Woih Like Lah!!!

Wednesday, July 23, 2014

Susur Keretapi Malam II

"Kah kah kah".

Berdekah-dekah Raisuddin M ketawa walaupun makwe di sebelahnya hanya membuat lawak hambar. Tapi makwe ni boleh tahan jugak power dia. Sembang pasal semiquaver dia tau. Sebut nama Clayton Christensen ajek habis satu buku The Innovator's Dilemma dia ulas. Naik geram pulak Raisuddin M. Memandangkan bulan Ramadhon, Raisuddin M tahankan ajek perasaan tersebut.

"Assalammualaikum....abang...kakak...mintak dermaaaa"

Tiba-tiba muncul budak entah dari mana menadah cawan memintak derma. Raisuddin M pasti dia sedang berada di Malaysia dan bukannya Democratic Republic of Congo.

Ini yang membuatkan Raisuddin M berasa pelik. Negara selalu umum berjaya kumpul berpuluh-puluh juta setahun melalui zakat tetapi mana peginya semua duit ni? Apa perlunya pejabat zakat besar-besar kalau orang miskin nak ke pejabat zakat pun tak mampu? Kenapa bukan badan berwajib yang turun mencari diorang ni semua? Orang miskin, orang susah tak mampu rasanya nak pergi bandar nak mintak bantuan bagai.

Lagi membuatkan Raisuddin M berasa pelik ialah kerajaan cuba membantu banyak golongan di Malaysia ni. Tapi satu golongan ajek yang agak kurang dibantu macam orang miskin dan ibu tunggal. Raisuddin M masih ingat lagik seorang pakcik fakir miskin di kampungnya yang merungut  terpaksa naik turun tangga, isi borang, fotostat itu, fotostat ini, ke situ ke sini hanya semata-mata demi meminta secebis bantuan.

"Benda ni semua betol naaaak..ini pakcik tak masuk lagi cerita politik punya cilaka. Nak kena pergi jumpa Ketua Bahagian UMNO dululah dapatkan sokongan dia....apa kebangangnya sistem kita ni."

Raisuddin M termenung jauh mengenangkan nasib pakcik tersebut. Kalaulah dah memang pakcik tu susah dan tak ada duit, macam mana la dia nak buat semua tu. Pihak berkuasa sepatutnya perlu ubah sikap dan pastikan bukan golongan yang susah carik depa tapi depa yang carik golongan yang susah fakir miskin ni. Dengan kerenah birokrasinya dan bermacam lagi benda yang menyusahkan, kadang-kadang sistem yang sedia ada ni seolah-olah nak pastikan orang yang dah susah, rasa lebih susah dahulu sebelum dapat bantuan.

Heh!!! Marah Raisuddin M makin menjadi-jadi. Dia menyumpah-nyumpah di dalam hati.

"Mak adik mana?"

Tanya makwe yang duduk di sebelah Raisuddin M.

"Mak saya kerja. Security guard. Saya ada 3 adik beradik. Selaku anak yang sulung saya terpaksa berhenti sekolah sebab nak bantu mak saya dan adik-adik."
Sayu hati Raisuddin M mendengar rintihan budak ni. Hampir menitik air mata jantannya. Tapi apabila menjeling makwe di sebelahnya yang hanya memakai short dan bersinglet sahaja, dia tahankan jua air matanya dari menitis laju.

Raisuddin M merenung sayu ke dalam mata budak tersebut. Dahlah maknya susah. Anaknya pulak terpaksa berhenti sekolah sema-mata nak besarkan adik-adik yang lain. Memang dah tentu-tentu kakak sulong ni dah takde masa depan yang cerah sebab tak dapat pendidikan yang secukupnya. Macam mana satu keluarga dia nak keluar dari belenggu kemiskinan ek?

Ingatan Raisuddin M terimbas pada satu kejadian curik tabung masjid. Apa kejadahnya curik duit tabung masjid kena penjara 2 tahun? Selidik la dulu kenapa dia curik. Kalau dia miskin dan tak mampu, yang patut kena penjara bukan dia, tapi orang yang kutip zakat sebab kau tak pegi carik dia! Lagipun, bila dia mencuri kat masjid tu, bermakna dia memang betol-betol tengah terdesak.

Heh!!! Macam mana kau boleh layak jadi pemerintah sedangkan elaun yang kau bagi dekat isteri-isteri orang berkepentingan ni jauh lebih besar berbanding kadar pendapatan isi rumah majoriti orang Malaysia? Bukan ke lagi elok duit tu kau bagi dekat orang yang susah takpun bagi dekat pencuri duit tabung masjid tu. Dia lebih memerlukan.

Marah Raisuddin M makin tidak terbendung walaupun hanya sekadar bermonolog di dalam hati.

"Nah, adik amek duit ni buat belanja ye." Hulur makwe yang memakai short dan bersinglet tersebut.

Sementara itu budak peminta sedekah tadi tak henti-henti berterima kasih apabila wang kertas berwarna ungu selamat berada di dalam genggamannya.

Raisuddin M menjadi kagum apabila melihat situasi tersebut.

"Ermmm..dah lama kita duduk berbual. Saya masih tak tahu nama saudari."

Kemas dan teratur Raisuddin M menyusun kata. Lalat yang sedang terbang pun boleh terjatuh kerana tidak percaya begitu santunnya Raisuddin M ketika ini.

Makwe yang memakai short dan bersinglet tersebut hanya tersenyum sebelum membuka mulut..

"Nama saya Flexible Yob bekas model Rahsia Victoria yang berasal dari Ipoh. Dan saya sekarang ni secara perlahan-lahan sedang cuba mendalami agama Islam."

Apa? Raisuddin M jadik makin teruja tak tipu punyer.

Yang pasti perjalanan ke Bahau Raisuddin M bukan lagi macam lagu Chaiya Chaiya dalam filem Dil Se. Tetapi lebih kepada klips video Hero alunan Enrique Iglesias.
 
Tamat.

1 comment: