Woih Like Lah!!!

Tuesday, May 30, 2017

13 Januari 2017 - 33.

Bangun Hadri! Bangun! Bangun Hadri! Bangun! Bangun Hadri! Bangun!

"Siapa pulak yang berani kacau tidur sedap nyaman aku ni?"

Kata hati aku yang suci lagi murni. Aku juga dapat merasakan wajah tegasku seperti dijilat-jilat manja oleh sesuatu. Secara tiba-tiba aku berasa naik ghairah. Namun apabila aku bangun membuka mata, alangkah terkejutnya aku melihat seekor Singa Aslan sedang duduk bersimpuh betul-betul di sebelah rusuk kiri aku. Sambil melibas-libas ekornya ke kiri dan ke kanan Singa tersebut menguap beberapa harkat.

Dari kedudukan baring yang enak tadi aku bingkas bediri bercekak pinggang melakukan balik kuang sebanyak 10 kali ke belakang supaya koordinatku lebih selamat. Aku mendarat dengan sebelah kaki kanan betol-betol di atas pucuk pokok sirih nan rimbun. Aku lihat Singa Aslan tersebut masih tenang. Dia merenung tajam ke arah aku. Walaupun Aslan digambarkan sebagai makhluk yang bijak dan penuh kasih sayang. Namun aku masih tetap berwaspada dengan sebarang kemungkinan.

"Apa yang engkau mahu wahai makhluk yang misterius dan penuh kekuatan?" Aku memberanikan diri untuk berdialog dengan Aslan.

"Dekatlah sikit. Apahal jauh sangat? Jangan risau. Aku tak makan manusia cerdik." Aslan lebih rileks dalam berkata-kata.

Aku berasa tenang lalu turut ke tanah dari pucuk pokok sirih nan rimbun itu. Selepas berjalan longlai dalam tiga belas langkah, aku sampai betol-betol di sebelah Aslan.

"Rapatlah sikit. Aku nak bisik." Aslan bersuara garau tetapi masih ada manis dan manja dihujungnya.

Sebagai seorang lelaki yang lemah dan mudah termakan pada pujuk rayu, aku menurut sahaja kata Aslan dan merapatkan telinga aku ke mukanya.

"Chelsea POWER!!! Aaaaaaaaaummmmm!!!" Satu ngauman penuh yakin dilepaskan dari mulut Aslan yang besar dan bersusun-susun dengan giginya yang tajam.

Terkejut aku terperanjat. Barulah aku sedar yang aku bermimpi berjumpa dengan jelmaan Singa Aslan Wira London. Biasanya tidur aku cuma dilawati oleh Elizabeth Tan dengan hanya bertemankan ukulelenya sehelai sepinggang. Macam-macam lagu dia perform. Lagu koperat UMNO pun dia pernah nyanyi dalam mimpi aku. Aku jadi terhibur.

"Chelsea POWER!!!" Aku mengulangi kata-kata Aslan didalam mimpi aku tadi dengan diiringi sebuah senyuman panjang lebar semanis pengantin baru.

Mungkin inilah hadiah harijadi aku yang paling unik dalam sejarah apabila dilawati oleh Singa Aslan di dalam mimpi. Selamat Hari Jadi Aku.

Apa dia sedara sedari sekalian??

"Chelsea POWER!!! Aaaaaaaaaummmmm!!!"


No comments:

Post a Comment