Woih Like Lah!!!

Wednesday, July 3, 2013

Doktor Mata

Lebih kurang seminggu Idlan Khozim terlantar di hospital kerana menderita sakit mata selepas menjalani pembedahan membersihkan selaput matanya. Seminggu jugalah beliau diberi steroid. Seminggu jugalah dia disuruh berjalan turun naik ke ENT klinik. Yelah..yang sakit bukan kaki, tapi mata. Mata makin teruk, lagi lama ambil steroid entah apa pulak jadinya pada Kassim Zailani nanti. Aku tekad untuk membawanya ke Pusat Pakar Mata Antarabangsa (Isec) di Boulevard Mid Valley City.

Seperti biasa sebelum check-out aku pun berjumpalah dengan doktor di situ dan menyatakan hasrat suci murni aku itu. Lepas saja dengar luahan aku itu, doktor tu pun berpesan kepada aku secara bersemuka. Lontaran suaranya kemas dan seimbang.

"Bawaklah dia ke Isec. Itupun kalau awak betol-betol mampu tanggung kos rawatannya"

Aku yang mendengarnya terkesima 5 saat. Perangai hero aku masa tumbuk rusuk seorang doktor tempohari hilang serta merta. Bukan sebab wajah doktor kali ini iras-iras Neelofa, tapi aku terasa macam diri aku ini ibarat budak miskin dimata doktor tu.

Sempat aku menjeling pakaian aku di cermin milik nurse di situ. Baju t-shirt leher bulat tulis 'Luaskan Kuasamu'. Ada koyak sikit kat ketiak. Seluar jeans lusuh dah iras mat indon yang repair jamban rumah. Pakai pulak selipar jepun..kalau kucing tengok pun boleh amnesia.

Arghhh Shitt..!! Sedihnya!!.hati aku berbisik perlahan. Laju aku berjalan meninggalkan hospital itu. Seperti kebiasaanya juga aku toleh belakang. Di bawah logo bulan sabit, tertulis satu nama.

"HOSPITAL AMPANG"

No comments:

Post a Comment