Woih Like Lah!!!

Thursday, January 30, 2014

Hero Drama Melayu vs Hero Drama Omputih.

Semua umat manusia gemar menonton drama. Sama ada drama Melayu waktu maghrib mahupun drama omputih. Dalam setiap drama sudah pasti ada watak hero. Bagaimanakah watak-watak hero ini memberi inspirasi dalam kehidupan engkorang semua? 

Adakah ketika hero tersebut menangis berjujuran air mata ditinggalkan kekasih, engkorang akan turut merasakan kesedihannya? 

Atau adakah anda akan teruja tidak tentu arah ketika dengan penuh gaya hero tersebut membebaskan abangnya dari penjara hanya berdasarkan 'blue-print' pada seluruh tubuhnya? 

Sudah tentu engkorang ada jawapan masing-masing. Di bawah ini aku senaraikan hero drama omputih dan hero drama Melayu. Engkorang nilailah sendiri. 

Hero Drama Omputih. 

A) Bryan Cranston sebagai Walter White dalam Breaking Bad. 

Beliau adalah seorang cikgu kimia yang murung. Selepas dikesan menghidapi kanser paru-paru beliau telah mengusahakan projek penghasilan 'methamphetamine' (syabu, batu) bagi menampung rawatannya dan juga bekalan untuk keluarganya sekiranya beliau mati kelak. 

B) Andrew Lincoln sebagai Rick Grimes dalam Walking Dead. 

Seorang Syerif di sebuah pekan yang kecil terbagun dari komanya dan mendapati dirinya dikelilingi zombie. Dalam kekeliruan dia berjaya menjumpai isterinya dan anaknya. Rick kemudiannya berusaha melindungi keluarganya dari dimakan zombie. Dia turut menjadi ketua sekumpulan survivor dalam meneruskan kehidupan manusia di hujung apokalips dunia. 

C) Dylan McDermott sebagai Agen FBI Duncan Carlisle dalam Hostages. 

Duncan Carlisle mengetuai satu pasukan yang menculik doktor bagi menjayakan satu operasi membunuh Presiden Amerika (doktor itu adalah orang yang akan menjalankan pembedahan ke atas Presiden). Kesemuanya dilakukan untuk menyelamatkan nyawa isterinya yang menghidapi leukimia yang kebetulan juga adalah anak luar nikah Presiden Amerika tersebut. 

Hero Drama Melayu 

A) Keith Foo sebagai Tengku Adam Kamil dalam Ariana Rose. 

Tengku Adam Kamil adalah seorang kasanova terkenal berwajah kacak, kaya dan penuh gaya. Tengku Adam juga adalah orang yang meragut kesuciannya Ariana Rose (Fathia Latiff). Selepas Tengku Adam menunaikan umrah, dia yang dulunya kasanova kini berubah menjadi seorang lelaki yang boleh mengimamkan keluarganya. Sungguh tawadduk hero ini. 

B) Aiman Hakim Ridza sebagai Zahrain Alimin dalam Projek Memikat Suami. 

Zahrain Alimin adalah anak orang kaya yang dipaksa berkahwin dengan Nawwal Husna (Emma Maembong ). Pada mulanya dia adalah seorang lelaki yang tidak mempunyai perasaan walaupun berwajah tampan. Hatinya keras bagaikan ketul ais beku walaupun Emma Maembong adalah isterinya. Pada penghujung cerita Zahrain Alimin semakin mula menyukai isterinya dan akur cinta pada isterinya membuatkan dia tidak bertoleh lagi pada yang lain. 

C) Sharnaaz Ahmad sebagai Jebat dalam Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

Jebat adalah seorang lelaki katarsis yang berbadan tegap, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya. Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura (Nelydia Senrose). Untungleeeee... 

Amacam? Engkorang pilihlah sendiri ye. Aku okay jek dengan pilihan engkorang. Aku terima ajeeek....

No comments:

Post a Comment