Woih Like Lah!!!

Wednesday, July 10, 2013

1 Ramadhan

Hari ini 1 Ramadhan. Seperti biasa aku ke tempat kerja. Tapi lain sikit hari ni sebab kenderaan tak berapa nak banyak. Mungkin ada yang bercuti nak sambut hari pertama berpuasa bersama keluarga tercinta.
 
Masuk kereta aku pasang lagu kegemaran aku tanpa ragu. Volume radio aku pulas semaksima mungkin. Layan. Kepala sedikit terangguk-angguk. Pedal kereta aku tekan sampai meter naik takat 50 km/j sahaja (AES bersepah-sepah ni woih). Agak perlahan.
 
 
Tiba-tiba entah dari mana datang kereta dari belakang sailang depan kereta nasional milik aku. Aku tekan brek serta-merta. Seorang brader bermuka ganas keluar dari Bugatti Veyron berwarna biru putih. Muka berjambang macam bangla jual karpet naik motor. Pakai t-shirt ada tulis Southern Tigers. Dia melangkah angkuh ke arah aku. Apa yang dia tak puas hati pun aku tak tahu.
 
 
Aku masih tenang ketika dia mengetuk cermin kereta nasional aku tanda suruh turunkan tingkap. Aku turunkan tingkap automatik aku perlahan-lahan. Lancar dan tidak sangkut seperti hari kebiasaanya. Aku turunkan tingkap, tapi aku lupa turunkan volume lagu kegemaran aku. Lagu yang berkumandang sampai ke part chorus.


"Obey your master! Master! Master of puppets I'm pulling your strings" - beria-ria James Hetfield melaungkan bait-bait lagu tersebut.


Brader yang tadinya bermuka angkuh tiba-tiba pucat lesi. Jambangnya seakan-akan gugur ke tanah. Renungan matanya tidak lagi melambangkan ada tanda amukan amarah melainkan ketakutan yang amat sangat ibarat dikejar JPJ. Tiba-tiba air matanya menitis seraya berkata.


"Maafkan saya bang. Selamat berpuasa" - salam cium tangan aku dan berlalu pergi.

Aku sempat melihat nombor plat kereta brader tersebut. TM... 

No comments:

Post a Comment