Woih Like Lah!!!

Sunday, January 25, 2015

Rotan

Tak boleh guna rotan?

Terajang jelah tepat dekat tulang rusuk kanan sampai tersungkur. Tumbuk rahang kiri sampai patah. Sauk dagu dengan penumbuk. Seret kepala dekat dinding sehingga berjujuran darah menyimbahi dahi.

Benda mudah macam ni pun nak kena ajor ke?


Posted via Blogaway

The Return of Kerambit Warrior : Flashes Before Your Eyes IV

The Return of Kerambit Warrior : Flashes Before Your Eyes IV

Madison Street New York : 11.30 AM

"Bangun woih cilake haramjadah nokharam!! Bangun!! Ini aku ade kutip sarapan dekat bakul sampah tu haaa"

Terpisat-pisat Idlan Khozim bangun dengan matanya dikecilkan merenung sahabatnya yang tabah hati, Taruddin. Dari posisi baring dia duduk sambil menggaru-garu kepala yang gatal dan berbau hamis. Secara spontan dia mencium celah kukunya yang hitam bertahik. Berbau masin. Tapi sedap.

"Sarap mende kita pagi ni Taruddin? Lontong rendang? Satay? Mee Kari? Atau Maya Karin?"

"Engko jangan nak demand macam-macam. Ni aku jumpa sisa roti Maya Karin adelah. Amek ni. Amek."

"Terima kasih Taruddin. Waaaah siap berbungkus ek..Ajele power engko ni..."

Taruddin tidak menghiraukan pujian sahabatnya. Dia asyik merenung manusia yang lalu lalang di situ. Ada yang kurus, ada yang gemuk. Ada yang seksi, ada jugak yang kurang seksi. Pelbagai aneka.

"Dekat New York ni ada Baitulmal tak Taruddin? Aku ingat nak mohon la sikit. Miskin benor kita hidup gelandangan dekat sini. Amacam?"

Seperti biasa apabila Idlan Khozim muncul dengan idea separuh akal, Taruddin akan merenung sahabatnya yang lincah itu dengan satu tenungan yang tajam. Setajam mata pena bak kata orang.

"Engko jangan nak merepek Idlan Khozim. Kita dekat Amerika ni, bukan di Malaysia yang mana secara konseptualnya, agihan zakat itu sentiasa sampai kepada asnafnya yang lapan. Dulu dekat Malaysia engko malas bersyukur. Skang dah tercampak dekat New York baru engko tahu langit tu tinggi ke rendah."

"Yelah...yelah...aku insaf."

Sedang Idlan Khozim asyik memakan sisa roti, pandangan matanya tertumpu kepada tajuk surat khabar yang menjadi pembalut roti tadi.

"Kau dengor ni Taruddin. Seorang pemimpin bahagian Umno tampil mempertahankan tindakan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor memeluk pemain badminton Datuk Lee Chong Wei. Tindakan Rosmah yang memeluk pemain badminton nombor satu negara itu sebagai satu penghargaan seorang ibu kepada anaknya kerana berjaya meraih kemenangan dalam sukan."

Berkerut Taruddin mendengornya. Dia pun berasa pelik macam mana surat khabar Malaysia boleh berada di New York? Laju otaknya berfikir tentang sebarang kemungkinan.

"Kalau macam ginilah, aku betol-betol teringin melakukan pelukan bersifat kebapaan kepada Leong Mun Yee dan Farah Ann Hadi. Ermmmmms..." Kata Idlan Khozim sambil mengetap-ngetap bibitnya tanda kegeraman.

"Kau peluk Idlan Khozim. Kau peluk!!! Aku okay jek...Lagipun dalam tivi dekat Malaysia tu, hari-hari tunjuk yang bukan mahram berpeluk berpegang tangan. Siap ada penunggu setia depan tivi pulak tu. Heh!!"

"Yelah...yelah...aku insaf." Idlan Khozim akur sambil rakus menghabiskan sisa roti di tangannya.


Posted via Blogaway

Merasai Keperitan Rakyat.

Merasai Keperitan Rakyat.

Aku menaip sebaris sms tanpa sebarang niat provokasi di suatu petang yang mendamaikan selepas solat Jumaat.

"Najib naik LRT dari PWTC ke KL sentral selepas solat jumaat tadi woih..tengah heboh sekampung ni haaa...."

SEND.

45 saat kemudian, SMS dibalas.

"Ape pasal Najib tak naik waktu kemuncak KTM....? Pergilah naik ke arah Perlabuhan Klang..barulah betol-betol power.."

Heh!!!


Posted via Blogaway

Suamiku Incik Nelayan Arrogant - Cinta Sebatian RDX 14 Februari

Pagi itu suasana sangat tenang di Warong Pak Tamam. Kelihatan dari kejauhahan beberapa orang nelayan sedang sibuk membaca surat khabar sambil tenang menghirup kopi panas masing-masing.

