Woih Like Lah!!!

Monday, February 9, 2015

Guardian of The Galaxy

Guardian of The Galaxy

Guardian, KLCC | 13:24 PM

Suasana hiruk pikuk tetapi mendamaikan mata memang selalu wujud di sini. Pelbagai jenis corak pemakaian yang mereka amalkan untuk sajian umum. Yang tidak menutup aurat itu kita nak sembang mende lagi? Dah terang-terangan salah. Ni haaaa yang berjubah bertudung litup ni yang memberikan aku sedikit masalah mata. Nak pilih jubah tu biarlah dari fabrik yang elok sikit. Dah macam kain baju tidur aku nengok. Fabrik mendenye sampai berbekas spender engko? Heh?

Aku abaikan situasi tersebut dan tenang bersiul-siul kecil sambil humming lagu 'Uuuuuuu ttttttt ccccccc...Uuuuuuu ttttttt ccccccc' menuju ke destinasi. Ye memang sejak beberapa bulan ni lagu ini sajelah yang terngiang-ngiang dekat lubang terlinga aku macam gampang. Uuuuuuu ttttttt ccccccc...Uuuuuuu ttttttt ccccccc....haaaa nengok!!!

Sampai sahaja di Guardian terus aku ambil barang yang hendak dibeli secara pantas dengan harapan tidak meninggalkan sebarang jejak pada CCTV. Tiba-tiba....

"Abang nak beli jenama yang ini ke? Tapi saya rasa tak berapa berkesanlah yang abang amek tu. Saya pakai yang ini haaa. Elok....sesuai dengan kulit saya. Makin licin dan berseri-seri. Tapi tulaaaa...yang saya pakai ni mahal sikit. Yang abang pegang tu muraaaah..."

Aku merenung wajah promoter itu dengan satu pandangan yang penuh dengan makrifat Tok Kenali. Dari kepalanya aku memandang turun ke kaki. Dari kaki pula membawa ke mukanya semula. Aku pantas beristighfar. Terkumat-kamit mulut aku masa nih.

Kemudian aku pandang semula diri aku yang selekeh dan berwajah manis ni. Berselipar jepun, seluar jeans lusuh yang entah bila kali terakhir dibasuh dan t-shirt hitam leher bulat melekat di badan aku. Tiba-tiba aku merasa sayu. Uuuuuuu ttttttt ccccccc...Uuuuuuu ttttttt ccccccc...dia datang lagi ke telinga aku. Cilake.

Aku mungkin tidak berpakaian kemas seperti John Wick mahupun kelihatan berwibawa seperti Robert McCall yang kehulu-kehilir membawa sebijik buku. Tetapi perlukah aku menunjukkan resit bil hospital kepada umum? Perlukah aku bagi tahu dia setiap tahun aku back to back buat umrah? Mestikah aku memusing-musing kunci kereta BMW di hujung jari tengah? Patutkah aku menunjukkan transaksi perbankan atas talian?

Aaaaaaaaaaargggggghhhhhhh....Apa sudah jadik dengan dunia ini?  Aku pasrah dan terus humming lagu 'Uuuuuuu ttttttt ccccccc...Uuuuuuu ttttttt ccccccc...' sambil berlalu ke kaunter untuk membayor menggunakan wang syiling hasil tabungan aku sejak dari kecik.


Posted via Blogaway

1 comment: