Woih Like Lah!!!

Wednesday, October 29, 2014

Siri Bercakap Dengan MBSA.

Ingin Memohon Semburan Fogging Di Kawasan Pangsapuri Damai, Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam.

Sebenornya nak menangis jugak aku bila MBSA reply email aku tak sampai 43 minit. Oleh itu aku letak MBSA ni level cerdik dia atas dari TM dan ASTRO.

Mujur dia tak sound aku semula "Sebelum beli rumah tu, perhati dulu kawasan sekitarnya".

Semalam report MBSA, ini hari sudah datang tunjuk muka. Ya, tunjuk muka sekurang-kurangnya.

Bila aku teringatkan perangai TM dengan ASTRO, lagik aku rasa nak menangis. Begini lebih kurang sesi berbalas emailnya.

Kepada :-

Kementerian Kesihatan Malaysia
Majlis Perbandaran Shah Alam.

Ingin Memohon Semburan Fogging Di Kawasan Pangsapuri Damai, Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam.

Tuan/Puan,

Saya Muhammad Hadri Bin Abdul Kadir ingin meminta kerjasama pihak tuan/puan untuk memohon adakan semburan Fogging. Untuk makluman, Pangsapuri Damai, Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam sedang melalui proses penambahan pembinaan unit fasa baru. Ekoran dari ini terdapat banyak air bertakung dan nyamuk yang membiak di kawasan pembinaan berhampiran Pangsapuri Damai. Sudah semestinya ia akan merbahayakan kesihatan penduduk disini. Sebelum terjadi apa-apa pekara yang tidak diingini saya ingin meminta kerjasama pihak Tuan/Puan untuk mengadakan semburan Fogging di kawasan ini. Ia sekaligus dapat menepati kehendak kerajaan Negeri Selangor yang sedang dalam usaha membanteras habis-habisan bagi mencegah pembiakan nyamuk aedes ini.

Diharap aduan ini mendapat perhatian pihak Tuan/Puan.

Terima Kasih.

Yang Benar,

MUHAMMAD HADRI BIN ABDUL KADIR

Assalam dan Salam Sejahtera
 
Untuk makluman, pihak jabatan menjalankan aktiviti semburan berdasarkan notifikasi kes demam denggi yang diterima dari pihak hospital sebagai aktiviti kawalan. Aktiviti semburan sebagai aktiviti pencegahan hanya dijalankan di kawasan-kawasan yang sedang mengalami wabak. Ini adalah selaras dengan Panduan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Demam Denggi/ Demam Denggi Berdarah yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Masalah yang telah dikenalpasti sekiranya membuat penyemburan berdasarkan permintaan adalah kekebalan nyamuk dewasa terhadap bahan kimia yang digunakan. Ini akan menyukarkan aktiviti kawalan di tempat yang memang berwabak untuk masa-masa akan datang.

Untuk pengetahuan, nyamuk Aedes mempunyai kitaran hidup yang pendek iaitu seminggu sahaja dari telur ke nyamuk dewasa. Memandangkan aktiviti semburan hanya membunuh nyamuk dewasa, dalam masa seminggu telur yang tidak dihapuskan akan menjadi nyamuk dewasa dan masalah ini akan berulang kembali.
Kaedah yang paling baik untuk mencegah wabak demam denggi adalah memastikan tiada pembiakan jentik-jentik di dalam kawasan rumah seperti alas pasu bunga, bekas jambangan bunga, kolah mandi, dulang peti sejuk dan pam tandas yang telah rosak. Penduduk dinasihatkan untuk meluangkan masa sepuluh minit seminggu bagi memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes yang terdapat di persekitaran kawasan rumah. Penggunaan abate (ubat pembunuh jentik-jentik) di dalam tempat takungan air boleh dilakukan bagi mengelakkan pembiakan jentik-jentik. Selain dari itu, penggunaan aerosol khususnya pada waktu awal pagi dan lewat petang dapat membantu mengurangkan populasi nyamuk dewasa.

Aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong digalakkan dijalankan oleh penduduk setempat bagi memusnahkan sebarang bekas yang berpotensi menakung air. Sekiranya tempat pembiakan dijumpai oleh kakitangan yang menjalankan pemeriksaan, tindakan penguatkuasaan akan dikenakan terhadap penghuni premis.

Penggunaan insect repellant serta mengenakan baju dan seluar panjang semasa menjalankan aktiviti riadah di luar rumah amatlah digalakkan bagi menghindar dari gigitan nyamuk.
 
Dimaklumkan tiada kes denggi yang dilaporkan dari kawasan Apt Damai Seksyen 25.
 
Pihak jabatan akan menjalankan pemeriksaan terhadap tapak binaan/ tambah binaan seperti yang diadu.
 
Sekian terima kasih.  
 
Dr Ida Yanti bt Mohd Sofian
Timbalan Pengarah
Jabatan Kesihatan Persekitaran
Majlis Bandaraya Shah Alam

Posted via Blogaway

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

Wednesday, October 22, 2014

Siri Bercakap Dengan Drama Waktu Magrib - Bila Hati Berbicara


Siri Bercakap Dengan Drama Waktu Magrib - Bila Hati Berbicara

Maaf Jika Aku Tak Sempurna bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi dan bakal digantikan dengan BILA HATI BERBICARA yang bakal menghiasi Slot Akasia Tv3 mulai 28 Oktober 2014. Wow!!

Bila Hati Berbicara merupakan sebuah lagi drama yang diadaptasi dari novel cinta popular dari tajuk yang sama karya Antasya Balqis. Buah tangan terbaharu Suhan Movies ini diarahkan oleh Amie Maziah dan dan dibarisi pelakon baru seperti Syafiq Kyle, Atikah Suhaime, Idzham Ismail, Lia Natalia, Hanna Aqeela, Marisa Yasmin, Hafreez Adam, Emelie Hanif, dan ramai lagi.

Sinopsis Bila Hati Berbicara tv3

Emir Qasya adalah seorang lelaki muda bergelar jutawan, hidupnya bagaikan selebriti popular dan sentiasa menjadi perhatian masyarakat. Memiliki personaliti menarik dan wajah yang kacak, Emir sering dikaitkan dengan model dan perempuan cantik.

Namun sejak Emir dikhabarkan sedang mencari calon isteri, setiap gerak-gerinya menjadi buruan para wartawan. Oleh kerana sudah terbiasa dengan gaya hidup mewah, Emir inginkan calon isteri yang setaraf dengannya.

Dalam situasi yang tidak terduga, Emir terjumpa dengan gadis bernama Tania Kasturi di kawasan setinggan. Tanpa disedari, Emir mula jatuh cinta terhadap gadis itu, namun dia cuba menafikan perasaannya kerana Tania tidak setaraf dengannya.

Tetapi akhirnya dia sendiri memerangkap Tania untuk berkahwin dengannya kerana rakannya, Badri Fathul turut menaruh perasaan terhadap Tania. Sesuatu telah terjadi dalam perkahwinan mereka kerana fitnah dan dendam Taufik terhadap Tania kerana tidak dapat memiliki gadis itu dahulu. Tetapi kerana fitnah itu juga hubungan mereka yang retak kembali bertaut.

*****************************************************

Ulasan Hadriegas

1. Hero seperti biasa kaya nak mampos. Jutawan muda dan kacak bergaya. Kalau masuk penjara tak sampai seminggu dah lunyai. Tak sempat sedara mara nak Pecah Penjara selamatkan dia. Kalau dunia menuju apokalips pula aku rasa dia adalah individu yang ke-3 akan mati dahulu dimakan zombie. Nak suruh menyara keluarga dengan membancuh methamphetamine? Lagi terkial-kial. Kalau aku tanya kenal MacGyver tak? Mesti berdarah hidung nak menjawab.

