Woih Like Lah!!!

Friday, August 30, 2013

Periuk Api


Periuk Api

Aku lupa...
Aku tidak tahu adakah ini benar atau mimpi.
AKu ingin menjerit..jauh di lubok hati.
Sunyi...Sepi...Ia terhenti di situ.

Kini peperangan berlaku.
Aku bangkit...Tapi Buta...
Kini tiada apa yang tinggal untuk diriku.
Hanya sengsara.

Kini dunia realiti sudah hilang.
Tinggal aku seorang diri.

Kegelapan..

Ia memenjarakan aku.
Apa yang aku lihat hanya kejahatan.
Aku tidak boleh hidup.
Aku tidak boleh mati.
Terperangkap dalam diriku sendiri.

Periuk api...

Mencuri penglihatanku.
Mencuri pertuturannku.
Mencuri pendengaranku
Mencuri pergerakkanku
Mencuri setiap langkahku.
Mencuri jiwaku.

Selamat #Merdeka56

Monday, August 26, 2013

Endless Possibilities

Endless Possibilities.
 
Slogan baru ni akan dilancarkan pada 17 Sept 2013, sehari selepas negara menyambut Hari Malaysia yang ke-50. Jadi lepas ni boleh dah kita biasakan lidah sebut #EndlessPossibilities walaupun sebutan dia susah macam gampang. Seperti mana kita membiasakan diri dengan 1 Malaysia, try la jugak membiasakan diri dengan #EndlessPossibilities ni.
 
Slogan #EndlessPossibilities ni boleh diguna pada semua situasi. Di rumah, pejabat, kenduri kahwin, atas jalanraya, kat ceramah. Semalam takde siapa sangka Cardiff boleh kalahkan Man City tapi Cardiff berjaya juga. Ni contoh #EndlessPossibilities paling mudah la.
 
Lain-lain contoh ialah:
 
1) "Sayang, dulu saya rasa awak takde la cantik mana. Tapi lepas rasa masakan awak,tetiba jadi awak cantik. #EndlessPossibilities betulah awak ni"
 
2) "Saya tak berani ngorat awak sebab takut kena reject. Tapi selepas menggunakan pendekatan #EndlessPossibilities, saya berjaya jugak akhirnya."
 
3) "Cilake, dia dulu kerja posmen. Sekarang dah kerja manager bank. #EndlessPossibilities betol dia tu", kata Amri pada Abu Johari.
 
4) Kalau tengah peak hour, mesti kita tak suka pergi mall kan? Takut takde parking apa semua. Benda ni sebab kita tak guna #EndlessPossibilities la.
 
5) Tengok macam bebudak Arsenal, masih mengharap team diorang berjaya season ni. Ni semua sebab diorang semat dalam diri #EndlessPossibilities la.
 
#EndlessPossibilities ni maksud dia semuanya ada kemungkinan terjadi. Benda ni buat kita lebih yakin, tak pesimis.

Tuesday, August 20, 2013

Arab

Bangsa Arab..
Bangsa yang mempunyai bau kaki yang sama.
Mana mungkin bangsa Arab itu diperintah oleh demokrasi.
Itu yang sedang mereka buktikan!!!!
 
Demokrasi pada dunia Arab tidak akan berhasil tetapi di Malaya landskap politiknya adalah berbeza dan kita bukanlah sebuah negara bangsa yang terbina dengan pelbagai kabilah seperti bangsa Arab.
Beritahu aku juga di negara Arab mana yang kebebasannya memungkinkan rakyat untuk bersuara bebas mengkritik sang pemimpin?
 
Ahhhhhhhhhhhh...persetankan itu semua. Aku di Malaya. Negara yang aman damai...dan masih ada perempuan sporting yang sanggup meredah hujan dan basah bersama baju kaler putih.

Tuesday, August 13, 2013

Open Haus!!!!


Hari ini aku menghadiri satu Rumah Terbuka. Ramai yang hadir. Datuk-datuk, datin-datin, tan sri, puan sri dan tak terkecuali MILF yang sibuk mencari peluang sponsor dari orang-orang kaya di sini.

Sedang aku syok memerhati karenah pelbagai manusia sambil meneguk air berkarbonat di tangan kanan dan menyuap satay dari tangan kiri. Seorang makwe entah dari mana muncul menghampiri aku. Susuk ini berambut blonde panjang persis Hanis Zalikha, berbibir penuh bak Angelina Jolie dan mempunyai senyuman semanis Ashraf Muslim.

Dia pandang aku dari atas ke bawah, dan dari bawah ke atas. Aku pun membalas pandangan dia. Tiba-tiba dia terus bersuara.

"Laaaa...rupanya Mata Pena Hitam tu awaklah ya??? Patutlah macam familiar je saya tengok"

Dan aku dapat rasa ada satu perasaan.

Itulah agaknya perasaan Batman jika ada orang kabor..

"Laaaa..rupanya kau ni Bruce Wayne.."

