Woih Like Lah!!!

Tuesday, July 29, 2014

Lagenda Parang Terbang 13 Mei 1969

Lagenda Parang Terbang 13 Mei 1969

Oleh sebab kita Melayu....majoriti kita masih percaya parang-parang itu terbang kerana ilmu persilatan orang-orang Melayu. Parang-parang itu terbang kerana kuasa ghaib. Cuba tanya balik dekat diri sendiri...kalau kita percaya dengan legenda parang terbang, bagaimana pula dengan perspektif agama kita dari segi itu? Kalau benar ada mahaguru silat kita mampu menerbangkan parang, siapa yang terbangkan parang tu? Dah sah-sah bukan Malaikat kan?

Cuba tengok balik apa hukumnya berdamping dengan benda ghaib dan gunakan benda ghaib sebagai khadam? Cuba tengok balik apa hukumnya mempunyai saka ni.

Sebagai seorang Melayu, kita boleh taksub dengan legenda parang terbang tapi sebagai seorang Islam, adakah kita dibenarkan bergantung dengan parang terbang atau percaya dengan kisah parang terbang penyelamat bangsa?

Kemudian tanya diri sendiri, anda Islam atau anda Melayu? Kalau Melayu..teruskan percaya legenda parang terbang 13 Mei 1969 dan teruslah mengharap padanya. Kalau anda Islam, mungkin kita boleh berenti mengharap bantuan parang terbang dan betulkan dulu apa yang tak betul mengenai kepercayaan kita.

Cuba tanya diri sendiri betul-betul...siapa yang terbangkan parang tu. Dari situ kita akan dapat jawapan, kenapa sampai sekarang, kita diajar..politik dengan agama tak boleh disatukan dan amalan itu terus jadi cara kerja kerajaan kita.

Adakah anda salah seorang yang bersedia jika 13 Mei 1969 berulang kembali? Apa agama anda?

Paling penting, janganlah kau samakan parang terbang dengan mukjizat Nabi wei. Kau samakan Al-Quran dengan Parang Terbang?

Kau gila ke hape?

-Kredit Cursing Malay-

1 comment:

  1. paling baik dan berkesan..berenti la jd melayu..tp jd la penganut agama islam yg betol.....f332a

    ReplyDelete