Woih Like Lah!!!

Tuesday, October 14, 2014

The Return of Kerambit Warrior : Flashes Before Your Eyes III

The Return of Kerambit Warrior : Flashes Before Your Eyes III

Hari ini : Madison Street New York : 10.00 PM

"Bangun woih cilake!!Bangun!! Ini tempat tidur aku. Esok aku ada pembentangan Bajet 2025. Aku kena tidur awal ni".

Taruddin tidak banyak membantah. Dari posisi duduk dia bangun sambil menepuk-nepuk debu di jaket labuhnya. Dan diberi tempat tidurnya itu kepada sahabatnya yang suatu ketika dahulu agak lincah - Idlan Khozim.

Botol New York Ranger yang bersepah-sepah selepas Oktoberfest kini sudahpun berisi dengan air embun dan kemas dalam genggaman. Biskut kering yang sudah tinggal suku dikeluarkan dari poket seluar sebelah kirinya. Lalu dia menyuap perlahan-lahan biskut tersebut ke dalam mulutnya yang sudah berbulan tidak diberus serta boleh tahan tebal juga tahinya jika dilihat dengan mata kasar. Air embum dalam botol New York Ranger diteguk dengan cermat kerana bimbang akan kehabisan jika terlalu rakus menghirupnya.

Direnungnya Idlan Khozim secara medalam. Dalam hatinya berbisik.."Engko punya pasallah kita jadi gelandangan dekat sini. Kuang hajor"

Imbas kembali....Kampung Buaya

Tiba-tiba mereka terdengar bunyi motor memasuki halaman rumah Taruddin. Susuk itu pantas memberhentikan motornya lalu membuka 'daft punk' helmetnya dengan cermat.

"Woi!!! Woi!!! Woi!!! Woi!!! Kita dah boleh makan cokelat cadbury semula woih!!! DNA Babi takdelaaaa!!!! Kah kah kah!!!" Jerit Pakcik Romanov macam orang gila isim.

Secara tergesa-gesa juga Pakcik Romanov meninggalkan mereka berdua tanpa sempat menyarung kembali helmet 'daft punk'.

Gedegaaaaang!!!!!

Entah dari mana muncul bas dua tingkat berwarna merah pekat melanggar Pakcik Romanov. Bersepai tulang dan daging Pakcik Romanov. Darah bersemburan merata di atas tanah. Hanya tinggal mata Pakcik Romanov sahaja yang bergolek-golek di atas jalan.

Taruddin dan Idlan Khozim tercengang memerhatikan kejadian tersebut. Mereka melihat tulisan di badan bas tersebut. Tertera jelas 'LONDON TRANSPORT'

Idlan Khozim memandang ke arah Taruddin sambil berkata...."Dude!! I think you just teleport that fucking bus!!! Apa kata engko terai teleport kita berdua ke London. Untung-untung bole nengok bola Chelsea belasah Arsenal"

Taruddin yang pada mulanya enggan berbuat demikian akhirnya akur apabila Idlan Khozim tak henti-henti mendesak dan merengek gaya Hanis Zalikha di hujung kakinya. Dan akhirnya.....KAPOOOOOOF!!!!!

Hari ini, Madison Street New York.

Sejak dari itu Taruddin sudah tidak boleh kembali ke Kampung Buaya. Kuasanya seakan-akan sudah hilang. Dia juga terlepas sambutan Hari Kemerdekaan Negara Malaysia yang ke-57.

"Sempena hari kemerdekaan Malaysia ni, aku nak tanya engko Idlan Khozim. Filem perang apakah yang beri impak dalam hidup ko?"

Idlan Khozim tidak terus menjawab. Selepas dikumpulnya debu jalanraya dan merasanya dengan hujung lidah. Dia mula berdiri gaya ahli politik. Dua tangannya diletakkan di belakang.

"Filem perang yang beri impak dalam hidup aku mestilah filem Shaving Ryan's Private. Kenapa? Ini kerana gaji permulaan RM2,500, yang diterima oleh siswazah yang baru memasuki alam pekerjaan, adalah mencukupi jika mengamalkan pengurusan wang yang bijak selain tabiat mengukur baju di badan sendiri. Gaji yang tak cukup ni sebab adanya kedai urut yang bersepah-sepah. Engko bayangkan tudung Fareeda sahaja dah mencecah sehingga RM150. Syabu pun dah RM200 sebungkus. Gampang macam mana gaji nak cukup? Lepas tu marah ke kerajaan. Sebelum itu..Izinkan aku menceritakan sebuah kisah seram hasil pengalaman kawan kepada kawan aku. Eh kejap, malas aku nak cerita. Rasa mengantuk pulak. Esok aku nak kena bangun awal pagi pergi ke bandor minum kopi yahudi sambil usha makwe. Lepas tu aku sambung semula kritik isu pendidikan vernakular."

Begitulah sambutan kemerdekaan Taruddin di perantauan dihiasi ceramah bingai daripada sahabatnya. Idlan Khozim pula sejak terdampar di New York ni akalnya semakin menurun. Sembangnya sudah seperti ahli politik gila jawatan. Kadang-kadang dia menjerit bagaikan pejuang bangsa. Kadangkala dia hanya termenung panjang sambil mulutnya tak henti-henti mengucapkan "End of day...end of day...demi masa...sesungguhnya manusia itu kerugian..."

Selain itu mereka berdua turut terlepas menyambut Hari Raya Korban di Kampung Buaya. Taruddin dan Idlan Khozim hanya dapat melihat acara penukaran kain Kiswah yang mencecah RM20 Juta ketika sedang mengutip tin kosong di hadapan kedai elektrik Hitachi di hujung simpang sana. Apabila melihat baju masing-masing yang kotor berdebu dan compang-camping mereka berdua menjadi sayu hati. Sudahlah miskin. Hina pulak tu. Terkadang terdetik juga persoalan di hati mereka berdua, mungkin barangkali tiada orang miskin tegar di negara Arab Saudi. Mungkin.

Dan malam ini Taruddin sekali lagi termenung menghitung bintang. Sambil telinganya dihiburkan dengan dengkuran sahabatnya suatu ketika dahulu agak lincah - Idlan Khozim.

1 comment:

  1. ajele sian..ilang power..hehehehe..cer sambung sikit cite ni..f332a

    ReplyDelete