2. Selain kaya, beliau juga disyaki sebagai seorang Pussy Hunter. Sama seperti drama-drama sebelum ini di waktu maghrib.

3. Pada mulanya kita akan nampak hero ni turun naik pejabat nak menunjukkan dia seorang ahlil perniagaan yang hebat. Tapi hebatnya tu setakat turun naik lif, hadirkan diri ke mesyuarat pagi sambil tandatangan sikit atas kertas A4 yang disusun dalam fail kuning. Setakat itu ajek. Lepas dia jumpa makwe, perniagaan ke mana, pejabat ke mana..hancur. Dan aku yakin selepas itu takkan ada lagi adegan yang menunjukkan dia menjalankan perniagaannya dengan penuh dedikasi di pejabat. Percayalah cakap aku ni.

4. Ada dua atau tiga hero dalam drama ni. Dan aku rasa bangang dia lebih kurang setara antara satu sama lain. Tak perlu aku sembang lebih lanjut.

5. "Sesuatu telah terjadi dalam perkahwinan mereka kerana fitnah dan dendam Taufik terhadap Tania kerana tidak dapat memiliki gadis itu dahulu. Tetapi kerana fitnah itu juga hubungan mereka yang retak kembali bertaut"

Aku tak tahulah kalau ada perempuan yang memang suka diri dia kena fitnah dengan lelaki hensem dan kemudian lelaki tu terjatuh cinta dengan dia. Kalau engko jumpe orang macam gini dekat mana-mana, engko smash tengkuk dia laju-laju. Nasihat dekat dia suruh nengok benda yang berfaedah sikit.

6. Heroin adalah orang miskin hina tapi berwajah horny. Entah kenapa konsep sebegini selalu digunapakai. Untuk memaksa kaum adam turut bergegas pulang ke rumah dan menyarung pelikat di hadapan TV pada waktu Maghrib?

7. Hero kaya, sombong, bongkak dan kacak bergaya. Heroin miskin baik nak mampos kena pijak kepala pun masih tersenyum manis. Ataupun situasi sebaliknya. Kemudian kahwin paksa, tak bahagia dari episode 1 sehingga 20. Berbahahagia ke akhir hayat pada episode akhir (Season Finale). Fuuuhhhh..tema yang berulang-ulang sehingga kiamat menjelang aku rasa. Drama setaraf assignment budak Mass Comm semester akhir.

8. Kenapa aku marah sangat dengan drama Melayu terutamanya drama waktu Magrib? Sebab terlalu banyak adegan bersentuhan lelaki dan perempuan yang tak halal. (Nah, aku bukan sahaja marah sentuh hanjeng, sentuh sesama manusia pun aku pangkah)

9. Drama barat? Itu memang sebab diorang tak ade pegangan yang kawal diorang. Jadi pada diorang benda macam tu biase ajek. Tapi pembuat drama dekat Malaysia ni,kenapa nak jugak jadi macam gitu? Lupa diri, lupa semua benda hukum hakam halal haram. Dah kenapa? Dan aku perasan tak ade pun apa-apa garis panduan yang dikeluarkan untuk kawal pembiakkan budaya haram ni di layar TV. Agaknya inilah yang dianjurkan dan disukai oleh Islam 1 Malaysia.

10. Semua ini tidak akan menjadi masalah besor andai heroin dia Siti Saleha. Heh!

Sebenarnya Kancil Lagi Cerdik Dari Hanjeng - Penutup Perihal Hanjeng (Pendapat Peribadi Penulis, Tak Setuju Lantak Engko)



Sebenarnya Kancil Lagi Cerdik Dari Hanjeng - Penutup Perihal Hanjeng (Pendapat Peribadi Penulis, Tak Setuju Lantak Engko)

Mula-mula aku malas jugak nak tulis apa-apa pasal acara pegang hanjeng ni. Sebabnya isu ni sama macam cat Nippon. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Aku perhati dari jauh jek perangai Melayu yang pegang hanjeng ni. Melayu...melayu...susah jugak kalau benda konsep asas dalam Islam ni engko tak paham serta kaji secara mendalam. Aku tak perlu sembang pasal Samak, Sertu dan sebagainya. Begitu jugak hukum hakam dan bilakah masanya kita perlu buat benda-benda tu semua. Hal permit? Pun aku malas nak bergaduh pasal tu.

Aku jugak tidak berminat nak melayan 'peluk cium makwe tak jadi isu, pegang hanjeng jadik hal besor' ataupun 'isu anak luor nikah kau abaikan, sibukkan hal hanjeng pulek'. Rileksss brader...Engko kena fokus betol-betol. Fokus kita sekarang adalah pada hanjeng walaupun aku sentiasa sedar ade lagik masalah yang besar iaitu hanjeng-hanjeng yang ambil rasuah dalam negara. Lagik satu aku nak bagitau, perihal berniaga air rukyah pun aku belasah. Inikan pula pegang hanjeng tanpa usul periksa. Heh!

Sekarang aku cuma nak tahu keperluan menganjurkan acara ni. Nak mengajar cara-cara Samak, Sertu dan sebagainya? Apa tak cukup ke kuliah-kuliah agama dan pembelajaran di sekolah sehinggakan perlu adanya acara macam gini? Kalau kitab Mutaal Badrin pun engko tak pernah dengor. Berhenti jelah sembang pasal hanjeng ni. 'Maka jika tiada, maka tiada'.

Lepas tu kalau engko kata acara ini nak memupuk budaya sayangkan binatang? Kenapa pencinta haiwan di Malaysia ni fokus kepada hanjeng sahaja? Kempen jangan bunuh burung gagak? Kempen jangan bunuh tikus? Kenapa tak buat? Yang aku geram tu hanjeng dalam acara ni semuanya bersih comel yang amat. Kenapa tak pergi pegang yang berkurap, kurus melidi tepi-tepi jalan raya tu? Pilih kasta jugak?

Nak buat supaya Melayu berminat bela hanjeng sebab hanjeng ni cerdik? Banyak lagi binatang yang boleh dibela yang halal wahai sedara sekalian dan abang-abang hensem serta adik-adik hijabista..Sebagai contoh...Gajah, beruang koala, orang hutan dan juga panda..Membela kancil pun boleh sebenarnya. Lagi cerdik dari hanjeng. Nak juga bela yang tak berapa halal tu dah kenapa? Seronok sangat nak jadi masyarakat universal ke?

Aku paham...memanglah henjeng tu pun makhluk Allah. Bukan Jabatan Haiwan Liar yang cipta. Aku pun bukannya sengaja mengeji mencaci binatang ciptaan Tuhan ni. Yang aku cuba persoalkan ialah engko pegang hanjeng tanpa usul periksa ni siapa yang suruh?

Engko dah tengok gambor acara ni? Aku dah tengok gambor dia. Majoriti makwe yang pakai tudung dan cun-cun yang pegang hanjeng ni. Rasa cemburu pun ada sebenornya. Tetapi selaku lelaki matang, aku bertenang sahaja. Mungkin makwe bertudung ni nak pegang Ustaz tak boleh, jadik diorang ni peganglah hanjeng. Aku rasalaaaah.

Dahulu perihal babi. Sekarang hanjeng. Secara tidak langsung kedua-dua binatang ni sebenarnya banyak mengajar aku mengenal sikap dan sifat manusia. Apa kata lepas ni kita buat program mari menyentuh makwe orang dan bini orang. Amacam berani? Ataupun hari pegang taik. Sekurang-kurangnya boleh mengurangkan rasa takut dan jijik terhadap taik.

Aku masih ingat suatu ketika dahulu masa aku belasah isu JDT, berebut-rebut TMJ dan pemuja JDT sambil rileks label aku sebagai 'HANJENG YANG MENYALAK BUKIT'. Memanglah masa tu aku marah. Tetapi selepas 19 Oktober 2014, aku menjadi semakin tenang. Ini kerana masih ada lagi yang sayang rupanya.