"Engko nengok berita ni, Pelayaran Islamik dengan tema syukur....tenang....damai....Padan muka kita lahir sebagai nelayan miskin tak dapat turut serta benda ni semua. Tak dapat berzikir dengan tokoh-tokoh agamawan kegilaan ramai. Tapi aku pedulik hape. Setiap kali aku turun ke laut, lidah aku tak pernah kering dari Zikrullah. Solat yang wajib mahupun sunat tak pernah aku tinggalkan bila berada di lautan. Aarrrrrggggh....ini semua kapitalis. Tengok tu penaja dia..Astero. Heh!!!"

Panjang lebar Tok Kenalin merungut perihal kapitalis yang tak sudah-sudah mengaut keuntungan dengan berbekalkan penjualan agama. Jemaah lain yang melepak hanya terangguk-angguk dan diam membisu. Bukannya tidak mahu bersuara. Bimbang dituduh berfahaman liberal mahupun syiah. Bukankah menikus itu lebih mulia pada masa kini?

"Pelayaran Islamik ada Ostad dalam kapal. Kenduri Islamik ada Ostad datang makan. Perkahwinan Islamik, engko kahwin dengan Ostad jadik bini nombor empat."

Begitulah hujah penutup Tok Kenalin yang kelihatan marah-marah pagi ini. Tok Kenalin terus membuka halaman paling belakang sekali. Ruangan sukan. Terpampang font sebesar saiz 32 dengan tajuk 'Harimau Malaya Tewas'

"Haaa....padan muke kalah. Main bola serupa anak anjeng. Ada hati nak jadi juara Asia Tenggara."

Sekali lagi jemaah lain yang mendengar hanya terangguk-angguk dan diam membisu. Bukannya tidak mahu bersuara. Bimbang disuruh turun bermain di atas padang pula nanti jika terlalu banyak merungut. Bukankah menyokong tidak kira sama ada tewas ataupun menang itu adalah perkara molek yang digalakkan oleh Ultras Malaya - penyokong bola sepak nombor satu di Malaysia. Lagik satu, fikirlah positif sikit....

Surat khabar terus diselak oleh Tok Kenalin sehingga ia terhenti pada satu ruangan hebahan tertulis:

'JEMPUTAN KE TAKLIMAT CADANGAN PERLESENAN DAN PENANGKAPAN IKAN REKREASI KELAUTAN'

Setelah membaca serba sedikit hebahan tersebut. Tok Kenalin pun mula bersuara.

"Alaaaamaaaak....kena amek lesen pulek kalau nak memancing dekat laut lepas ni. Mamposleeee..mampos kita...entah apa benda percuma yang tinggal untuk kita ni dekat Wilayah Satu Malaysia agaknya".

Tok Kenalin sekali lagi menzahirkan kekecewaannya. Seperti tadi juga jemaah lain yang mendengar hanya terangguk-angguk dan diam membisu. Bukannya tidak mahu turut serta memaki hamun kerajaan pemerintah. Cuma bimbang akan dihalau dan disuruh memancing keluar dari Malaysia. Jadi...berdiam diri adalah yang terbaik buat warga nelayan ini.

"Apa yang engko bising ni orang tua? Selagi memancing makwe percuma di muka bumi ni, apa yang hendak kita rungutkan?"

Satu suara tegas dari hujung warong kedengaran. Tok Kenalin mengerut muka cuba mengecam wajah pemuda tersebut. Berpakaian kemas dan kacak bergaya seperti bukannya penduduk kampung Paya Lebor.

"Eh engko ni siapa? Tiba-tiba menyampok ni apehal? Engko dah kenapeee?"

"Akulah Baddrol Rani. Baddrol Rani ko tau?"

Serentak dengan itu juga Baddrol Rani mengeluarkan sebijik bom tangan yang mempunyai berat 500g dan mempunyai ukur lilit 100 mm. Bom tangan ini menggunakan sebatian RDX, komposisi B serta TNT sebagai bahan peletup. Dia menyingkirkan pin keselamatan dengan menggunakan gigi sama seperti yang dilakukan oleh Rambo dalam siri filemnya ketika berperang dengan Vietnam lalu seterusnya melepaskan pemegang. Sambil melakukan balik kuang, dia terus melontarkan bom tangan tersebut ke dalam warong tersebut.

"Kaboooom!!!!!!"

Berkecai tubuh semua pengunjung Warong Pak Tamam. Kepala entah ke mana, tangan serta kaki pula hancur bagaikan debu.

Melangkah masuk ke dalam Aston Martin DBS V12 ialah satu susuk tubuh bernama Baddrol Rani. Api dari Warong Pak Tamam masih marak menyala di belakangnya. Baddrol Rani masih tenang.

