Woih Like Lah!!!

Monday, January 9, 2017

Status Pilihan December 2016.

#Risau

Risau jugek aku kalau FIFA suruh Faiz Subri buat sepakan percuma tu sekali lagi.

#Untung

Kita selalu mendengar frasa "untungla jadi orang cantiiiik."

Jarang dan hampir tak pernah orang bercakap "untungla jadi orang kacaaak."

Tadi..aku nak tukar kredit kad baru di sebuah bank. Mengkelam-kabut aku menengok ramai orang beratur. Ditambah pula dengan tak tahu borang ape mahu diisi.

Dengan bermodalkan baju Melayu bercorak hipster dengan sedikit peluh jantan membasahi tubuh, aku melangkah tertib ke kaunter. Berbahasa sopan bertanya itu dan ini kepada makwe bank yang juga aku lihat berkumis sedikit nipis. Tanpa banyak soal dia terus buatkan penukaran kad baru aku.

"Boleh tak saya drop ajek form nak potong kad kredit ni? Dah sejam setengah menunggu ni."

Secara tiba-tiba muncul seorang nyonya sedikit berusia di sebelah aku. Kebetulan urusan aku dah setel. Dengan jalan menunduk ke lantai aku dapat rasakan banyak mata memandang tajam ke arah aku.

Jadi, siapalah kita hendak menidakkan keindahan ciptaan Tuhan ni? Hah?

#Merempat

Dengan UMNO yang memerintah sekarang ni pun huru hara ekonomi negara dibuatnya.

#Arak

Suka betol aku dengan gambor ni. Tapi zaman laaa ni tak minum arak pun perangai dah macam yahudi mabok.

Pergi Plaza Alam Sentral je pun. Kau punya ngantok penat macam bejalan kat Masjid Jamik masa 29 Ramadhon.
#Berlagak

  • Tapayalah berlagak menang dengan City ni. Bukan ade fans depa pun.
  • Ketenangan Fabregas sebijik macam aku. Sabaaaar..nak begaduh dengan team lemah memang tak sedap.
  • Bila aku pikir pikir balik, macam mane ade manusia boleh decide untuk jadi penyokong Liverpool ek?
  • Sudah terang lagi bersuluh. Maknanya ialah - Sudahlah handal bermain bola, menang pula penuh bergaya.



#Salah
Bahaya jugek kalau taip Goodluck jadi Goodlick ni.

#Chawick
Aku harap berita kehandalan Anuar Zain ni tak tenggelamkan kehebatan karangan cerita kisah hidup Luke Chadwick.

#Out
Ini yang ke JDT. Yang keluar ke pasukan lain pun ramai akan menyusul.
Azmin Ali harus bertaubat segera. Setelkan cepat.

#Santa
Alamak. Lupa nak buat lawak gantung stokin.

#Nyanyok
Mahathir yang kau baru kenal ni bukan betol sangat pun. Habis semua penceramah agama dia gam. Ape? Kau tak tahu? Tulaah..sokong Tun pun sebab dapat melepak depan KLCC kan?

#Guru
Aku dulu masa kecik bercita cita nak jadi Tuan Guru Hadi Awang. 

#Tabyyun
Eleeeeh..masa Najib berlanggar keting bersalam cangkuk dengan PM Israel dekat PBB, engkaulah nombor satu paling ke depan menghina Najib. Tak pulak kau tabayyun.

Bukan ke dia tu selalu TH masa sidang parlimen dewan rakyat? Ate? Mane ghupenyer boleh sampai ke Iraaaaaaaan? Heh? 

Nota: Real betol aku baru jek lepas google perkataan tabayyun ni.

#Solat
Takde orang viralkan gambor kau Solat Jumaat keeeeee? 

 

No comments:

Post a Comment