Woih Like Lah!!!

Thursday, November 13, 2014

Penutup Perihal Drama Melayu Waktu Maghrib Dari Kaca Mata Golongan Minoriti Macam Aku

Penutup Perihal Drama Melayu Waktu Maghrib Dari Kaca Mata Golongan Minoriti Macam Aku

Beberapa hari yang lalu aku ada jentik perihal pengaruh rancangan TiVi terhadap masalah sosial di negara kita. Pertamanya aku nak bagitau yang aku tulis tu hanya secebis punca sahaja. Kalau nak cerita lebih banyak dan panjang, baik aku tulis sebuah buku. Takkanlah setiap kali penulisan aku nak kena letak data terperinci 'ini hanya sebahagian 15 peratus punca' dan sebagainya. Bukannya apa sebab sampai ada yang sentuh peranan ketua keluarga pulak tu. Okeh yang tu nanti aku ulas dekat bawah.

Ini dikira hujah penutup. Sama macam kes Saudagar Garam yang tak paham sebenarnya aku menentang individu atau kelompok yang berniaga tanpa mengikut lunas dan panduan Islam. Kalau berniaga secara halal dan berpandukan hukum hakam Islam, teruskan. Aku langsung takde masalah. Aku harap dalam ramai-ramai yang bangang tu ada juga yang masih faham apa yang aku cuba nak sampaikan. Aku berpesan dan bukan membebel tanpa tujuan. Bagi yang faham, Alhamdulillah. Bagi yang nampak apa yang aku tulis ni sebagai memandang rendah orang lain, itu engko punya pasal dan peduliktaik aku kalau ko memang dah benak.

Kalau sesiapa yang selalu ikut apa yang aku tulis, mesti perasan penentangan aku terhadap lambakkan rancangan di televisyen yang kadangkala tidak menunjukkan kita berada di Negara Islam. Aku juga nak tutup perihal ini. Lepas ni aku takkan sebut lagi pasal drama waktu Magrib dan segala rancangan yang melalaikan tu. Kalau pembuat drama atau filem itu mampu beri kau syafaat, kau teruskan menonton. Aku takkan kacau engkorang semua lagi. Engkorang pun dah tua dan boleh berfikir sendiri.

 
1) Penerbit film takkan tayang jika tiada pasaran (org menonton)..org menonton pula nk film yg lain dari biasa. Contoh film gangster yg diklasifikasi karya aksi. Kita rakyat negara aman mmg suka menonton film aksi seram, perang dan ganas. Tak pula menjadi ganas tak tentu hala.

Aku tak nafikan memang semua rancangan yang diterbitkan ni produce on demand. Tapi kalau yang demand tu semua yang otaknya sudah dijangkiti alga bangang? Macam mana pulak tu? Bangang yang aku maksudkan ialah jenis yang nak duduk depan tivi dengan otak yang kosong. Habis rancangan engko takkan dapat apa-apa pengajaran daripada apa yang engko tonton. Maka sudah tentulah benda bangang juga yang akan dihasilkan oleh pembuat filem ini memandangkan adanya demand dari mereka yang benak otak.

Buat filem cinta, perang boleh sahaja sebenarnya. Tapi cubalah buat naskah yang cerdik dan berlandaskan agama. Buat naskah yang mendidik dan bukannya memaparkan pelbagai tema bangang yang berulang-ulang. Dan ia semestinya sentiasa meletakkan Agama sebagai perkara paling atas sekali. Insya'allah hasilnya juga amat bagus.

Dekat bawah penulisan aku tu dah sebut dengan jelas karya-karya asing yang aku secara peribadi rasa bagus yang boleh dijadikan contoh. Watak-watak dalam cereka seperti MacGyver, Rocky, Bruce Banner,  Rambo, John McClane, Colonel James Braddock dan Predator bukan sekadar picisan. Semuanya ke arah jantan. Namun lebih kepada jantan berotak. Kalau engko tak pernah nengok cereka yang aku sebutkan tu semua memang ko takkan dapat faham apa yang aku cuba sampaikan.