Dicapainya talifon pintar lalu dia menaip sebaris ayat:

“Makan malam dengan saya sempena Valentine Day. Lepas Maghrib saya ambek. Jaga-jaga...”

SEND.

Atmosphere360 Kuala Lumpur, 9:00 Malam.

Yasmin Chin tidak menolak apabila diajak makan malam romantis di hari valentine oleh pasangannya Baddrol Rani yang kacak bergaya seorang teruna yang dikenalinya 3 minggu yang lalu. Yasmin Chin mendapat info yang Baddrol Rani adalah seorang tauke perniagaan atas talian yang berjaya. Entah mende yang dijualnya tidak pula sempat diselidik oleh Yasmin Chin.

Atmosphere360 adalah restoran pilihan mereka. Makan malam di atas awan? Inilah tempatnya. Moto restoran ini ialah Feel Good, Taste Good, See You at The Top. Terletak pada ketinggian 282 meter dari paras laut, tetamu dijanjikan makan malam bertemankan bulan dan bintang dan permandangan lampu malam Kuala Lumpur yang berubah-ubah kerana ia sentiasa berpusing.

Sesekali Yasmin Chin menahan loya kerana restoran ini kerap kali berpusing-pusing. Bunyinya macam canggih, tapi bila dikaji secara mendalam, ada bangangnya restoran ni. Yasmin Chin masih ingat lagi ketika dia dan Baddrol Rani makan Nasi Lemak Malinja 2 hari yang lalu. Haram takde meja yang berpusing-pusing pun. Namun begitu nasik lemak di situ kekal power nak mampos. Mungkin mandrem spendar barangkali.

Inilah saat pertama kalinya Yasmin Chin ke sini. Suasananya memang romantis sekali. Meja-meja ditata mengelilingi pemain piano yang memainkan lagu-lagu cinta dengan permandangan malam yang sangat indah. Pelbagai lagu dimainkan. Antaranya lagu gila judi. Habis bergelek segelintir pengunjung di sini.

Baddrol Rani awal-awal lagi sudah membuat tempahan. Semuanya dilakukan supaya tidak menunggu lama pada malam ini. Lamb Masala, Stir Fried Chilli Crab dan Stir Fried Boston Lobster merupakan hidangan pilihannya. Sekali pandang macam hantu raya yang hendak menjamu selera.

Semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah tiba-tiba talipon pintar Baddrol Rani berdering. Ketika dia hendak mengeluarkan talipon dari poket bajunya, dia secara tidak sengaja terjatuhkan sekotak rokok miliknya.

Baddrol Rani tenang. Dia tidak menjawab panggilan tersebut dan mematikan terus taliponnya. Lalu dia tersenyum seorang diri sambil menjeling tajam ke arah anak mata Yasmin Chin yang berwarna biru akibat memakai kanta lekap. Semuanya palsu.

"Bad...yang awak tersengih sorang-sorang ni dah kenapa? Takut saya nengok awak tau."

"Aik? Saya sonyum pun tak boleh? Ke awak tergoda menengok senyoman saya? Yolaaaah..kan saya ni ado lesung pipit kalau tersonyum." Ucap Baddrol yang masih pekat loghat nogori dihujung lidahnya.

"Saya nak tanya awak sikit boleh? Kenapa awak merokok? Tahukah awak Badrol yang Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok ni dari pandangan Islam? Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudhoratan."

Baddrol Rani tersentak. Dia menjadi marah. Dicapai garfu dengan tangan kanannya lalu dirodok leher Yasmin Chin yang putih gebu itu. Darah memancut membuak-buak keluar. Yasmin Chin berkeruh macam lembu kena sembelih. Lalu Baddrol Rani meninggalkan tubuh Yasmin Chin yang menggelupur tanpa rasa bersalah. Seluruh pengunjung restoran terkejut. Ada beberapa orang mula mengerumi jasad Yasmin Chin yang sudah tidak bernyawa.

Sebelum beredar, Baddrol Rani mengeluarkan sebijik bom tangan yang mempunyai berat 500g dan mempunyai ukur lilit 100 mm. Bom tangan ini menggunakan sebatian RDX, komposisi B serta TNT sebagai bahan peletup. Dia menyingkirkan pin keselamatan dengan menggunakan gigi sama seperti yang dilakukannya di Warong Pak Tamam pagi tadi.

Tanpa menoleh dia terus melontarkan bom tangan tersebut ke dalam restoran.

"Kaboooom!!!!!!"

Melangkah keluar satu susuk tubuh bernama Baddrol Rani dari restoran tersebut sambil api marak menyala di belakangnya. Dia masih tenang sambil menyalakan rokoknya. Baddrol Rani menariknya dalam-dalam sehingga terasa segenap nikotin mula menjalar ke dalam urat sarafnya. Ketenangan mula dirasakan sedikit demi sedikit.

