Woih Like Lah!!!

Thursday, September 26, 2013

32B Je...

32B Je...

Tiba-tiba aku teringat kisah dahulu kala masa zaman aku belajar. Pernah heboh pasal video '32 B jek....' Kahkahkah...aku nak sembang lebih pun macam ingat-ingat lupa cerita tu.
 
Nota: Aku tengah buat CGI untuk "From Bangladesh With Love Part II" ni. Jaga-jaga semua.

Wednesday, September 25, 2013

Mat Yo

Tahukah anda ini bukan pasal kecoh hal orang atau menyibuk jaga tepi kain orang. Ini kes melibatkan golongon popular. Laman sosial memang akan segera menyebarkan dan sensasikan berita macam gini. Kalau tak nak terganggu dengan cerita macam gini, jangan guna laman sosial.
 
Padahal ramai jek kat luar sana tu yang pernah bergaduh dengan pak guard. Macam aku sendiri pun pernah bergaduh pasal parking kereta dekat KLIA sama macam kes pemain bola tu. Tapi membezakannya ialah aku bergaduh dengan jemaah haji yang baru pulang dari tanah suci. Huh! 

Tuesday, September 24, 2013

From Bangladesh With Love: Fiksyen Sukan 1 Malaysia.

Friday, May 10, 2013
 
From Bangladesh With Love: Fiksyen Sukan 1 Malaysia. (Part I)

Sebenarnya aku baru balik dari Bangladesh, barang dalam beg pun belum habis kemas keluar lagi. Aku di arahkan pergi Bangladesh untuk study budaya dan cara kerja warga Bangla ini di sana. Maklumlah makan gaji dalam sektor kerajaan ini lain macam sikit. Kerahan tenaga dia mengalahkan orang kerja cuci bontot kuali. Aku disuruh berjumpa dengan seorang warga Bangladesh bernama Ebraheem Yali yang pernah hidup senang di Malaysia. Dia ini kerjanya sekarang bawa teksi.

Mula-mula sampai di lapangan terbang antarabangsa Dhaka, aku dah nampak satu susuk tersengih-sengih dari jauh. Aku syak inilah Ebraheem Yali. Yang bestnya muka dia ni sebijik macam seorang ahli politik yang suka lompat parti di negara aku, Malaysia. Mungkin betul kata orang, "ade 7 individu wajah seiras kita".

Masuk dalam teksi, aku terus menyandarkan badan. Punyalah selesa. Tambang teksi yang mahal memang tidak menjadi masalah kerana semuanya ditanggung. Dalam perjalanan, Ebraheem Yali, si pemandu teksi, bertanya tujuan aku bertandang ke Bangladesh. Nak kata balik kampung beraya, macam bukan.

"Abang tengok muka hang ni macam kenai ja. Asai mana?"

"Johor", aku jawab sepatah, badan pun masih penat.

"La awat hang tak habaq awai-awai! Abang pernah mai Aloq Staq dulu, dekat doploh tahun dah dok kerja cari makan sana. Mesia lagu mana la ni? Madey dok jadi PM lagi ka?"

Dalam hati aku berkata, wah fasih betul Bangla ni berbahasa loghat utara. Aku pun menjelaskan satu -persatu perihal politik semasa Malaysia kepada dia. Dia pun terangguk-angguk dan kadangkala terbahak-bahak apabila aku menyebut nama Hishamuddin dan Shabery Chik. Entah kenapa pun aku tak tahulah.

Aku pun tanpa melengahkan masa, terus mengajukan soalan pertama aku kepada Ebraheem Yali.
 
bersambung...
---------------------------------------------------
 
From Bangladesh With Love: Fiksyen Sukan 1 Malaysia. (Part II)
 
Aku pun tanpa melengahkan masa, terus mengajukan soalan pertama aku kepada Ebraheem Yali.

"Apa yang kita boleh lakukan dengan 40K orang pendatang Bangladesh? Ke mana harus mereka tujui untuk meneruskan survival mereka di Malaysia yang serba maju itu? Memangkah pun sudah. Nak diserapkan dalam projek mega Barisan Nasional pun belum ada lagi yang sesuai rasanya," panjang lebar aku tanya dia.
 
"Untuk menjawab persoalan tentang Bangladesh ni, kita perlu berfikir cara Bangladesh." tenang Ebraheem Yali menepis soalan aku tadi walaupun tanpa jawapan yang jitu. Kini loghat utaranya sudah hilang.

"Ramai yang tidak tahu bakat Bangla bukan hanya terhad kepada isi minyak, kira harga makanan dengan satu helaan nafas yang berbau dan membancuh simen. Bakat kami lebih besar dari itu. Bangla ni kalau kita pupuk dia betul-betul, mereka mampu menggoncang dunia tau."
 
