Woih Like Lah!!!

Tuesday, June 28, 2016

Cerpen 7 Likur: Kau Bila Nak Kahwin?

Cerpen 7 Likur: Kau Bila Nak Kahwin?

"Kau bila nak kahwin?"

Tajam bebenor soalan yang dilemparkan oleh Wak Din kepada Hafiz Hamidi masa moreh selepas terawih tadi.

Hafiz yang sedang berbaring di beranda rumah berbantalkan tangannya di bawah kepala sambil ketiak itamnya ternganga luas masih geram menyumpah-nyumpah di dalam hati. Sekali lagi terimbas kata-kata Wak Din yang membangkitkan kemarahan Hafiz.

"Awie yang tua tu pun laku lagi. Siap bertunang bagai. Salleh Yaakob yang kerepot pun dah berapa banyak bini dia. Jamal Abdillah keluar masuk pusat pun steady jek beranak bini semua. Kau bila lagi Hafiz? Hah?"

Pop! Hafiz tersedar dari imbasannya lalu dia terus berdiri tegak seperti mendengar lagu negaraku di telinga capangnya.

"Aku mesti habiskan nafas Wak Din Suboh nanti. Siaplah engko orang tua!"

---------------------------------------

Hafiz Hamidi tenang menyorok di belakang pokok pisang menunggu Wak Din lalu di situ. Laluan yang kerap digunakan oleh si tua itu untuk ke mesjid Kampung Simpang Tiga.

Tak berapa lama kemudian bayang bayang Wak Din muncul dengan berpelikat Wadimor dan kurta Aaron Ajis. Hafiz tak menunggu lama.

Zaaaaap! Hafiz melompat dengan balik kuang dan mendarat tepat di hadapan muka Wak Din.

"Haaaa...kau buat ape dekat sini Hafiz? Mohle kita pegi solat subuh sama-sama. Kau mesti susah nak tido malam tadi kan? Tulaaaa kau tak ade bini. Memang susahlah nak tido malam. Ciaaaaaaan. Kau bila nak kahwin? Hah?"

Mendengar soalan serupa gampang berulang kali menjadikan marah Hafiz Hamidi semakin berapi-api. Lalu Kerambit Perak dalam tangannya disauk ke leher Wak Din tepat ke halkum. Darah busuk memancut keluar. Wak Din terbaring beku di atas tanah serta merta. Hafiz perlahan lahan menghampiri Wak Din. Tiba-tiba Wak Din membeliakkan matanya lalu berbisik garau..

"Kau bila nak kahwin?"

Tak menunggu lama Hafiz terus mmencapai pisau rambo yang tersisip di pinggangnya. Dirodok perut Wak Din. Dari pusat ditoreh hingga ke leher. Habis terburai segala isi perut si tua malang itu. Bau busuk darah menyimbah sekeliling kawasan. Hafiz lega. Dia berdiri dan berjalan meninggalkan Wak Din yang hancur berlumuran darah.

Sedang dalam tiga tapak Hafiz melangkah...

"Hafiiiiiiiz....kau bila nak kahwin?"

Terkejut nak mampos Hafiz apabila Wak Din yang terburai isi perut kini sedang berdiri dihadapannya. Kelihatan Wak Din seperti ingin terbang menyelamatkan dirinya.

Hafiz dengan tangkas mengambil busur panah yang tersisip di belakangnya. Anak panah perak turut sama disasarkan kepada Wak Din yang kini telahpun melayang-layang di udara bagaikan roh orang mati yang masih berhutang. Satu bidikan yang tepat berjaya mengenai kepala Wak Din. Masa itu juga jasad Wak Din bertukar menjadi asap dan debu bertaburan di udara. Bau seakan tar jalan raya menerobos ruang rongga pernafasan Hafiz.

"Cilaka Wak Din. Vampire rupanya. Patutlah perangai macam haram jadah."

No comments:

Post a Comment