Dia masuk ke dalam Aston Martin DBS V12 dan memecut laju meninggalkan Atmosphere360 yang masih berasap-asap dan penuh hiruk pikuk manusia. Baddrol Rani amat lincah bagaikan sang lipas mencari makanan di dapur pada waktu malam. Tiada siapa yang perasan akan kehadirannya di situ.

Sesampai sahaja di rumah, Baddrol Rani terus memasang DVD filem Lara Croft. Susuk Angelina Jolie dengan singlet hitam berseluar pendek menampakkan sepasang kakinya yang panjang langsung tidak menarik perhatiannya. Dicapainya buku latihan sekolah bertulis 'Buku Biodata' yang terletak di atas meja kopinya. Kemudian halaman di dalamnya diselak satu persatu. Tertulis serba sedikit data tentang Yamin Chin - gadis campuran Melayu-Kadazan yang putih gebu yang baru sahaja dirodok lehernya dengan garfu.

"Hobi selfie...artis kegemaran K-Pop...ermmmmsss..Minuman kegemaran sirap limau. Makanan kegemaran yang halal."

Baddrol Rani menjadi baran secara tiba-tiba. Dicampaknya buku tersebut ke lantai. Belum sempat pun dia mengisi buku biodata yang diberikan  Yamin Chin, gadis tersebut sudahpun menjadi arwah. Dia duduk bersandar sambil termenung. Mengelamun jauh. Teringatkan kenangannya bersama Yamin Chin 3 minggu yang lalu....

Gridiron, Kuala Lumpur, 7:00 Malam.

"Yasmin...sejak dua tiga empat menjak ni, rusuk kiri saya selalu bergerak-gerak. Nampaknya jodoh saya semakin hampir."

"Heh? Jodoh mendeeee. Kalau rusuk kiri yang bergerak, itu petandanya akan beroleh harta kekayaan."

"Tapi saya memang dah sediakala kaya raya. Sayakan saudagar atas talian yang berjaya." Baddrol Rani bertanya lagik. "Kalau awak power. Apa tandanya kalau rusuk kanan pulak yang berdenyut-denyut? Haaaa...taktaule tuuuuu"

"Bila rusuk kanan pulak yang bergerak-gerak. Bawak-bawaklah pergi x-ray. Entah-entah dah retak. Kahkahkahkah..." Ketawa besor Yasmin Chin. Rasa macam tak berapa sampai pulak puchlinenya di situ.

Baddrol Rani terperanjat tak patut bila melihat Yasmin ketawa serupa dugong. Terkebil-kebil dia menahan marah. Darah keturunan pahlawannya masih boleh dikawal.

"Kalau kepala, mata, hidung, telinga bergerak-gerak pulak?"

"Jika kulit kepala begerak-gerak, alamatnya akan mendapat pekerjaan dan sesuatu yang boleh membanggakan keluarga. Jika ekor mata kanan bergerak-gerak menandakan akan melihat orang yang jauh dan kalau ekor mata kiri pula alamatnya akan mendapat sakit. Manakala sekiranya hidung kanan bergerak ia bermaksud akan menemui musuh dan sekiranya hidung kiri pula yang bergerak, ia menandakan akan terlepas dari bebanan hutang. Cuping telinga kanan yang bergerak-gerak tanpa usul periksa menandakan akan memperolehi durian runtuh. Jika cuping telinga kiri pula ia menunjukkan akan bertemu dengan sahabat lama. Heh!!"

Baddrol Rani tersentak dari lamunannya. Tanpa dia sedari air mata jantannya meleleh laju. Laju selaju lajunya.

Rindunya pada Yasmin Chin ketika ini ibarat berada di sebuah bilik kecil yang mana semakin lama semakin menyusut menghimpit tubuh. Sesak. Senak. Sakit. Memulas-mulas. Tiba-tiba Baddrol Rani bangun lalu berlari pantas ke bilik air. Mungkin sakit perut yang amat sangat akibat memakan Lamb Masala, Stir Fried Chilli Crab dan Stir Fried Boston Lobster di Atmosphere360 tadi.


Posted via Blogaway

Friday, January 16, 2015

Sifat Kebapaan Yang Menebal.


Sifat Kebapaan Yang Menebal.

"Aku teringin melakukan pelukan bersifat kebapaan kepada Leong Mun Yee dan Farah Ann Hadi"

"Kau peluk, kau peluk. Aku okay jeeeeek"

Posted via Blogaway

Wednesday, January 14, 2015

Cinta Sebatian RDX 14 Februari II

"Keboooom!!!!!!"

