Woih Like Lah!!!

Saturday, July 13, 2013

Kaset Eisya - Nurani


Aku balik kampung. Tadi masa aku kemas bilik terjumpa balik kaset Eisya original yang aku beli sorok-sorok dari emak aku masa darjah enam dulu.

Aku geleng kepala perlahan. Nak menyesal pun dah terlambat rasanya.

Patutlah senang sangat aku tangkap lagu Hafiz- Bahagiamu Deritaku. Sekali dengar pun dah boleh ingat. Masa karaoke pulak pitchingnya haram tak lari langsung. Kaset KRUMANIA pun ada lagi ni haa..kena sorok cepat-cepat sebelum Puan Feeza jumpa. Mahu berguling dia gelakkan aku nanti.

Ketika ini juga aku rasa macam cilaka!!

1 comment:

  1. Salam, nak tanya kaset eisya tu ada lagi tak? Kalau ada saya nak beli

    ReplyDelete