Woih Like Lah!!!

Wednesday, January 1, 2014

Budaya Mem-Forward Benda Bangang Bukan Satu Kebetulan Bangang Semata-mata.

Baru-baru ini (takdelah baru sangat sebenarnya) aku dapat mesej di WhatsApp dan Facebook menyatakan kartun Upin & Ipin ada agenda Yahudi tersembunyi. Usai sahaja aku baca mesej tu aku terduduk bertahyat lalu terus beristighfar bertalu-talu.

Begini ayatnya lebih kurang. 

"Sebutlah Uffin bukan Upin sebab Upin dalam bahasa Aramaic bermaksud “Aku benci Rasul.” Sebutlah Ariffin bukan Ipin sebab Ipin dalam bahasa Syriac bermaksud “Aku suka Israel.” Terbuktilah bahawa Upin & Ipin juga merupakan agenda tersembunyi Yahudi dalam melemahkan akidah umat Islam. Mereka menggunakan Upin & Ipin sebagai jarum halus terbaru setelah mereka gagal dalam misi Pokemon, Doraemon, Digimon dan Mamula Moon." 

Eh ada lagik. 

"Sila sebarkan kepada semua umat Islam kalau tidak solat kamu tidak sah selama 40 hari 40 malam." 

Nampak? Power bukan? Ini lebih kurang macam surat-surat berantai yang lama. Tapi yang ini surat berantai cara baru. (surat berantai ini memang tidak menjana ekonomi negara kau tahu!!) 

Mungkin ada yang cerdik akan balas balik mesej tu kepada si penghantar tadi seperti ini. 

" 'U' dan 'I' pada baju Upin & Ipin bermaksud Ugama Islam. Sebarkan maklumat ini kepada 40 orang lelaki 40 orang perempuan dan 3 orang khunsa." 

Dah pulaaaak..bergaduh pasal Upin Ipin pulak. Mangkuk berayun betol. 

(Bagi aku batuk kejap dan minum air sirap sebelum aku sambung lagi) 

Bahasa Aramaic & Syriac ni bukan macam bahasa Jepun dan China. Takkanlah dengan 2 sukukata boleh membawa makna yang panjang berjela. Pandai-pandai la pulak dia bagi 2 bahasa iaitu Aramaic dan Syriac. Kalau cakap satu bahasa bimbang orang kata tak logik pulak kot. 

Tapi selepas aku tenung secara mendalam. Kalau nak cakap ni propaganda Ayah Pin logik la jugak. Kahkahkah... 

Ok, aku nak bercakap secara serius pulak. Jaga-jaga... 

DUNIA hari ini bukan macam dunia yang aku kenal semasa membesar dulu. Memang banyak kemajuan berbanding dulu, tapi cara orang kita berfikir pun dah makin karut dan 100% fiksyen, terutama bab nak buat fitnah. 

Jika dulu, orang paksi kepada logik akal juga, waima dalam soal nak bawak mulut sekalipun, sekarang aku tak nampak semua tu lagi. Asal boleh bikin heboh, buat sajalah. 

Perihal Upin Ipin ni pun aku tak pernah terfikir ke situ. Ini bermakna kajian mereka sudah masuk peringkat tertinggi. 

Kalau nak kira yahudi sangat, buang sajalah semua gajet mudah alih yang ada dalam simpanan sebab teknologi mobil dan internet tanpa wayar ini, ada ’hasil tangan’ orang-orang yahudi. Itu kalau nak tunjuk anti yahudi sangatlahkan. 

Semua ni nampak bodohlah. Kalau pun cemburu tengok kawan tu berjaya, tak usahlah nak reka cipta benda yang tak masuk dek akal. 

Pendek kata semua ini tak masuk akal. Malangnya, ada juga sesetengah dari kita yang terlalu asyik dengan filem mengenai teori konspirasi, tertarik dengan cerita-cerita tak masuk akal macam ini. Freemason sana, freemasin sini. 

Ingatkan makin maju teknologi, makin matang cara orang berfikir, rupanya tidak juga.

Nota: Aku baru lepas kaji kartun Boboiboy. Ternyata ia ada agenda kristian. 3 versi satu karakter. Lambang Trinity. Mohon sebarkan. Kalau tidak ketiak anda akan menjadi hitam dalam masa 4 jam dari saat anda selesai membaca tulisan ini.

No comments:

Post a Comment