Woih Like Lah!!!

Wednesday, March 19, 2014

End Of Day

END OF DAY

"End of day...end of day.....end of day....��Demi masa....sesungguhnya manusia kerugiiiiiaaaaan�� "....riang sekumpulan anak muda mengayuh basikal ke arah lorong mati selepas solat terawih. Mereka - Ali Tamim, Rizky Hamdy, Abu Mansiz, Raisuddin M dan Joe Merpati menongkat serentak basikal masing-masing apabila mereka sudah betol-betol berada di hujung lorang mati yang gelap gelita itu.

"Mana barang tu?" berkerut Rizky Hamdy bertanya kepada Raisuddin M yang sedang leka memandang bintang di langit.

Raisuddin M adalah seorang yang romantik. Jiwa seninya memang lain macam. Sekilas makwe Iban melintas didepan mata, sepantas kilat puisi cinta dia berjaya cipta.

"Woi mana barang tu?" bentak Rizky Hamdy lagi. Kali ini lebih kasar bunyinya.

Raisuddin M dengan tenang menjawab. "Ade dalam poket seluar sekolah aku kot". Dia kembali diam. Raisuddin M kemudiannya menarik nafas panjang sambil berkata. "Aku rasa dunia mahu kiamat. Bak kata omputih End Of Day".

Ali Tamim, Rizky Hamdy, Abu Mansiz, dan Joe Merpati semuanya terperanjat dan menoleh serentak ke arah Raisuddin M.

"Aku bukan nak ajak bergaduh dan sebangainya wahai engkorang semua. Tapi sebagai orang yang lebih tua. Aku rasa aku perlu bercakap dan suarakan perkara ini," Raisuddin M lebih berpujangga bagaikan Pegawai Jabatan Masyarakat yang prihatin terhadap masalah donia yang penuh pancaroba ini.

Krik..krik..krik..krik...

Tiba-tiba perhatian mereka berlima teralih pada satu susuk tegap melintas di hadapan mereka. Satu susuk yang memang cukup dikenali oleh sekalian penduduk Kambung Buaya. Susuk itu berhenti melangkah apabila berdiri betol-betol dihadapan Rizky Hamdy.

"Engkorang nampak kelapa dengan labu sayung Tok tak? Tok nak pergi mencari Kapal Layor ni. Penat betol Tok bergolok-gadai bertahun lamanya untuk Kampung Buaya ni. Tapi sedikit pun tak mendapat tempat di hati penduduk Kampung Buaya." mantap kata-kata yang dilemparkan oleh Tok Deraman Daun, warga tiga suku yang terkenal di Kampung Buaya.

Abu Mansiz yang berasa geram meluru ke arah Tok Deraman Daun secara tergesa-gesa.

"Tok!!! Kelapa dengan labu sayung Tok ada dekat Segitiga Bermuda. Cuba Tok pergi nengok kat sana. Baik pergi sekarang. Jap lagi nak tutup dah tu," nada serius daripada Abu Mansiz membuatkan Tok Deraman Daun terangguk-angguk dan berlalu pergi ke Segitiga Bermuda secara tergopoh-gapah.

Ali Tamim, Rizky Hamdy dan Joe Merpati ketawa berdekah-dekah. Sementara itu Raisuddin M masih merenung langit secara mendalam sambil berbisik garau..."End of day...end of day.....end of day...Demi masa....sesungguhnya manusia kerugiiiiiaaaaan".

Kring..Kring...Kring...Kring

Tiba-tiba talipon pintar dalam poket seluar sekolah Raisuddin M berbunyi tanpa ada nada dering yang bersifat terkini. Cukup hanya dengan sekadar deringan 'default' sahaja.

Raisuddin M bangkit dari posisi bersila di atas jalan tar dan berdiri tegak menghadap ke bahagian barat daya semak-samun dan lalang-lalang. Geraknya seperti seolah-olah sedang mencari 'signal' yang paling kuat.

"Hello Tony Abott, ya, ya...saya tahu...ermmmmmmmmmmms...lepas saya buat kuih koci saya sampai. Seeloknya selepas tamat waktu dhuha adalah yang lebih afdhol. Ya..ya..errmmmm..okay..okay." Talian dimatikan Raisuddin M dengan wajah yang serius

Ali Tamim, Rizky Hamdy dan Joe Merpati yang tadinya ketawa berdekah-dekah serta merta terdiam. Manakala Abu Mansiz terus pengsan dan berbuih mulutnya.

"Kawanku sekalian..aku nak kena pergi Hawaii. Ada mesyuarat dengan Tony Abott kat sana. Rizky Hamdy kau tolong siapkan buku amali kimia aku, lepas tu hantarkan pada Cikgu Ramdan. Ali Tamim kau pulak cakap kat Cikgu Man Belon aku tak dapat turun latihan bola lisut besok. Dan engkau Joe Merpati...kau duduk rumah diam-diam. Jangan nak pergi main Daytona dekat Masuya pulak. Kau tu lemah dalam Matematik Bab Janjang Aritmetik." tegas Raisuddin M memberikan arahan kepada rakan-rakanya yang masih terkejut.

"Hambik barang ni, kau sapu dekat muka Abu Mansiz yang berbuih mulut tu." Raisuddin M mencampakkan sebotol air yang sudah dibacakan Surah Yassin 100,000 kali dan di Khatamkan Al-Quran 2 kali.

Raisuddin M melangkah cermat ke arah basikal dan menaikkan tongkatnya. Dia mengayuh tenang sambil bersiul kecil..."End of day...end of day.....end of day...Demi masa....sesungguhnya manusia kerugiiiiiaaaaan".

TAMMAT

No comments:

Post a Comment