Oskar Schindler, William Wallace, Rob Roy MacGregor dan Maximus pula menunjukkan kepada aku bagaimana hendak menghasilkan karya seni dalam bentuk sejarah yang berkualiti dan bukannya seperti Tanda Putra mahupun yang sewaktu dengannya. Aku dah menonton pelbagai jenis filem dari pelbagai jenis negara. Dan aku merasakan Malaysia masih jauh ketinggalan dalam perihal ini. Jika ia berkualiti sekalipun, amat minima jumlahnya.

Aku juga masih ragu-ragu dengan kenyataan 'tak pula menjadi ganas tak tentu hala'. Engko kena nengok semua filem gangster Melayu dan lihat pula klips budak-budak sekolah yang bergaduh tu. Kemudian baru engko boleh nampak apa yang aku cuba cakap. Kita berada di negara aman? Ya mungkin kadar jenayah pada 2013 yang menurun sebanyak 2,120 kes bebanding 76, 247 kes pada 2012 membolehkan engko kata kita berada di negara yang aman. Engko POWER!!

2) Isu bebudak membuli ini bukan sekarang terjadi. Jaman abah2 kita dulu lagi dasyat rangging nya. Cuma takda handpon kemera dan you tube saja untuk dimuat naik.

Memanglah dulu pun ada kes macam gini. Habis tu kau nak biarkan budaya bangang ini diwarisi anak cucu cicit engko? Takde perasaan mahu menghentikannya? Tak risau masa depan anak engko? Ko jawab sendiri. Anak engko, engko punya pasal. Aku tak mahu benda ni terjadi pada anak-anak aku dan aku rasa bertanggungjawab untuk hentikan budaya ni semua.

3) Kes buli, kes pondan bukan 100% berpunca dari media walau ia berperanan penting. Kita sebagai rakyat merangkap hakim keluarga perlu cerdik memilih medium. Kena kerja keras sedikit bukan membebel menyalahkan pihak lain sedang kita didalam rumah tidak bertindak dalam mengekang sumber yg tak ditapis masuk ke layar tv. Kita hakim keluarga, kuasa di tgn kita.

Engko dah jauh menyimpang ni saudara. Dek kerana kecelaruan inilah aku terpaksa letak kurungan pada tajuk (bukan 100% berpunca Tivi) semata-mata mahu bagi jelas pada mereka yang benak tak paham. Dan secara tiba-tiba aku dikatakan membebel menyalahkan pihak lain dan kredibiliti aku selaku ketua keluarga dipersoalkan.

Perlu ke aku bagi tahu rumah aku takde Astro? Perlu ke aku jelaskan secara terperinci jam berapa aku tutup tivi di rumah? Apa jenis rancangan yang aku bagi anak aku tonton? Kau nak aku sentuh segala aspek? Kau tunggu ajek aku tulis buku.

4) Berbalik kepada hakim keluarga tadi, kita berbicara fasal karangan di atas yg nampak total menyalahkan pehak tv. Ya, itu kita faham pengaruh tv ada impak besar namun ia bukan total menyumbang. Disini pengarang hanya lontar ide bobrok tivi menanyang cerita sotong, af fan segala bagai adegan kemaksiatan dipapar. Saya pandang itu bukan soalnya. Soalnya cara bagaimana didikan itu untuk sekalian meneutralkan dari watak antagonis kpd watak motivasi yg mendidik. Anak2 sebaya kita 5 6 tahun kalau tak menonton di tv seorang pondan pasti dijumpa dikhalayak luar. Mereka bertanya pada tahap umur itu. Jadi abah kena main dulu peranan penting dalam menjawab dan mendidik jangan asyik bermain liga fantasi atau berkarang di media2 sosial (contoh).

