Woih Like Lah!!!

Saturday, February 14, 2015

Perempuan Amerika Terakhir.

Perempuan Amerika Terakhir.

Lega. Dia keluar daripada bilik air selepas selesai bersiram secukup mungkin. Segala daki dan kekotoran yang dikutipnya seharian sudah disental dengan sabun cap kapak. Kini dia harum dan mewangi macam Anzalna Nasir.

Dia bercermin dengan memandang wajahnya sendiri dengan satu pandangan yang sayu. Segalanya sudah cantik dan cukup sempurna. Sebatang hidung mancung persis Julia Robert. Mata bundar seakan Anne Hathaway. Bibir munggil bagaikan Orlando Bloom. Cuma bengkak dilehernya sahaja yang masih terlihat. Dia mendengus perlahan. Mengeluh.

Laci di meja solek dibuka lalu sekotak rokok dikeluarkan. Sebatang rokok dinyalakan dengan tertib. Asapnya disedut selaju mungkin bagi melegakan tekanan yang entah dari mana datangnya sedang melanda jiwa lembutnya itu.

Daripada laci yang sama dia keluarkan pula kotak yang penuh dengan barang kemas. Beraneka rantai zamrud, cincin berlian yang ditempah khas dari Hong Kong serta gelang batu ruby dari Tanzania yang mana menjadi milik simpanannya sejak tahun 2008 dan 2009 lagi.

Semuanya adalah pemberian daripada seorang Saudagar Token juga yang bersasal daripada Hong Kong. Seorang lelaki pemurah berpangkat Datuk. Michael Chang namanya.

Dia menggeleng-gelengkan kepala apabila terbayangkan wajah rakus Datuk Michael Chang. "Hik..hik.." Dia ketawa sendiri.

Kemudian dia sarungkan ke leher, jari dan juga tangannya segala perhiasan mewah tersebut. Dia memandang cermin sekali lagi untuk melihat dirinya. Senyum. Manis dan garang.

Usai bersolek seadanya, dia bingkas bangun dan menuju ke almari, Pintu almari dibuka seluasnya. Ada 9 beg tangan jenama birkin pelbagai bentuk dan warna menghiasi satu sudut di dalam almari tersebut. Semuanya bernilai antara US$9,000 dan US$150,000 sebijik. Dia tersenyum puas. Ini juga pemberian Datuk Michael Chang.

Kalau dahulu dia kerja sebagai wartawan cabuk sahaja di The New York Times. Kerjanya mengejar cerita kucing mati tersepit lif, cincin tersangkut dekat anu, anu tersumbat dalam botol dan juga kadangkala buat liputan tentang kes cerai berai artis tempatan. Gajinya sangat kecik. Sekecil tapak tangan anjeng. Kadangkala nak makan nasik goreng USA pun tak mampu. Maklumlah dekat New York ni semuanya mahal. Kalau di Malaysia tu lainlah ceritanya. Segalanya murah. Syukur.

Sekarang dia berkhidmat di HSBC - Hong Kong and Shanghai Bank Corporation. Nasibnya berubah macam kompas penunjuk arah sejak dia bertemu dengan Datuk Michael Chang yang secara kebetulan berurusan di bank yang sama.

Walaupun hidupnya bagai seorang puteri dilayan oleh Datuk Michael Chang, namun Saudagar Token kaya raya tersebut masih tidak mahu mempersiterikannya. Ini kadangkala menjadikan dia semakin tertekan. Apa kurangnya diri ini?

Kini mereka sudah jarang keluar dating bersama. Kali terakhir mereka nengok wayang ialah cerita The Wolf of Wall Street. Lame tuuuu....Dan baru-baru ini juga Datuk Michael Chang membatalkan janjinya untuk menonton filem Dumb and Dumber To. Dia kecewa. Rasa macam nak bunuh diri jek tau.

Dia membuka pintu balkoni dan berdiri beku di situ. Dari Park Laurel, New York yang bernilai US$33.5 Juta ini saujana mata memandang. Tapi ia masih tidak mampu memberikan ketenangan pada jiwanya yang sentiasa gundah. Tulah..hidup bergelumang dengan dosa macam ginilah. Dahlah tak sembahyang. Heh!!!

Rajuknya sudah tidak dapat dipujuk lagi hatta dengan kemewahan dari seluruh semesta sekalipun.

"Cuba engko terjun. Cuba engko terjun." Bisik syaitan di telinganya yang menyamar menggunakan suara Jalaluddin Hassan - Seorang pelakon tua dari Malaysia yang juga berpangkat Datuk.

Dia tidak menunggu lama lalu terus terjun dari balkoni kondominium mewahnya itu.

Begitulah pengakhiran hidup Perempuan Amerika Terakhir - Peter Joseph Brown.

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

1 comment: