Woih Like Lah!!!

Friday, July 26, 2013

Renew Road Tax.

Tempohari aku sudah renew insurans. Dah siap bergaduh pun dengan staff kat situ. Dah kurang pun pahala puasa aku masa tu. Sekarang masa untuk collect road-tax pula.

Ceritanya macam ni. Aku dah minta road-tax diposkan terus dari branch Petaling Jaya ke pejabat aku. Duit courier pun aku dah bayar. Email confirmation pun ada. Tapi ia tidak berlaku. Sebaliknya budak dekat PJ dengan selamber hanjeng suruh aku collect sendiri dekat HQ. Katanya dia tak dapat email tu. Dekat sini saja darah aku dah naik sehasta tingginya.  

Nampaknya hal mudah macam ni aku sendiri kena setelkan. Aku kena cari Remy. Sebab itu hari dia yang uruskan proses renew road tax ni. Sampai di HQ aku kena ambil nombor giliran seperti biasa bila aku nampak Remy sedang kusyuk melayan pelanggan.

5 minit menunggu, sampailah giliran aku. Apabila aku nyatakan tujuan aku ke sini, petugas kaunter itu pantas menyuruh aku pergi ke satu lagi kaunter iaitu khidmat pelanggan.

"Encik pergi kaunter khidmat pelanggan tu. Tanya kat sana. Tapi takde nombor giliran. Kalau ada kosong, masuklah"

Aku akur sambil melangkah longlai. Zikir Hasbi Rabbi Jalallah tidak lekang dari mulut aku. Ini aku jadikan perisai membendung naluri kemarahan aku.

15 minit beratur dengan penuh sabar, barulah aku dapat masuk kaunter khidmat pelanggan.

"Oooo...yang ini encik kena jumpa Kudin. Naik escalator tu, masuk kiri. Lepas tu carilah insan bernama Kudin."

*****

Aku tarik nafas dalam-dalam apabila kini betol-betol berada di depan insan bernama Amirulrashid. Apabila dia menyerahkan road tax kepada aku selepas 10 minit dia menggeledah mencari dokumen itu, aku bersuara tenang luar dari kebiasaannya.

"Dengar sini wahai Kudin..aku betul-betul terkilan dengan servis kamu semua. Kau orang semua ni bawa nama BANK ISLAM dan bukannnya BANK ATHEIST atau BANK DARWIN. Jadi, jagalah amanah dan tanggungjawab ini dengan baik. Semoga kita berjumpa lagi setahun dari sekarang"

Aku puas kerana dapat membendung amarah aku hari ini. Tiada yang kena tumbuk rusuk ataupun dimaki hamun.

No comments:

Post a Comment