Sekali lagi tukang komen konpius dan aku syak dia memang banyak terlepas rebel aku pada rancangan Tivi di Malaysia yang tiada kualiti. Macam yang aku cakap dekat atas tadi. Kalau kau nak aku sentuh segala aspek, kau tunggu ajek aku tulis buku.

Aku tak tahu macam mana nak 'meneutralkan dari watak antagonis kpd watak motivasi yg mendidik' dengan mengajak anak aku menonton Rosyam Nor merogol Sheera Iskandar kemudian aku jelaskan pada anak aku...

"Rosyam Nor tu merogol bukannnya apa, dia marah pada Jai dengan Malek sebab banyak buat kacau dekat kawasan dia. Jai pulak berhutang banyak pada dia. Dan dalam Islam berhutang adalah perkara yang tidak elok. Walaupun Rosyam Nor aka Tailong  berwatak cibai dalam filem ini, dia sebenarnya banyak membantu memberi pelindungan kepada kaum Melayu. Dia abang besor buat orang Melayu. Shamsul Yusof nak kita tahu yang Tailong adalah harapan terakhir umat Melayu di Kuala Lumpur ini wahai anakku..."

Memang dekat luar anak-anak kita akan nampak orang pondan, mat dadah, bohsia dan bohjan tapi kalo dari rumah dah memang anak-anak disalurkan dengan hiburan bangang, lambat laun ia akan menjadi terlalu biasa buat mereka dan pastinya mereka mudah terpengaruh dengan benda-benda macam ni semua.

Peranan ketua keluarga itu satu tanggungjawab yang lain dan ia memang amat penting. Dan aku sudah amat jelas menulis hanya pada sudut tanggungjawab pembuat rancangan dan media hiburan di negara ini. Apa yang susah sangat nak paham sampai engko mula sentuh 'bermain liga fantasi' dan 'berkarang di media-media sosial' ??

Kalau engko kata itu hanya sebagai 'contoh' untuk melepaskan diri sebab ia sudah melibatkan kawan-kawan yang lain..engko bodoh. Contoh itu sebenarnya memang sudah menunjukkan itulah sasaran engko sebenarnya. Apa pasal perlu takut? Memang engko ada masalah dengan orang main Liga Fantasi? Memang engko ada masalah dengan kami yang mengarang-ngarang di media sosial? Dulu engko pun buat benda yang sama...tak ingat keeeee? Dah gian nak mengarang semula? Tapi takde modal nak menghentam orang?

Kalau engko yang mengomen ni baca, ketahuilah engko ni sebenarnya aku rasa susah nak terima apa yang aku tulis sebab awal-awal lagi mentaliti engko hendak memangkah aku. Dan aku dah perhatikan segala hasil tulisan aku akan mendapat tentangan daripada engko walaupun sebenarnya benda yang aku sampaikan itu ke arah kebaikan. Bukan aku hendak engko memuji muji aku. Tapi sekurang-kurangnya realistik sikit dalam memberi komen tindakbalas. Kalau ade bangang tu, mintak disorokkan sikit.

Baiklah. Aku akan tutup hal ini sekarang. Lepas ini aku takkan kacau atau ganggu keharmonian penggemar-penggemar Aznil, Azwan Ali, Suamiku Encik Sotong, Akademi Fantasia, Mentor, Drama Horny Waktu Maghrib, Konsert Jom Heboh, Maharaja Lawak, Liga Lawak Superstar, Filem Melayu bergenre rempit, hantu dan lawak bodoh.

Hiduplah dengan aman damai wahai umat manusia sekalian...Ingat..hidup kita bukan hanya di dunia ini sahaja wahai saudara saudari cikebum cikebum.

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

1 comment:

  1. lalalalala...hahahaha..bende la ek..org sokong bende terangan salah..tp takpe la..mentality da thap tu..nak wat camne.. f332a

    ReplyDelete