Aku yang mendengar hanya mampu tersenyum sambil menggeleng-geleng kecil. Masa tu aku terpikir juga, celah mana yang Bangla ni mampu menggoncang dunia? Pakai baju pun petak-petak. Setahu aku kalau Neelofa tu memang betullah mampu menggoncang bukan setakat dunia, malah iman yang rapuh ini pun belum tentu mampu bertahan. (walaupun Neelofa pakai baju petak-petak macam Bangla).

"Bukan Neelofa fokus kita. Bangla adakah agenda utama kita,"
 
Selamber Ebraheem Yali mencelah lamunan aku yang sedang membayangkan Neelofa berbaju kemeja petak tidak berbutang di bahagian atas. Hebat firasat Bangla ni.
 
bersambung...
---------------------------------------------------
 
From Bangladesh With Love: Fiksyen Sukan 1 Malaysia. (Part III)
 
Selamber Ebraheem Yali mencelah lamunan aku yang sedang membayangkan Neelofa berbaju kemeja petak tidak berbutang di bahagian atas. Hebat firasat Bangla ni.
 
"Abang kalau berbicara memang takkan lari dari topik sukan terutamanya bola sepak. Bukankah elok mempergunakan baka baik dari Bangla untuk kemajuan sukan bola sepak negara kamu tu. Mengikut ranking FIFA pun Bangladesh pernah duduk atas dari Malaysia. Dok gitu?."
 
"Memanglah bang, tapi abang ada apa-apa idea tak nak merealisasikan cadangan tu?," tanya aku dengan sopan sambil-sambil mengintai jalan raya sekitar Dhaka yang berlobang-lobang. Dalam hati aku..'sebijik macam Shah Alam'.
 
Lama jugak abang Ebraheem Yali berdiam diri. Diturunkan tingkap kereta. Lalu sebatang cerut Cohiba Esplendido dikeluarkan dan dia menghulurkan sebatang kepada aku. Aku tolak dengan penuh santun, tak merokok. Ebraheem Yali geleng kepala dan menyalakan sebatang untuk dirinya.
 
Asap cerut dari Habanos Cuba ni segera mencucuk hidung aku yang resdung dan sensitif . Macam best, aku kata dalam hati. Aku minta sebatang. Ebraheem Yali sengih macam kambing. Ini rokok Che Guevara buat khas untuk Fidel Castro. Rugi kalau tak try.
 
bersambung...
---------------------------------------------------
 
From Bangladesh With Love: Fiksyen Sukan 1 Malaysia. (Part IV- akhir)
 
Asap cerut dari Habanos Cuba ni segera mencucuk hidung aku yang resdung dan sensitif . Macam best, aku kata dalam hati. Aku minta sebatang. Ebraheem Yali sengih macam kambing. Ini rokok Che Guevara buat khas untuk Fidel Castro. Rugi kalau tak try.
 
"Apa susah. Kat Malaysia ada macam-macam program 1 Malaysia. BR1M lah, KRIM lah. Apa kata wujudkan saja satu dasar baru. BKB1M"
 
"Hape tu bang?"
 
"Bantuan Kahwin Bangla 1 Malaysia. Kahwinkan jejaka kacak Bangla dengan baka-baka comei dari Malaysia. Kalau dapat mek klate macam Neelofa lagik bagus. Nah!! Cukup 40 tahun kemudian, Malaysia sudah boleh main Piala Dunia. Lagipun alang-alang dah kena kencing dengan Soltan Bola 40 tahun, hang tunggulah lagi 40 tahun sebelum menuai benihnya."
 
Ternyata ilmu abang ni penuh di dada. Aku terharu. Terfikir juga, kalaulah ada menteri bola yang cerdik macam abang Ebraheem Yali ni di Malaysia, aku yakin bolasepak kita pun boleh maju. Ini tidak, semuanya gila jawatan. Baru memang Sukan Sea, Piala Suzuki dah dapat pangkat Datuk. Player pulak main bola sebab nak pakai kereta bukan buatan nasional, lepas tu kahwin dengan artis kat Siam. Lepas tu lagi buruk perangai pergi terajang telur pak guard. Apa barang?
 
Balik nanti aku nak usulkan pada Menteri Sukan, KJ. Maklumlah 40K tu ramai. Boleh bahagi-bahagi ke sukan hoki, kriket. Aku tengok kawasan sekitar. Hujung jalan sana sekumpulan pemuda Bangla sedang melepak hisap rokok daun sambil main terup. Muzik Hindi dendangan Udit Narayan berkumandang dari mini compo second hand mereka. Sebelah kiri jalan pula tidak ketinggalan juga yang sedang bermain kabadi. Kini satu jek yang terlintas dalam kepala otak aku. EMAS OLIMPIK MALAYSIA yang pertama dalam genggaman.
 
TAMAT.

Friday, September 20, 2013

Rentap Wira Sarawak: Agi Idup Agi Ngelaban


Rentap

Malam tadi aku bermimpi berada pada 19 Ogos 1844 bersama-sama Rentap melakukakan penentangan terhadap Raja Putih Brooke di Karangan Peris dalam daerah Skrang. 