Melangkah keluar satu susuk tubuh bernama Baddrol Rani dari restoran tersebut sambil api marak menyala di belakangnya. Dia masih tenang sambil menyalakan rokoknya. Baddrol Rani menariknya dalam-dalam sehingga terasa segenap nikotin mula menjalar ke dalam urat sarafnya. Ketenangan mula dirasakan sedikit demi sedikit. 

Dia masuk ke dalam Aston Martin DBS V12 dan memecut laju meninggalkan Atmosphere360 yang masih berasap-asap dan penuh hiruk pikuk manusia. Baddrol Rani amat lincah bagaikan sang lipas mencari makanan di dapur pada waktu malam. Tiada siapa yang perasan akan kehadirannya di situ. 

Sesampai sahaja di rumah, Baddrol Rani terus memasang DVD filem Lara Croft. Susuk Angelina Jolie dengan singlet hitam berseluar pendek menampakkan sepasang kakinya yang panjang langsung tidak menarik perhatiannya. Dicapainya buku latihan sekolah bertulis 'Buku Biodata' yang terletak di atas meja kopinya. Kemudian halaman di dalamnya diselak satu persatu. Tertulis serba sedikit data tentang Yamin Chin - gadis campuran Melayu-Kadazan yang putih gebu yang baru sahaja dirodok lehernya dengan garfu. 

"Hobi selfie...artis kegemaran K-Pop...ermmmmsss..Minuman kegemaran sirap limau. Makanan kegemaran yang halal." 

Baddrol Rani menjadi baran secara tiba-tiba. Dicampaknya buku tersebut ke lantai.Belum sempat pun dia mengisi buku biodata yang diberikan  Yamin Chin, gadis tersebut sudahpun menjadi arwah. Dia duduk bersandar sambil termenung. Mengelamun jauh. Teringatkan kenangannya bersama Yamin Chin 3 minggu yang lalu.... 

Gridiron, Kuala Lumpur. 19:00 PM 

"Yasmin...sejak dua tiga empat menjak ni, rusuk kiri saya selalu bergerak-gerak. Nampaknya jodoh saya semakin hampir." 

"Heh? Jodoh mendeeee. Kalau rusuk kiri yang bergerak, itu petandanya akan beroleh harta kekayaan." 

"Tapi saya memang dah sediakala kaya raya. Sayakan saudagar atas talian yang berjaya." Baddrol Rani bertanya lagik. "Kalau awak power. Apa tandanya kalau rusuk kanan pulak yang berdenyut-denyut? Haaaa...taktaule tuuuuu" 

"Bila rusuk kanan pulak yang bergerak-gerak. Bawak-bawaklah pergi x-ray. Entah-entah dah retak. Kahkahkahkah..." Ketawa besor Yasmin Chin. Rasa macam tak berapa sampai pulak puchlinenya di situ. 

Baddrol Rani terperanjat tak patut bila melihat Yasmin ketawa serupa dugong. Terkebil-kebil dia menahan marah. Darah keturunan pahlawannya masih boleh dikawal. 

"Kalau kepala, mata, hidung, telinga bergerak-gerak pulak?" 

"Jika kulit kepala begerak-gerak, alamatnya akan mendapat pekerjaan dan sesuatu yang boleh membanggakan keluarga. Jika ekor mata kanan bergerak-gerak menandakan akan melihat orang yang jauh dan kalau ekor mata kiri pula alamatnya akan medapat sakit. Manakala sekiranya hidung kanan bergerak ia bermaksud akan menemui musuh dan sekiranya hidung kiri pula yang bergerak, ia menandakan akan terlepas dari bebanan hutang. Cuping telinga kanan yang bergerak-gerak tanpa usul periksa menandakan akan memperolehi durian runtuh. Jika cuping telinga kiri pula ia menunjukkan akan bertemu dengan sahabat lama. Heh!!" 

Baddrol Rani tersentak dari lamunannya. Tanpa dia sedari air mata jantannya meleleh laju. Laju selaju lajunya. 

Rindunya pada Yasmin Chin ketika ini ibarat berada di sebuah bilik kecil yang mana semakin lama semakin menyusut menghimpit tubuh. Sesak. Senak. Sakit. Memulas-mulas. Tiba-tiba Baddrol Rani bangun lalu berlari pantas ke bilik air. Mungkin sakit perut yang amat sangat akibat memakan Lamb Masala, Stir Fried Chilli Crab dan Stir Fried Boston Lobster di Atmosphere360 tadi.
 

Tuesday, January 13, 2015

Hasya Dan....

Hasya Dan Boboiboy.

"Ayah - Gopal, Ibu - Adudu, Hasya - Yaya"

"Hilman ape?"

"Hilman - Lipas"

Hasya Dan Ice Age.

"Ayah - Monyet, Ibu - Gajah, Hasya - Kucing"

"Hilman ape?"