Obey Your Master

Obey Your Master

Lagu Scorpion tenang berkumandang...

Member : "Eh engko minat Scorpion ek? Aku lagik masuk kalau dengar lagu Metallica"

Aku : "Ini lagu dah lama dalam laptop aku. Lagipun bini aku yang suka. Eh, engko pegi ke konsert Metallica tahun lepas?"

Member : "Tak"

Aku : "Hnnnsssh...Hnnnsssh...Hnnnsssh...Hnnnsssh..." (kembang kuncup idung aku menahan amarah)


Posted via Blogaway

Membawa Bekal

Membawa Bekal

Kuala Lumpur: Kempen Jom Bawa Bekal ke Sekolah yang dilancarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menjadi langkah paling baik untuk ibu bapa berjimat.

Menterinya Datuk Seri Hasan Malek berkata, kempen itu, sekali gus menggalakkan pelajar mengambil makanan berkhasiat dan selamat kerana ia dimasak dari rumah.



*********************************************************************

Ulasan Hadriegas

Sebenornyer tak salah pun bawak bekal tu dan ia memang benda yang sangat bagus. Aku jugak buat dan ia jelas banyak menjimatkan belanja makan berbanding jika kita makan di kedai.

Yang jadik salahnyer...kenape kite sahaja yang kena bawak bekal? Najib? Anwar? Hadi Awang? Mat Sabu? Dan seluruh ahlil politik termasuk soltan soltan juga mesti ikut sama bawak bekal.

Soltan terutamanya. Ape guna Istana besor besor kalau perihal agama negara pun terkial kial nak handel? Jadik imam? Bila?

Bekal? Hasan Malek? Dan seluroh pemerintah tanah melayu, EAT MY SHIT!!!!!!

Sekian...aku nak masak...

Tuesday, October 14, 2014

Aku Brabus Engko Kereta Nasional.

Aku Brabus Engko Kereta Nasional.

Stesen Minyak Petron Dengan Pengurangan Subsidi 20 sen, Kuala Lumpur | 7.20 AM.


"Kerja mana bro?"

"Tuhaaa bank atas bukit tu"

"Buat ape?"

"IT"

"Dulu aku pun buat IT. Aku dulu System Engineer"

"Ooooo..Wintel ke?"

"Windows..Tapi tahun 2000 dulu la. Tak tahan bro keje kena tekan...9 tahun aku mampu pakai Honda Jazz jek. Skang aku buat insurans bro. Lepas dua tahun, nihaaa aku dapat pakai Brabus. Ko ade name card?

"Name card aku takde"

"Ni name card aku. Bagi sini nombor talipon ko"

"Haaa..nah aku miscall. Jaga-jaga..!!"

"Ok, aku dah save nama ko - Hadri Petron"

Aku pulak dengan tenang save nombor mamat ni 'Cilake Jangan Angkat'.

Peruntukan RM103 Juta Mampu Lonjak Sukan Negara Ke Tahap Lebih Baik

Peruntukan RM103 Juta Mampu Lonjak Sukan Negara Ke Tahap Lebih Baik - Khairy

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyifatkan peruntukan tambahan RM103 juta kepada pembangunan sukan sebagai usaha kerajaan bagi mempertingkat mutu sukan negara.

Selain itu, kerajaan berhasrat mempertingkat mutu sukan berprestasi tinggi menerusi enam bidang sukan terpilih dalam fasa pertama membabitkan bola sepak, berbasikal, badminton, sepak takraw, renang dan olahraga.

