Woih Like Lah!!!

Friday, July 12, 2013

Renew Insurans

Ini kali pertama aku pergi renew insurans kereta. Selalunya Puan Feeza yang rajin dan sabar buat kerja macam ni semua. Entah apa cahaya keagungan yang muncul dalam diri aku pun tak tahulah. Dengan rela hati aku tawarkan diri aku untuk berbakti pada keluarga tercinta.

Sampai saja di tempat renew insurans tu aku terus menuju ke arah mesin nombor giliran automatik. Aku tekan butang yang sepatutnya. Tak berfungsi. Aku dapat rasakan satu permulaan yang malang sekali lagi untuk aku. Tapi hati ini tetap bersabar. Segera aku laungkan zikir penenang di dalam hati sempena Ramadhon yang Mubarak ini.

Tiba-tiba datang seorang lelaki macho gaya Remy Ishak kepada aku sambil bersuara garau tapi dalam nada lembut bak Azwan Ali.

"Abang..sistem kita ada sedikit masalah. Buat masa ni kena guna manual. Abang boleh tunggu dekat dalam dulu ye. Nanti kami panggil" - masa itu juga aku tulis nama, IC pada sekeping kertas putih dan aku serahkan pada beliau. Terpegang tangan. Lembut yang amat. Aku jadi geli-geleman. Segera hati aku mengingatkan diri. Ramadhan ni Ramadhan..

Selepas 20 minit aku tunggu, aku nampak monitor yang papar nama customer tu dah mula berfungsi. Tapi aneh, nama aku tak juga kunjung tiba. Aku tabahkan hati untuk menunggu lagi 5 minit. Sebuah akhbar yang penuh dengan penipuan sudah aku khatamkan. Dekat 10 tweet aku up-kan juga. Aku hampir-hampir nak update blog dah ni..Eh, tak boleh jadi ni. Kena tanya Remy Ishak a.k.a Azwan Ali. Aku pun berjalan longlai ke kaunter pendaftaran. Bulan puasakan...semuanya jadi perlahan.

Belum sempat aku nak buka mulut, Remy Ishak a.k.a Azwan Ali pun bersuara sambil tersenyum manis bajet comel.

"Saya baru register nama abang..siapa ya nama abang?"

Perasaan aku bercampur baur. Hairan dan marah makin sebati dalam adunan. Baru register nama aku, tapi tanya semula nama aku? Kalau ada baby dalam perut aku ni maunya dia gimnastik berirama sebab dah kelaparan menunggu.

"Berapa lama lagi nak kena tunggu?" - Tanya aku dengan nada tak mahu kasik muka punya.

"Kita  ada 3 kaunter jek. Lagipun customer ni macam-macam hal. Lambat lagi turn abang. Maaf ye bang" - tertunduk-tunduk dia memohon ampun.

Penjelasan maaf dia aku tidak dapat terima. Bila dia salahkan customer lagilah darah baran aku ni menyirap naik sampai ke otak. Ketika ini DNA kejahatan aku telah berjaya menang dalam pertarungan menentang DNA kebaikan. Aku hilang kawalan. Terlupa pasal Ramadhan yang sedang aku lalui ni. Dengan satu hela nafas aku berkata:

"Ini yang gua berang betol dengan pengurusan Etiqa. Dah tahu kapasiti pengguna Etiqa ni tinggi, apa salahnya bukak kaunter barang tiga puluh bijik. Ini tidak, memadai dengan tiga bijik, woiii lu pikir ini macam jamban pejabat ke?? Takdak pemikiran strategik langsung. Hal-hal kecik macam tu pun gua nak kena tegur".

Remy Ishak a.k.a Azwan Ali melatah terperanjat. Akibat ketakutan, cepat-cepat dia bawa aku potong barisan. Aku sempat jeling umat yang dah 40 minit menunggu akibat sistem Etiqa yang perlahan dan kadangkala sangkut terus. Ataupun dalam bahasa IT-nya 'System Hang/Down'.

Selesai segala urusan. Aku melangkah keluar dari bangunan konkrit ini sambil tersedar bahawa pahala puasa aku baru sahaja berkurang.

No comments:

Post a Comment