Dalam mimpi tu, aku dan RENTAP bertempur dengan pasukan Rajah James Brooke dan Captain Keppel daripada Tentera Laut DiRaja Inggeris. Aku sempat ludah ke muka Rajah James Brooke sebelum aku rodok perut beliau dengan Parang Ilang sampai terburai segala isi perutnya.

Punyalah real mimpi aku tu bila aku bangun tido pagi ni ada lendiran cecair putih atas bantal aku. Dahsyatnya..

Wednesday, September 18, 2013

Rise of the Taruddin : Palsu



Palsu I

Pada satu hari Rabu yang redup dan menenangkan. Aku pergi ke Pasar Malam Seksyen 7 Shah Alam dengan tujuan untuk mencari makanan. Tiada niat yang lain, hanya untuk mencari makanan sahaja. Sedang aku meninjau juadah sambil terusha makwe-makwe UITM yang berhimpit-himpit di Pasar Malam, telefon tangan aku yang tidak berapa pintar berbunyi. Nama Taruddin tertera. 

Lantas aku keluarkan diri dari kesesakan umat manusia tadi. Aku melangkah dengan penuh hati-hati mengelakkan diri daripada berlakunya pergeseran antara bukan muhrim. Kini aku berada betul-betul di sebelah kedai Laksa. Ramai makwe dekat sini. Aku tekan butang telefon. Suara garau ala-ala Tengku Adnan Mansor kedengaran di sebelah sana.

"Assalammualaikum...petang esok boleh tak aku jumpa kau. Nak mintak kau tulis pasal bola Johor lah dalam blog bola terkemuka Mata Pena Si Hitam tu. Nanti aku bagilah info yang aku ade"

Amboih bukan main senang si Taruddin ni order entri. Dah macam order teh ais dah aku tengok. Tapi aku tak menolak. Aku setuju dengan 'order' tersebut. Lagipun Taruddin ni baik orangnya. Apa yang dia boleh tolong, mesti dia tolong. Pernah satu hari aku ajak beliau ponteng kelas teman aku pergi Campbell cari kasut bola dengan kaset Metallica pun dia ikut. Tak banyak ragam. Tapi yang aku tak tahan tu sebagai balasannya aku kena teman dia tengok wayang filem Cinta Kolestrol. Katanya dia peminat Yusry. Ah syaitan betul.

Aku memutuskan talian telefon selepas kami sepakat memilih tempat berjumpa pada esok hari. Aku kemudiannya kembali menyambung aktiviti berhimpit-himpit di Pasar Malam sambil bersiul tenang menyanyikan lagu Yusry, Dekat Padamu. Ahhhhhhhh!!!

Bersambung...

*****************************


Palsu II

Tibalah pada hari yang dijanjikan oleh Taruddin untuk berjumpa dengan aku. Sementara menunggu beliau, aku mintak mamak Ayza tolong buatkan aku segelas teh tarik kurang manis demi menyahut seruan kerajaan supaya mengurangkan penggunaan gula dalam kehidupan seharian.

Sambil menunggu teh tarik, aku kaji wajah mamak dekat sini secara mendalam. Kesimpulan yang aku dapat ialah mamak dekat sini aku perhatikan masih tiada perubahan. Muka semuanya takde yang senonoh. Nak dapat tengok muka macam Arjun Rampal memang jauh sekali. Yang ada semuanya berwajah Patriot dan Putera. Mual.

15 minit kemudian.....

Taruddin tiba dengan penuh gaya setelah separuh teh tarik aku hirup. Janji tak ditepati. Penampilan beliau sudah banyak berubah. Memakai baju berkotak dan seluar jean ketat, aura maskulin era Inggeris tahun 60-an jelas sebati dalam persalinannya. Tidak cukup setakat itu sahaja, dia turut melengkapkan pesona diri dengan gaya janggut yang dilihat eksentrik pada pandangan mata orang Malaysia kecuali aku. Dari jauh serupa Wak Doyok.

Selepas kami berdua bermukadimah dengan bertanya khabar serta perkembangan antara satu sama lain, aku menyuruh Taruddin memulakan penceritaan bola Johor dia dengan segera. Aku buka laptop dan menaip apa yang beliau sembangkan.

Dari Nasir Yusof ke Khalid Shadan, membawalah ke Rizal Sukiman dan Rusdee Sulong. Habis semua kisah beliau ceritakan pada aku. Kebanyakannya semua itu memang celah gigi aku sahaja. Tetapi demi menjaga hati sahabat, aku kerut-kerutkan dahi ini sedikit supaya nampak macam pertama kali dengar kisah tersebut. Tibalah masanya untuk aku pula bertanya soalan kepada beliau.

"Okeh Taruddin, kalau pemain import pulak, yang mana satu paling engkau kagumi?"

Taruddin nampak teruja seperti lelaki terkena gambir. Dia dengan pantas menjawab separa menjerit.