"Sukan teras seperti bola sepak, berbasikal, badminton, sepak takraw, renang dan olahraga memang memerlukan satu program khusus untuk dibangunkan semula selepas prestasi buruk pada kedua-dua temasya sukan," katanya.

http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/sp/newssports.php?id=1075499

-------------------------------------------------------------------

Ulasan Hadriegas

Jika ditanya kepada aku secara peribadi berpendapat yang RM103 Juta memang masih tidak cukup untuk membangunkan sukan kita yang sudah semakin nazak sekiranya Malaysia betol-betol mahu menjadi jagoan di rantau Asia Tenggara mahupun ASIA.

Pemilihan acara bola sepak, sepak takraw, badminton dan olahraga (bagi fasa pertama katanya) juga pada aku seperti sudah relevan lagi. Kenapa tidak diberi 'ketuk ketampi' atas berpuluh siri kegagalan yang telah persatuan ini lakukan?  Kenapa tidak didahulukan sukan yang berpotensi cerah seperti perahu layor, karate dan skuasy contohnya. Jangan tanya dekat aku pasal cara nak popularkan sukan 'anak tiri' ni. Aku libas dengan tumit karang.

Kita juga mungkin perasan setiap tahun berjota-jota ringgit dicurahkan kepada sukan bola sepak hanya untuk dimalukan dalam setiap kejohanan yang mereka sertai.

Skuad Malaysia pernah berguru di Slovakia sebelum bertapa di Australia.

Slovakia sudah melahirkan pemain bola sepak seperti Martin Skrtel dan Marek Hamsik. Kita pula hanya berbangga dengan produk yang bermain di Portugal dan kemudian pulang ke tanah air atas alasan rindu makwe dan belacan.

Slovakia juga sudah menewaskan bekas Juara Piala Dunia 2010 dan Juara Eropah Dua Kali baru-baru ini. Manakala pemuja Harimau Malaysia bersorak gembira apabila skuad mereka berjaya menewaskan Laos.

Jadi aku nak tau apakah yang FAM dan Harimau Malaya sudah pelajari di Slovakia? Heh?

The Return of Kerambit Warrior : Flashes Before Your Eyes III

The Return of Kerambit Warrior : Flashes Before Your Eyes III

Hari ini : Madison Street New York : 10.00 PM

"Bangun woih cilake!!Bangun!! Ini tempat tidur aku. Esok aku ada pembentangan Bajet 2025. Aku kena tidur awal ni".

Taruddin tidak banyak membantah. Dari posisi duduk dia bangun sambil menepuk-nepuk debu di jaket labuhnya. Dan diberi tempat tidurnya itu kepada sahabatnya yang suatu ketika dahulu agak lincah - Idlan Khozim.

Botol New York Ranger yang bersepah-sepah selepas Oktoberfest kini sudahpun berisi dengan air embun dan kemas dalam genggaman. Biskut kering yang sudah tinggal suku dikeluarkan dari poket seluar sebelah kirinya. Lalu dia menyuap perlahan-lahan biskut tersebut ke dalam mulutnya yang sudah berbulan tidak diberus serta boleh tahan tebal juga tahinya jika dilihat dengan mata kasar. Air embum dalam botol New York Ranger diteguk dengan cermat kerana bimbang akan kehabisan jika terlalu rakus menghirupnya.

Direnungnya Idlan Khozim secara medalam. Dalam hatinya berbisik.."Engko punya pasallah kita jadi gelandangan dekat sini. Kuang hajor"

Imbas kembali....Kampung Buaya

Tiba-tiba mereka terdengar bunyi motor memasuki halaman rumah Taruddin. Susuk itu pantas memberhentikan motornya lalu membuka 'daft punk' helmetnya dengan cermat.

"Woi!!! Woi!!! Woi!!! Woi!!! Kita dah boleh makan cokelat cadbury semula woih!!! DNA Babi takdelaaaa!!!! Kah kah kah!!!" Jerit Pakcik Romanov macam orang gila isim.

Secara tergesa-gesa juga Pakcik Romanov meninggalkan mereka berdua tanpa sempat menyarung kembali helmet 'daft punk'.

Gedegaaaaang!!!!!

