Woih Like Lah!!!

Sunday, July 13, 2014

Berhentilah Guna Intel dan Teruskan Merokok.

Berhentilah Guna Intel dan Teruskan Merokok.

KUALA LUMPUR 25 Julai – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Fatwa Kebangsaan dilihat bercanggah pendapat mengenai hukum merokok apabila satu pihak mengatakan ia makruh manakala satu pihak lagi memfatwakannya sebagai haram.

Menurut Ketua Pengarah Jakim, Othman Mustapha, perbuatan merokok adalah makruh selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan atau mengganggu kesihatan para penghisapnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dekat atas ni adalah keratan berita tentang percanggahan fatwa bahayanya merokok. Majlis Fatwa Kebangsaan umumkan benda ni "haram" tapi JAKIM kata merokok ni makruh. Alasan JAKIM, merokok sepatutnya makruh selagi tindakan itu tidak memberi kesan negatif dan buruk kepada penghisapnya. Hah? Apa kebaikan rokok? Macam mana rokok nak memberikan kesan positif kepada penghisapnya? Dan dekat point mana yang makruh tu kekal makruh dan tidak bertukar jadi haram?

Oleh kerana badan berwajib yang menjaga agama kita pun masih tonggang terbalik pasal perihal rokok ni. Maka tak hairanlah ada umat yang bercakap sebegini "Jangan pakai intel... baru boleh sekolahkan aku.."

Aku terima pendapat di atas ni dengan hati terbuka. Dah itu pandangan dia. Mestilah aku hormat. Dan aku sudah mula berjinak-jinak berhenti menggunakan barangan Intel. Maklumlah banyak mudhorat. Cuma aku nak tanya..kalau aku online menggunakan laptop dekat kedai mamak, ada tak kanak-kanak yang akan terganggu? Ataupun kalau aku hisap rokok di kedai mamak, ada tak anak kecil yang tenang menghidu asap rokok aku tu? Aku tak jelas bab ni. Mohon berilah jawapan.

Engko suruh orang boikot Mekdi sana sini. Tapi dekat jari engko terselit sebatang tembakau. Ape bende tuh? Berjuang cara apa tu? Dan aku tak perlu nyatakan dekat sini sumbangan tembakau kepada rejim Israel dan Amerika.

Siapa yang untung akibat daripada tabiat kau merokok? Philips Morris, Kerajaan Malaysia, Restoran Mamak, Hospital, Klinik, Manufacturer Pil Nikotin, Pengedar Berus Gigi dan Ubat Gigi, Ambi Pur, Farmasi, Syarikat Percetakan, Syarikat Penghantaran. Ooooo...Ramai sebenarnya....

Siapa yang rugi? Makcik cleaner yang kena buang puntung rokok kau dan sapu habuk rokok kau, orang-orang sekeliling kau masa kau hisap rokok dan kau sendiri.

Jadi kau patut teruskan merokok. Sebab banyak sebenarnya industri dan sektor awam yang bergantung dengan kau. Kau patut berbangga diri kau penyumbang kepada ekonomi. Jadi, gadis-gadis, jika ada geng-geng perokok lepak kat sebelah kau sambil hembus-hembus asap kena kat kau....sayangi mereka, kerana mereka sedang memacu pertumbuhan negara. Amacam boleh?

Benda basic macam gini tak perlu nak kena aku tulis panjang-panjang sepatutnya. Masing-masing dah tua dan punya otak untuk berpikir. Dan aku sebenarnya mahu ko setelkan jihad dalam diri ko dulu dengan berhenti merokok, berhenti mencelakakan orang dekat facebook, berhenti membuka aurat masa berfusol dan macam-macam lagi sebelum engko pergi berjihad dengan lebih jauh, lebih universal bak kata orang.

Untuk itu aku akhiri agenda anti merokok aku ni dengan satu pertanyaan mudah ..

"Adakah rokok halal?"

Tak ramai yang fikirkan pasal benda ni kan? Kita lebih gemar membincangkan pasal yang haram aje. Cuba fikir...rokok halal atau tidak. Kau tak pasti kan?

Kahkahkah.

No comments:

Post a Comment