Woih Like Lah!!!

Sunday, July 28, 2013

Menganjak Usia

Bulan depan Nur Hasya Zafira akan berusia 2 tahun. Aku dah sediakan pelbagai program untuk dia. Sudah tentu ia adalah program pendidikan. Paling utama sekali aku akan ajar dia ilmu matematik. Statistics, Area and Volume of Irragular Shapes, Progression, Matrics, Numerical Methods antara silibus yang perlu diambil.
Selain itu aku akan sentuh sikit pasal Sejarah Islam. Bagaimana ia berkembang selepas zaman Khalifah berempat. Kerajaan Bani Ummaiyyah, Kerajaan Bani Abbasiyyah, dan Empayar Turki Uthmaniyyah boleh dikatakan penyambung kekuatan Islam selepas pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Ini Hasya perlu tahu.
Aku juga akan terangkan sedikit teori bagaimana sesuatu Reformasi boleh bertukar menjadi Revolusi dalam konteks sosio politik. Hasya juga perlu tahu perjuangan Leon Trotsky, Ketua Tentera Merah Soviet yang berjuang atas nama Revolusi Bolshevik suatu ketika dahulu. Sistem Tata Ekonomi  seperti Kapitalisme, Sosialisme, Komunisme, Liberalisme dan Sekularisme semuanya akan menjadi subjek wajib lulus untuk dia. Kemudian buku The Asian Renaissance akan dijadikan antara buku teks rujukan kelak.
Perlahan-lahan subsidi hak tontonan umum kartun Boboi Boy, Upin dan Ipin akan aku tarik jauh-jauh dari dia. Apa macam?

No comments:

Post a Comment