Woih Like Lah!!!

Tuesday, December 9, 2014

Cinta Sebatian RDX 14 Februari

Cinta Sebatian RDX 14 Februari 

Yasmin Chin tidak menolak apabila diajak makan malam romantis di hari valentine oleh pasangannya Baddrol Rani yang kacak bergaya seorang teruna yang dikenalinya 3 minggu yang lalu. Yasmin Chin mendapat info yang Baddrol Rani adalah seorang tauke perniagaan atas talian yang berjaya. Entah mende yang dijualnya tidak pula sempat diselidik oleh Yasmin Chin. 

Atmosphere360 adalah restoran pilihan mereka. Makan malam di atas awan? Inilah tempatnya. Moto restoran ini ialah Feel Good, Taste Good, See You at The Top. Terletak pada ketinggian 282 meter dari paras laut, tetamu dijanjikan makan malam bertemankan bulan dan bintang dan permandangan lampu malam Kuala Lumpur yang berubah-ubah kerana ia sentiasa berpusing. 

Sesekali Yasmin Chin menahan loya kerana restoran ini kerap kali berpusing-pusing. Bunyinya macam canggih, tapi bila dikaji secara mendalam, ada bangangnya restoran ni. Yasmin Chin masih ingat lagi ketika dia dan Baddrol Rani makan Nasi Lemak Malinja 2 hari yang lalu. Haram takde meja yang berpusing-pusing pun. Namun begitu nasik lemak di situ kekal power nak mampos. Mungkin mandrem spendar barangkali. 

Inilah saat pertama kalinya Yasmin Chin ke sini. Suasananya memang romantis sekali. Meja-meja ditata mengelilingi pemain piano yang memainkan lagu-lagu cinta dengan permandangan malam yang sangat indah. Pelbagai lagu dimainkan. Antaranya lagu gila judi. Habis bergelek segelintir pengunjung di sini. 

Baddrol Rani awal-awal lagi sudah membuat tempahan. Semuanya dilakukan supaya tidak menunggu lama pada malam ini. Lamb Masala, Stir Fried Chilli Crab dan Stir Fried Boston Lobster merupakan hidangan pilihannya. Sekali pandang macam hantu raya yang hendak menjamu selera. 

Semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah tiba-tiba talipon pintar Baddrol Rani berdering. Ketika dia hendak mengeluarkan talipon dari poket bajunya, dia secara tidak sengaja terjatuhkan sekotak rokok miliknya. 

Baddrol Rani tenang. Dia tidak menjawab panggilan tersebut dan mematikan terus taliponnya. Lalu dia tersenyum seorang diri sambil menjeling tajam ke arah anak mata Yasmin Chin yang berwarna biru akibat memakai kanta lekap. Semuanya palsu. 

"Bad...yang awak tersengih sorang-sorang ni dah kenapa? Takut saya nengok awak tau." 

"Aik? Saya sonyum pun tak boleh? Ke awak tergoda menengok senyoman saya? Yolaaaah..kan saya ni ado lesung pipit kalau tersonyum." Ucap Baddrol yang masih pekat loghat nogori dihujung lidahnya. 

"Saya nak tanya awak sikit boleh? Kenapa awak merokok? Tahukah awak Badrol yang Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok ni dari pandangan Islam? Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudhoratan." 

Baddrol Rani tersentak. Dia menjadi marah. Dicapai garfu dengan tangan kanannya lalu dirodok leher Yasmin Chin yang putih gebu itu. Darah memancut membuak-buak keluar. Yasmin Chin berkeruh macam lembu kena sembelih. Lalu Baddrol Rani meninggalkan tubuh Yasmin Chin yang menggelupur tanpa rasa bersalah. Seluruh pengunjung restoran terkejut. Ada beberapa orang mula mengerumi jasad Yasmin Chin yang sudah tidak bernyawa. 

Sebelum beredar, Baddrol Rani mengeluarkan sebijik bom tangan yang mempunyai berat 500g dan mempunyai ukur lilit 100 mm. Bom tangan ini menggunakan sebatian RDX, komposisi B serta TNT sebagai bahan peletup. Dia menyingkirkan pin keselamatan dengan menggunakan gigi sama seperti yang dilakukan oleh Rambo dalam siri filemnya ketika berperang dengan Vietnam lalu seterusnya melepaskan pemegang. Tanpa menoleh dia terus melontarkan bom tangan tersebut ke dalam restoran.
"Keboooom!!!!!!" 

Melangkah keluar satu susuk tubuh bernama Baddrol Rani dari restoran tersebut sambil api marak menyala di belakangnya. Dia masih tenang sambil menyalakan rokoknya. Dialah Baddrol Rani. Heh!!

1 comment:

  1. asal lak or nismilan ni..ajekle loghat..hahaha..f332a

    ReplyDelete