Woih Like Lah!!!

Saturday, December 31, 2016

Imbas 2016.


Sekali lagi kalendar Masihi bertukar ganti. 2016 yang gilang-gemilang akan menutup tirai. Diganti pula dengan tahun 2017 yang entah apa sedang menunggu kita. Amyra Rosli sudah berkahwin. Fasha Sandha sudah menjanda. Najib kekal sebagai PM. Mahathir semakin nyanyok. Jalan berlobang masih di merata Kuala Lumpur dan Selangor. Azwan Ali seperti belum mahu bertaubat sepenuhnya. Chelsea semakin power. Ayda Jebat pula ada buat lagu Pencuri Hati versi dangdut. Nanti kalau kau ada masa lapang pergilah dengar dekat youtube. Video klip dia shooting dekat Melaka Bandaraya Bersejarah. Semuanya merupakan warna-warni pahit masam yang menghiasi dunia laman maya dan juga menjadi bahan borak di jalanan bagi kaki-kaki lepak di kedai kopi.

Tidak semua benda aku sempat join menambah perisa di alam maya. Ada jugak hal yang sekadar menjadi hiburan kepada diri aku sendiri. Ini jalan hidup yang kita pilih. Kita yang mencoraknya. Terpulang kepada masing-masing nak ikut dan buat yang mana satu. Join atau berdiam? Hak kita sendiri.

Berikut aku senaraikan beberapa perihal penting dan sedap sepanjang tahun yang sedap yang aku pilih secara peribadi berdasarkan imbasan semula di status facebook aku. Ini aku punya sendiri tau. Kalau kau nak, kau buatlah sendiri.

1) Hujung Tahun 2015 shingga awal 2016 kita dipaksa untuk menghayati isu YAPEIM yang mengadakan kursus kahwin di Paris dengan nilai kos RM290,000 selama 14 hari dan juga membeli Simulator Golf. YAPEIM dan Golf? Ini gampang wahai sedara sekalian. Sampai mana kes ini menjadi hangat dalam perbualan rakyat jelata? Sampai facebook sahaja ye wahai sedara sedari. Sekian.

2) Dato' Seri Dr. Hajah Vida sememangnya hiburan sarkis buat negara Malaysia. Bermula dengan aksi lincah serupa pengantin lari dari majlis perkahwinan membawa kepada keterlibatannya dengan sukan bola sepak - semuanya membawa geli hati gaya bodo yang  tidak berkesudahan. Kau bayangkan dia cipta jersi bola sepak yang boleh bagi kurus dan memutihkan kulit woih. Power nak mampos. Sembang bergegor nak cat stadium kaler pink dan menukar nama pasukan Kelantan menjadi lebih sarkis apabila kita menyebutnya. Sehinggalah akhirnya Vida pun menarik diri dari menaja pasukan Kelantan pada hujung tahun ini. Sekarang pasukan Kelantan pun dah nak melingkup. Ciaaaan.

3) Aku dibesarkan dengan muzik berirama keroncong dan ghazal. Sopan dan tertibnya alunan muzik ini tiada tandingan. Apabila kini terlihat golongan Ravers dan Hipster aku menjadi geli hati. Mereka adalah fenomena terkini. Kahkahkahkah..Liquid liquid!! Kalau ada event lagi jangan lupa bagitau. Aku nak perform Zapin pulek depan KLCC. Kerja sekolah jangan lupa buat ye adik-adik.

4) Tudung Fareeda setiap tahun memang tidak pernah ketinggalan membuat hal. Geram jugak aku nengok Fizo Omar dengan isteri dia ni, Lagi geram bila mengenangkan punyalah ramai umat berebut berhimpit nak membeli tudung mereka. Orang macam aku ni makwe pun aku tak mahu berebut. Inikan membeli tudung. Sampai ke hari ni aku masih pening memikirkan hal ini.

5) Secara peribadi pula tahun ini aku telah melawan MARA dengan gaya dan kaedah aku sendiri. Sedap menengok makcik-makcik melenting dan selamber melangar code of conduct. Apa-apa pun bagi aku makcik pengawal berbadan besar bertopi senget serta berkumis nipis itu adalah watak paling lagenda. Kahkahkah..malaslah aku nak cerita panjang lebar lagi.

6) Pasukan Antivaksin datang dan pergi bagaikan si embun pagi yang menyinggah di hujung dedaunan. Tahun ini aku lihat tahun mencabar buat bidang perubatan apabila muncul pelbagai penyakit baru dek kerana kebebalan sesetengah individu dan kumpulan yang percaya jus kurma mampu menutup segala hospital di Arab Saudi. Tahun 2016 kita dihidangkan dengan Imam Muda Ammar - kononnya dah dibuang gelaran Imam Muda. Eloklah tu. Esok-esok dah tua takkan nak pakai gelaran yang sama ye tak? Satu lagi individu yang melawan vaksin tapi tak kena gayanya ialah Suhaimi Saad. Dia ni kelakar betol.

7) Dokter Azizan Osman. Ye..Dokter. Walaupun dah terbuka satu persatu status Dokter beliau yang diragui namun figura comel ini masih tegar meneruskan aktiviti beliau. Halal haram habis dilanggar semuanya. Bila ditegur, kita ni dikatakan dengki pada orang Melayu yang berjaya.

8) Jamal Yunos memang memiliki bakat semulajadi. Macam-macam benda dia buat tahun ni. Bertumbuk sampai bedarah hidung, memakai ihram ke pejabat SUK dan menggempur pusat judi. Ada info mengatakan dia mahu jadi Presiden FAS pulak ni. Aku redho jeeeeeek.

9) Peperangan antara orang asli Kelantan dengan kerajaan Serambi Mekah memang real. Lagi real bila penyokong haji lebai semuanya berdiam diri dalam hal ni. Seolah-olah menghalalkan semua hasil bumi ini habis ditarah. Isu sebenar dialih kepada hal peguam berambut kuning yang tidak memakai tudung. Maka tidak hairanlah mereka mula berkawan dengan Najib dalam hal berkaitan Rohingya. Pensyaaaaaaan.

10) Kalau di Malaysia engkaulah orang pertama yang akan memerangi Syiah. Melabel orang lain kafir dan sesat yang tidak sefahaman sudah menjadi makanan ruji. Malangnya apabila keluar negara bersemeja kerusi dengan geng Syiah. Tepuk dahi. Tak payahlah aku sebutkan siapa namanya. Semua pun sedia maklum.

Sebagai penutup, macam biaselah...Lagi sekali aku nak bagitahu. Ayda Jebat ada buat lagu Pencuri Hati versi dangdut. Nanti kalau kau ada masa lapang pergilah dengar dekat youtube. Video klip dia shooting dekat Melaka Bandaraya Bersejarah.

No comments:

Post a Comment