"Sudah semestinya Pablo Aimar"

Menggigil kaki tangan aku mendengar jawapan yang keluar dari mulut Taruddin. Kali ini DNA kejahatan aku jelas berjaya menewaskan DNA kebaikan. Aku genggam kemas-kemas penumbuk kanan aku. Sambil aku mencarut di dalam hati dalam bahasa Tausug, satu tumbukan padu aku lepaskan ke leher Taruddin tepat mengenai halkum beliau. Aku tinggalkan Taruddin dalam keadaan terlentang dan berbuih mulut.

"Dasar PALSU"

Friday, September 13, 2013

RM 4. 40

Aku nak memulakan perjalanan ke tempat kerja dari Padang Jawa ke Bukit Damansara dengan menggunakan kereta nasional yang berisi minyak RON 95 sambil di dalam hati tidak berhenti henti melafazkan zikir supaya perbelanjaan minyaknya hanya mencecah RM 4.40 sehari. Bismillah.....
 
************
 
Sebenarnya pagi tadi aku lupa nak buat sesuatu. Aku sepatutnya keluar rumah, berdiri cekak pinggang dekat pintu sambil menjerit kepada driver aku:
 
"Keluarkan basikal dari garaj, hari ni saya takde mood nak naik kereta".
 
Aaaaahhhh..lebih dari RM 4.40 sen lah....kena kencing lagi dengan Pak Menteri.

Dear Pak Menteri.

Macam ginilah Pak Menteri, senang ceritalah ye. Kita cerita dekat sini kira habis dekat sini jelah ek. Aku ni dah terlanjur selalu kena kencing dengan kamu semua dengan teori kenaikan harga minyaklah, rumahlah, dan mungkin pelbagai lagi jenis corak kencing yang kamu akan tabur. Jadi selepas kencing tu kami taknaklah korang tunjukkan yang kamu ni bangang sangat dengan kenyataan-kenyataan seumpama budak baru buang kulop. Lepas korang kencing, zip seluar, bayar 20 sen dekat makcik kat luar tu, then berambus. Dah makin nazak aku tengok korang punya kenyataan menegakkan benang yang basah ni. Selamat Malam Jumaat.

     


Thursday, September 12, 2013

RIP Kinabatangan

Lebih kurang lagi 6 tahun 3 bulan 4 hari menuju 'Wawasan 2020'....dan kita masih disajikan dengan Pak Menteri yang tidak tahu bahawasanya "Berkahwin itu keperluan, manakala berkahwin dua itu kemampuan". RIP KINABATANGAN.

Khutbah Jumaat


Khutbah Jumaat

Khutbah di masjid Bukit Damansara hari ni duk hentam Syiah. Nampaknya sejarah khutbah Zaman Yazid, Harun Ar Rasyid sedang berulang semula. 

Setiap minggu bash Syiah, bash Kristian, bash Yahudi, bash Syiah balik, bash kafir,asyik bash orang lain jek. Mungkin ada masanya kita kena mula cermin diri. Aku pun kalau nak kata orang ni salah, orang tu salah, lama-lama aku tanya diri sendiri, aku ada salah ke? 

Kadangkala bila aku dengar khutbah yang menjengkelkan ni, nak je aku bangun jerit ke khatib tu. Tapi tak pernah lagi aku buat. Nampak pailang tangkak sangat kalau berperangai begitu rupa.

Serupa



Kadangkala bila aku kaji betol betol, banyak persamaan aku dengan Orlando Bloom. Selain dari mempunyai tarikh lahir yang sama. Kami juga amat menghargai wanita. Selamt Malam Umat Dunia.

Syria Under Attack


Syria Under Attack

Amerika nak serang Syiria jugak nampaknya ni. John Kerry baru habis press conference konon untuk yakinkan London supaya join the team. John Kerry cakap "no action against Syria is greater than taking action". Ini sebenarnya kaedah fiqh gua cakap lu. Kaedah fiqh ialah "mengambil yang mudah itu ada dua mudarat / kesan" so kalau ambil berat at least tanggungjawab dah lepas - nampak? Bijak mat saleh ni bercakap. Kalau Saudi dengan Qatar ni dah kompom ikut join ni gua rasa. Ada orang ramalkan jika perang meletus di Syiria ia boleh jadi perang dunia ketiga? Malaysia nk join sapa nanti ni? 

Sergei Ivanov dengan Walid Muallim pulak tengah buat press conference ni jangan serang Syiria. Lu nampak tak seriusnya kat situ? Semua bumi Tuhan yang cantik-cantik tidak lagi selamat - Tripoli, Beirut, Baghdad, Damascus dan Cairo. -By TheLibyaman -

Rumah Mahal


Federal Territories Minister Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor wants Malaysians to stop complaining over the skyrocketing price of properties."If houses are expensive, then don't buy from the developer or else, don't grumble too much," he said, adding that everyone is bound by the simple rule of "willing buyer and willing seller"."If the houses developers are selling is expensive, then don't buy."