Monday, August 12, 2013

RanKing 2013


1. Akmal
Mungkin ini satu kejutan paling besar tahun ini. Pernah menduduki tangga tercorot selama 15 tahun berturut-turut. Namun kini bangkit bagaikan seorang wira. Namun tidak mustahil kembali ke pelusok carta menjelang Ramadhan 1435 Hijrah.

2. Taring
Selama 2 tahun berturut-turut membawa flyer/brochure jualan rumah membuktikan beliau berkomitmen tinggi dalam berjuang. Hanya tewas kepada Akmal 3.12 mata akibat terlalu banyak menyimpan rahsia Najib.

3. Syam
Undi popular berpihak kepada susuk ini apabila sebanyak 20 ribu pages dalam facebook diwujudkan berasaskan nama beliau. Antaranya pages '1 Juta Umat Mohon Syam Jadi Presiden Tangkak'. 

4. Arep
Membuat penampilan selama 120 minit pada tahun lepas dan mengulanginya sekali lagi tahun ini sudah cukup untuk mengekalkan doktor ini di kedudukan ke-4. Khabarnya beliau akan membuat kejutan lagi tahun depan. Sama-sama kita nantikan.

5. Hazimin
Jempol-Melaka-Nilai-Subang sudah menjadi ruji buat beliau. Tidak gusar jika keretanya diservis 2 kali seminggu kerana ia sudah sebati dengan darah dagingnya. Open house tidak berjaya melonjakkan kedudukannya ke tangga yang lebih baik. Cuba lagi tahun depan.

6. Amir
Buat tahun kedua berturut-turut hadir ke gelanggang putsol Tangkak dari Pagoh. Dan juga untuk kali kedua berturut-turut menggondol anugerah menantu hantu. Kekalkan konsistensi anda.

7. Anuar
Ada media melaporkan bahawa beliau terlalu berlembut dengan Anep kerana kerap menjemput individu tersebut keluar minum. Mungkin ini punca jatuhnya rangking beliau dari tangga kedua musim lepas ke tangga ketujuh musim ini.

8. Apoi
Susuk ini masih lagi mencari rentak walaupun 23 tahun telah berlalu. Namun apa yang jelas beliau wajib bersyukur dengan kedudukannya di tangga ke-8 ini. Bukankah kita diajar untuk lebih banyak BERSYUKUR?

9. Rizal
Tidak tahu dimana silapnya. Musim lepas berada dalam kedudukan TOP 3. Namun musim ini jatuh teruk ke bottom 3. Analisis lebih mendalam perlu dilakukan bagi mengembalikan semula zaman kegemilangannya seperti tahun-tahun yang lepas.

10. Anep
Kedudukan ini sudah dijangka oleh ramai pakar. Hanya aktif di malam hari. Tapi hilang disiang hari. Seseorang perlu membantunya agar beliau tidak terus hanyut dalam arus kegelapan malam. 

11. Omar
Gagal memikat hati juri. Tiada kelebihan. Tiada X-factor. Mungkin konsert Metallica satu-satunya event yang mampu melonjakkan kedudukan beliau. Itu pun kalau Akmal tidak pergi konsert Mas Idayu di Skudai pada 31 Ogos ini.

Saturday, August 10, 2013

Isu Raya


Apabila berkumpul dihari raya terutamanya bersama member lama. Pelbagai topik akan diperbualkan. Pada mulanya kami berborak hal kerja. Dari masalah etika pemakaian pekerja perempuan hinggalah membawa kepada cara menangani masalah facebook di tempat kerja.

Untuk kelihatan seperti seorang yang bijaksana, nama Perdana Menteri Najib Razak kami petik menjadi tajuk cerita. Kami kupas bagaimana hebatnya figura ini membela nasib rakyat dan dalam masa yang sama ikhlas memperjuangkan visi wasatiah dalam jiwa setiap hamba rakyat. Kalau kau sebut nama Muhyiden Yassin masa ni, kau akan nampak sedikit bingai dari member yang lain.

Kelemahan hospital di Malaysia, bonus pekerja bank rakyat, Shasha Grey vs Tori Black, kebanjiran warga Kemboja di Malaysia dan tidak lupa sedikit isu bola Malaysia yang semakin bangang antara intipati sampingan dalam perbualan kami. 

Itu belum masuk lagi kaum ibu yang mula berborak pasal jenama susu anak, kau bersalin normal ke tidak? anak kau siapa jaga? pengasuh ke nursery? Eh kalau aku mula menulis secara serius ni mahu 45 episod drama slot akasia. 


Damachai

Damachai 

Sedang aku leka menghirup teh tarik di pagi hari 2 Syawal 1434 H. Datang seorang tua bertanya kepada aku.

"Wahai anak muda...dekat sini mana kedai nombor ekor?"

Aku renung tajam si tua ni...atas bawah atas bawah. Aku undur beberapa langkah ke belakang...Sambil berlari selaju Usain Bolt. Satu sepakan padu aku lepaskan gaya Eric Cantona tepat ke dada si tua itu. Dia tersungkur, berbuih mulut. 

Judi di Raya Kedua? Itulah obatnya.

