Woih Like Lah!!!

Tuesday, September 30, 2014

Syrik

Syirik

Suatu petang yang damai ketika Joe Merpati dan Rizky Hamdy sedang ghalit melakukan persediaan menyambut Aidiladha.

"Apa yang engko pakai dekat leher engko tu Joe Merpati?" Tanya Rizky Hamdy sambil tangannya pantas menganyam ketupat.

"Inilah tangkal penunduk buaye engko tahu? Aku ada macam-macam tangkal lagi dekat rumah tu. Tangkal penunduk makwe Pan Asia, tangkal pelaris, tangkal penunduk Siti Saleha dan bermacam-macam lagi tangkal syirik yang aku ada. Heh!! Engko ade?" Panjang lebar si Joe Merpati menjelaskan hujahnya dengan senyuman bingai tidak lekang dari bibir beliau.

Rizky Hamdy yang sedang asyik menyumbat beras ke dalam kelongsong ketupat terus berhenti daripada melakukan kerja tersebut. Dia berdiri dan melompat setinggi 50 meter dan mendarat ampuh di dahan jambu. Dipetiknya 5 biji jambu lalu dibaling terus tepat ke kepala Joe Merpati. 1,2,3,4,5. Rizky Hamdy kemudiannya kembali melompat kemas di atas pangkin. Dia menarik nafas panjang lalu berkata.

"Adapun syirik itu ertinya adalah mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain atau dalam lain perkataannya ialah menduakan-Nya. Syirik termasuk di dalam perkara-perkara yang membatalkan iman ko tau tak? Engko punyer syirik ni dalam kategori mempersekutukan Allah secara terang-terangan. Engko percaya kepada tangkal yang kononnya boleh membawa berkat. Ko dah mabok ketum ke hape?"


Rizky Hamdy masih tidak berpuas hati dan terus berceramah panjang.

"Allah berfirman dalam surah an-Nisa, ayat 48 yang bermaksud, sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik dan mengampuni dosa selain itu bagi orang yang Dia kehendaki, dan sesiapa yang syirik kepada Allah, maka sesungguhnya mereka sudah melakukan dosa sangat besar."

Joe Merpati hanya tertunduk lemah. Tidak mengiyakan atau menafikan kenyataan Rizky Hamdy. Dia melangkah longlai sambil bayangnya hilang di sebalik asap bakor sampah secara terbuka oleh Lebai Seman, jiran Rizky Hamdy.

3 bulan selepas itu Joe Merpati dilantik sebagai Ketua Pemuda Mandi Mayat dan Solat Jenazah, AJK Persatuan Penyembelihan Haiwan Korban dan Aqiqah serta Juri Tetap Pencarian Imam Cilik Peringkat Daerah Kampung Buaya. Fuuuhhh...

No comments:

Post a Comment