Woih Like Lah!!!

Friday, February 6, 2015

Keberanian

Keberanian

'Penuntut UiTM maut selepas dikelar'

Baddrol Rani melipat kembali surat khabar yang baru dibelinya tadi selepas hanya membaca tajuknya sahaja. Dia termenung jauh. Sejauh Perlis dan lalu dia berasa mual pada hujung tekaknya.

"Kenapa perlu sampai disembelih? Aku dulu masa kena rejek dengan makwe, terus aku beristighfar 3 kali dan move on pada ketika itu jugak. Tapi tulaaah...tak semua orang diberikan pakej macam aku ni. Dahlah kacak bergaya, taukeh perniagaan  atas talian yang berjaya pulak tuh," bisik Baddrol Rani di dalam hatinya.

Tiba-tiba Baddrol Rani berasa berat sekali di kepalanya. Entah kenapa sakitnya itu berulang kembali. Sudah hampir dua minggu dia berkeadaan sedemikian rupa. Disertakan dengan lemah-lemah badan dan tidak bersemangat untuk bercinta lagik. Heh!!!

"Bekam ialah perkataan Melayu untuk proses pengeluaran darah kotor (toksin) dari badan melalui permukaan kulit. Bahasa Arab pula ialah Al-Hijamah iaitu membuang darah kotor dengan tujuan membersihkan darah yang mengalir dalam tubuh. Inilah salah satu cara detoksifikasi yang selamat serta tiada kesan sampingan. Kulit adalah organ yang terbesar dalam tubuh. Oleh itu banyak toksik berkumpul disitu. Berbekam sangat berkesan untuk melegakan atau menghapuskan kesakitan, memulihkan fungsi tubuh badan serta memberi seribu harapan pada pesakit untuk terus berikhtiar mendapatkan  rawatan. Sejak Zaman mesir kuno lagi kaedah berbekam menjadi amalan bagi penyembuhan pelbagai penyakit, seperti sawan, angin ahmar, hinggalah ke penyakit yang ringan seperti masalah kulit dan letih lesu. Perawatan ini tidak perlu diragukan lagi karena berpandukan hadis–hadis yang banyak menerangkan kebaikan bagi orang yang mengamalkan bekam." Tiba-tiba terimbas kembali ceramah seorang Ustaz dalam satu kuliah Subuh yang dia dengari beberapa hari yang lalu. Ustaz yang terkenal dengan jenaka dan gelak ketawa terbahak-bahak di dalam masjid.

"Ya!!! Mungkin aku kena buat bekam ni." Baddrol Rani bertekad di dalam hati.

*******

Akhirnya Baddrol Rani sudah sampai di tempat rawatan bekam yang dia telah berjaya cari melalui google. Ini adalah kali pertama buat dirinya untuk melakukan bekam.

"Baring Incik. Baring meniarap ye." Baddrol Rani yang sudah membuka baju pun menurut sahaja arahan Pakcik Slavian si Pakar Bekam.

Baddrol Rani kini dalam keadaan meniarap di atas katil rawatan bekam. Tanpa dia sedari Pakcik Slavian si Pakar Bekam sedang memegang sebilah pisau Rambo. Tidak menunggu lama Pakcik Slavian si Pakar Bekam terus menikam belakang Baddrol Rani. 1,2,3 tikaman dilakukan dengan kuat dan menembusi bahagian organ hadapan Baddrol Rani. Darah pekat merah berbau hanyir memancut-mancut memenuhi seluruh bilik rawatan tersebut. Baddrol Rani sudah tidak bernafas lagi. Pakcik Slavian si Pakar Bekam masih tidak berpuas hati. Dirodoknya bahagian pinggang Baddrol Rani sambil dipusing-pusingnya hujung pisau tersebut sehinga terbentuk lubang di situ. Kemudiannya Pakcik Slavian si Pakar Bekam menyelok ke dalam pinggang Baddrol Rani lalu merentap keluar organ dalaman taukeh perniagaan atas talian yang berjaya tersebut.

"Hiaaaaaaaaaaaargggggggggggh!!!" Jerit Pakcik Slavian si Pakar Bekam dengan penuh rakus menampakkan barisan giginya yang bertaring.

"Aaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhh!!!" Baddrol Rani tersentak. "Aku kat mane ni? Aku kat mane? Tahun berapa sekarang ni?" kata Baddrol Rani tak ubah seperti dalam drama Melayu apabila setiapkali pelakonnya bangkit dari pembaringan.

"Incik pengsan 2 jam yang lalu masa saya mula-mula toreh belakang badan incik. Incik jangan risau, tiada ashabul kahfi yang berlaku pada incik," sindir Pakcik Slavian si Pakar Bekam sambil menahan ketawanya.

Baddrol Rani cepat-cepat membayar rawatan bekam tersebut dan berlalu pergi sepantas tiupan angin. Dia berasa dirinya sedikit segar dan lebih lincah daripada biasa.

"......daraaaaaaah.....daraaaaaaah...." satu bisikan berbentuk halus berulang kali kedengaran di cuping telinga Baddrol Rani.


Posted via Blogaway

1 comment: