Woih Like Lah!!!

Monday, December 15, 2014

Suamiku Incik Nelayan Arrogant.

Suamiku Incik Nelayan Arrogant

Pagi itu suasana sangat tenang di Warong Pak Tamam. Kelihatan dari kejauhahan beberapa orang nelayan sedang sibuk membaca surat khabar sambil tenang menghirup kopi panas masing-masing.

"Engko nengok berita ni, Pelayaran Islamik dengan tema syukur....tenang....damai....Padan muka kita lahir sebagai nelayan miskin tak dapat turut serta benda ni semua. Tak dapat berzikir dengan tokoh-tokoh agamawan kegilaan ramai. Tapi aku pedulik hape. Setiap kali aku turun ke laut, lidah aku tak pernah kering dari Zikrullah. Solat yang wajib mahupun sunat tak pernah aku tinggalkan bila berada di lautan. Aarrrrrggggh....ini semua kapitalis. Tengok tu penaja dia..Astero. Heh!!!"

Panjang lebar Tok Kenalin menrungut perihal kapitalis yang tak sudah-sudah mengaut keuntungan dengan berbekalkan penjualan agama. Jemaah lain yang melepak hanya terangguk-angguk dan diam membisu. Bukannya tidak mahu bersuara. Bimbang dituduh berfahaman liberal mahupun syiah. Bukankah menikus itu lebih mulia pada masa kini?

"Pelayaran Islamik ada Ostad dalam kapal. Kenduri Islamik ada Ostad datang makan. Perkahwinan Islamik, engko kahwin dengan Ostad jadik bini nombor empat."

Begitulah hujah penutup Tok Kenalin yang kelihatan marah-marah pagi ini. Tok Kenalin terus membuka halaman paling belakang sekali. Ruangan sukan. Terpampang font sebesar saiz 32 dengan tajuk 'Harimau Malaya Tewas'

"Haaa....padan muke kalah. Main bola serupa anak anjeng. Ada hati nak jadi juara Asia Tenggara." 

Sekali lagi jemaah lain yang mendengar hanya terangguk-angguk dan diam membisu. Bukannya tidak mahu bersuara. Bimbang disuruh turun bermain di atas padang pula nanti jika terlalu banyak merungut. Bukankah menyokong tidak kira sama ada tewas ataupun menang itu adalah perkara molek yang digalakkan oleh Ultras Malaya - penyokong bola sepak nombor satu di Malaysia. Lagik satu, fikirlah positif sikit....

Surat khabar terus diselak oleh Tok Kenalin sehingga ia terhenti pada satu ruangan hebahan tertulis:
'JEMPUTAN KE TAKLIMAT CADANGAN PERLESENAN DAN PENANGKAPAN IKAN REKREASI KELAUTAN'

Setelah membaca serba sedikit hebahan tersebut. Tok Kenalin pun mula bersuara.

"Alaaaamaaaak....kena amek lesen pulek kalau nak memancing dekat laut lepas ni. Mamposleeee..mampos kita...entah apa benda percuma yang tinggal untuk kita ni dekat Wilayah Satu Malaysia agaknya".

Tok Kenalin sekali lagi menzahirkan kekecewaannya. Seperti tadi juga jemaah lain yang mendengar hanya terangguk-angguk dan diam membisu. Bukannya tidak mahu turut serta memaki hamun kerajaan pemerintah. Cuma bimbang akan dihalau dan disuruh memancing keluar dari Malaysia. Jadi...berdiam diri adalah yang terbaik buat warga nelayan ini.

"Apa yang engko bising ni orang tua? Selagi memancing makwe percuma di muka bumi ni, apa yang hendak kita rungutkan?".

Satu suara tegas dari hujung warong kedengaran. Tok Kenalin mengerut muka cuba mengecam wajah pemuda tersebut. Berpakaian kemas dan kacak bergaya seperti bukannya penduduk kampung Paya Lebor.

"Eh engko ni siapa? Tiba-tiba menyampok ni apehal? Engko dah kenapeee?"

"Akulah Baddrol Rani. Baddrol Rani ko tau?"

Serentak dengan itu juga Baddrol Rani mengeluarkan sebijik bom tangan yang mempunyai berat 500g dan mempunyai ukur lilit 100 mm. Bom tangan ini menggunakan sebatian RDX, komposisi B serta TNT sebagai bahan peletup. Dia menyingkirkan pin keselamatan dengan menggunakan gigi sama seperti yang dilakukannya di Atmosphere360 tempohari. Sambil melakukan balik kuang, dia terus melontarkan bom tangan tersebut ke dalam warong tersebut.

"Kaboooom!!!!!!" 

Berkecai tubuh semua pengunjung Warong Pak Tamam. Kepala entah ke mana, tangan serta kaki pula hancur bagaikan debu.

Melangkah masuk ke dalam Aston Martin DBS V12 ialah satu susuk tubuh bernama Baddrol Rani. Api dari Warong Pak Tamam masih marak menyala di belakangnya. Dia masih tenang sambil menyalakan rokoknya. Dialah Baddrol Rani. Heh!!

1 comment:

  1. ajele kenape si badrol rani ni..hahahaha..f332a

    ReplyDelete