Terjemahan: Kalau deme rase rumah tu mahal. Jangan beli. Jangan asyik nak merungut ajek. Siapa suruh jadik miskin? Siapa suruh bodoh belajar? Pergilah menyewa sampai kiamat. Jaga jaga kalau banyak sangat merungut pintu syaitan akan terbuka. Terima dengan redha wahai umat manusia sekalian. 

Perubahan Dasar



Kalau tak setuju dasar pendidikan negara, hantar anak belajar dengan aku. Tau la aku nak buat apa nanti. Brani?

Kecerdikan Pak Menteri


Najib Razak tau orang Malaysia bising kejap jek....sebab tu lantik Pak Menteri serupa sarkis.

Wednesday, September 11, 2013

Dr. Addison Montgomery

Dr. Addison Montgomery

Pada suatu malam waktu perdana.

Aku sedang pekena lepak berkain pelikat sambil tonton cerita Private Practice. Isteri pula sedang sibuk membasuh pinggan. Hasya? Seperti biasa dengan projek black money dia - membasahkan wang kertas aku dengan air susu perisa strawberinya. Air teh O panas yang isteri aku bancuh aku teguk sikit demi sedikit. Kalau aku redah minum sekali tonggak, orang kata aku Mutant pulak. 

Aku tak berapa suka cerita Private Practice ni, tapi itu sahaja cerita yang masuk akal buat masa sekarang, cerita saluran lain lebih berat ke hiburan, serupa gampang. Tidak membina jatidiri aku langsung.

Sambil aku layan Private Practice gaya bebaring mengiring ala firaun dengan tangan kanan aku buat tongkat kepala, kaki bersilang, aku gedik gedikkan kaki tanda menikmati rehat yang aman. Tiba satu babak muncullah Doktor Addison Montgomery. Mulut aku terus jadi ringan memulakan perbualan dengan isteri aku yang sedang basuh pinggan di dapur.


"Ibu, kalau doktor O&G kita macam gini. Sehari 2 kali kita buat check-up pun abang sanggup"

Bukan main petah mulut aku berkata-kata gaya seorang MP dari Rembau berhujah di Parlimen. 3 saat selepas itu dunia aku rasakan gelap-gelita. Aku pengsan. Aku tidak sedar sampailah ke pagi esok. Bangun pagi aku lihat cermin, ada satu benjol kebiru-biruan pada dahi kanan aku. Sampai ke hari ini aku masih tak tahu apa yang berlaku sebenarnya selepas muncul babak Doktor Addison Montgomery tu. Misteri.

Nota: O & G (Obstetrics & Gynaecology)

Tuesday, September 10, 2013

Hal Serius Yang Tak Boleh Dibuat Main

Hal Serius Yang Tak Boleh Dibuat Main
 
Punca perniagaan kedai makan milik orang melayu susah nak maju bukanlah kerana makanan mereka tidak sedap...
 
...bukan juga pasal terkena jampi-jampi.
 
 
Punca perniagaan kedai makan milik orang melayu susah nak maju adalah kerana orang yang datang kemudian, dapat makanan dahulu!!!

Friday, September 6, 2013

Anugerah Dekan

Anugerah Dekan
 
Ketika aku sedang merasa bosan yang amat tahap nak nyanyi lagu negaraku sambil berdiri tegak tangan lurus ke paha, ingatan aku terus dibawa kepada satu peristiwa. Anugerah Dekan.
 
Pernah suatu ketika semasa aku belajar di sebuah Universiti terkemuka dunia bersebelahan dengan Universiti Antarabangsa yang suam-suam kuku, kami diwajibkan untuk menghadiri Majlis Kecermelangan Pelajar - Anugerah Dekan. Dia punya wajib sampaikan kau boleh tak dapat duduk hostel untuk semester depan kalau kau tak datang menonton budak-budak cerdik ni amek anugerah.
 
Pihak berwajib iaitu warden akan melakukan apa sahaja untuk memaksa kutu-kutu macam aku ni pergi menonton 'sarkis' tersebut. Antaranya depa akan tutup main supply elektrik dan gegar dari bilik ke bilik. Kadangkala aku rasa macam dalam Penjara Fox River pulak.
 
Kau bayangkan comel tak comelah kutu macam aku ni terpaksa duduk atas lantai bersorak dan tepuk tangan setiap kali budak-budak cerdik ni naik pentas amek hadiah? Busuk-busuk kutu pun ada maruah tau. Tetapi Kutu macam aku ni jangan kata anugerah dekan, anugerah Pak Guard 125Z pun belum tentu nak singgah.
Tapi korang jangan risau..aku kini akhirnya selamat berkahwin dengan salah seorang penerima Anugerah Dekan tersebut. Sekarang baru dia tau kutu macam aku ni bukanlah calang-calang manusia.

KL Gangster Versi Dewan Bahasa dan Pustaka.

Macam manalah agaknya KL Gangster versi Dewan Bahasa Dan Pustaka ye?

"Kamu berlagak, kamu mati!"
 
"Tidakkah awak nampak senjata api ini? Masih beranikah awak menentang saya?"
 
"Itu dia abang kacak sudah datang" 
 
"Saya menjangkakan awak sudah menjadi arwah"
 
"Sudah lama saya ingin menarik segala usus besar dan usus kecil keluar dari perut awak" 
 
"Sila ucapkan salam kepada teman kecilku ini" 

Lagi-lagi Tanda Putera

Lagi-lagi Tanda Putera
Tahap wajibkan Tanda Putera ditonton rakyat Malaysia ni dah tanda kita jadi negara kominis. Soviet Union pun tak paksa orang tengok wayang kau tahu? Ahli PERKASA tu sendiri pun belum tentu semua dah tengok Tanda Putera. Entah entah dorang tengok Vin Diesel Riddick je. Kalau nak buat filem nasionalisme dan sejarah, silalah contohi Filem Gie. Filem lakonan Nicholas Saputra yang power.
Filem ni kalau nak buat propaganda biar cun. Buat kerja tak kemas macam mana nak pengaruh orang?
Sebenarnya senang je nak bagi BN ni menarik semula sokongan anak muda. Suruh Ibrahim Ali dan Zul Noordin diam dan berhenti politik. Setel.

Thursday, September 5, 2013

RON 97

Ron97 naik orang tak bising. See? It pays to be rich maderfaster. Hidup senang. Nothing will bother you. Untunglah kamu.
 
Tapi lepas aku cakap macam kat atas tu, then ada plak umat manusia menjawab...
 
"Alaaaah...harga minyak Malaysia masih lebih murah berbanding negara lain"
 
Ia lantas membuatkan aku tertanya tanya...Ya Rabbi dunia jenis apa aku tengah huni ni? Lantas aku cepat cepat ambil wuduk dan tunaikan solat sunat 2 rakaat.

Wednesday, September 4, 2013

Aku Peduli

Baru beberapa hari lepas kerajaan umumkan kenaikan harga minyak petrol. Sesuatu yang tidak mengejutkan aku. Jadi seperti biasa aku pun memulakan rebel di laman maya facebook. Mungkin ramai yang meluat, ramai yang suka, ramai yang tak paham tapi buat-buat paham dan ade juga yang salah anggap malahan juga ade yang tak peduli langsung dengan apa yang aku tulis.
 
Aku merungut pun sebab aku peduli dengan negara ni. Aku peduli demi masa depan anak cucu kita. Engkau lainlah...belum kawin, belum ada anak. Belum merasa kena beli pampers, susu, baju barang anak-anak. Tapi kalau kau betol betol peduli pun kau tak perlu nak tunggu ade keluarga sendiri dan anak sendiri untuk menjadi seorang yang peduli dengan keadaan semasa sekarang ini.
 
Aku taknak cerita lebih dari segi ekonomi dan urus tadbir negara. Sebab kebiasaanya haraga barang semua akan naik bila minyak petrol naik. Itu memang lumrah yang berkadar terus.
 
Selepas Razak, anak dia, lepas tu cucu dia, lepas tu cicit dia, lepas tu cicit kepada anak dia...dan seterusnya sehinggalah  hari kiamat. Aku tak salahkah corak penyerahan tahkta seperti ini andaikata mereka bijak urus tadbir negara. Dan apa yang aku paling peduli ialah kenapa mereka tidak menjadikan AL-Quran sebagai panduan utama? Aku yakin itulah asas paling kukuh untuk membina tiang negara. Setakat status negara ISLAM tanpa laksanakan hukum hakamnya, negara seperti Mongolia pun mampu baut benda yang sama.
 
Itulaaaah...aku memang dah lama tau Najib ni lemah. Jadi apabila semua ni berlaku, aku rasa biasa-biasa ajek walaupun nampak macam aku kecoh di laman maya.
 
Entahlah selagi ada umat yang selalu cakap "tak kaya takpe...janji gembira" dan yang junjung tong NGV setiap masa. Selagi itulah kita ditindas. Ingat..bulan Mei lepas kita dah diberi peluang untuk berubah. Tapi akibat dari segelintir spesis yang "tak kaya takpe...janji gembira" dan yang junjung tong NGV inilah yang menjadikan kita turut sengsara ditindas. Aku tau masing masing ada pendapat sendiri. Dan ini pendapat kedana dari aku.

Tanda Putera Lagik.

Tanda Putera Lagik.
Kutipan tiket di pawagam bagi KL zombie ialah RM3 juta. Tanda Putera pula 500ribu. Syabas Zombie KL. Zombie 13 Mei gagal memyebarkan apokalips perkauman!
Apa kata untuk naikkan sales tiket Tanda Putera,wajibkan ke pelajar sekolah dan universiti. Kan senang. Paling senang, UiTM. Kalau takde tiket Tanda Putera sebagai bukti, next sem takde asrama. Setel. Untuk lagi power,setiap pelajar diwajibkan ambik paper Tanda Putera. Contoh soalan, Rusdi Ramli pakai baju warna apa masa scene 13 Mei. Ermmmmmms.

