengan sebelah kaki kanan betol-betol di atas pucuk pokok sirih nan rimbun. Aku lihat Singa Aslan tersebut masih tenang. Dia merenung tajam ke arah aku. Walaupun Aslan digambarkan sebagai makhluk yang bijak dan penuh kasih sayang. Namun aku masih tetap berwaspada dengan sebarang kemungkinan.

"Apa yang engkau mahu wahai makhluk yang misterius dan penuh kekuatan?" Aku memberanikan diri untuk berdialog dengan Aslan.

"Dekatlah sikit. Apahal jauh sangat? Jangan risau. Aku tak makan manusia cerdik." Aslan lebih rileks dalam berkata-kata.

Aku berasa tenang lalu turut ke tanah dari pucuk pokok sirih nan rimbun itu. Selepas berjalan longlai dalam tiga belas langkah, aku sampai betol-betol di sebelah Aslan.

"Rapatlah sikit. Aku nak bisik." Aslan bersuara garau tetapi masih ada manis dan manja dihujungnya.

Sebagai seorang lelaki yang lemah dan mudah termakan pada pujuk rayu, aku menurut sahaja kata Aslan dan merapatkan telinga aku ke mukanya.

"Chelsea POWER!!! Aaaaaaaaaummmmm!!!" Satu ngauman penuh yakin dilepaskan dari mulut Aslan yang besar dan bersusun-susun dengan giginya yang tajam.

Terkejut aku terperanjat. Barulah aku sedar yang aku bermimpi berjumpa dengan jelmaan Singa Aslan Wira London. Biasanya tidur aku cuma dilawati oleh Elizabeth Tan dengan hanya bertemankan ukulelenya sehelai sepinggang. Macam-macam lagu dia perform. Lagu koperat UMNO pun dia pernah nyanyi dalam mimpi aku. Aku jadi terhibur.

"Chelsea POWER!!!" Aku mengulangi kata-kata Aslan didalam mimpi aku tadi dengan diiringi sebuah senyuman panjang lebar semanis pengantin baru.

Mungkin inilah hadiah harijadi aku yang paling unik dalam sejarah apabila dilawati oleh Singa Aslan di dalam mimpi. Selamat Hari Jadi Aku.

Apa dia sedara sedari sekalian??

"Chelsea POWER!!! Aaaaaaaaaummmmm!!!"