Woih Like Lah!!!

Sunday, July 3, 2016

Status Pilihan Jun 2016

Benda POWER kita puji
#SelamatTinggal

Ok semua. Izinkan aku memohon ampun dan maaf mana yang terkurang dan terlebih. Aku nak belanja nasik kandar kuah campur lauk sotong goreng rempah bersama air sirap bandung JDT, tapi belum masuk waktu berbuka pulak. 

Satu jek aku nak pesan. Ingatlah wahai anak mude, bank yang terbaik di dalam sejarah perbankkan dunia adalah CIMB meskipun Neelofa cuba memburuk-burukkan kita.

Selamat berpuasa dan berbuka dan jugak good luck!


Awal betol aku siap masak lauk untuk berbuka. Tak sangka aku.
Lantas satu pandangan paling geram aku berikan pada Asam Pedas Ikan Kembong Daun Kesum. Heh!

#SamsungRaya

Iklan ni bagus sebab takde siapa yang menaip macam rempit. Ak ak ak..titew windu arewak yunk.

Ade jugak YANG MENAIP GUNA HURUF BESAR. Ini bermakna sedang marah.

Aku share jugaklah sebab SAMSUNG yang buat iklan ni. Bekas penaja Chelsea dan barang SAMSUNG banyak aku guna. Kau pakai Oppo buatan Nogori Sembilan keeee?

#PRK

Kuala Kangsar ni elok naik taraf jadi negeri baru jek.


#TABURDUIT

Penganjur dah satu hal bodo. Yang pegi berebut duit pun satu hal lagi bodo. Kalau majoriti wanita yang berebut, aku kasihan lelaki yang mengizinkan wanita tu semua pergi berebut duit macam bodo tu.

Takpelah..itu dah pilihan hidup engkau.


#FRANCEIRELAND

Macam Roy Keane lawan Perancis. Perancis patut bawak masuk Viera ni. Baru sedap.

Bila kau tau Spain kalah dan member ko mesej whatsap, komen fb, instagram bagitau team engko KETIAK ITAM.

Selain daripada scene bodo dalam gambar kat bawah ni. Aku geram jugak dengan scene bapak bawak anak naik moto atas jalanraya. Tapi hanya bapak yang pakai helmet. Kepala anaknya keras batu kot.

#ZAKAT

Duluuuuuuu lama aku ade nengok satu program Hal Ehwal Perdana. Ustaz Haslin Bollywood ade ditanyakan kenapa banyak birokrasi bila ada yang memohon bantuan zakat? Sambil bernada marah marah beliau menjawab kita selaku rakyat jangan banyak soalan ke mana atau bagaimana wang zakat diuruskan. Tanggungjawab kita hanyalah bayar. Jangan banyak soal.

Masa tu jugak menangis depan tivi. Memang sesuailah beliau mendapat gelaran Uztaz Bollywood.


#BREXIT

Ape jadi dengan undang undang pemain import EPL lepas Brexit ni? Hah?Sebagai contoh bagi sukan bola sepak, kelab EPL tidak akan dapat menggunakan khidmat pemain seperti Dimitri Payet, N'kolo Kante dan Anthony Martial dek kerana kurangnya aksi antarabangsa mereka bersama Perancis. Ia juga melibatkan hampir 100 pemain lain dalam Liga Perdana Inggeris.

Sebagai contoh bagi sukan bola sepak, kelab EPL tidak akan dapat menggunakan khidmat pemain seperti Dimitri Payet, N'kolo Kante dan Anthony Martial dek kerana kurangnya aksi antarabangsa mereka bersama Perancis. Ia juga melibatkan hampir 100 pemain lain dalam Liga Perdana Inggeris.

Manakala Countinho dan Costa pun sendiri bypass work permit dengan memperolehi status EU sebelum bertandang ke England.



#VAKSINIMAM

Imam Muda Ammar ni graduate dari Astro. Sama macam Stacy, Marsha, Mawi. Ape lagi kita nak expect?

Tapi sehari dua ni popularlah sikit dia. Bagi muka sikiiitlaaa.. kalau tidak aku pun tak kenal dia.

#HAILUJI
Hail Amir dengan Uji Rashid kalau muncul ni petanda raya dah nak dekatlah ni



#PANTURAYA2016

Memandang Neelofa tak kelip mata,
Makruh berair di siang hari.
Harap Ronaldo nak buat apa?
Kitakan ade si Safee Sali.

Amyra Rosli kecik orangnya,
Sekali kenyit terus terpukau.
Dahulu Chelsea angkuh durjana,
Woih Mourinho! Mak kau ijau.

Pasang pelita di rumah Lukaku,
Membeli lemang bersama Payet.
Raya bujang raya yang syahduuuu,
Itu duluuuuu kenangan pahet.

Batang buruk pilihan Fabregas,
Mencari buluh hingga ke muara.
Jerman kini tidaklah tangkas,
Terpaksalah Sepanyol menjadi Juara.

Main thunderclap bersama Campos,
Tersenyum Low selepas baaaau.
JDT kini pawer nak mampos,
Kenapa Nismilan semakin lemau?

Eden Hazard kacak bersongkok,
Ke rumah Pogba di hari lebaran.
Kenapa Sweden begitu bongok?
Walaupun ade Incik Zlatan.

Jawablah woih Atok Raneiri
Punca di dalam bulatan
#BOLAJUMAAT

Hari Jumaat Penuh Nikmat.

Bermula dengan pasukan penuh sejarah, Itali menentang Sweden. Itali pada awalnya membawa status pasukan bawahanjeng kini sekali lagi membuktikan sejarah mampu mendatangkan gerun kepada pasokan lawan mereka. Akhirnya Sweden akan menangis di hujung perlawanan.

Kemudian Rep. Czech pula akan menentang Croatia. Engkau kaji selidik sendiri sejarah kemerdekaan mereka dan tempoh usia negara serta pasokan bola sepak mereka. Jangan dibandingkan dengan Malaysia. Kita negara unik nak mampos.

Dan apa lagi yang tuan puan adik kakak mahukan? Apa dia? Seni bola sepak? Ya, anda berada di status facebook yang betol.

Sepanyol akan sekali lagi menunjukkan kepada Eropah dan juga seluruh dunia bagaimana untuk bermain bola sepak dengan penuh gaya serta berseni nak mampos. Bukan macam Jerman, bila Low tak korek seluk aje, mulalah pemain depa tak reti nak cari kemenangan.

Selamat Berpuasa dan raikannlah keindahan bola sepak Jumaat Nan Barokah ini.



#SEPANYOL

Begitulah dia tuan puan adik kakak sekalian. Tamatlah sudah aksi dari sebuah pasukan calon Juara Euro 2016.

No comments:

Post a Comment