Manifesto

Tadi aku lepak minum dekat kedai kopi. Ade sorang pakcik ni duk bersembang bukan main rancak dengan member dia. Perwatakan pakcik ni biasa biasa aje dengan songkok tinggi dan t-shirt biru lambang 1 Malaysia. Sekali imbas aku dah tau macam mane buah permainanan dia. Dari jauh aku dengar dia berhujah.
"Kau ingat PR boleh tunaikan manifesto dia ke turunkan harga minyak kalau depa memerintah?"
Tiba tiba cuping telinga aku jadi panas. Dari jauh aku bersuara.
"Woi pakcik, kau ingat BN boleh tunaikan ke manifesto 1 juta unit rumah untuk 5 tahun? Sepatutnya 121 hari selepas 5 Mei 2013, kerajaan dah siapkan 71,995 unit rumah kau tahu?"
Seraya itu juga pakcik yang angkuh tadi meluru ke arah aku. Sujud dan memegang kaki aku memohon maaf. Aku tenang...tidak kaget. Aku dirikan semula pakcik tadi dari kedudukan sujud tersebut. Setelah aku tenung mata pakcik itu dalam dalam, perlahan aku bisik ke telinganya.
"Pakcik, kita ni kena bersyukur dan sujud pada Allah, bukan pada mahkluk-Nya. Saya harap songkok pakcik ni tak memerangkap otak pakcik dari berpikir secara cerdik. Jangan kau biarkan muka hodoh tu mempengaruhi corak pemikiran kau pakcik."
Aku meninggalkan pakcik tersebut selepas selesai menghentak sebotol sos cili ke kepala beliau. Aku harap dia terjumpa masjid untuk tunaikan solat sunat 2 rakaat.

Tuesday, September 3, 2013

Berjimat

Berjimat
 
Malam tadi bila aku dapat tahu harga petrol naik, cepat cepat aku panggil Puan Feeza dan Hasya duduk mengadap aku. Aku ceritakan pada mereka kepentingan berjimat cermat dalam amalan harian. Ada pelbagai cara untuk kita berjimat cermat. Antaranya ialah sediakan bajet kewangan keluarga. Ukurlah baju di badan sendiri. Elakkan berbelanja di luar kemampuan. Melalui bajet kewangan, perbelanjaan dapat dikawal. Utamakan yang utama bagi keperluan keluarga.
 
Masak sendiri, bawa bekal ke pejabat atau sekolah, elakkan memandu kenderaan sendiri. Amalan berjimat akan sentiasa menguntungkan kita. Gunakan kenderaan awam seperti bas, komuter atau LRT sebagai alternatif. Atau boleh juga berkongsi kereta dengan rakan sepejabat. Kalau boleh cari yang anak dara lagik bagus. Jimatkan penggunaan air, elektrik dan gas selain daripada menanam sendiri sayur-sayuran.
 
Aku tekankan sekali lagi kepada mereka berdua yang kenaikan harga petrol ini adalah salah satu inisiatif ke arah mengukuhkan kedudukan kewangan negara dalam berdepan persekitaran ekonomi dunia yang semakin mencabar dan penuh onak duri. Jadi, antara sebab yang menyebabkan harga minyak kita sedikit "mahal" ialah kita bukanlah pengeluar minyak utama dunia seperti OPEC, juga kerana proses penghapusan subsidi secara berperingkat oleh kerajaan selaras dengan apa yang telah direncanakan dunia.

Tiba-tiba Hasya mengangkat tangannya lalu berkata "Nak Mamam...nak mamam..."
 
Aku tanpa berfikir panjang...."Jom siap!! Kita pergi Chakri Palace".

Kronologi Tanda Minyak




Gua dpt info drpd org dalam KPDNKK minyak ron95 bakal naik 12 tengah malam ni. Tapi belum rasmi. Kenyataan rasmi tunggu drpd PM malam nanti.

P/s: Yang bakal naik minyak petrol ron95 je. Minyak lintah harga sama. Syukur! Lagipun sejujurnya aku sikit pun tak kisah pasal minyak naik sebab kereta nasional aku isi pakai air kencing je. #s

***********

Aku ni beli jeans paling murah pun RM400. Kalau aku duk membebel pasal harga minyak naik 20 sen, terasa malu pula pada wajah ini. Ini belum aku cerita underwear aku lagi ni. Ermmmmms...... #s

***********

PECAH BERITA: Najib sebentar tadi umumkan Ron95 dan Diesel naik 20 sen masing2. Ron95 kini berharga RM2.10 seliter dan Diesel RM2 seliter.

Yeaaayyy!!! dah lah road tax diesel mahal harga diesel pulak naik bagus betul perancangan para menteri ni.Tunggu harga nasi campur sebungkus RM50 baru fikir nak berubah kerajaan agaknya.

Aku kejap lagi nak isi fulltank minyak kereta dan terus parking kat rumah, selimutkan, kasi simpan sampai minyak turun. Basikal fixie mane? Basikal fixie?

***********

Tahukah anda minyak petrol ini ibarat IBU? Lepas IBU naik semua ANAK-ANAK akan ikut naik. Cucuk badak, cuk keria, kuih sopang, kuih lapis, lontong darat, nasik lemak janda, satay wak, karipap pusing, teh o nipis, sirap bandung, mee siput kedai makcik bangsat and the list will go on until kiamat.

p/s: Paham tak kenapa kita peduli?

***********
 

Terima kasih kepada 5,237,699 orang atau bersamaan dengan 47% pengundi yang mengundi kerajaan yang ada memerintah pada hari ini. Gua love you all!!!!

***********

"Alaaaaaah esok pagi selepas azan subuh, pergi kedai kereta Ah Chai convertlah kereta kau jadi hybrid. Tak pun pasang NGV. Itu pun nak kena ajar ke?" - kata Ismail Yusman sambil menghirup segelas San Miguel dengan tenang dan angkuh.

***********
 
 
120 hari yang indah bersama PM Najib Razak dan kerajaan barunya.

1. Harga Gas naik Rm 2
2. Harga Ayam naik
3. Harga sayur naik
4. Tarif elektrik naik
5. Turunkan tempoh pembiayaan peribadi..
6. Turunkan tempoh pembiayaan perumahan..
5 . Harga rokok naik
7. GST dikenakan kepada rakyat
8. Peminjam PTPTN yg rekod x baik akan senarai hitam oleh bank negara ( Mujur ditangguhkan)
9. 1.7 juta pemandu yang disenarai hitam oleh polis trafik akan dibatalkan lesen memandu jika enggan bayar baki tertunggak saman lalu lintas .
10. AES tetap diteruskan
11. HARGA MINYAK NAIK 20 SEN SAHAJA.
12. Tambang bas, teksi naik.

***********
 
Najib Razak tak pernah rasa apa yg rakyat biasa rasa. Najib Razak anak PM, dia lahir atas tilam sutera, rumah besar istana, mengaji luar negara. Najib Razak dari kecik dah merasa hidup senang. Tak perlu rentas sungai Pahang nak pergi sekolah pagi-pagi. Petang-petang plak tak perlu tolong ibunya menjaja kuih muih. Apabila Tun Razak meninggal mengejut, Najib Razak ganti jadi MP Pekan pada umur 23. Umur 25 dah jadi Timbalan Menteri. Umur 29 plak dapat jadi MB Pahang. Najib Razak bukan pernah hidup susah macam Tun Mahathir. Najib Razak tak pernah jadi leader di universiti dan perjuangkan rakyat miskin di Baling macam DSAI. Celik-celik mata jek dah mewah.

***********
120 hari yang lalu....

Meneruskan rutin bangun awal pagi Isnin 6 May bagaikan dilahirkan semula dan rasa syukur sentiasa dengan semangat yang baru. Bersyukur kepada ALLAH yang maha berkuasa. Yang berbibir merah muncul di televisyen seperti biasa sambil terjerit-jerit melaungkan 1 MALAYSIA. Anak muda kembali ke universiti dan gundah gulana menelaah pelajaran kerana perlu memikirkan beban hutang yang mendatang. Yang berkeluarga hanya duduk di rumah memikirkan entah bila boleh memiliki Alphard. Lembu dan kambing saling berbunyi bersahutan seolah-olah bersyukur dengan keadaan ini. Sementara itu, first lady yang berambut tebuan tenang melafazkan ALHAMDULILLAH lagak gaya Nasir Bilal Khan.

***********
 
Aku harap esok pagi tak terjumpa umat update status macam ni "Orang Mesir sibuk berperang, kita kat sini sibuk pasal minyak". Tapi aku rasa kalau Najib buat alasan kita gunakan subsidi minyak itu untuk melawan syiah dan liberalisme mesti ramai yang tak marah.

P/s: Harga minyak yang naik ni sangat berkait rapat dengan kehidupan seharian kita. Bagaikan Bung Mokhtar dan Zizie Izzeti. Ia bukan hanya hal politik semata. Ia melangkau parti. Kau Pas ke UMNO ke MCA ke kau tetap isi minyak jugak. Kalau kau rebel, kau manusia normal. Kalau kau tak rebel, kau menghampiri status manusia suci.

***********
 
Aku nak lupakan hal minyak naik pasal minggu depan Akademi Fantasia sudah mahu start. Pagi ni kembali ke dunia koperat seperti biasa. Bangun pagi, pakai canti cantik. Singgah kedai beli surat khabar utusan. Aku akan cuba besangka baik dan yakin setiap yang kerajaan buat adalah baik untuk rakyatnya. Salam 1RON95Naik20sen to all Malaysia!!!