Entah dari mana muncul bas dua tingkat berwarna merah pekat melanggar Pakcik Romanov. Bersepai tulang dan daging Pakcik Romanov. Darah bersemburan merata di atas tanah. Hanya tinggal mata Pakcik Romanov sahaja yang bergolek-golek di atas jalan.

Taruddin dan Idlan Khozim tercengang memerhatikan kejadian tersebut. Mereka melihat tulisan di badan bas tersebut. Tertera jelas 'LONDON TRANSPORT'

Idlan Khozim memandang ke arah Taruddin sambil berkata...."Dude!! I think you just teleport that fucking bus!!! Apa kata engko terai teleport kita berdua ke London. Untung-untung bole nengok bola Chelsea belasah Arsenal"

Taruddin yang pada mulanya enggan berbuat demikian akhirnya akur apabila Idlan Khozim tak henti-henti mendesak dan merengek gaya Hanis Zalikha di hujung kakinya. Dan akhirnya.....KAPOOOOOOF!!!!!

Hari ini, Madison Street New York.

Sejak dari itu Taruddin sudah tidak boleh kembali ke Kampung Buaya. Kuasanya seakan-akan sudah hilang. Dia juga terlepas sambutan Hari Kemerdekaan Negara Malaysia yang ke-57.

"Sempena hari kemerdekaan Malaysia ni, aku nak tanya engko Idlan Khozim. Filem perang apakah yang beri impak dalam hidup ko?"

Idlan Khozim tidak terus menjawab. Selepas dikumpulnya debu jalanraya dan merasanya dengan hujung lidah. Dia mula berdiri gaya ahli politik. Dua tangannya diletakkan di belakang.

"Filem perang yang beri impak dalam hidup aku mestilah filem Shaving Ryan's Private. Kenapa? Ini kerana gaji permulaan RM2,500, yang diterima oleh siswazah yang baru memasuki alam pekerjaan, adalah mencukupi jika mengamalkan pengurusan wang yang bijak selain tabiat mengukur baju di badan sendiri. Gaji yang tak cukup ni sebab adanya kedai urut yang bersepah-sepah. Engko bayangkan tudung Fareeda sahaja dah mencecah sehingga RM150. Syabu pun dah RM200 sebungkus. Gampang macam mana gaji nak cukup? Lepas tu marah ke kerajaan. Sebelum itu..Izinkan aku menceritakan sebuah kisah seram hasil pengalaman kawan kepada kawan aku. Eh kejap, malas aku nak cerita. Rasa mengantuk pulak. Esok aku nak kena bangun awal pagi pergi ke bandor minum kopi yahudi sambil usha makwe. Lepas tu aku sambung semula kritik isu pendidikan vernakular."

Begitulah sambutan kemerdekaan Taruddin di perantauan dihiasi ceramah bingai daripada sahabatnya. Idlan Khozim pula sejak terdampar di New York ni akalnya semakin menurun. Sembangnya sudah seperti ahli politik gila jawatan. Kadang-kadang dia menjerit bagaikan pejuang bangsa. Kadangkala dia hanya termenung panjang sambil mulutnya tak henti-henti mengucapkan "End of day...end of day...demi masa...sesungguhnya manusia itu kerugian..."

Selain itu mereka berdua turut terlepas menyambut Hari Raya Korban di Kampung Buaya. Taruddin dan Idlan Khozim hanya dapat melihat acara penukaran kain Kiswah yang mencecah RM20 Juta ketika sedang mengutip tin kosong di hadapan kedai elektrik Hitachi di hujung simpang sana. Apabila melihat baju masing-masing yang kotor berdebu dan compang-camping mereka berdua menjadi sayu hati. Sudahlah miskin. Hina pulak tu. Terkadang terdetik juga persoalan di hati mereka berdua, mungkin barangkali tiada orang miskin tegar di negara Arab Saudi. Mungkin.