"Hilman - Lipas."

Nota: Mungkin kelincahan Hilman menjadi faktor utama watak lipas seringkali diberikan kepada beliau.


Posted via Blogaway

Malaysia Negara Borang Bermula Dari Celik Mata Sampailah Menutup Mata - Bahagian II

Malaysia Negara Borang Bermula Dari Celik Mata Sampailah Menutup Mata - Bahagian II

"Depa ni biasalah..kalau kita nak keluarkan duit kita, memang susah. Kalau dia nak amek, senyap-senyap jek"

Aku tersentak tak patut punya apabila suara Encik Yunos Jamil kembali menerjah ke dalam kepala hotak aku berserta sekali dengan senyum simpul dia yang semanis choki choki tu.

"Boleh saya bantu, Encik hendak buat urusan apa?"

"Saya nak mohon mykad baru."

"Nah!! Macam biasa, isi borang ni. Ini nombor giliran"

Borang. Ya, aku semakin serasi dengan keadaan ini. Ini nak buat mykad baru. Aku pernah diberitahu dahulu pemilik kenderaan yang ingin menukar hak milik, perlu mengemukakan sekurang-kurangnya tujuh dokumen untuk diproses Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Aku tak pasti ia masih dilakukan ataupun tidak.

Dokumen berkenaan ialah Sijil/ Perakuan Pendaftaran Asal (JPJK2) yang asal dan salinan; borang JPJ K3 (dua salinan); salinan kad pengenalan bagi pemilik berdaftar/pembeli/saksi/perakuan pendaftar perniagaan syarikat (Borang 9,44dan 49); Sijil/Nota Pelindungan Insurans Pemilik baru. Notis penarikan balik tuntutan hak milik (pemilik berdaftar dan notis tuntutan hak milik (pemilik baru)jika berkaitan; laporan pemeriksaan kenderaan (B2) asal (untuk kenderaan import) dan Lesen Kenderaan Perdagangan (cukai jalan) asal serta salinan bagi pemilik baru. Fuuuuuuuh..steady betol.

Tengah sedap aku nak isi borang. Tiba-tiba..

"Untuk permohonan mykad baru, sistem kami sedang mengalami masalah. Di ulangi, sedang mengalami masalah. Harap bersabar."

Aku tinggalkan sementara kaunter permohonan mykad dan berlari menuju ke tingkat bawah untuk mengutip mykid pulak. Mykid ni aku dah buat pada Oktober 2013.

"Encik nak amek mykid anak encik? Nah!!! Macam biasa, isi borang ni. Ini nombor giliran."

Aku balas dengan 'duck face'. Memang aku dah berjaya jadikan aktiviti pengisian borang ni sebagai salah satu darah daging aku. Bukan semua orang boleh capai tahap macam gini.

Sambil-sambil menunggu giliran aku pandang keliling. Aku nengok di sini ada 12 kaunter semuanya. Yang dibuka untuk beroperasi cuma 3. Jadah mende? Nombor giliran aku pulak dipanggil setelah hampir 1 jam aku menunggu dek kerana hanya 3 biji kaunter yang di buka.

"Lagik sejam Encik datang collect mykid ni ye..." Sekali lagi aku balas dengan 'duck face'. Namun kali ni besertakan dengan mata terbeliak.

Hambek engko. Dia suruh tunggu lagik sejam. Bukan senang nak dapat Jabatan Pendaftaran Negara yang cermat dan teliti dalam membuat kerja ni. Kalau tak silap aku dia punya teliti dalam melakukan kerja ni memang kalah Jabatan Pendaftaran Negara Zimbabwe.

Aku naik semula ke tingkat atas untuk selesaikan urusan permohonan mykad. Nombor dah terlepas. Aku pergi mintak nombor baru dan bagitau aku terlepas giliran. Aku diberi nombor baru yang boleh potong ;que; punya. Kahkahkah..

Sampai giliran, amek gambar siap semua selesai.

"Esok Encik datang amek mykad ni ye...." Terjelepuk aku sujud tanda kesyukuran.

Pada tahun 2011, kajian Biro Pengaduan Awam mendapati ebih 60 peratus perkhidmatan kaunter yang dikendalikan oleh jabatan-jabatan kerajaan adalah lembap. Manakala sebanyak 25 peratus perkhidmatan kaunter lagi dijalankan secara tidak cekap manakala selebihnya merupakan masalah-masalah kecil yang dihadapi oleh orang ramai.

Khabarnya bonus dan kenaikan gaji setiap tahun diterima sebagai insentif kepada kakitangan kerajaan untuk membangunkan diri dan bekerja secara lebih cekap. Tapi menengok budaya kerja macam ye tak ye ajek.

