Woih Like Lah!!!

Friday, May 6, 2016

Status Pilihan April 2016


Bila dapat tahu hari ini ulang tahun pertama kelahiran GST.
#TudungFareeda

Taukeh tudung Fareeda ni dah bertaubat keeee belum? Yang datang membeli lelaki perempuan berhimpit bersentuhan. Sondol sana sini. Gesel itu, gesel ini.

Dah dapat beli tudung, pakai pulak siap berhias bersolek bagai. Adakah aku masih salah dalam hal ini? Hah?


#Menyusu

Rileeeeksss..

Memang bagus kalau dapat buat macam gini. Tapi kau kenalah keep track, sentiasa contact anak susuan atau ibu susuan engkau tu.

Jangan sampai jadi macam gini.

www.thestar.com.my/…/man-forbidden-to-marry-his-wet-nurses…/

Lagik satu, kurangkan sikit sembang ttk di khalayak ramai. Kesian dekat depa yang masih bujang.

Keluarga Presiden YAPEIM bergaji RM81,700 sebulan. Main golf berbelanja dekat USA RM400,000.
Rugi RM580,897 pun nak nagiiiis..ngade.


#ArjunaKaseh

Sedang aku berjalan dengan langkah yang kemas, aku nampak ada pemuda berbaju T tertulis UNICEF di badannya. Dari jauh dia menyapa aku tanpa usul periksa.

"Abang keje sini ke?"

Tanjat boboi. Apabila aku semakin menghampirinya, satu pandangan serupa tak makan 10 hari aku hadiahkan padanya.

"Okeh bang..Assalammualaikum baaaaaang..."

Lega aku.


#Salah

Petang semalam dua kali aku kena tipu dengan driver yang memandu perlahan di lorong paling kanan highway. Bila aku toleh kanan masa potong depa tengah seronok berborak dekat phone. Dua kali gitu

Dah bodo janganlah susahkan orang lain. Lain kali naiklah uber.


#MakweMude

"Seronok betol kalau ada makwe mudeeee ni ek. Setiap hari dating, berturun tangga nengok wayang setiap minggu."

Kata aku separa menjerit dengan penuh berani kepada Feeza yang berada di dapur. Mata aku masih melekat di kaca tivi menengok Janna Nick terkinja-kinja macam minah rempit kalah beting race hujung minggu depan Jalan TAR.

"Daripada berturun tangga nengok wayang, lebih baik berturun tangga pergi mesjid."

Terkesima. Lalu aku terus tukar saluran tivi ke ceramah Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid. Yahanana..yahanana..


#KompolanNasyid

Pagi tadi aku menengok Hafiz Hamidon punya klips video dengan Mira Filzah.

Semasa aku sedang merenung bibir nipis Mira Filzah secara mendalam, sesuatu terdetik di dalam hati aku nan suci ini.

"Kalau aku teruskan karier nasyid aku selaku pemain tamborine dulu, mesti aku dah dapat buat video macam gini dengan Amyra Rosli."

Begitulah...


#DZN

Dr Zakir Naik patut selitkan slot selawat Yahananaaa..Yahananaaa..Yahananaaa..

Barulah sama Mazhab dengan pemerintah negara ni.


#FCBari

Menurut laporan akhbar EPolis Bari, Dato Dr. Noordin bakal membawa duit pelaburan berjumlah sehingga USD3 trilion (fino a 3mila miliardi di dollari) ke FC Bari 1908.

Antara nama sovereign funds yang disebut Dato' Dr. Noordin untuk melabur di FC Bari semalam adalah:

1. Petronas
2. Tabung KWSP

Duit pelaburan ini bakal digunakan untuk melangsaikan hutang FC Bari dan menjadikan FC Bari 1908 sebagai 'the best of the best' dalam masa 5 tahun.

Dato Dr. Noordin juga dilaporkan telah bekerjasama dengan sebuah scouts network di Italy untuk meninjau bakat pemain di Malaysia.

Bersediakah anda melihat KWSP melangsaikan hutang FC Bari?

Sedarkah pekerja Petronas yang kehilangan mata pencarian dengan hal seperti ini?

Adakah aku masih silap dalam hal bola seperti ini? Hah?


#Payung

Inilah yang dimaksudkan dengan 'jangan kata abang tak payung'.


#KJTMJBersahabatBaik

Rileeeekss...tapayana debat. Banyak lagi cara lain yang pawer

Engkau yang suka debat tu dah bawak bola Malaysia menang dengan Thailand keeee?


Zabidi Mohamed tidak bersetuju dengan seorang guru yang memakai kostum Captain America demi membawa kegembiraan kepada anak muridnya.

Bagaimana pula jika Cikgu Suraya menggayakan kostum Wonder Woman?

Klik pautan untuk melihat Melayu berperang komen secara sihir.


#PencarianWanitaMasalam

Sedang berlangsung Pencarian Wanita Melayu di Plaza Masalam.
Siapa nak rasa rusuk bergegor lalu patah tiga, marilah datang nengok.


#‎AsalBukanSpurs‬

Tahniah Tok Raneiri dan Leicester City sekeluarga. Ini sahajalah hadiah termampu kami bagi kepada Tok.



No comments:

Post a Comment