Woih Like Lah!!!

Sunday, June 5, 2016

MARA DONE

Case closed. MARA KE HADAPAN tidak akan ada Musim ke-2

Alhamdulillah (Nanti kata aku tak reti bersyukur pulak. Zaman la ni kita kena tunjuk sujud, menadah tangan ke langit bagi satu semesta nampak kita bersyukur).

Setel akhirnya selepas 4 tahun. Tasampai pun 2 bulan sebenarnya nak betolkan benda ni. Lepas ni sedara sedari MARA yang marah marah tu bolehlah teruskan hidup macam biasa. Makcik pengawal berbadan besar bertopi senget serta berkumis nipis bernada menengking pun boleh keluar pagi pergi pejabat balik petang dengan tenang. Sedari adik kakak MARA pula kalau deme nak belajor make-up stailista dari Subuh sampai ke Maghrib pun teman tak kisah. Kepada Kamarul Izham pula, aku masih geram dengan perangai engkau yang mengangguk kepala penuh yakin tempohari.

Buat 5 orang abang Bangladesh tingkat 14 - Salman, Aslamuddin, Feroz Ali, Ramleela dan Mohammad Helaluddin Hossain Rana. Ingat pesanan saya, kalau masa mandi, sabun terjatuh, jangan tunduk ambil.

Sebagai renungan sejagat. Apa pun urusan kita, dengan sesiapa pun, pastikan kita buat dokumentasi dan simpan rekod, resit sebaiknya. Human error macam yang dilakukan oleh staff MARA tu mungkin boleh berulang kepada sesiapapun. Depa takmau mengakui kesilapan depa, jadi kita sendiri kena bertindak power dengan menyimpan segala bukti urusan tersebut. Baru sedap nak buat bergaduh.

Sudahlah, aku nak rileeeeks tunggu Ramadhon sambil main facebook. Lepas ni nak kena lawan geng #DoneTerawih #DoneIftor # # # # # #.

Jangan ingat engkau boleh sedap sedap # merata tempat. Heh!

- Prejudis Gila -



No comments:

Post a Comment