Kami membayar cukai, jadi kami adalah majikan yang sebenar kepada kakitangan kerajaan dan mesti dilayan sebaik mungkin tanpa menyusahkan kami. Jahat tak kami? Heh!


Posted via Blogaway

Monday, January 12, 2015

Peluk Ifa Raziah, Anjeng, K-Pop - Ajaran Melayu atau Islam Yang Engko Pilih.

Peluk Ifa Raziah, Anjeng, K-Pop - Ajaran Melayu atau Islam Yang Engko Pilih.

1. Belum pun reda stim adegan Ifa Raziah berpeluk atas pentas, kita disajikan pula dengan anak mude yang berpeluk sakan dengan artis K-Pop. Aku mengurut dada sambil bertanya kepada diri sendiri, negara apa yang kita sedang huni ni?

2. Ifa Raziah berpeluk. Anuar zain dipeluk makcik makcik. Apa benda nak jadi dengan Melayu ni? Berhentilah jadi Melayu kalau setakat nak memalitkan arang dalam agama Islam.

3. Aku okey jek sebenarnya bila budak perempuan Melayu kena peluk dengan jantan K-Pop ni. Sebab apa? Dalam tivi setiap hari depa mengadap drama penuh adegan peluk-peluk bukan mahram. Aku dah banyak kali sebut benda ni. Dan dah banyak kali jugak peminat setia drama Melayu ni memandang sepi pasal benda ni. Tapi hairan jugak, ada antara mereka yang setia dengan drama Melayu berpeluk bukan mahram ini, menjadi orang pertama memaki hamun bila budak perempuan Melayu kena peluk dengan jantan K-Pop.

4. Hedonisme perlu dihentikan dengan segera. Ia merupakan isu sosial yang amat merbahaya masa kini. Ia merupakan satu perilaku yang negatif kepada masyarakat terutamanya golongan remaja. Kita sebagai rakyat Malaysia yang memartabatkan Islam sebagai agama persekutuan dan berpegang kepada adab budaya ketimuran perlu menolak gejala ini.
 
5. Aku kalau J-Lo mendepakan tangan hendak peluk dengan aku atas stage. Aku terajang perut dia. Sebab apa? Sebab aku POWER. Okeh, itu cerita lain. Nanti kita sembang.

6. Dasar Pandang ke Timur merupakan dasar ekonomi yang dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 8 Februari 1982. Dasar Pandang Ke Timur bermaksud pihak kerajaan Malaysia dan swasta menjadikan negara Jepun dan Korea Selatan sebagai contoh etika bekerja. Adakah berpelukan dengan artis K-Pop ini dasar pandang ke timur yang Mahathir wasiatkan kepada kita? Apa aku nak jawab dengan Mahathir nanti kalau dia tanya ke aku pasal ni? Heh?

7. Apa yang dipandang pada lelaki putih cantik ayu berambut perang macam musang? Apa kurangnya lelaki berkulit sawa matang tinggi berwajah peragut? Inilah bahana terlalu banyak berimaginasi. Engko kena tahu, engko takkan dapat bersuamikan lelaki cantik macam tu. Percayalah. Berhenti berimaginasi wahai anak mude.

8. Kalau hendak bertindak, biarlah menyeluruh. Semua pihak yang terlibat perlu bertaubat dan dikenakan tindakan. Si pemberi permit, penganjur, anak mude dan keluarga mereka perlu diberikan penerangan bagaimana agama Islam itu perlu dihormati dan diletakkan pada tempat paling atas dalam setiap tindakan kita. Jika Islam sentiasa di atas dalam senarai hidup kita. Aku jamin Ifa Raziah pun takkan wujud dalam dunia hiburan seperti hari ini. Apatah lagik Azwan Ali.

9. Tuntutlah ilmu Agama Islam sedalam-dalamnya. Beramallah dengannya. Nescaya Iman akan berada pada tempatnya yang betul. Dan takkan berlaku benda benda macam gini.  Si mamat K-pop mungkin tidak tahu adat agama batas kita, tetapi yang Islam harus tahu batasnya sendiri, Juga yang lain pun yang duk hentam budak perempuan melayu tu kenalah rileeeeks sikiiiit, jangan sampai menjatuhkan hukum mengalahkan Tuhan pulak.

10. Okeh, bagi aku solat Maghrib kejap.

........done with solat Maghrib. Real betol.

11. Untuk penulisan ghairah seperti di atas ini, aku mohon satu like, satu peluk. Amacam berani?

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

Wednesday, January 7, 2015

Malaysia Negara Borang Bermula Dari Celik Mata Sampailah Menutup Mata - Bahagian I.

Malaysia Negara Borang Bermula Dari Celik Mata Sampailah Menutup Mata - Bahagian I.

Aku pergi ke salah sebuah cawangan KWSP untuk kemaskini penamaan. Sesampai sahaja aku disuruh isi sehelai borang. Siap isi aku tunjukkan pada penjaga nombor/kaunter. Ade kesilapan sedikit. Dia kata "Tidak mengapa wahai anak mude cuma perlu initial dekat tepi". Saksi? Aku tak bawak pulak. Jadi aku disuruh pergi berjumpa dengan pesuruhjaya sumpah. Baiklah aku pergi.

Selang beberapa bangunan ada satu pejabat pesuruhjaya sumpah. Belum bukak. Masa ni lebih kurang pukul 9.00 pagi. AKu tanya pada orang yang ada dekat situ, pukul berapa bukak pejabat ni? Pukul 10 katanya. Yollaaaah. Cuma yang bestnya ada papan tanda 'Will Return 3.30'. Bajet papan tanda macam Rambo. Heh!

Jalan punya jalan. Ada satu lagi pesuruhjaya sumpah dalam bangunan UMNO Si Pejuang Bangsa Melayu. Aku naik tangga. Belum sampai lagi orangnya. Nama beliau ialah Encik Yunos Jamil. Waktu berurusan ialah dari jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang. Sekarang baru jam 9.10 pagi. Mungkin masih awal bagi beliau. Aku turun bawah kejap sambil-sambil melakukan pemeriksaan percuma ke atas bangunan UMNO ni. Ada pejabat Pemuda UMNO. Tapi kosong lagi. Ada jugak pejabat Rakan Muda. Macam dah lama tinggal. Aku tolak pintu dia...

"Kriooooookkk..." Bunyi daun pintu berkarat. Ada rasa seram. Nampak benor dah lama tak berpenghuni.

Puas jalan-jalan sekitar, aku naik semula ke pejabat Encik Yunos Jamil. Dia sudah mari. Amek cop pesuruhjaya sumpah. Dia tanya kepada aku dengan senyuman semanis tebu.

"Ini yang salah tulis ni boleh ke? Takpe keeeeee...?"

"Dekat kaunter nombor tu kata okay asalkan ada initial"

"Ooo..takpelah gitu. Bukannya ape. Kadang tu dekat kaunter nombor cakap lain, dekat kaunter urusan cakap lain, datang supervisor pulak nanti lain lagi dicakapnya."

Ambek cop setel. Pergi balik KWSP, amek nombor. Tak lama lepas tu nombor dipanggil. Aku melangkah jitu ke kaunter urusan. Nah!!!

"Tak boleh ni ada silap. Kena isik borang sekali lagi. Lepas tu amek cop pesurujaya sumpah semula. Kemudian baru datang ke kaunter sini balik"

Baiklaaaaaaaaaaah!!!

"Haaaa..amacam?" Sambil angkat-angkat kening Encik Yunos Jamil tersengih-sengih bila nampak aku datang semula dekat pejabat dia.

Selesai segala urusan aku termenung jauh. Saaaaaangat jauuuuh. Sejauh Hawai, Abu Dhabi dan Hong Kong.

Kenapa jabatan dan agensi kerajaan masih ada mengenakan prosedur yang terlalu rumit termasuk penggunaan pelbagai borang bagi sesuatu permohonan hingga menyulitkan orang ramai?

Aku berpendapat anutan seperti ini perlu diubah terutamanya apabila komputer serta pelbagai kemajuan IT kini digunakan secara meluas dan sudah tentu kita mahu mengurangkan penggunaan kertas dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan awam seperti yang seringkali diwar-warkan oleh kerajaan kita.

Jika nak luluskan sesuatu, apakah pelanggan iaitu orang ramai perlu empat atau lima muka surat borang? Apakah pula banyak bahagian yang perlu dirujuk atau disahkan sebelum ia mula diproses?

Semua ini perlu dipendekkan dan dipermudahkan. Sekarang kita sudah gunakan komputer beharga RM80 ribu dan bukan lagi mesin taip. Kita juga menggunakan pencetak warna bernilai RM11 ribu dan bukan mesin gelek kertas yang akhirnya melekat penuh dakwat hitam pada jari. Jadi...Ia sepatutnya membantu mempercepatkan kerja. Bukankah begitu wahai adik kakak sekalian alam?

Lagik 5 tahun nak ke WAWASAN 2020 woih!!! Apa kata Mahathir pulak kalau kita gagal laksanakan WAWASAN 2020 beliau ni? Heh!!!

Monday, January 5, 2015

Penegak Politik Dalam Benang Berair.

Rosmah tiada di sisi Najib. Biarkan...
Azizah tiada di Kajang. Biarkan...
Rileksss...jangan jadik hamba ahli politik.

Cari alternatiff yang BARU.

Hanis Zalikha misalnya. Takpun Ifa Raziah. Eleeeeh..kita semuakan MELAYU.


Posted via Blogaway