Soalan Maut


Apabila seorang lelaki dan perempuan yang masih bujang pulang ke kampung. Pelbagai soalan pedas dari makcik pakcik pesara polis, askar, ataupun pekerja badan kerajaan yang lain akan moncul dari molot manis mereka. Antara soalan yang paling popular ialah.

"Kau ni bila nak kahwin? Ko tengok aku ni dah nak beranak tiga dah kamu tahu?"

Okeh, kalau kau kena soalan macam gini, tak perlu gabra. Bertenang. Tarik nafas dalam-dalam. Kemudian kau balas begini.

"Gua tengok bini lu pun gua dah paham apsal senang dan cepat benar kau kahwin".

Tuesday, August 6, 2013

Raya

Bagi sesetengah umat manusia yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang, ini adalah masanya untuk membanting tulang di Sogo dan Jalan Tunku Abdul Rahman. Ia bagaikan acara tahunan yang wajib. Malah ada yang menganggap ini seperti peperangan mesti menang. Yang hipster akan sibuk mencari tudung halfmoon chiffon 3 layer labucci. Lagi banyak layer lagi bagus. Kalau dapat 7 layer kaler pelangi ia merupakan keangkuhan peringkat tertinggi paling hebat.
 
Sambil berjalan gagah turun dari kenderaan awan. Lafaz umpama spartan keluar dari perti suara mereka.
 
"BANYAK LAGI KUBU BELUM DISERANG!!! JANGAN MUDAH MENGALAH!!! KITA ORANG MERDEKA!!!"

Friday, August 2, 2013

Raya Di Perantauan

Raya Di Perantauan
 
Tahun ini buat pertama kalinya dalam hidup aku akan beraya di perantauan. Ya!! Beraya di rumah mertua. Sejak aku berkahwin dengan orang Nogori Sembilan ni, aku menjadi insan yang sangat menghormati orang tua. Salam mesti cium tangan, tunduk. Riak wajah haruslah tulus, mulus bercahaya penuh dengan sinar keagungan.

Segala jenis Luak telah aku hafal. Antara Luak-luak ini adalah Luak Sungai Ujong, Luak Rembau, Luak Johol, Luak Jelebu dan Luak Tampin. Luak Tampin ni pulak tidak diketuai oleh Datuk Undang, sebaliknya ia diketuai oleh Tunku Besar. Disini aku nampak educated bukan?
 
Pada hari raya kelak aku mestilah berkelakuan sopan dan tertib. Tiada unsur kejahatan, tiada fahaman kiri, Reformasi, tiada perangai pailang ataupun lagu-lagu berunsur alam ghaib dari Metallica. Akan aku cuba humming lagu-lagu Raihan di dalam hati. Mohon sangatlah ingatan aku kuat ketika itu nanti.

Nota: Aku pun tengah gigih hafal lagu Nogori. Pitching semua kena jaga ni.

Berkatlah Yang di-Pertuan Besar di Negeri Sembilan
Kurniai Sihat Dan Makmur
Kasihi Rakyat Lanjutkan Umur
Akan Berkati Sekalian Yang Setia
Musuhnya Habis Binasa
Berkatlah Yang di-pertuan Besar Di Negeri Sembilan

Thursday, August 1, 2013

Solat Jumaat

Masa aku kecik-kecik dulu, hari Jumaat ni paling syok sebab boleh pergi masjid main dekat sungai dengan budak-budak kampung sambil pekena rambutan curi.

Pergi sembahyang Jumaat ni pun boleh kira macam pergi main gasing juga la dia punya seronok. Masa sembahyang boleh tarik seluar member sampai terlondeh, main pijak-pijak kaki kawan kat sebelah, main sepak songkok, korek bontot member yang tengah sujud dekat depan, jerit Amiiiinnn!! sampai nak tercabut kerongkong padahal ambik air sembahyang pun tidak, dan bila pak imam sampai ke tahiyyat akhir...

Semua geng-geng pailang cepat-cepat duduk tahiyyat bersama orang-orang yang bersembahyang macam takde apa-apa hal yang berlaku..

Perghh!!

Masa masa macam tu kalau aku ingat balik memang boleh buat air mata bergenang..

Chua Boon Huat

Gigih aku bercerita pada mamak jual nasik kandar tadi pasal Chua Boon Huat meninggal eksiden. Dengan tenang mamak tu tanya kepada aku.
 
"Eh, dia dah tak main badminton lagi ke?"
 
Kansel teh ais ikat tepi.

Aneh

Semalam masa melepak, member aku cerita, dah dua malam dia dengar orang mengaji kat rumah dia dalam pukul 3-4 pagi. Bunyi macam sayup-sayup je. Bila terjaga, dia tengok dalam bilik ada sejadah dah terbentang ikut kiblat. Dekat rumah, dia tinggal sorang je, family semua balik kampung.
 
Malam pertama dia steady lagi, malam kedua dia terus bangun simpan sejadah tu dlm stor.
 
Aku cakap la - "Dia suruh kau sembahyang la tu".
Member aku balas - "Makin takut nak sembahyang ada la".
 
Bongok.