Woih Like Lah!!!

Friday, May 30, 2014

The Return of Kerambit Warrior : Flashes Before Your Eyes.

The Return of Kerambit Warrior : Flashes Before Your Eyes.

Taruddin dan Idlan Khozim duduk minum di Warong Janda Lopa seperti kebiasaannya. Mereka berbual-bual rilekss sambil menghirup kopi O panas masing-masing.

"Power betol kambek ko itu hari Taruddin. Ternyata ko lebih power daripada seorang bekas Menteri Besar nuuuuun di pantai timur sana. "

"Aku tau Idlan Khozim. Tapi engko jangan puji aku lebih-lebih. Takut wujud riak dan takabbur pulak dalam diri aku ni."

Tiba-tiba Taruddin diam. Mulutnya terkumat kamit berbisik seperti berzikir.

"1, 2,3,4,5...6...."

"Engko kira apa tu Taruddin?"

"Aku tengah kira dosa aku semalam. Bukankah lebih bagus kita mengira dosa kita sendiri berbanding kita duk sibuk mengira dosa orang lain?"

Idlan Khozim terdiam. Dia tahu sahabatnya itu banyak berubah semenjak menghilang 10 tahun yang lalu.

"Aku boleh melihat masa depan." Sekali lagi Taruddin mengejutkan sahabatnya si Idlan Khozim.

Idlan Khozim cuba menahan debar dengan menghirup laju-laju kopi O panas yang sediakala terhidang di atas meja mereka.

"Ermmmmmss....aaaa..errrr...kalau gitu. Apa yang kau rasa akan jadik pada aku kejap lagi?"

Taruddin mengecilkan matanya. Dahi dan keningnya berkerut serentak.

"Benda ni bukan senang-senang jadik kat aku, engko tahu? Aku cuma nampak macam imbasan ajek."

"Heh!!! Yolaaaaaaaaaaaah tu." Idlan Khozim mencebikkan mulutnya.

Tiba-tiba mereka terdengar Pakcik Romanov yang duduk di meja belakang mereka bersiul-siul kecil menyanyikan lagu 'End of Day....Demi Masa Sesungguhnya Manusia Kerugian...'

"Kejap Idlan Khozim. Kejap. Aku ingat lagu ni. Aku ingat"

"Engko jangan buat aku risau Taruddin."

"Aku ingat lagi pagi ni..Kejap lagi Pakcik Romanov tu akan makan cokelat cadbury yang dia keluarkan dari poket seluar kebun dia. Lepas tu dekat televisyen akan bagitau yang ada DNA babi dalam cokelat Cadbury. Kemudian Pakcik Romanov tu menjerit-jerit meroyan. Engko tengoklah Idlan Khozim. Engko tengok."

Kedua mereka menumpukan perhatian kepada Pakcik Romanov.  Pakcik Romanov masih lagi bersiul-siul kecil menyanyikan lagu 'End of Day....Demi Masa Sesungguhnya Manusia Kerugian...' sambil tangan kanannya menyeluk poket seluar dan mengeluarkan seketol cokelat Cadbury. Dikunyahnya penuh nikmat cokelat tersebut secara perlahan-lahan. Mukanya tersenyum puas.

"Berita Ringkas Paling Terkini!!! Ada DNA babi dalam cokelat Cadbury. Sekian berita daripada saya Norashikin Abdul Rahman." Ringkas dan padat berita itu disampaikan. Tak sampai seminit, stesen televisyen tersebut kembali menayangkan hiburan yang melalaikan.

Pakcik Romanov yang turut menonton berita itu, secara tiba-tiba bertukar wajah. Mukanya pucat seperti mayat.

"Aku nak cuci darah!!! Aku nak cuci darah!!! Aku nak cuci darah!!! Aku nak cuci darah!!!" Jeritnya meroyan sambil berlari lintang pukang meninggalkan Warong Janda Lopa.

 Idlan Khozim yang tekun melihat kejadian tersebut terkebil-kebil seperti tidak percaya. Dia merenung sahabatnya Taruddin dengan renungan yang penuh tanda tanya.

Taruddin tenang. Dia mengeluarkan cerut Gurkha Black Dragon lalu dibakar hujungnya dengan api. Asap pekat keluar berkepol-kepol dari mulotnya. Sambil matanya tidak lekang memandang matahari berorganik yang sedang menyinari Kampung Buaya.

TAMAT.

No comments:

Post a Comment