Dan malam ini Taruddin sekali lagi termenung menghitung bintang. Sambil telinganya dihiburkan dengan dengkuran sahabatnya suatu ketika dahulu agak lincah - Idlan Khozim.

Kompilasi

Bajet 2015

Jaga-jaga..sikit jam lagi pakar ekonomi akan muncul di serata laman sosial. Jaga-jaga semua...

Tunggu aku beli surat kabor esok. Lepas tu baru sedap nak sembang belanjawan dalam sehari dua ni. 


Serum Hebat Tahan Lame - Rahsia Lambat Tewas Di Ranjang Terbongkar Lagi.

Seorang rakan anda 'likes' Serum Hebat Tahan Lame.

[ Turut Sama Likes] ATAU [Abaikan Sahaja]. 


Tiada Beza.

Aku nengok Jason Statham ni tak jauh sangat beza body dia dengan aku. Dia punya lincah apatah lagi. 


Filem Raya

"TV3 Akan menayangkan Filem Baadshah sempena Deepavali."

TV3 ni takde internet ke? Tau guna Torrent tak? Pernah dengor The Pirates Bay? 

Ikat Perot

Ikat Perot

"Shahidan berkata elaun MP sekarang berjumlah kira-kira RM 6,500 adalah yang paling rendah di dunia"

Sekarang engko kena tahu  dari mana datangnya kajian yang menunjukkan meningkatnya pendapatan isi rumah tu muncul. Haaaaa...tapi elaun diorang ni setakat seluor jeans aku sehelai jek. Jadi aku rilekssss.

http://www.malaysiakini.com/news/277026
http://www.malaysiakini.com/news/276949

Perihal Minyak Dan Menteri Besor Selangor

Perihal Minyak Dan Menteri Besor Selangor

Indahnya menjadi rakyat Malaysia apabila dikurniakan pemerintah yang suka naikkan harga minyak serta pembangkang yang baru sahaja selesaikan ceritera berebut kuasa.

Wednesday, October 1, 2014

Macam Mana Nak Selesaikan Masalah Sukan Malaysia Yang Semakin Melingkup?

Sukan di Malaysia ni aku nengok makin nazak. Badminton kalah dengan Jepun. Hoki kena main dengan Trinidad Tobago. Takraw kena ayam dengan Korea. Bola sepak? Haaaaaaaaaa...lagi jahanam.

Melingkup dan terus melingkup. Aku rasa MOM/KBS/MSN boleh tutup terus mana-mana sukan yang memang dah jelas takde harapan dan lebih kerap bagi malu. Tinggalkan satu dua sukan yang betol-betol boleh bagi saingan di peringkat antarabangsa.

Sebagai seorang yang takde pendidikan dalam bidang sukan, aku bagi satu contoh yang agak bodoh, tapi cara mudah untuk kita dapatkan banyak pingat dalam satu-satu kejohanan.

Katakan engko fokus pada sukan badminton dan basikal sahaja. Dalam 2 jenis sokan ni kita boleh kaut 10 emas (lebih kuranglaaaa untuk satu kejohanan macam Sukan Sea. Komanwel, Asia). Jadikan kita POWER dalam 2 jenis sukan ni untuk tempoh 10 tahun. Lepas tu katakan selepas 10 tahun kita pulun, kita  berjaya kaut 10 emas pada temasya sukan Asia 2026. Kemudian tambah lagi 2 acara, kasik POWER jugak dalam tempoh yang sama. Yang dah sediakala POWER tu engko menten jela. Takkan itu pun tak reti. Dan seterusnya teruskan cara paling bodoh ni sehingga kiamat.

Apa macam? Engko nak guna idea rongak macam gini? Atau sedia tanggung malu setiap kali negara Malasyia main sokan? Ingaaat...semua benda ni melibatkan duit. Duit siapa? Ko seluk poket seluor sebelah kiri tu. Ko seluk!!!

Nota: Aku dapat idea rongak ni masa nengok member aku makan Kuey Tiaw Goreng. Apa bende yang susah sangat ni?